Sabtu, Jun 25, 2011

Lagu Hak & Kesedaran Warganegara Malaysia

Memberikan keyakinan dan kesedaran tentang keperluan pengetahuan dan hak sebenar sebagai warga negara Malaysia.

Ingatlah bahawa ;
  1. Tiada nyawa yang akan kekal selamanya, pasti akan menemui ajalnya.
  2. Tiada kuasa yang dapat bertahan selamanya, pasti akan tumbang atas kezalimannya.
  3. Tiada banyak harta yang dapat kaya seluruhnya, pasti akan hilang ditelan usianya.
  4. Tiada pengaruh yang kekal selamanya, pastikan terhina dimamah tipu daya manusia sekelilingnya.

Jumaat, Jun 24, 2011

Semarak Isu diambang PRU-13 @ Kg Gajah

YB DS Nizar, YB Ng Swee Lin & Dr Muhaimin Sulam

Perjalanan dan perjuangan yang perlu diteruskan. Sebaran maklumat kebenaran penting untuk minda masyarakat Malaysia yang kini ketandusan maklumat tepat situasi semasa.

Kemenangan Islam Tanggungjawab bersama
Mari kita semarakkan program penerangan ini demi kelangsungan kemenagan ISLAM di tanahair kita. Tolong sebarkan , sumbangan ANDA terhadap kemenangan ISLAM bersama.

Rabu, Jun 22, 2011

Tazkirah Umum : Ketua Penerangan PAS Pusat @ Kg Gajah

Tazkirah Umum yang perlu dihadirkan oleh rakan pembaca dan penduduk sekitarnya.

Mengupas perjalanan kehidupan diri kita sekeluarga semasa,
berteraskan nilai hargai diri dalam beragama.

Ahad, Jun 19, 2011

XPDC PAS 4 ALL : Kearah Keprihatinan Menentang Penindasan Kos Harian

Kesengsaraan mereka kami ziarahi

AHAD 19 Jun 2011, Ekspedisi PAS 4 ALL edisi 2 kini kembali yang bermula dari Kampung Telok Sareh dan berakhir di Kampung Sungai Buaya, malam ini. Konvoi kali ini memberi sentuhan penuh bermakna buat rakyat marhain, dimana mereka didekati dan diselami jiwa mereka oleh team xpdc yang sangat mesra.

Kami menyampaikan bersama sumbangan keperluan harian seadanya. Apa yang penting adalah memahami keperluan dan permasalahan rakyat yang sentiasa tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang kian tinggi.

Keprihatinan peserta xpdc ini menjadikan permasalahan mereka kami dengari dari hati ke hati. Di Pekan Sehari Changkat Lada, kami sempat menyampaikan maklumat - maklumat tentang kezaliman dan ketirisan pihak pengurusan sumber negara yang menjadikan punca penindasan terhadap rakyat semakin jelas terbukti. Yang kaya kan terus kaya dan bagi yang miskin kian merana. Ini hakikat yang perlu diubah demi kelangsungan kehidupan di bumi yang bertuah.

PAS Ganti UMNO semakin perlua direalisasikan. Mereka didekati, bukan menakuti. Terima kasih buat Jawatankuasa MTD Kg Gajah, Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak, Dewan Pemuda PAS Kawasan, Unit Amal & Ketua-ketua Kampung yang dilawati. Moga Allah melimpahkan keberkatan dari program seumpama ini.

Sabtu, Jun 18, 2011

Salah Guna Kuasa Wang Felcra : BAPA Buat Laporan Polis

Berkumpul di perkarangan Balai Pols Kampong Gajah

Rentetan posting sebelum ini, NGO BAPA (Badan Bertindak Peserta Felcra) Pusat dan Kawasan Pasir Salak telah hadir ke Balai Polis Kampung Gajah, Perak. Team NGO ini diketuai sendiri Tuan Haji Razman selaku Pengerusi BAPA , Sdra Muhaimin Sulam YDP PAS Kawasan Pasir Salak, Sdra Ishak Shaari Pengerusi BAPA Kawasan Pasir Salak, dan sekumpulan peserta dan generasi kedua Felcra Changkat Lada & Seberang Perak 1,2 & 16.

Salinan report yang telah dibuat

Berikut adalah repot polis NGO BAPA (badan bertindak Peserta Felcra) tentang 2 perkara :

Laporan Pertama. Terhadap En. Mat Roni, Pengurus Besar Wilayah Felcra Bhd. Perak - Lihat repot, dibawa oleh hj. Razman (Bapa Kebangsaan). dia juga kata : Felcra Seberang perak, tak sampai setahun telah 5 kali menjadi tuan rumah program besar kerajaan negeri Perak, PPRT negeri perak hari ini cuma dapat rm250-300 sebulan, jika pemilikan mereka juga 3 ekar padi, 3 ekar sawit amat tidak wajar bantuan sedemikian. rujuk chat FB di blog http://gajahmenta.blogspot.com/

hadir bersama misi bongkar penyalahguna wang dan kusa FELCRA Seberang Perak

Laporan Kedua. Terhadap Pejabat Tanah & Felcra. Dibawa oleh En. Mohd Nasir bin Mohamad (generasi kedua felcra). Beliau juga berkata Generasi 2 kini duduk menumpang dengan mak bapa, mertua, menyewa dan ada yang buat rumah ditanah-tanah rizab jps. Sampai bila nasib mereka ini yang sering dipermain-mainkan oleh pihak berkepentingan.

Tambahan lagi...

- Sepatutnya keuntungan Felcra dipulangkan balik kepada peserta atau PPRT atau membantu generasi kedua dalam pembangunan pendidikan dan kemahiran bagi melahirkan insan yang berilmu bukannya bagi bantu UMNO,

- Felcra adalah agensi kerajaan bukan badan politik. sekarang dikudakan oleh UMNO menerusi Pengerusi FELCRA itu sendiri iaitu Datok Tajuddin Abdul Rahman. Sewajarnya FELCRA agensi kerajaan melaksanakan tugas secara profesional.

- Tentang Gen2, repot adalah tindakan susulan daripada 2 bulan tempoh masa yang diberikan kepada pentabdiran Felcra & pejabat Tanah kg.gajah

- Mohon untuk menyelesaikan masalah gen2 yang telah bayar premium pada tahun 2008. setelah memerondum di hantar ke parlimen pada 29.3.2011.

Khamis, Jun 16, 2011

Kartun: Pemuda PAS serah memo pada Utusan esok

Apa nak jadi dengan bangsaku, jumud dan minda kearah tepu, dek kerana pemimpin negara yang fail nilai-nilai Ilmu tuhanMu. Menghina agama tak jemu-jemu.

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum ke ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, di sini, jam 9.00 pagi esok, bagi mendesak Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung penyiaran kartun menghina Islam di akhbar itu, semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin dengan kepentingan Islam digesa bersama-sama Dewan Pemuda PAS Pusat ke ibu pejabat akhbar milik Umno itu di alamat 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, berdekatan LRT Chan Sow Lin bagi melakukan penyerahan memorandum tersebut.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi (gambar) menegaskan, penyerahan memorandum tersebut merupakan langkah awal oleh pihak pemuda PAS bagi mendesak Utusan Malaysia memohon maaf berhubung kesilapan besar yang dilakukan itu.

Menurut beliau, sekiranya desakan itu tidak dihiraukan oleh Utusan, Pemuda PAS akan mengadakan bantahan lebih keras dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran.

Katanya, tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan kartun menghina Islam semalam merupakan satu kesalahan besar yang tidak boleh dibiarkan.

"Karikatur itu jelas mempersendakan hukum dan agama Islam, apabila ia dilukis dengan memberi mesej dan gambaran hukum Islam sangat lemah sedangkan hukum Islam itu datangnya dari Allah, sifatnya adil dan pelaksanaannya sudah terbukti berkesan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Karikatur itu juga, menurut beliau, menggambarkan kolotnya Islam dengan seorang lelaki berjubah dan berserban menyelesaikan masalah berbanding dengan anggota polis, sekali gus menghina seluruh umat Islam.

Selain itu, ujarnya, ia cuba mengelirukan umat Islam dengan memperlihatkan hukum zina secara permukaan (surface) sedangkan hukum itu masih ada perinciannya dan untuk menjatuhkannya tidak semudah itu.

"Tindakan Utusan menyiarkan kartun itu, jelasnya, menimbulkan kemarahan umat Islam dan turut memperlihatkan niat Utusan untuk menimbulkan keadaan tidak menentu di kalangan umat Islam berhubung perlaksanaan hukum Allah," tegasnya.

Lakaran kartun yang disiarkan Utusan semalam bermotifkan sebagai satu penjelasan berhubung kekeliruan kes rogol, dengan memperlihatkan sikap Utusan yang sangat jahat apabila membenarkan sebuah karikatur yang mengakibatkan imej negatif kepada agama Islam.

Karikatur tersebut cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikannya dengan rakaman handphone, tetapi ditolak oleh tok penghulu kerana tiada empat saksi.

Manakala ketika wanita yang sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima oleh pihak polis.

Sindiran yang menghina itu dipercayai sengaja dicipta selepas PAS menolak ciptaan terbaru pemimpin Umno dengan video seks yang didakwa oleh mereka membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Petikan oleh : Aziz Muda

Sabtu, Jun 11, 2011

Penyalahguanaan Kuasa & Warga Felcra Changkat Lada Diperkudakan

Bersama-sama ini dipaparkan dengan surat jemputan khas pemimpin bersama rakyat dan warga Felcra Changkat Lada. Kekesalan berlaku, surat berkepala suratnya Felcra Berhad, ...

Namun yang dikesali, PERHATIKAN aturcara program yang dirancang, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak rupanya. Mmmmmm......

Pemimpinku berjiwa rakyat...
Rakyatku mudah menerima ayat...
Hancurnya pemikiran yang sarat...
Akibat itu hidup Melayu biar berkarat...

Khamis, Jun 09, 2011

Taman Raudhah di Majlis Ilmu bersama Dato' Tn Ibrahim Tn Man

Poster untuk diedarkan dan disebarkan. Tempahan tarikh kalian untuk mengisi pengajian akhirnya diharap untuk diamalkan.

Jumaat, Jun 03, 2011

Ceramah Sana Sini @ Palimen Pasir Salak

Kebangakitan menyedarkan masyakarat bertamadun. Gerak kerja penenrangan terus berlangsung demi kelangsungan hakikat perjuang yang tiak pernah luntur.

Sehari bersama Sdra Mazlan Aliman
Pengerusi ANAK Kebangsaan

Justeru, yang bermuktamar selamat bermuktamar. Maka yang diakar umbi kan terus memastikan isu-isu terkini tiada ketirisan sebagaimana pihak pemerintah menyembunyikan kebenarannya. Mohon untuk dipanjangkan kepengetahuan rakan pembaca terutama dilembah pahlawan sejati Pasir Salak dan kawasan sekitarnya. Moga kesedaran rakyat kian mantap.

Kupasan mantap Hak-hak sebagai rayat setmpat di bumi berdaulat.

Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO