Jumaat, September 30, 2011

Tak catat nama, nombor punca gagal saman polis : cuai hak pelindung kita

Seramai 57 ahli PAS gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kegagalan mereka berbuat demikian kerana sebahagian daripada polis yang menangkap mereka itu hanya meletakkan nama, tetapi tidak meletakkan nombor keahlian polis pada uniform yang dipakai oleh mereka ketika melakukan tangkapan terhadap orang awam pada hari itu.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi (gambar) menjelaskan, selain itu, sesetengah daripada mereka sememangnya terlupa untuk mencatat nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada hari itu disebabkan tidak terfikir, akibat kekalutan, tertekan atau terlalu hairan dengan tangkapan yang dilakukan ke atas mereka.

Menurut beliau, disebabkan kegagalan itu, pihaknya turut gagal membantu mereka memfailkan saman terhadap kerajaan dan pihak polis berhubung kejadian itu, walaupun di dalam senarainya terdapat 60 orang ahli PAS yang berhak berbuat demikian.

Katanya, sehingga kini, hanya 3 orang sahaja peserta himpunan aman Bersih 2.0 yang ditangkap polis yang boleh dibantu oleh pihaknya untuk menyaman kerajaan dan PDRM kerana berjaya mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada himpunan itu.

"Saman pertama yang telah difailkan menerusi syarikat guaman saya dilakukan oleh Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Manakala saman kedua dan ketiga, menurut beliau, akan dilakukan oleh kepimpinan PKR Cabang Tambun, dengan satu daripadanya Cina dan satu lagi India pada minggu depan.

Katanya, kegagalan ahli-ahli PAS mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada himpunan tersebut tidak seharusnya berlaku kerana seminggu sebelum himpunan itu dilangsungkan telah pun diadakan taklimat mengenainya.

"Taklimat itu diadakan oleh saya sendiri di Markas PAS Bukit Gantang, Perak dengan dihadiri ratusan ahli-ahli PAS khususnya yang tinggal di Perak," jelasnya.

Sungguhpun begitu, beliau tidak menyalahkan sepenuhnya ke atas ahli-ahli PAS terbabit ekoran kegagalan itu kerana mereka mungkin terlupa berbuat demikian ekoran kekalutan yang berlaku.

"Tambahan pula, pada uniform yang dipakai oleh sebahagian polis yang menangkap mereka itu hanya terdapat namanya sahaja tetapi tidak terdapat nombornya.

"Anggota-anggota polis terbabit seolah-olah telah diberikan taklimat supaya berbuat begitu pada hari itu, walaupun sepatutnya setiap uniform yang dipakai oleh setiap anggota polis mestilah lengkap dengan catatan nama dan nombor pada baju masing-masing," katanya.

Selain itu, tegasnya, sebahagian anggota polis terbabit sememangnya tidak memakai uniform, tetapi hanya memakai jaket, manakala sebahagiannya lagi menutupi uniform mereka dengan jaket di luarnya sehingga langsung tidak terdapat catatan nama dan nombor keahliannya.

Sebahagian tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis pada hari itu, jelasnya, bukannya dilakukan pada himpunan tersebut, malah sebahagian daripadanya dilakukan di luar himpunan berkenaan.

"Orang awam atau sesiapa sahaja yang hendak ditangkap oleh pihak polis tidak perlu takut untuk mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka, malah untuk tujuan itu, mereka juga berhak meminta angota polis terbabit menunjukkan autoriti kadnya kepada mereka untuk pengesahan dan memudahkan mereka mencatatkan nama dan nombor polis terbabit.

"Anggota polis itu pula tidak boleh keberatan untuk menunjukkan autoriti kadnya kepada sesiapa sahaja yang hendak ditangkapnya itu kerana individu itu sendiri sememangnya berhak berbuat demikian.

"Itulah juga yang telah dilakukan oleh dua kepimpinan PKR Cabang Tambun yang akan memfailnya saman mereka pada minggu depan. Itulah sebabnya mereka berjaya mencatatkan nama dan nombor polis terbabit dengan betul sehingga boleh diambil tindakan undang-undang ke atas polis itu," katanya.

Beliau yang cukup kesal dengan kejadian itu menasihatkan setiap ahli PAS supaya mengambil iktibar terhadap kegagalan mereka mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada setiap himpunan yang diadakan pada masa akan datang.

Katanya, catatan nama dan nombor polis itu amat penting kerana jika tidak mempunyai catatan itu, tindakan saman tidak boleh dilakukan kerana keperluan itu telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. -HD

Isnin, September 26, 2011

Apa PRU-13! Dato' Tajuddin Bukan Calon P073 Pasir Salak?

Pusat Latihan UITM - Sungai Galah, Kampong Gajah 24 Sep. 2011. Program Rumah Terbuka Aidilfitri kelolaan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Pengerusi Felcra Berhad gagal mencapai matlamatnya.


Kain pemidang Rumah Terbuka

Pihak urusetia Program telah berusaha keras untuk memastikan kunjungan PM sehari ke Perak turut sama di majlis tersebut, berbagai juadah telah di sediakan malahan semua cawangan UMNO dikerah untuk hadir sama di majlis tersebut.

Setiap cawangan di sediakan sebuah bas dengan muatan 40 orang, ini bermakna ahli-ahli UMNO yang akan hadir dari seluruh Pasir Salak boleh dianggarkan seramai 4000 orang itu pun hanya dikira 100 cawangan sahaja, sedangkan cawangan UMNO sejumlah 123 buah. Itu kehadiran dengan bas, sudah pasti ada kalangan mereka yang berkereta atau pun dengan motor.

Berapa agaknya perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak urusetia, bas sahaja dianggarkan 60K RM ( jika sebuah bas Rm600 ), wang saku di fahamkan RM30 seorang, penyediaan jamuan, penyediaan khemah, sewaan itu dan ini, mungkin ianya menelan sejumlah wang yang besar.

" Tuan puan harap dapat bersabar, PM akan sampai tak lama lagi " laungan dari Juruhebah, " rakyat " sudah mula resah, mereka hadir jam 11pg dan kini sudah hampir 2petang. PM masih belum nampak batang hidungnya. Kemana PM agaknya, di katakan ada di Changkat Tin. Jarak Changkat Tin dengan Sungai Ga.lah sahaja hanyalah sepelaung jauhnya.

Akhirnyanya di umumkan PM tidak hadir di majlis Rumah Terbuka ini, diumumkan oleh juruhebah. Semua mereka menunjukkan rasa amarah yang amat sangat. macam-macam persoalah timbur dalam benak pemikiran mereka. Apakah PM sudah benci dengan Dato Tajuddin? Apakah ketidak hadiran PM memang tiada dalam jadual lawatan seharinya ke Perak? Atau apakah nama Dato Tajuddin sudah di padamkan dari senarai calun BN untuk PRU13 nanti? Atau apakah PM juga sudah mengetahui " buruk perangai " yang di miliki oleh Tajuddin.

lu fikir le sendiri.

Copyright by : Gajahmenta

Ahad, September 25, 2011

PM Naiki Bas @ Perak : Keperitan Rakyat VS Kemewahan Pemimpin

Senyum dapat merasai keperitan rakyat menaiki bas.

Inilah hakikat , bila mana heboh dan bangganya rakyat marhain Malaysia diberitakan pemimpin nombor satu bersama isteri terboros menaiki bas. "Keperitan rakyat kita rasakan bersama" itulah luahan hati mereka dalam gambar di atas. Merasai keperitan rakyat suatu pendekatan hebat meraih simpati untuk terus kekal memerintah.

Sehari sebelumnya, keluar kata-kata dari mulut nombor satu ini tentang Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah dan bersedia untuk menjalankan hukum Hudud di bumi Malaysia. Senyap , soh dan sepi ulamak2 lama , muda dan tok mufti mereka. Apa hukum seseorang pemimpin Islam melontarkan kata-kata demikian?

Maka keprihatinan dan kesudian pemimpin ini menaiki bas maka tertutup kesalahan besar mengeluarkan kenyataan itu. Aduhai rakyat dan pembaca, sememangnya menabur wang dan kemewahan adalah budaya pemimpin BN kini bagi meraih sambutan rakyat. Jangan mudah untuk mereka2 ini memperbodohkan kita.

Teringat admin ketika mana tahun 2009 , dimana pemimpin Pakatan Rakyat bersama bekas exconya menyertai ekspedisi jelajah Perak menaiki bas, dan bas yang dinaiki sememangnya bas yang rakyat biasa naiki... bukan sepertimana bas mewah di atas tu yang diubahsuai khusu untuk tujuan sehari sahaja.

Isnin, September 19, 2011

Ceramah Umum Isu Semasa di Pasir Salak

Jam 9.00 Malam
Mohon diperhebahkan bersama sambil menjadikan diri kita ejen penyampai yang berkesan. Insyallah, kita punyai peranan yang sama memastikan 'Kemenangan Islam Dalam Genggaman'.

Terima kasih.

Pelancaran KERABAT di Parlimen Pasir Salak

Kg. Gajah 17 Sep. 2011, PAS kawasan Parlimen Pasir Salak dengan kerjasama MTD Kg. Gajah, BAPA Kebangsaan, dan ANAK Perak telah berjaya menganjurkan 3 program dalam satu masa. Pada sebelah petangnya diadakan Jamuan Adilfitri dan diikuti dengan majlis bersama rakyat dengan pendedahan isu-isu semasa serta pelancaran NGOs PAS - KERABAT ( Badan Kebajikan Angkatan Tentera ) untuk Parlimen Pasiri Salak serta Pelancaran Pengedaran Borang Permohonan Tanah Felda Plantation oleh Presiden Anak Sdr Mazlan Aliman, beliau yang juga AJK lujnah PAS pusat.


Sdr. Razman Zakaria Pengerusi BAPAK di apit oleh Ust. Mustafa
dan Sdr. Mazlan Aliman di pentas utama.

Kedua-dua mereka Razman dan Mazlan memberikan ceramah pengkhususan kepada perjuangan untuk peserta peneroka Felcra dan Felda. Memang jelas kini terbukti kedua-dua GLC ( Goverment Link Company ) yang di pimpin oleh perasuah parti ( Pengerusi Felcra pernah tertangkap dan di gelar 6 million dollarman dan Felda gagal menyertai pertandingn dalam UMNO kerana mengamalkan politik wang ) ini telah banyak memberikan penindasan kepada peneroka. Keujudan kedua-duanya telah memberi banyak keuntungan kepada mereka yang mengurus syarikat milik kerajaan ini.

Felda Plantation yang tidak di milik oleh sesiapa dengan keluasan hampir 800k hektar kawasannya sudah di tanam dengan sawit dan memberikan keuntungan dan keuntungan di berikan kepada siapa? ini adalah isu utama yang di sampaikan oleh mereka dalam pendedahan tersebut. Bagaimana tanah seluas ini boleh di miliki oleh Felda Plantation? Dari mana pula peruntukan kewangan untuk pengursan ladang tersebut?


Let. Konl. ( B ) bersama Us. Mustafa, Razman dan Mazlan
melancarkan kempen penubuhan NGO KERABAT Parlimen Pasir Salak.

Pada masa yang sama juga Lat Konl. ( B ) Ali Nazri bin Mokhtar selaku pengerusi Kerabat turut memberikan ucapan dan ransangan mengapa pesara tentera perlu memberikan sokongan kepada PR kerana sudah tiba masanya, BN mesti di tinggalkan. Beliau cukup terkilan terhadap kepimpinan negara khusus kepada bekas angkatan tentera. Dalam pentadbiran ATM cuma 25% dari mereka yang akan menikmati pencen yang lain akan berasa di luar usia pencen. Implikasi dari pelaksanaan ini, ramailah kalangan anggota ATM yang bersara dan masih mampu berkhidmat dan untuk meneruskan penyeraan keppada keluarga mereka mereka meneruskan khidmat sebagai " pak pacak " di bank-bank mau pun kedai emas dan lain-lain primis yang memerlukan khidmat " pengawasan "



Dengan terbentangnya pemidang tersebut kini,
ERABAT sudah bertapak di parlimen Kg. Gajah


Kaunter pendaftaran ahli KERABAT -


Sebahagian dari mereka yang mengerumi meja kaunter
pengedaran borang tanah Felda plantation

Tanah seluas 800k hakter yang kini di miliki oleh Felda Plantation dijadikan " daya tarikh " kepada ramai untuk mereka memastikan " undian " pada PRU nanti memihak kepada PR.



Sebahagian daripada peminat, penyokong, dan " orang atas pagar "
meminjamkan " telinga " untuk mendengar ucapan dan penerangan dari pemimpin.

Tahniah & terima kasih kepada penganjur.

copyright from : gajahmenta.blogspot.com

Rabu, September 07, 2011

UMNO TOTOK DAH BENCI UMNO DAN NGAKU MAT SABU BENAR !

Monday, September 5, 2011
MASYALLAH ! UMNO TOTOK DAH BENCI UMNO DAN NGAKU MAT SABU BENAR

Rujuk Dokumetari RTM 1970an : Yusuf Rono mengaku Mat Indera selamatkan nyawanya dari ditembak komunis
"Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok.

Jadi, saya ini adalah salah seorang UMNO totok. Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO tlh membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO.

Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi. dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu.

Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R. Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM.

Apalah yg bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yg dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas.

Pada saya, tindakan YB Mat Sabu itu betul. Kalau nak dikirakan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin telah banyak tidak ditunjukkan kesilapan Polis British pada waktu ini, oleh sebab watak Sarjan Jamal yg sebenarnya beliau adalah anggota terawal kematiannya.

Tetapi dalam filem itu, watak sarjan ini ditamatkan jadi HERO dalam filem tersebut sudah lari dari fakta. Kedua, kenapa ramai polis tidak bersedia pada waktu itu?

Sebilangan besar anggota polis telah dijamu dengan arak oleh masyarakat cina. Orang kampung tidak berani untuk menegur perbuatan ahli yg teribat.

Maklumlah, orang kampung dan polis amat berkuasa, jadi pada masa tu pegangan akidah anggota polis tidak berapa kuat. Jadi polis-polis tersebut telah minum arak sehingga mabuk. Ini tidak pula diterangkan dlm filem tersebut.

KENAPA?? kalau tidak percaya, orang-orang UMNO Lenga boleh tanya di kedai-kedai kampung lama di Bukit Kepong. Untuk makluman semua, pihak RTM ada menayangkan satu slot dokumenteri mengenai sejarah Bukit Kepong melalui program WARISAN pada tahun 1970an.

Dalam program itu ada diterangkan En. Yusof Rono di saat akhir selepas kominis balik. Apabila En. Yusof Rono telah diarahkan di kepala oleh salah seorang kominis, Mat Indera telah menghalang komunis itu daripada menembak En. Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah, yg dah lepas, biarkan" ini bermakna Mat Indera masih ada perasaan simpati pd Polis British itu. Kalau boleh, pihak RTM tayang balik Dokumenteri tersebut yg dikeluarkan pada tahun 1970an.

Siapa HERO sebenar? Kalau bukan Mat Indera. Dengan ini, kita cuba perbetulkan Sejarah Negara semula yang telah lama dipesongkan.

Al-fatihah buat "HERO SEBENAR MALAYA" iaitu, MAT INDERA. Amin....Siasahkini


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO