Isnin, Mei 30, 2011

TGDS Haji Abdul Hadi merasmikan Dewan TG Haji Rais, PAS Kawasan Pasir Salak

Dewan kemegahan Markaz Pas Kawasan Pasir Salak dengan rasminya dinamakan Dewan Tuan Guru Haji Rais. Alhamdulillah setelah diusahakan untuk menjadi realiti sebenar Pusat Aktiviti Sosial Kawasan Pasir Salak , Chenderong Balai, Perak.

TGDS Hj Abdu Hadi Awang menrasmikan
Dewan Tuan Guru Haji Rais
Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Pusat telah merasmikan penamaan dewan indah ini. Jawatankuasa Pas Kawasan Pasir Salak dengan restu Tuan Guru Presiden bersepakat memperingati tokoh ulung tempatan Tuan Guru Haji Rais sebagai nama yang perlu dikenangkan oleh masyarakat masa kini terutama penduduk tempatan negeri Perak.

TGDS Presiden menandatangani plak penamaan
Markaz PAS Kawasan Pasir Salak

Dewan yang disiapkan dengan hasil kutipan ahli dan orang ramai ini menelan belanja ratusan ribu akan menjadi lakosi aktiviti setempat dan peringkat yang lebih besar kelak. Ijtimak PAS Ganti UMNO ini adalah antara aktiviti peringkat negeri diadakan disini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh penyumbang-penyumbang keringat dan wang ringgit mereaslisasikan sebenar dewan ini. Insyallah , lokasi ini akan sentiasa menjadi popular dalam kebangkitan Islam kelak.

Ijtimak PAS Ganti UMNO Perak @ Markaz PAS Kawasan Pasir Salak : Sangat BERJAYA!!!

Gamat mendengar amanat

28 - 29 Mei 2011, telah diadakan Karnival & Ijtimak PAS GANTI UMNO Peringkat Negeri Perak. Kali ini PAS Kawasan Pasir Salak menjadi host , dengan menjadikan Pusat Aktiviti Sosial PAS Kawasan Pasir Salak lokasi himpunan tersebut.

DS Ir Hj Nizar Jamaluddin menyampaikan ucapan

Pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan yang dirasmikan oleh Tuan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Haji Abu Bakar Hussain. Mermatlamatkan kearah kesedaran masyarakat tentang kezaliman pemerintah yang kini berlarutan 54 tahun. PAS Ganti UMNO merupakan program kelangsungan peringkat Kebangsaan seluruh negara.

Rancak berbincang icon PAS kini DS Ir Hj Nizar &
YDP Pas Kawasan Pasir Salak Dr. Muhaimin Sulam

Malam tadi berlangsung Ceramah Perdana PAS Ganti UMNO yang dihadiri oleh hampir 8,000 ke 10,000 orang pengunjung. Kehadiran Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS bersama saf kepimpinan yang lain , telah membawa minda masyarakat kearah mantap dan berpengetahuan.

Antara pimpinan yang hadir

Ucapan demi ucapan telah sampaikan antara penyampai yang berjaya membongkar kezaliman UMNO dan pemerintah kini ialah DS Ir Hj Nizar Jamaluddin, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat), Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), Tuan Haji Mohammad Sabu (JK Kerja PAS Pusat merangkap calon Timbalan Presiden PAS) dan di akhiri amanat Tuan Guru DS Hj Abdul Hadi Awang.

Satu persatu kezaliman pemerintah dibongkarkan yang mana penafian diarus media perdana tidak pernah diberi ruang walaupun pimpinan negara mencanangkan mengamalkan Negara Berdemokrasi. Ribuan pendengar tidak berganjak dengan ucapan pimpinan dan seruan untuk terus mendekati rakyat agar kesedaran secara menyeluruh dapat dilaksanakan.

Orang ramai yang setia mendengar

Alhamdulillah , semangat dan pengorbanan ulamak terdahulu menjadi pemangkin program ini. Ijtimak PAS Ganti UMNO ini sangat bermakna untuk terus menyuntik minda bawah segar rakyat kampung agar terus mendaulatkan Islam dan Parti Islam sebagai pendokong dan pemerintah negara yang tercinta kelak. Amin Ya Rabbalamin.

Tahniah, syabas dan terima kasih buat penganjur, jawatankuasa, petugas, penaja dan para penjual yang menjayakan program ini. Allah kan mencatat amal kebajikan kalian demi kemenangan ISLAM dibumi bertuah ini.

Isnin, Mei 23, 2011

Golongan inilah yang sebulat suara kelak kan menaikkan harga minyak Malaysia!!!

Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.


Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1.
Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2.
Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3.
Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
- tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5.
Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan
RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak
RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2.
Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysi
a

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak
RM40,000.00

6.
Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak
RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak
RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1.
Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2.
Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3.
Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4.
Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

5.
Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan
RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri
pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.

TIADA SALAHNYA KITA NAK TAHU HAL INI!

sumber maklumat disini

Ahad, Mei 15, 2011

Kepimpinan Baru Menyinari PAS Kawasan Pasir Salak

Perjalanan Mesyuarat yang amat tenang

15.5.2011, Alhamdulillah dan tahniah kepada semua perwakilan yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam muktamar PAS Tahunan Kawasan Pasir Salak kali ke-47 hari ini. Pelbagai usul diperbahaskan pada kali ini sinonim dengan pesiapan parti dalam arus PRU-13 nanti.
Dr Muhaimin Sulam YDP Pas Kawasan Pasir Salak sesi 2011/12

Ucapan perasmian yang mantap disampaikan oleh Dr Khairuddin b. Dato Abdul Malik , menyuntik semangat muktamirin dan muktamirat kearah kemenangan Islam di bumi Pasir Salak ini. Kupasan yang padat menampakkan kematangan berorganisasi. Jemaah amat dituntut dan seterusnya mental serta fizikal kearah memartabakan Islam dihati rakyat jelata menjadi ramuan utuh kemenangan Islam kelak.
Proses pengundian dijalankan

Muktamar Kawasan kali ini adalah penting dan pemilihan jawatankuasa baru juga dijalankan. Alhamdulillah saf peneraju tentera pengempur kawasan Pasir Salak semakin mantap. Insyallah kelak mencerminkan kelangsungan Islam berjaya menambat hati seluruh penduduk Parlimen Pasir Salak ini yang didalamnya terdapat 2 DUN iaitu DUN Kampung Gajah dan DUN Sungai Manik.
Insyallah dengan iltizam yang kuat , Islam pastikan berjaya. Allahu Akbar.

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Pasir Salak Kali Ke-47

Tarikh :
15.5.2011

Hari :
Ahad

Mulai :
8.30 pg

Bertempat :
Sekolah Rendah Islam Nurul Iman, Kampung Gajah

Perasmian :
Dr. Khairuddin b. Dato' Abdul Malik
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.

Sesungguhnya Mesyuarat kali ini amat bermakna dalam kerangka kerja dan tindakan wadah kesinambungan yang kelak menjadi tunggak pimpinan bermatlamatkan Islam yang hakiki. Kepada perwakilan cawangan, Selamat bermuktamar!!!

Semua perwakilan dan pemerhati dijemput hadir. Terima kasih kepada semua penyumbang termasuk 4 ekor kambing percuma untuk hidangan kelak.

Isnin, Mei 09, 2011

Rakyat diperbodohkan, Isu Rakyat diselindungkan

Seperti telah dijangka sesuatu yang mengemparkan negara pastinya punyai agenda besar sebaliknya. Inilah dunia tanahairku Malaysia. Jakun dan kuno pemikiran manusia dan rakyatnya dipermainkan.


Isu agama Kristian dan kebangkitan bukan melayu dan orang muda menjadikan ketakutan pihak pemerintah. Isu ini pastinya adalah tunning point untuk memabukkan rakyat melayu yang jumud membanggakan media perdana lebih sohih dari Sohih Bukhari dan Muslim.

Kenaikkan harga minyak RON97 RM2.90 dan kini gula naik RM0.20 , adalah isu yang akan dipudarkan dengan isu perkauman dan agama. Sudah pasti pimpinan negara pasti fokus sensitiviti keagamaan dan perkauman dari membincangkan tentang kenaikkan harga keperluan asas rakyat dan kesan kenaikkan harga 2 kompenan utama negara.

  • Apakah kita akan sentiasa terus dibuai kebodohan sejagat.
  • Apakah kita bersedia menerima kesan kenaikkan keperluan barangan hari ini.
  • Dimana tanggungjawab dan sensitiviti selaku pengguna dan rakyat di bumi bertuah ini.
Apa yang pasti setiapkan hampir Perhimpunan Agong Parti Pemerintah dan & Muktamar Parti Islam , isu yang akan dihamburkan adalah pelawaan masuk UMNO dan persepakatan antara keduanya.

Jangan kita mudah diperbodohkan .... Media Perdana milik pemerintah durjana... pembawa fitnah pelindung kepimpinan mereka... menghancurkan minda rakyat jelata.

Rabu, Mei 04, 2011

Kepimpinan & ajaran Islam direalisasikan sewarasnya.

Petikan : Malaysiakini.com/bm

Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

NONENik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

azlanMursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

azlanNik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.

Selasa, Mei 03, 2011

Apakah sama Pentas Dunia dengan Pentas Tanah Utara Singapura?

Penganalisis memunculkannya

Sejauhmana sensitiviti persaudaraan umat Islam dengan gemburan berita sebegini. Benar atau salah berita ini tidak sesiapa yang dapat ditafsirkan selain lidah kekafiran Barack Obama dan sekutunya.

Namun apa yang menyedihkan adalah kenapa umat Islam boleh bergembira dengan pemergian seorang muslim lain?

Apakah benar muslim ini bersalah sepertimana yang digemburkan oleh media Barat?

Ketiadaan beliau boleh aman dunia atau dunia aman bilamana Islam ditegakkan?

Kewajaran media negara kita memaparkan kegembiraan Barat , setelah kematian seorang muslim?

Kehancuran pemikiran umat Islam , akan hancur deq pegangan dan lontaran berita dari golongan kufar?

Adakah senario menganalisis berita ini juga berlaku di negara kita yang tidak menjalankan Hukum-Nya?


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO