Ahad, Mac 27, 2011

Adab Muslim : Apabila datang kepada kamu seorang fasik....

Oleh: matuting

"Terlalu banyak isu sekarang ini sehingga memeningkan kepala bagi sesiapa yang mengikutinya. Di sebalik isu, terdapat berbagai-bagai pendapat. Tentu sahaja penerimaan masyarakat juga berbeza, ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya. Kalau setakat berita tentang hal-hal yang berlaku setiap hari seperti kemalangan jalanraya atau berita sukan, mungkin perasaan ingin tahu tidak begitu mendalam kecuali bagi mereka yang betul-betul meminati.

Akan tetapi, yang menjadi tarikan seluruh masyarakat Malaysia atau mungkin juga seluruh masyarakat dunia adalah tertumpu kepada suatu berita yang mengandungi seribu keaiban yang memalukan untuk didengar dan tidak patut diperkatakan lebih-lebih lagi melibatkan moral serta maruah individu.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut membicarakan isu yang dimaksudkan tetapi sekadar untuk mengajak pembaca kembali kepada beberapa adab kita sebagai seorang Islam apabila berhadapan dengan isu-isu seperti ini.

1. Al-Quran sebagai petunjuk orang-orang beriman dan bertakwa.

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

(Al-Baqarah 2:1-5)


2. Kembali kepada petunjuk al-Quran

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.

(Al-Israa' 17:97)


3. Menyelidiki 'sumber' berita.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat49:6)


4. Memahami Qazaf (menuduh zina) dan peranan kita sebagai seorang Islam yang taat.

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir. (Sumber Buku : Qazaf: Mangsa Fitnah)

Firman Allah dalam surah An-Nur

4. Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - (An-Nuur24:4)

5. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nuur24:5)

6. Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - (An-Nuur 24:6)

7. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. (An-Nuur 24:7)

8. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - (An-Nuur 24:8)

9. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (An-Nuur 24:9)

10. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi). (An-Nuur 24:10)

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (An-Nuur 24:11)

12. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". (An-Nuur 24:12)

13. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (An-Nuur 24:13)

14. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; - (An-Nuur 24:14)

15. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. (An-Nuur 24:15)

16. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". (An-Nuur 24:16)

17. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:17)

18. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nuur 24:18) |

19. Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nuur 24:19) |

20. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta). (An-Nuur 24:20)

Penutup

Allah telah menetapkan peraturan yang jelas dalam perkara ini untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah.

Insya Allah.

Handbill untuk sebaran am Majlis Makan Malam Dana PRU DUN Kg Gajah

untuk tindakan , SEBARAN , cetakan , derma , sumbangan dan kerja amal didahului
dengan jazakaLLAHu khairan Kasiro.

Khamis, Mac 24, 2011

TAHNIAH buat Johari Abdul, umpan dan taktik anda menjadi

`TABIK Spring' buat YB Johari Abdul yang telah berjaya mempermainkan `Geng T' yang diketuai oleh bekas KM Melaka yang suatu ketika dikaitkan dengan hubungan bersama gadis bawah umur.

Dilaporkan bahawa Johari telah meminta di antara RM 100, 000 hingga RM 1 Juta untuk menyempurnakan hajat `Geng T' menayangkan video lucah kepada seberapa banyak mungkin MP dari PR.

Bayaran yang diminta itu bukan untuk membawa MP-MP dari PR keluar parti, tetapi hanya untuk membawa mereka menonton aksi seks pelakon berperut buncit. Keluar parti atau tidak, belum tentu kerana MP-MP dari PR yang laparkan duit dan kaki khianat telah keluar dari PR. InsyaAllah, yang ada kini telah teruji kesetiaan dan moral mereka. Tindakan Johari meletakkan harga sedemikian pada saya terlalu tinggi untuk kita mempermainkan `Geng T' produser filem lucah tersebut.

Sepatutnya Johari hanya letakkan harga sekitar RM 50, 000 sahaja sudah cukup buat MP-MP dari PR bershopping sakan selepas menonton filem si perut buncit seperti `Patrick Star' dalam siri kartun `Spongebob'. Oleh kerana Johari telah meletakkan harga terlalu tinggi, maka terlepaslah peluang MP-MP kita dari bershopping.

Nampak gayanya pihak berkuasa tiada pilihan. Produser sudah mengaku dengan `team' kerja lucah mereka. Kita menunggu apakah di negara kita ini menjadi satu kesalahan atau tidak menyediakan rakaman lucah dan ditayangkan kepada umum walaupun tayangan tersebut terhad. Soal pelakunnya siapa, itu soal lain dan biarlah pihak berkuasa yang menyiasatnya. Sekurang-kurangnya Johari telah pun menontonnya dan beliau sendiri awal-awal lagi menyebut aksi seks tersebut bukan dilakukan oleh DS Anwar.

/wfauzdin.blogspot.com

Rabu, Mac 23, 2011

Sebijak mana Dato' T? Janganlah harapnya Dato T tu orang sini... mmm...

Video seks: Datuk T mahu media, NGO bentuk suruhanjaya tentukan ketulenan

Seorang lelaki yang mempertontonkan video seks kepada media semalam, mendakwa ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, hari ini meminta organisasi media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar membentuk sebuah suruhanjaya bagi menentukan ketulenan rakaman tersebut.

Dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini, lelaki itu yang masih mengenai dirinya “Datuk T” berkata, oleh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak berminat untuk menerima salinan rakaman video, maka pihaknya mahu media dan NGO menyiasat ketulenannya.

“Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada pengamal-pengamal media pada hari Isnin (semalam), saya menganggap bahawa beliau dan isterinya tidak berminat untuk menerima satu salinan daripada saya Isnin ini (28 Mac),” kata Datuk T dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.

“Oleh itu, saya minta pihak media dan NGO dengan segera membentuk sebuah suruhanjaya awam untuk menyiasat ketulenan pita tersebut,” katanya lagi.

Jutseru kata Datuk T, suruhanjaya itu boleh mendapatkan khidmat pakar forensik dari mana-mana negara untuk menentukan kesahihan rakaman video seks berkenaan, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara.

“Saya akan menyerahkan rakaman asal kepada suruhanjaya itu,” katanya lagi.

Katanya, jam tangan jenama Omega yang ditemui di bilik di mana ahli politik tersebut mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing juga akan diserahkan kepada suruhanjaya berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.

“Biar publik dan dunia menjadi hakim,” katanya lagi.

Malah kata Datuk T, dia tidak akan menyerahkan rakaman kepada polis atas alasan Anwar akan mengalih tumpuan sambil mendakwa pihak berkuasa itu bersongkol dengan kerajaan jika hasil siasatan tidak memihak kepadanya.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO,” katanya.

Pagi tadi, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar serta reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polis itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks lewat bulan lalu.

Petang semalam, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks itu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.-TMI

Pertama, bagaimana batang tubuh yang memegang video lucah itu mengetahui bahawa ia adalah rakaman asal video berkenaan jika bukan beliau sendiri yang terlibat di dalam menghasilkannya?

Kerana sebelum ini dilaporkan bahawa:

Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.

Yang ditemui itu mungkin salinan, mungkin yang telah diubahsuai, mungkin telah mengalami sentuhan perisian komputer, BUKAN RAKAMAN ASAL.

Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu konspirasi yang kantoi.

Kedua, ketulenan pita itu memang diragui kerana dewasa ini CCTV yang murah pun adalah jenis berwarna. Tetapi video lucah yang dipertontonkan itu adalah hitam-putih. Tidak sukar untuk memberi jawapan mengapa rakaman itu sengaja dihitam putihkan oleh para konspirator - iaitu untuk melindung dan memadamkan kesan "superimposed" yang jelas tampak jika ia di dalam keadaan berwarna sekalipun di tahap 8 bits/channel. Malah tahap warna hitam di skala grey scaleitupun dipertingkatkan untuk tidak menampakkan sebarang kesan ton warna.

Ketiga: Datuk T berkata:

“Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO,” katanya.

Besar sangat pangkat DATUK kamu sehingga boleh mengatasi undang-undang dan tidak mahu menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa?

Ini menunjukkan kamu adalah sebahagian dari kumpulan yang melakukan konsprasi itu.

Keempat: Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.

Sekali lagi persoalan DNA ditimbulkan. Saya katakan bahawa jam itu mungkin jam Anwar dan DNA mungkin sepadan tetapi ia tidak menjelaskan apa-apa hubungkait mengenai video seks berkenaan. Kerana anda mungkin sebagai anggota polis SUDAH mempunyai simpanan DNA Anwar yang boleh dicalitkan di mana-mana sepertimana dicalitkan didubur Saiful!

Kelima, kalau kamu anak jantan, kita cabar Datuk T itu usah berselindung. Dedahkan diri kamu siapa jika benar kamu seorang yang disuruh oleh Anwar mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel tersebut?

Setakat artikel ini ditulis, Datuk T belum ditahan sedangkan Anwar sudah membuat laporan polis. Semakin jelas kini siapa beliau sebenarnya.

Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini. -GB

Selasa, Mac 15, 2011

PM Jepun sahkan loji bocor, paras sangat tinggi




Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedah.

NONEDalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling diteruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.

"Tahap (radiasi) nampak amat tinggi dan masih wujud risiko lebih tinggi bahawa banyak radiasi akan merebak," kata Kan.

Krisis nuklear itu adalah paling teruk pernah dialami Jepun sejak kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia II.

Kan memberi amaran bahawa lebih banyak kebocoran mungkin berlaku dan meminta orang ramai supaya berada kira-kira 30 kilometer dari Kompleks Fukushima Dai-ichi bagi mengelak daripada terkena radiasi.

NONEOperator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak.

"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang.

"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Dalam pada itu, Setiausaha Ketua Kabinet, Yukio Edano berkata, reaktor keempat di kompleks berkenaan terbakar dan banyak radiasi dilepaskan.

Sampai ke Tokyo

Tahap radiasi dikatakan 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

NONEPagi tadi, AFP melaporkan satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

Sementara itu, pejabat kedutaan Perancis di Jepun menganggarkan paras radioaktif yang bocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka mungkin sampai ke Tokyo dan kawasan persekitarannya dalam tempoh 10 jam.

Anggaran itu berdasarkan arah tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Jarak antara Tokyo dan kawasan loji itu adalah kira-kira 240 kilometer.

Kenyataan yang disiarkan pada laman web kedutaan Perancis bahasa Jepun itu menggesa semua warganya supaya berada dalam bangunan, menutup tingkap dan tidak panik.

- Agensi

PERTEMUAN YANG MEMBIMBANGKAN UMNO

Kenyataan Media

NIK ABDUL AZIZ JUMPA HARUSSANI: UMNO PERAK BIMBANG



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa kesal berhubung kenyataan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar yang menyifatkan pertemuan tertutup antara Tan Sri (Dr.) Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak dengan Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS tidak sesuai dan seolah-olah merugikan ummat Islam kerana ianya di politikkan.


DPPN Pk juga merasa kesal kerana masih ada ummat Islam yang membezakan agama di dalam politik dan ianya tidak sepatutnya berlaku sama sekali. DPPN Pk melihat Datuk Hamdi tidak memahami Islam yang sebenarnya dan ianya bertentangan dengan slogan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir tentang konsep Islam dan agama kerana kurangnya permahaman daripada kalangan pimpinan Umno itu sendiri.


Sepatutnya ianya perlu dilihat sebagai satu objektif baik kerana usaha ini akan memberikan kekuatan buat ummat Islam agar tidak bertelagah dengan hukum yang ada kerana bagi tokoh-tokoh Agama agar tidak bertembung dikalayak umum. DPPN Pk merasakan kerendahan dan kejelekkan pemikiran Datuk Hamdi yang terlalu bimbang bagi pihak Umno sekiranya pertemuan tersebut berlangsung dan sekiranya ianya berjaya kelak.


DPPN Pk sekali lagi berharap menemukan kedua-dua tokoh tersebut berjaya walaupun ada pihak tertentu tidak senang dengan usaha ini. Malah ianya cuba dihalang agar tidak berjaya dan jelas perkara tersebut tidak menguntungkan Umno jika ianya diadakan dan bukannya kedua-dua tokoh tersebut.


DR RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Peningkatan Kadar Radiasi Reaktor 1000x ganda

Pihak berkuasa Jepun sedang bertungkus lumus menggelakkan kerosakan di loji nuklear susulan kejadian gempa bumi, semalam sehingga menyebabkan tsunami.


Menurut AFP, sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9.

Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun.

NONEKegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat.

Kadar radiasi meningkat kira-kira 1,000 kali berbanding paras normal di bilik kawalan reaktor No. 1 loji Fukushima Daichi, demikian menurut Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun.

Tanpa memberitahu kadar radiasi sebenar yang meresap keluar, agensi itu berkata, ia juga dikesan di bahagian luar menyebabkan kerajaan mengambil tindakan pengosongan melibatkan kawasan lingkungan sejauh 10 kilometer.

Terdahulu sekitar 3,000 penduduk telah diminta meninggalkan rumah mereka.

Semalam, Tokyo Electric Power Co berkata suhu di reaktor No. 1 dan No. 2 di tapak tenaga nuklear Fukushima Daini meningkat dan ia sudah hilang kawalan ke atas tekanan pada reaktor-reaktor gunaan mereka.

NONEStesen Fukushima Daini adalah loji tenaga nuklear kedua beroperasi di kawasan Fukushima, timur laut Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami petang semalam.

Tepco berkata kira-kira pukul 2.46 petang semalam (waktu Jepun), tiga daripada enam reaktornya dihenti operasi ekoran gempa bumi.

Semuanya adalah reaktor air didih.

Kata Tepco, reaktor-reaktor ditutup ekoran kehilangan kuasa luar kerana kegagalan fungsi salah satu daripada dua sistem tenaga.

Kejadian itu membawa kepada penggunaan janakuasa diesel kecemasan bagi menyediakan kuasa sokongan kepada loji tersebut.

NONEBagaimanapun janakuasa diesel pula henti selepas sejam loji henti operasi, menyebabkan tiadanya kuasa bagi sistem pendinginan.

Loji tenaga nuklear memerlukan kuasa bagi motor, injap dan instrumen yang mengawal sistem, yang menyediakan air dingin kepada teras radioaktif.

Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata, "penduduk selamat selepas mereka dalam kawasan lingkungan tiga kilometer dipindah keluar dan mereka dalam kawasan lingkungan 10 kilometer pula diminta tinggal dalam rumah, jadi kami mahu penduduk bertenang.

- malaysiakini

* There was a nuclear blast 4:30pm Sunday in Fukushima Japan. If it rains today or in the next few days, DO NOT GO UNDER THE RAIN. If you get caughtout, use an umbrella or raincoat, even if it's only a drizzle. Radioactive particles, which may cause burns, alopecia or even cancer, may be in the rain.Pls pass.

- jika secara logiknya, gelombang air atau ombak dari jepun blh tiba ke tanahair kita, inikan pula radioaktif yg diterbangkan oleh angin. apakah ianya blh terhurai diudara dan trhalang utk sampai ke negara sekitarnya. be careful

Khamis, Mac 10, 2011

Mahfuz: Jangan bayar kompaun saman ekor!

Petikan : Malaysiakini

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini,.

NONEHarakahdaily memetik pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah berkenaan di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.

Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.

Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya.

2 Mac lalu kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula 1 Mac sehingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

Namun mengikut perangkaan, hanya kira-kira empat peratus atau 700,000 daripada kira-kira 17.3 juta saman telah dibayar.

Malam Amal PRU13 @ MTD Kg Gajah


Kalian dijemput dan dipersilakan hadir bersama. Program murni menjana infaq untuk PRU13 Tabung PRU MTD Kampung Gajah. Sambil menjamah hidangan , maka disajikan juga santapan rohani dan kupasan isu-isu semasa dari jemputan khas Pahang & Bota Kanan.

Moga kalian pembaca dapat menyebarkannya.
Maklumat lanjut sila hubungi : 0195279131 (shamsul)

Jumaat, Mac 04, 2011

UNDI POS: ZAMBRY SELAMAT DI DUN PANGKOR

Kenyataan Media (2 Mac 2011)

UNDI POS: ZAMBRY SELAMAT DI DUN PANGKOR


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah awal kepada Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir kerana akan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Pangkor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti dengan kemenangan besar setelah kemasukan beramai-ramai pengundi pos sebanyak 5,669 orang berikutan data yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) baru-baru ini.


Sudah tentu Datuk Seri Zambry akan memenangi kerusi DUN tersebut secara bergaya dengan penambahan undi yang akan meningkat kelak. Kemungkinan ini berdasarkan kemasukan pengundi pos yang terlalu tinggi di sana. Sudah tentu kerusi DUN Pangkor adalah kerusi paling selamat di Negeri Perak. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Zambry bergantung kepada pengundi pos untuk menang di dalam PRU sepanjang beliau bertanding di sana.


Lain pula isyaratnya jika Datuk Seri Zambry tidak akan bertanding lagi di DUN Pangkor dalam PRU 13 nanti, atau beliau akan bertanding di kerusi lain atau kerusi Parlimen pula? Atau pada kali ini pengundi pos akan menolak Datuk Seri Zambry pada PRU 13 nanti. Kemungkinan-kemungkinan ini tidak mustahil di dalam politik jika suara rakyat ataupun Pasukan Beruniform tidak didengar oleh kerajaan.


Bagi DPPN Pk, kita berasa hairan dengan peningkatan mendadak dalam undi pos di DUN Pangkor namun kami juga tidak pelik sekiranya ada usaha tertentu untuk memastikan Datuk Seri Zambry mengekalkan kemenangannya di Pangkor kerana kawasan tersebut sudah tidak selamat lagi bagi beliau. Atau kita juga sama-sama tunggu politik Umno / Barisan Nasional (BN) bagi melihat siapakah akan mengganti kerusi DUN Pangkor akan datang. Dan yang lagi penting adalah, sama-samalah kita tunggu samaada pengundi pos akan bangkit untuk menolak BN pada PRU 13 nanti! Adakah Datuk Seri Zambry akan menjadi wakil Pos di DUN Pangkor?


DR RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

ISYTIHAR HARTA: KENAPA ZAMBRY TAKUT?

Kenyataan Media (1 Mac 2011)

ISYTIHAR HARTA: KENAPA ZAMBRY TAKUT?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal komen yang telah diberikan oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir di atas saranan mengemukakan atau mengisytihar harta semua EXCO Kerajaan Negeri Perak sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor bagi memberikan peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai sendiri kedudukan sebenar harta setiap EXCO Kerajaan Negeri tersebut.


Sepatutnya Datuk Seri Zambry sebagai orang nombor satu menunjukkan contoh yang baik dikalangan semua EXCO Kerajaan Negeri serta sebagai bukti bersihnya setiap EXCO kerajaan Negeri sediaada. Siapakah yang mentadbir kerajaan negeri sekarang? Kenapa cuba memburukkan orang lain sedangkan perkara tersebut adalah untuk menunjukkan ketelusan kerajaan negeri. DPPN Pk kesal sikap berdalih Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini.


DPPN Pk mendesak agar Datuk Seri Zambry dan semua EXCO Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta mereka dengan segera. Berdasarkan maklumat terkini yang dikatakan bahawa seorang EXCO Kerajaan Negeri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepatutnya Datuk Seri Zambry berusaha membersihkan imej mereka dengan mengisytihar harta. Tetapi Datuk Seri Zambry bersikap angkuh dan tidak mengambil ikhtibar langsung.


DPPN Pk memberikan tempoh seminggu kepada Datuk Seri Zambry untuk mengisytiharkan harta beliau dan seluruh EXCO Kerajaan Negeri. Jika Datuk Seri Zambry dan EXCO Kerajaan Negeri gagal mengemukakan atau mengisytihar harta untuk dinilai oleh rakyat, maka memang benarlah persepsi yang berlegar dikalangan rakyat ketika ini bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) adalah dikalangan mereka yang tidak bersih.


SALMAN HAJI SALEH

Naib Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

PAS GANTI UMNO: UMNO GANTI SIAPA?

Kenyataan Media (1 Mac 2010)

PAS GANTI UMNO: UMNO GANTI SIAPA?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam ucapan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir ketika Majlis Perasmian Serentak Umno Cawangan-cawangan Seluruh Negeri Perak dan terlupa situasi di Negeri Perak bahawa siapakah yang akan menggantikan Umno di Perak jika tsunami politik semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 berulang kembali di Perak.


Bagi di Perak, Umno sebenarnya akan digantikan oleh wakil Bebas kerana pentadbiran kerajaan Negeri sehingga kini masih ditentukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas melalui rampasan kuasa bukan melalui sistem demokrasi berparlimen seperti di negeri-negeri lain di Malaysia dan negara-negara di dunia yang mengamalkan sistem ini.


Kenapa Datuk Seri Zambry lupa dengan peristiwa ini? Kenapa Datuk Seri Zambry tidak melihat bahawa Umno masih gagal memainkan peranannya sehingga kini? Umno Perak sebenarnya bakal digantikan oleh PAS jika rakyat menolak Umno pada PRU 13 nanti.


Ini kerana semua kerusi Umno di Perak akan berdepan dengan PAS dan jika Umno kalah kerusi tersebut sudah tentu bahawa PAS akan menggantikan Umno. DPPN Pk yakin rakyat boleh menilai sendiri kepimpinan Umno Perak kini kerana masih meneruskan kerakusan yang telah dilakukan oleh kepimpinan mereka sendiri.


DPPN Pk akan bersama rakyat bagi membuat perubahan dan memastikan bahawa PAS akan menggantikan Umno, manakala Barisan Nasional (BN) akan digantikan dengan Pakatan Rakyat (PR) di Perak.


ZAWAWI HASSAN

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Rabu, Mac 02, 2011

PECAH AMANAH, DIBERI KEPERCAYAAN : ITULAH UMNO

Kg. Gajah 01 Mac 2011

Penduduk Kg. Gajah gempar dengan berita seorang anak tempatan yang bertugas di Pahang di jatuhkan hukuman jel 10 bulan dengan denda berjumlah RM24,650 atas kesalahan mengemukakan dokumen palsu, dengan tujuan untuk memperdaya serta membuat kekeliruan dokumen baucer bayaran. Butiran bayaran yang diperlukan cuma bernilai RM4,930 sahaja. Laporan Kosmo Jumaat 25 Feb. 2011, juga Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh di hukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama boleh di penjara minimum 14 hari sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali gandaan nilai suapan atau RM10,000 atau nilai mana lebih tinggi.

Nasaruddin Othman

Mohd. Nasaruddin Othman, bersama keluarga tercinta

Beliau pada masa ketika kejadian adalah Pengetua Institut Latihan Jabatan Kemajuan Masyarat Kemas di Kuatan Pahang, dan kes disebut pada 13 Janauari 2006, bagitu lama kes ini berjalan dan pihak tertuduh juga telah lupa yang beliau sedang dalam pertuduhan.

Dalam usia yang bagitu muda hanya 33 tahun, dengan jawatan yang tinggi dan berpengaruh dan berkecimpung pula dalam politik pemerintah sudah tentu beliau merasakan dirinya sentiasa di lindungi oleh pihak tertentu dalam parti dan kerajaan. Ini membuatkan beliau terlupa bahawa undang-undang di Malaysia bukannya sentiasa memihak kepada kepimpinan pemerintah. Kekadang perlu ada dari kalangan tentu yang di jadikan " Kambing Hitam " dalam penetuan perundang tersebut.


Beliau di DUN Kerdau - sebagai petugas pilihanraya,
apakah yang terjadi pada dirinya tidak menjejas prestasi calun
di Kerdau - rakyat sahaja yang boleh menjawabnya.

Sebagai pemimpin di peringkat Pemuda Bahagian, berkelulusan yang membawa gelaran " Dr. Rounders " beliau di lihat mampu untuk pergi jauh dalam proses kepimpinan, mungkin dalam masa terdekat mampu menaiki tangga hariki kepimpinan dengan lebih tingg.

Rata-rata kenalan di kampong merasakan amat dukacita atas peristiwa yang menimpa beliau dan mungkinkah masa depan kepimpinan beliau terjejas? Atau memang sudah menjadi budaya dalam UMNO, budaya sebegini memang menjadi darah daging. Mungkin dalam pemikiran beliau kalau kepimpinan yang lebih tinggi boleh buat, malahan berjuta dan berbilion, lihat saja kepal selam, lihat saja pembelian jet, lihat saja pengagihan wang negeri, lihat saja peruntukan projek, lihat saja salah guna kuasa oleh pemimpin, malahan lebih teruk sistem perundangan juga di jadikan bahan untuk kepentingan politik, untuk mengapa " aku " tak boleh, aku EXCO pemuda Bahagian, bersama dengan Jawatan kuasa Bahagian bersama dato T.

APAKAH UMNO AKAN TERUS BERJUANG DAN MEMPENGARUHI ANAK DIDIK MEREKA UNTUK TERUS HIDUP DENGAN SALAH LAKU. ALLAH SAJA YANG TAHU

laporan : http://gajahmenta.blogspot.com

Perjuangan perlukan pengorbanan : Bob Lokman






Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO