Sabtu, Februari 19, 2011

Bob bersama di H30k



Bob Lokman bilang, " kesian dgn org2 melayu yg kaya dan pandai. Penat mereka berusaha di dunia, penat pula merangkak kalau dpt ke syurga atau lebih tenat pula kalau 'homestay'nya neraka. Tak salah kaya dan pandai, tapi mengapa menolak Ulama'. Bukan semua, tapi mereka yg derhaka. Bertaubatlah...! "



" Benarlah dunia ada ujian. Berkata benar ada ujian. Marah yg benar ada ujian. Berbuat baik ada ujian. Mengutuk pada yg patut ada ujian. Yg paling halus, pujian adalah ujian.


Susahnya melihat tanpa dosa, susahnya berkata tanpa dosa, susahnya berniaga tanpa dosa, susahnya bekerja tanpa dosa, susahnya berehat tanpa dosa, susahnya puasa tanpa dosa, susahnya sembahyang tanpa dosa, susahnya berdakwah tanpa dosa, susahnya merdeka tanpa dosa namun lebih susah bila ada rasa TIDAK PERNAH BERDOSA.."



Foto lain akan menyusul.. kongsi bersama
http://albanjarionline.blogspot.com/

Rabu, Februari 16, 2011

KEMELUT MESIR: MOHON JAMINAN KERAJAAN


Kenyataan Media

KEMELUT MESIR: MOHON JAMINAN KERAJAAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta jaminan Kerajaan Negeri Perak berhubung kos tambang pemergian kembali pelajar-pelajar rakyat Negeri Perak yang kini dalam proses pulang ke tanah air akibat kemelut pergolakan di Negara Mesir yang masih belum memberikan jaminan kerana isu tersebut masih menghantui Ibu Bapa pelajar berkenaan, dalam masa yang sama tidak menafikan usaha membawa semua pelajar tersebut kembali ke tanah air sebagai usaha yang terbaik.

Perkara tersebut seperti terlepas pandangan pihak Kerajaan Negeri walaupun Kerajaan Pusat kini sedang berusaha membawa pulang semua rakyat Malaysia untuk pulang. Tetapi selepas ini akan timbul pula persoalan tentang kos tambang pelajar yang ingin kembali semula ke Mesir di atas tanggungan siapa? Apakah pendirian Kerajaan Negeri Perak bagi menjaga kebajikan pelajar Perak yang masih belum menamatkan pengajian mereka di sana?

DPPN Pk inginkan jaminan, bahawa Kerajaan Negeri Perak akan membayai kos tambang pergi semula mereka ke sana setelah kemelut Mesir berakhir. DPPN Pk amat bimbang dengan ketidak prihatinan Kerajaan Negeri bagi memastikan kebajikan semua pelajar Perak yang masih tertangguh pengajian mereka akan terabai akibat menanggung kos tambang diluar jangkaan mereka.

DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri Perak dapat menjelaskan kedudukan sebenar, agar semua Ibu Bapa lega dengan jaminan bahawa Kerajaan Negeri Perak akan menanggung kos perbelanjaan kecemasan ini untuk semua pelajar Perak pulang semula menyambung pengajian mereka selepas berakhirnya kemelut di Mesir jika Kerajaan Pusat tidak menguruskan pemergian kembali mereka ke sana.

ZAWAWI HASSAN

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Isnin, Februari 14, 2011

Wahai anak Adam!

Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya.Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu. Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.

“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirahat daripada seretan malaikat maut…!”

Oleh itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut. Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.

Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur, roh senantiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia. Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang yang memandikan roh, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu dalam keaadaan panas. Dan jangan pulak terlalu sejuk.Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.”

Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”

Sewaktu di mandikan dan di bersihkan najis kepada kemaluan, janganlah di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.

Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga para tamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya hulurkanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin ataun sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.

Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa hidup. Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka.

Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun meyeru:
“Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku telah menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka.. Sesungguhnya Pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”

Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam:
Jangan di sediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai malah mereka dengan tidak sedar menyediakan makan minum kepada para tamu yang datang melayat orang yang meninggal kerana mereka sebenarnya tidak tahu(jahil)
Asingkanlah tempat untuk di mandikan mayat tadi dari pandangan orang dan setidaknya di tiraikan kain atau langsir atau tempat khusus bagi menjaga keaiban pada mayat tadi.Dan yang paling diingat, Jangan membongkar keaiban orang yan sudah meninggal tadi selepas kita mandikan mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar!!!! Naudzubillah

Oleh sebab itu di tekankan di sini, sebaik baiknya orang yang akan sama-sama untuk memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu.Dalam menjaga keaiban keluarganya yang telah pergi, Semoga di berkati oleh Allah adanya.

Jangan berdiam diri saja atau berbincang -bincang dalam soal keduniaan apabila kita melawat orang yang meninggal kerana mayat tersebutsesungguhnya berada dalam keaadan kesakitan sehingga di kuburkan. Sebaik -baiknya bacalah Yaasin dan sedekahkanlah Al Fatihah untuk orang yang telah meninngal dunia.

Penghantaran ke kuburan, sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat sekali terutama anak –anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat sehingga akhir, ke liang-lahat kerana mereka lebih mengetahui, lebih memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam aspek menjaga , mengawal dan menentukan mayat akan lebih selesai dari saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kuburkan..

Dalam suatu riwayat di sebutkan: Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia di panggil dari langit dengan tiga kali jeritan:

“Wahai anak Adam! “
“Apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?”
“Apakah kamu mengumpulkan dunia ataukah dunia mengumpulkan kamu?”
“Apakah kamu mematikan dunia ataukah dunia mematikan kamu?”
Sewaktu mayat di pikul di atas usungan, terdengar lagi tiga jeritan:

Wahai anak Adam!
“Sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat.”
“Sangat berbahagialah kamu jika amalanmu baik.”
“Sangat berbahagialah kamu jika sahabat-sahabatmu dalam keredhaan Allah.”
Sewaktu mayat di letakkan untuk di sholatkan maka ia di panggil tiga kali teriakan:

Wahai anak Adam!
“Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat!”
“Jika amal perbuatan baik, maka kamu akan melihat baik!”
“Jika amal perbuatan kamu jelek, kamupun akan melihat jelek!”
Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kubur
Ia memanggil lagi dalam tiga teriakan

Wahai anak Adam!
“Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini?”
“Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakhiran ini?”
“Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini?”
Dan jika mayat di letak di liang lahat maka ia pun dipanggil dengan teriakan tiga kali

Wahai anak Adam!
“Kamu diatas punggungku bersenda gurau, tapi kamu dalam perut ku menjadi menangis.”
“Kamu berada di atas punggungku bergembira ria, tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka.”
“Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tapi kamu dalam perutku menjadi diam.”
Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman:

“Wahai hamba Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana para manusia, kerana isteri dan kerana anak. Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan aku lebih kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya.”

Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur.
SubhanaAllah……

Posted @ www.isuhangat.net. Kredit kepada penulis.

Sabtu, Februari 12, 2011

Bermanfaat sambil menyumbang 'Tabung Pembelian DANA KHAS PEMBELIAN LCD PROJEKTOR MTD KG GAJAH'

Perkembangan ICT yang begitu pesat memungkinkan kita untuk menyampaikan dengan lebih berkesan sebarang bentuk penerangan isu-isu semasa masa kini. Kini dipelawa dan memohon harapan untuk mengisi 'Tabung Khas Pembelian LCD Projektor MTD Kampung Gajah'

Sebarang sumbangan anda adalah perjuangan untuk beramal.

Disamping itu , bersama projek Badan Amal Kebajikan Prihatin (BAKP) Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa , dalam konteks penjualan penapis air yang berkualiti dengan
Nano Energy hanya RM488 sambil berKebajikan.... menyumbang....& Penjimatan....

Iklan dan penerangan dari Harakah

Sumbangan tanpa belian boleh terus ke :

Akaun Agro Bank MTD Kampung Gajah
2-00-5442-00001489-0

Akaun Maybank
158060472197

Keterangan lanjut boleh hubungi
Bendahari MTD Kg Gajah 019-4165969

'Sumbangan Anda, Penjana Bekalan Akhirat Anda'

Rabu, Februari 09, 2011

Ayuh kita ke Himpunan & Munajat Perdana

Munajat Perdana

Khamis, Februari 03, 2011

Raikan mereka @ Gong XI Fa Chai

1.2.2011 / selasa / 2.30ptg -
Lokasi :- Rumah orang2 tua Kg Simee (PKK), Railway station & Medan Gopeng Bus Stand...bersama pimpinan negeri DS Ir Nizar & Ust Mustafa...memberi sumbangan buah limau & Angpaw.

Bermula jam 2.30ptg...sidang media..(sinar, Sin Chiew J
it Poh, Ipoh Eco, HARAKAH, nanyang siang pao & beberapa akhbar cina) 100 kotak limau habis...aura DS Nizar masih kuat ...rakyat beri sokongan 200%...

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Perak menjadi penaja prgm tersebut...

Sikap keterbukaan PAS Perak bersama masyarakat cina...dgn pelancaran tersebut harap diikuti oleh mana2 kawasan yg meraikan tahun baru cina...


ana mengiringi bersama

PENGALAMAN TEGANG DI MESIR

"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.

"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami."Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya. Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.

"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.

"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu."Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya. Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam."Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan.

Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir."Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.

- Bernama

Rabu, Februari 02, 2011

Sebarkan dan Moh kite...hadir bersama...


Jom kita hadiri bersama.....Semarak pengetahuan tingkatkan kefahaman....

Selasa, Februari 01, 2011

Sesuatu yang perlu diketahui... antara kejayaan terbesar!! Pakatan Rakyat Di Kedah

Tiada apa yang boleh disangkal lagi. Segalanya telah dapat dibuktikan. Ini adalah antara puluhan perubahan besar dari kejayaan Pakatan Rakyat di Kedah. Begitu juga negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Situasi berbeza di Jeddah akibat BANJIR


DEWAN ULAMA PAS PERAK SANGGAH KENYATAAN MB (H) PERAK

IPOH, 25 Jan - Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria hari ini membidas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di atas kenyataan beliau yang menuduh para ulama’ sebagai penyebar fitnah.


“Ulama’ berperanan menyampaikan kebenaran dan keadilan agama Islam, bukan penyebar fitnah”, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zambry yang menuduh pihak tertentu yang mendakwa sebagai para ulama’ telah menyebarkan fitnah.

“Para ulama’ mempunyai ilmu dan bercakap berdasarkan ilmu, sebagai contoh sekiranya ada perbuatan pemimpin yang boleh membawa kepada amalan syirik dan khurafat tentulah para ulama’ menegur dan menyatakan kebenaran. Kalau ulama’ mendiamkan kemungkaran bererti ulama’ menjadi seperti syaitan bisu”, jelas beliau


Beliau juga menyatakan bahawa PAS selama ini telah berjaya melahirkan ulama’ yang dapat memimpin masyarakat dengan segala pendekatan tarbiyyah dan mampu melahirkan individu yang bertaqwa kepada Allah SWT.


“Inilah perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno. Umno jelas-jelas mengenepikan peranan ulama’ dalam parti mereka, orang yang ada ilmu agama dalam Umno terpaksa bersetuju walaupun tindakan kerajaan menyalahi hukum agama seperti cadangan hub hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP)”, tegas beliau.


Menurut beliau, ulama’ di dalam PAS memimpin parti dan mendidik masyarakat dengan tarbiyyah Islamiyyah dan menerangkan perihal hukum halal haram supaya masyarakat bertaqwa kepada Allah SWT.

“Golongan ulama’ mampu memberi tunjuk ajar dan nasihat, perkara ini tidak berlaku dalam Umno dimana ulama’-ulama’nya hanya mengikut telunjuk pemimpin dan kepentingan politik mereka," ujar beliau.

Memetik ucapan beliau, “ Masalah antara Umno dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah negara Malaysia, sama ada dari sudut pentadbirannya, kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W Pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Beliau menyatakan bahawa, PAS mempunyai agenda besar dalam perjuangannya dan tidak sesekali terpengaruh dengan perjuangan nasionalis-sekular Umno, justeru Umno akan terus ditentang selagi parti itu mempertahankan dasar kebangsaan atau assobiyyah.

“Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul,” katanya.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO