Khamis, Disember 30, 2010

Debat DPPN Pk Vs Pemuda UMNO : Buka Lembaran 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucap tahniah kepada Pemuda PAS dan

Pemuda Umno Larut di atas usaha menganjurkan satu pentas debat di Dewan Serbaguna MDS,

Taman Permai 2 , Selama pada jam 8 malam Sabtu ini.

Debat tersebut adalah antara ketua Pemuda PAS dan ketua Pemuda Umno Larut.

"DPPN Pk mengalu-alukan usaha debat ini yang sudah tentu akan mematangkan

lagi generasi muda masakini," kata ketuanya, Zawawi Hassan.

"Pemuda PAS Larut akan menampilkan Mohd Nazri Din,

manakala Pemuda Umno pula akan menampilkan Mohamad Anuar Ariffin.
"DPPN Pk memberikan sokongan sepenuhnya kepada kedua-dua pihak agar

dapat melangsungkan majlis debat tersebut dengan jayanya," tambahnya.

Malah, katanya, DPPN Pk berharap, majlis seumpama itu diteruskan agar pemikiran

generasi muda dapat menerima kaedah debat sebagai satu pentas

bagi mematangkan pemikiran generasi muda sedia ada.

"Walaupun difahamkan ada tentangan mahupun halangan daripada pihak-pihak tertentu,

DPPN Pk berharap pentas debat itu nanti akan menjadi satu contoh yang berguna kepada masyarakat umum.

"DPPN Pk berharap majlis tersebut tidak dihalang malah disokong

bagi menyalurkan maklumat dan menyediakan medan percampahan fikiran anak muda yang berwawasan.

"DPPN Pk sekali lagi mengharapkan rakyat dapat menerima majlis perdebatan ini sebagai

satu program yang sihat dan berharap ianya dapat diteruskan oleh mana-mana pihak lain selepas daripada ini," katanya.

Berikutan, katanya, DPPN Pk mempelawa pergerakan Pemuda Umno Perak agar

turut sama hadir bagi sama-sama menyokong usaha tersebut.

Sabtu, Disember 18, 2010

'BAPA' akan dilancarkan : ANDA dijemput HADIR

Majlis Pelancaran Badan Bertindak Peserta FELCRA 'BAPA'
Peringkat Kebangsaan

Pelancaran Badan Bertindak Warga Felcra (BAPA) secara rasminya akan diadakan pada 25 Disember 2010 ini bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning, Taiping. Ianya Insyallah akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Mat Isa. BAPA ditubuhnkan dengan pelbagai tujuan dan yang pastinya untuk mengembalikan keadilan , kebenaran , kesedaran dan hak seluruh warga FELCRA MALAYSIA.

Kehadiran dan hebahan kalian sangat2 dialu-alukan.

Muslimin muslimat dijemput untuk hadir dan sebarankan maklumat ini agar sama-sama kita menjadi insan pejuang kebenaran dan bukan sekadar menjadi kuda tunggangan pihak-pihak yang sering membolot kekayaan hasil ketidaksempurnaan dan keringat insan bawahan.

Ketuanan Melayu yang berbulu2

Oleh: Pria Malaya
Gambar2 ini dirakam ketika sambutan ulang Tahun yg ke-22 Dafi, anak menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob..

Mengikut peminat Dafi, gaya yg ditonjolkan Dafi pada majlis hari jadinya Selala lalu adalah mirip penyanyi gay Barat, Adam Lambert..mungkin ini natijah dari konsert Adam Lambert yg dibenarkan ke Malaysia Oktober lalu..(klik utk rujuk)..

Mungkin bagi sesetengah penyokong ketuanan Melayu Umno, tiada apa2 kesalahan gambar2 ini..tidak salah menyambut hari kelahiran dengan cara sebegini, bercampur perempuan lelaki, mendedahkan aurat dan berpakaian seksi..

Yang penting, KETUANAN MELAYU terjaga..itu yg mesti dijaga dan dipertahankan...yg lain, tak penting..

Akhir kalam...hidup ketuanan Melayu!!!!..fikir2kan...wallahua'lam...



gambar hiasan - hebat generasi mendatang tajaan UMNO -harga barang terus naik, tapi pak menteri terus berpoya-poya


Pak menteri, isteri dan anak ke arah memertabatkan " KETUANAN MELAYU "


" KETUANAN MELAYU " apakah ini hal tuju generasi mendatang?


barang naik, image menurun, tunggulah hukuman akhir zaman untuk mu pak menteri


tahniah DAFI anda akan menjadikan diri anda sebagai " pemusnah " kepada anak bangsa kini, dan selama-lamanya.


kasih seorang ayah kepada anaknya, satail anak dan ayah sama, apakah ini budaya yang ingin diterapkan oleh UMNO pada masyarakat Melayu masa kini?


DAFI - kematian satu kemastian, sehari berapa kali anda ingat mencipta diri mu?


yang pompuan tu, lebih baik baik stoking seluruh badan, lagi mengamcam, kita perlu ingat kematian itu tidak mengenal usia, yang kanak, yang muda, yang remaja, yang tua dan yang dah cukup tua, kerana kematian tidak menentu. fikir-fikirkan lah.



DAFI - bersopan lah untuk melambangkan kita penganut dan pengamal agama ALLAH.

Selasa, Disember 14, 2010

Memorandom Warga Felcra Seberang Perak (1,2 dan 16)

SELASA, 14.12.2010 di Pejabat Felcra Seberang Perak (1,2,& 16), sekumpulan warga Felcra Seberang Perak bersama Generasi ke-2 Felcra Seberang Perak sedang menghantar Nota Memorandom Khas kepada Pengurus Felcra Seberang Perak. Tuntutan warga Felcra Seberang Perak (Blok B) menuntut 4 penjelasan asas sepertimana berikut :-


1. Mohon ditentukan lokasi sebenar saham sawit 1 ekar di Blok B
2. Mohon desegerakan pemberian geran hak milik
3. Kami tidak berpuashati dengan bayaran 1 ekar sawit yang diberi, sedangkan harga pasaran lebih tinggi.
4. Mereka memohon segala kos operasi sawit blok B, dilaksanakan secara telus.

Manakala , generasi ke-2 Felcra Seberang Perak menuntut penjelasan dan hak mereka sepertimana lampiran dibawah :-

Turut bersama dalam penghantran Memorandom ini ialah Tn Hj Razman Zakaria, selaku Pengerusi Badan Bertindak Warga Felcra Kebangsaan merangkap Pengerusi Lujnah Tanah & Wilayah PAS Perak.

Kebangkitan rakyat terutama warga Felcra dan generasi - generasinya seharusnya perlu sentiasa peka dan prihatin tentang penindasan dan ketidak adilan yang mereka sendiri terima. Moga semangat ini perlu membara dan tersu bersinar selagi hak dan kebenaran milik sendiri dapat dimanfaati bersama, bukan sekadar menyenangkan perut pihak pihak yang mencari kepentingan dan kekayaan semata-mata.

Ahad, Disember 12, 2010

AUDIT 2009 PERAK: RESAH RAKYAT MAKIN TERASA

Kenyataan Media (28 Oktober 2010)

AUDIT 2009 PERAK: RESAH RAKYAT MAKIN TERASA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bimbang dengan laporan Ketua Jabatan Audit Negara yang baru dikeluarkan untuk tahun 2009 ini yang begitu jelas akan kepincangan pengurusan yang lemah bagi konteks Negeri Perak yang memerlukan penjelasan kerana ianya berkait rapat dengan rakyat terutamanya kemudahan-kemudahan yang sebelum ini pernah menjadi janji kerajaan negeri, namun malangnya tidak dapat disiapkan malah merugikan wang rakyat.

Kelewatan projek-projek yang dilaporkan seperti Rumah Rehat Kampar, Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping, Pusat Rehat dan Rekreasi Changkat Jering, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Kompleks Pusat Penjaja Glutton Square Teluk Intan, Padang Seri Iskandar, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), dan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar memerlukan satu Jawatankuasa Khas bagi menyiasat permasalahan yang telah timbul samaada secara sengaja ianya dilewatkan atau sebaliknya.

Perkara tersebut jelas juga menunjukkan sikap tidak peka kerajaan negeri untuk memantau setiap projek yang sedang dilaksanakan. Proses meluluskan projek kadang-kadang dilihat sebagai keutamaan, tetapi bagi proses pemantauan tidak dijalankan dengan sebaik mungkin. Malah sikap pertanggungjawaban di atas kelewatan projek-projek tersebut sudah tentu akan diletakkan kepada pihak kedua atau ketiga di dalam menyabitkan kesalahan tersebut kelak. Yang pastinya, pentadbir kerajaan negeri akan terlepas di atas kelemahan dan kecuaian bagi mengatasi masalah tersebut.

DPPN Pk mendesak kerajaan negeri membentangkan kertas putih satu laporan lengkap bagi dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak nanti bagi memperjelaskan isu rakyat yang saban tahun akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara sebagai projek yang bermasaalah. DPPN Pk amat kesal jika kerajaan negeri tidak bertindak tegas terhadap mereka-mereka yang mencari keuntungan di atas kelemahan pengurusan dan menekan rakyat atas kelemahan yang seolah-oleh sengaja diada-adakan.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Khamis, Disember 09, 2010

Oh YB Pasir Salak.... aduzzz.....



Tidakkah anda berbangga dengan YB lantikan rakyat jelata di tanah tersohor Pasir Salak. Begini begitu ceritanya, namun apakah itu peranannya mewakili suara rakyat pengundinya....

Anak Bapak vs Mak Tak de Bapak

Seketika bersama ilham dan message berguna. 4 bintang untuknya. Pedas dan berbisa, sampai bila kita dok ditakuk lama. Moh bersiap sedia.

Ahad, Disember 05, 2010

Isi Kandungan Memo Buatmu YDP Agong

Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO