Isnin, April 25, 2011

RINGKASAN MEMORANDUM BAPA FELCRA CHANGKAT LADA KE PARLIMEN

Peserta & Generasi Kedua Felcra Changkat Lada & Felcra Seberang Perak 1,2,& 16 telah KE PARLIMEN PADA 29HB. MARCH 2011

MEMO TELAH DITERIMA OLEH : DATO' DR. HASSAN MALEK
(TIMBALAN MENTERI LUAR BANDAR)

A. FELCRA CHANGKAT LADA

MOHON PENJELASAN
  1. Diberikan surat perjanjian peserta yang bersama dengan Felcra keatas pemilikan tanah - 3 ekar padi & 3 ekar sawit.
  2. Penyata untung rugi (P&L) yang jelas (3 ekar padi & 3 ekar sawit) untuk diketahui kos operasi yang sebenar mulai tanaman semula hingga ke hari ini.
  3. Ditentukan lokasi - 3 ekar padi & 3 ekar sawit yang sebenar, sebab pemilik tanah hanya membayar cukai tanah akan tetapi TIDAK MENGETAHUI LOKASI TANAH.
  4. Penjelasan Kenapa Pendapatan - 3 ekar padi & 3 ekar sawit peserta yang bersama FELCRA tidak sama dengan mereka yang telah keluar dari FELCRA.
  5. Kenapa laporan P&L hakmilik peserta ada kos-kos yang tiada hubungkait dengan peserta.
  6. Mohon Buah sawit tandan segar (BTS) milik peserta di gred mengikut analisis MPOB
  7. Mohon Padi hakmilik peserta dijual ke BERNAS.
  8. Mohon disiasat projek perumahan generasi kedua sebab generasi kedua telah membayar premium dan mahukan tapak rumah segera.

Jumaat, April 08, 2011

CERAMAH UMUM MENJELANG PRU 13 : Pasir Salak Kita Serang!!!

Jom kita sama-sama HADIR dan sebarkan...

Gaduh , Cerai & Lenyek : itu suasana POLITIK Malaysia. Tambah Dendam & HALAL jika BN


KUANTAN: “Peristiwa paling tidak dapat saya lupakan ialah melihat sendiri tayar kereta dipandu suami menggilis lutut kanan saya.

“Kejadian berlaku selepas dia melafaz cerai serta menolak saya hingga jatuh terlentang di atas jalan,” kata suri rumah yang mahu dikenali sebagai Imah ketika menceritakan kejadian yang berlaku di Balok, di sini, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian, Imah, 35, dari Dungun, Terengganu, mengunjungi suaminya yang bekerja di Balok dan berlaku pertengkaran antara mereka, selepas ‘menangkap’ suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain.

“Saya cuba memujuk suami kembali ke pangkuan keluarga, tetapi dia marah dan lebih pedih apabila suami melafazkan talak beberapa kali.


“Dia menolak saya dengan kuat menyebabkan saya jatuh terlentang dan ketika itulah kereta dipandunya menggilis lutut kanan saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, adiknya membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan dan membuat laporan di Balai Polis Beserah sebelum mereka pulang ke Dungun, malam kelmarin.

Imah berkata, dia datang ke Balok bersama tiga anak serta dua adik lelakinya mencari suami yang sudah dua minggu tidak pulang ke rumah mereka di Dungun.

Menurutnya, suaminya berusia 39 tahun, bekerja sebagai mekanik mendakwa mendapat pekerjaan membaiki kereta di Balok menyebabkan dia berulang-alik dari Dungun sejak lebih dua bulan lalu.

Katanya, kecurangan suaminya dengan seorang janda anak dua mula dihidu mereka sekeluarga selepas suaminya bekerja di Balok.

“Sepanjang suami bekerja di Balok dan menumpang tinggal di rumah sepupu, saya menyedari perubahan sikapnya apabila dia tidak lagi menjawab panggilan telefon atau membalas SMS saya.

“Dia jarang pulang ke rumah dan jika pulang, semata-mata mengambil peralatan membaiki kenderaan yang ditinggalkan di bengkel di belakang rumah kami.

“Dia juga enggan bermesra dengan anak-anak dan pergi begitu saja tanpa meninggalkan wang belanja menyebabkan saya sekeluarga hidup dalam keperitan kerana saya tidak bekerja,” katanya.

Imah dan suaminya sudah 16 tahun berkahwin dan mempunyai tujuh anak berusia antara sembilan bulan hingga 15 tahun.

Bagaimanapun, akibat kesempitan hidup, Imah hanya memelihara tiga anak yang masih kecil manakala empat lagi tinggal dengan ibu mentuanya di Kuala Terengganu.

Menurut Imah, kegagalan suami pulang menjenguknya membuatkan dia nekad datang ke Balok tiga hari lalu untuk mencari suaminya dan berbincang mengenai masalah yang sedang dihadapi.

“Saya juga ingin mendapatkan penjelasannya daripadanya selepas rakan-rakannya yang simpati dengan nasib saya memberitahu suami mempunyai teman wanita di Kuantan. Niat saya hanya ingin menemui di samping berbincang mengenai masalah kami dan memintanya kembali ke Dungun serta bekerja saja di bengkel lama,” katanya.

Menurut Imah, sebelum kejadian dia menunggu suami di taman rekreasi berhampiran rumah sepupunya selama empat jam sehingga jam 1.30 pagi dan terpaksa masuk ke rumah sepupunya apabila anak bongsunya asyik menangis.

Kira-kira jam 2 pagi suaminya pulang dan terkejut melihat Imah, tetapi sempat memarahi anaknya yang berusia lapan tahun kerana menegurnya.

Imah menegur perbuatan suaminya serta mengajaknya berbincang dan apabila lelaki itu meluru keluar, dia mengikutnya dari belakang, tetapi terkejut kerana teman wanita suaminya berada di luar rumah bersama seorang lelaki.

“Ketika cuba memujuk suami kembali ke pangkuan keluarga, dia memarahi saya serta melafazkan talak beberapa kali sebelum menolak saya dengan kuat menyebabkan saya jatuh terlentang dan ketika itulah kereta dipandu suami menggilis lutut kanan saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Haris Daud ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Selasa, April 05, 2011

Apa sahaja boleh jadi HALAL , bilamana Pimmpinan BN / UMNO terlibat!

Petikan : gajahmenta.blogspot.com


Kini klip video yang di maksudkan dengan penglibatan DSAI dalam kes ranjang dengan seorang pelacur Cina telah di muat naikkan dalam You Tube. Siapa kalangan agen yang menguruskan pengedaran ini belum ada maklumat lagi, tapi yang penting orang ramai mula dapat melihat dan menilai sendiri peranan yang dimainkan oleh pihak polis dan kepimpinan negara dalam usaha menyelesaikan isu ini.

Petikan dari Malaysiakini melaporkan beberapa laman web anti pembangkang menyiarkan laporan bahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtubesejak tengahari.

NONESemakan Malaysiakini juga mendapati video yang dilabel sebagai “VTS 01 1" itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "thepowercam."Maklumatnya di Youtube menunjukkan pengguna berkenaan menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.

Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya. Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk SeriAnwar Ibrahim.Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim. Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.h benar ini sebahagian daripada video yang digemparkan itu, ternyata sahih bukan Anwar.

Sebab daripada imej manusia yang dikatakan Anwar itu jelas bukan Anwar.

Banyak pihak juga menyatakan Suruhanjaya Diraja TIDAK diperlukansemata-mata untuk mensahihkan samada imej itu Anwar ataupun bukan. Kerana memang ternyata ia bukan Anwar! Jangan perhabiskan wang negara semata-mata untuk melayani fitnah Datuk T dan UMNO ini.

Apatah lagi video seks fitnah ini dikatakan ditayangkan secara penuh di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), demikian kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.

Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Jelas ia semata-mata gerakan untuk mengaibkan Anwar, menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekalipun sekalipun dengan mengedarkan video fitnah tersebut.

Sekaligus penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.

Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.

Jumaat, April 01, 2011

Makan Malam Amal Dana PRU13 : Syukur dan terima kasih

Malam td 31.3.2011 , telah berlangsung Makan Malam Amal Dana PRU13 anjuran MTD Pas Kg Gajah. Kehadiran dan jualan kupon yang memberangsangkan telah berjaya mengumpulkan sejumlah dana bagi mempersiapkan jentera PRU13.

Dimulakan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Sautul Iman, Sekolah Rendah Islam Nurul Iman SRINI, Kampung Gajah. Aluan dari YDP PAS Kawasan Pasir Salak al-Fadhil Ust Mustafa Shaari diikuti Penceramah Jemputan Dr. Najihatussolehah dan Penampilan khas dari Negeri Pahang Ust Fadhil Noor b. Abdul Latif (Ketua Pemuda PAS Temerloh, ajk Dewan Pemuda Pas Pahang).

Kehadiran penderma yang amat memberangsangkan telah mengamit rasa syukur dikalangan penganjur dan seterusnya dapat menambahkan dana PRU13. Bagi kami bloggers paspasirsalak.blogspot.com mengambil kesempatan untuk mengucapkan Jutaan terima kasih di atas kesudian yang hadir dan menyumbang ke dana tersebut. Sesungguhnya pengorbanan wang ringgit yang tidak ternilai harganya ini menjadi pemangkin gerak kerja jentera untuk merealisasikan kemenangan Islam kan terus tercapai di bumi sejarah DUN Kampong Gajah dan Parlimen Pasir Salak. Insyallah.

* Gambar suasana akan diupload sedikit masa lagi.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO