Sabtu, Januari 21, 2012

Veteran Umno saman kerajaan negeri Perak


KUALA LUMPUR, 20 Jan:Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya hari ini telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Tindakan ini diambil berikutan kegagalan pihak Kerajaan negeri Perak menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.

Tindakan ini dibuat melalui syarikat guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

(Gambar: Haji Jauhari menunjukkan surat yang difailkannya di Mahkamah Tinggi hari ini)

Berdasarkan kajian kes, pada tahun 1997 tanah beliau seluas lima ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah.

Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan.

Kemudiaan pada 21/2/1998, Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd.

Semasa pertemuan tersebut Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu.

Selepas tarikh tersebut Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut.

Walau pun ada beberapa kali tawaran tanah diberikan kepada Jauhari namun tanah yang ditawarkan berada dilokasi yang tidak sesuai dan tidak sama dengan nilai tanah Jauhari yang dibatalkan.

Pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK, justeru itu Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut.

Tindakan Mahkamah diambil kerana Jauhari begitu lama menunggu untuk diberikan tanah baru bagi menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan.

Jauhari adalah pesara guru dan pada masa ini ahli veteran Umno.

Rabu, Januari 18, 2012

Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan “Sumbangan” RM300,000?


azalina othman kereta Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan Sumbangan RM300,000?

Semalam terdapat beberapa laporan berita yang mendedahkan ada seorangbekas menteri sedang dalam siasatan SPRM kerana didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Cek yang kami sertakan di dalam berita ini menunjukkan syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPMSB) telah “memberikan sumbangan ” kepada penama yang tertera di dalam cek itu iaitu Azalina Othman Said.

azalina othman rasuah1 Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan Sumbangan RM300,000?

Datuk Azalina Bte Othman dahulu merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan dan juga sekarang ini masih lagi merangkap ahli parlimen Pengerang. Cek RM300,000 yang diterima oleh seorang lagi individu yang bernama Datuk Yahya Abdul Jalil.

Datuk Yahya Abdul Jalil yang didakwa telah memberikan “sumbangan” kepada Azalina Othman Said ini merupakan :

  • Pengarah Urusan Advanced Maintenance Precision Management Sdn. Bhd. (AMPM)
  • Pengarah Urusan Gerbang Perdana Sdn Bhd

Kedua syarikat ini mempunyai kaitan dengan projek pembinaan 2 bangunan diIskandar Malaysia.

  • AMPM – menguruskan soal penyelenggaraan
  • Gerbang Perdana – Yang membina 2 bangunan tersebut
azalina othman rasuah 2 Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan Sumbangan RM300,000?
Episod kes sumbangan kepada Azalina Othman Said ini bermula apabila :
  1. Pada permulaannya, AMPM telah pun menyelengara bangunan tersebut tanpa surat notice atau invoice
  2. Kalau ikutkan sebenarnya kontrak antara Public Works Department (PWD) dengan AMPM telah tertangguh kerana didakwa terdapat ketidaktelusan tawaran harga yang diberikan oleh AMPM kepada PWD dalam tawaran kontrak. Jadi akhirnya tertangguh
  3. Kemudian terdapat dakwaan kontrak di antara PWD dan AMPM terjadi & diteruskan selepas sahaja Datuk Dr. Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan Malaysia) membuat lawatan ke tapak bangunan tersebut sehingga keluar cek bernilai RM50,000 seperti yang tertera di bawah ini…..
  4. AMPM melalui telah juga “menghulurkan sumbangan’ sebanyak RM300,000 kepada Datuk Azalina Othman Said.

awang adek rasuah Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan Sumbangan RM300,000?
Laporan Berita Malaysiakini – Melibatkan Kes Rasuah Bekas Menteri

Seorang bekas menteri dilaporkan telah disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dakwaan berhubung penerimaan RM300,000 sebagai sumbangan. Bekas menteri itu yang masih lagi seorang anggota parlimen dikatakan menerima ‘sumbangan’ berkenaan daripada sebuah syarikat tahun lalu.

Sumber-sumber yang dipetik oleh akhbar The New Straits Times berkata bekas menteri itu menghabiskan masa selama beberapa jam di pejabat SPRM. (Sumber : malaysiakini)

Laporan Berita Utusan – Melibatkan Kes Rasuah Bekas Menteri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat penglibatan seorang bekas menteri berhubung dakwaan berlaku transaksi wang RM300,000 dalam akaunnya untuk pembelian sebuah kereta mewah tahun lalu. (Sumber : Utusan)

P/S : Muncul satu lagi kes berprofil tinggi untuk disiasat SPRM. Harap SPRM dapat menjalankan kes berprofil tinggi ini dengan sebaiknya.

Sumber Maklumat : http://beritasemasa.com/azalina-othman-said-rasuah

Khamis, Januari 12, 2012

SBPA Ditangguhkan !!! Penangguhan Ambil Masa Beberapa Bulan Lagi @ Mungkin Selepas PRU Ke 13

sbpa ditangguhkan SBPA Ditangguhkan !!! Penangguhan Ambil Masa Beberapa Bulan Lagi @ Mungkin Selepas PRU Ke 13

Harga barang telah pun naik sekarang ini mendahului pelaksanaan SBPA sekarang ini. Walaubagaimanapun sumber-sumber rapat mengatakan Kabinet memutuskan supaya SBPA ditangguhkan. Penangguhan SBPA (sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) adalah di antara alasannya ialah :

  • Ramai kalangan kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA ini
  • Tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja)
  • Peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi di mana terdapat dakwaan kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus
  • 1.4 juta kakitangan tidak menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA
  • Terdapat dakwaan ada kakitangan awam yang dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji
  • Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

Kronologi Terakhir Sebelum Keputusan SBPA Ditangguhkan.

Penangguhan SBPA yang diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam, 11 Januari 2012 :

  • Pada 10 januari 2012 – Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari
  • Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.
  • Pada 18 Disember 2011, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu
  • Jabatan Perkhidmatan Awam membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember 2011 dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember 2011, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012 selepas pertemuan Cuepacs dengan Datuk Seri Najib Razak.

Antara kata putus disebalik keputusan SBPA ditangguhkan adalah seperti berikut :

  • kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat
  • kemungkinan besar, ekoran selepas SBPA ditangguhkan ini ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk perlaksanaan semula ataupun berkemungkinan besar selepas pilihan raya umum ke 13 nanti
Kenyataan rasmi daripada JPA sendiri mungkin akan dikeluarkan samada :
  • hari ini atau esok (besar kemungkinan)

Berapa Ramai Yang Dah Sain Borang Opsyen SBPA?

  • Dah (86%, 355 Votes)
  • Memang tidak berminat dengan SBPA (7%, 29 Votes)
  • Belum lagi (7%, 28 Votes)

Total Voters: 412

Setuju SBPA Ditangguhkan?

  • Setuju (56%, 210 Votes)
  • Tidak bersetuju (44%, 164 Votes)

Total Voters: 374

P/S : Apa pendapat anda disebalik berita keputusan SBPA ditangguhkan ini?

http://beritasemasa.com/

Konvensyen PR: Bersihkan Malaysia, Pinggir Kepimpinan Korup

PETALING JAYA, 11 JAN : Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 yang bakal berlangsung hujung minggu ini di negeri Kedah disifatkan sebagai pecutan akhir gagasan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Konvensyen yang bertemakan 'Bersihkan Malaysia' ini secara dasarnya akan memperincikan krisis politik negara yang tidak berpenghujung selain ingin mewujudkan suasana negara yang lebih sejahtera dengan meminggirkan kepimpinan yang korup.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, konvensyen ini juga adalah untuk memastikan gerakan kebangkitan rakyat seiring dengan arus perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat.

"Persoalan krisis yang bertentangan dengan amalan politik demokrasi di negara ini harus ditangani dengan meletakkan negara dilandasan yang betul iaitu melalui kepimpinan yang beramanah, integriti dan akauntabiliti untuk menerajui negara selepas pilihan raya nanti.

"Kita juga akan mengwujudkan suasa sebuah negara yang mana ia adalah milik kita semua, negara untuk semua kaum dan kita hidup sebagai satu keluarga yang bertanggungjawab membangunkan negara secara bersama," Mahfuz berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sudah tiba masanya untuk seluruh rakyat meninggalkan kepimpinan yang korup dan terbuka untuk menerima sepenuhnya pakej politik kepimpinan Pakatan Rakyat seperti yang termaktub di dalam naskah buku jingga.

"Kita mengharapkan konvensyen kali ini mampu memberi gambaran jelas kepada masyarakat Malaysia tentang komitmen kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mendepani secara segera segala tekanan, ketidakadilan dan bebanan hidup yang terpaksa ditanggung rakyat dinegara kita selama ini," jelasnya.

Hadir sama, AJK PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden PKR, N.Surendran dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai

Rabu, Januari 11, 2012

Hasrat seorang lagi 'Bob' ingin sertai Pas

Sudah lebih seminggu sambutan tahun baru 2012 yang diadakan di Dataran Shah Alam meninggalkan satu fenomena yang hebat. Sambutan meriah yang turut dihadiri oleh artis-artis yang 'jiwa' mereka dekat bersama gerakan Islam.

Rupa-rupanya masih ramai lagi artis-artis di luar sana yang ingin bersama-sama dalam gerakan Islam ini. Walaupun menjalani kehidupan yang serba-serbi menyeronokkan - sentiasa bersosial dan berhibur.

Namun apabila mereka kembali ke rumah dan berfikir, ramai di antara mereka yang merasakan ada kekosongan dalam diri mereka. Antara artis yang mengkagumi Ust Azhar Idrus adalah Bob Kuman.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi memperolehi nombor telefon Ust Azhar Idrus daripada Zizan dan telah menghubunginya baru-baru ini ketika berada di dalam hospital.

Mengakui telah mengikuti siri kuliah dan ceramah Ust Azhar Idrus melalui internet sejak setahun yang lalu, akhirnya beliau berjaya bercakap dan berbual dengan Ust Azhar Idrus sendiri.

Di dalam perbualannya itu, Bob menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan.

Lebih menarik lagi, beliau turut memaklumkan bahawa bapanya sendiri merupakan penyokong kuat PAS suatu ketika dahulu dan pernah di rumah mereka menjadi markaz PAS.

Bapa Bob Kuman, Hj Mohd Rawi merupakan penyokong kuat PAS

Berdasarkan sambutan dan sokongan yang diterima oleh Ust Azhar Idrus daripada kalangan artis, Ust Azhar telah menyeru kepada orang ramai supaya berdoa kepada Allah, semoga membuka hati orang-orang hiburan seperti ini supaya peminat-peminat mereka akan turut mengikuti jejak langkah mereka (artis) yang ingin mendekati kepada Islam.

Isnin, Januari 09, 2012

Alhamdulillah, DSAI dibebaskan, Saiful patut ditahan!



KUALA LUMPUR 9 JAN : Laporan awal dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta mengumumkan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim bebas dan tidak bersalah.

Hakim Zabidin Mohd Diah sebaik bersidang tidak membuang masa dan berkata pihak mahkamah meragui kesahan bukti DNA yang dikemukakan pendakwaraya.

Keputusan dibuat pada 9.20 pagi.

Sebaik sahaja mendapat keputusan itu, keheningan pagi di kompleks mahkamah gegak-gempita dengan suara 6,000 penyokong.

Sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan laungan keramat "Reformasi" menyambut kehadiran Anwar yang tiba pada jam 8.35 pagi, yang tiba bersama isteri, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak.

Dari seawal jam 6.30 pagi lagi, keadaan di pintu masuk utama mahkamah sesak dibanjiri orang awam sebagai selesai solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan.

Perhimpunan 901 pagi ini dipantau 21 trak polis yang dikerahkan ke lokasi dari jam 3 pagi lagi. Helikopter PDRM berligar-ligar merakam kehadiran tanpa putus orang-ramai dari segenap penjuru mahkamah.

"Saya meminta agar rakyat tenang menghadapi sebarang kemungkinan. Perhimpunan mesti berjalan dalam keadaan aman, baik sebelum mahupun setelah mahkamah putuskan keputusan," pesan Anwar kepada hadirin yang resah.

"Saya doakan yang terbaik! Saya mengharap pihak penghakiman menghormati undang-undang dan tidak dipengaruhi pemimpin-pemimpin korup," Anwar berkata kepada wartawan di ruang legar mahkamah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba pada 8.43 pagi, disusuli Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Isnin, Januari 02, 2012

Countdown 2012 @ Kg Gajah

Kg. Gajah 31 Disember 2011, masyarkat Kampong Gajah juga memulakan " trend " untuk meraikan kedatangan tahun masihi ke 2012 kali ini. Pengajuran oleh parti politik sudah tentu menjadi penaja utama program tersebut. UMNO dan Dewan Pemuda Pas mengada program yang sama di tempat yang berlainan.



Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pasir Salak yang dapat menganjorkan aktiviti tersebut walau pun ianya di laksanakan dalam keadaan yang cukup sederhana, hanya dengan " meminjam " pondok teksi sebagai lokasi tempat diadakan.



Pengisian tidaklah seperti apa yang biasa dilihat di dataran Merdeka mau pun yang di kelolakan oleh pihak lain, kerana sambutan anjuran PAS ini agak " sunyi " dari bunyian muz ik, malahan muzik " live " mau pun muzik dari corong radio juga tidak kedengaran.



Dalam keadaan santai, sementara menunggu BBQ ( kerang, ayam, ikan, daging ) masak majlis di dengarkan dengan beberapa ucapan dari pimpinan DUN dan peringkat Kawasan, sudah pasti ketua peringkat kawasan sdr Muhaimin dan Sdr. Sahak memberikan ucapan, rata-rata ucapan mereka merasakan kesyukuran dengan kejayaan pengaunjran program dan ianya melambangkah betapa " komitednya " gulongan muda dalam usaha penyatuan tersebut.




Adalah diharapkan agar " mainan " dan " peranan " generasi muda dapat di lipat gandakan terutama dalam keadaan negara yang akan menghadapi PRU13 nanti. Tahniah.



Kalangan muda yang hadir di majlis BBQ menjalang 2012, rata-rata merasakan program sabagini walau pun dapat " cabaran " dari pihak lawan ianya perlu diadakan pada masa yang akan datang dan di susun program yang lebih mantap dengan pengisian seperti mengadakan ceramah atau berbahasan sementara menuggu detik jam tahun baru. Walau bagaimana pun mereka merasa puas dan cukup seronok dengan program tersebut.



Yang makan terus makan, yang memasak meneruskan masakannya.



Santai dua pemimpin tertinggi PAS kawasan, Ust. Mustafa dan Muhaimin.



Sementara itu sdr. Khairul Fikri bin Mohd Amin ( gambar atas ) selaku SU Seminar & Konvesyen Tanah & Pembangunan Perak memaklumkan seminar tersebut akan diadakan pada 14 & 15 Januari di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Seminar ini bertujuan untuk memaklumkan kepada para peserta kaitan dengan garis panduan pengurusan Pembangunan Tanah di Perak. Penglibatan ahli seluruh Perak di jangkakan seramai 200 orang.

Seminar dan Konvensyen anjuran Lujnah Tanah / Pembangunan Perak ini mad akan di hadiri oleh penal-penal jemputan khas, mereka terdiri dari Sdr. Razman Zakaria, Sdr. Mazlan Aliman dan Sdr. Ahmad bin Juta ( bekas Pegawai Daerah ), kepadan pengunjung blog yang berminat untuk menyertai seminar ini boleh berhubung dengan sdr. Fikri di talian 0135965419.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO