Khamis, September 30, 2010

Kerajaan Persekutuan Guna 'Wang Judi' - Dr. Asri

“Hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.” – Dr Asri.


Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim (gambar) dan ketua penerangan Umno negeri itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican tentu tersentak dan terlopong apabila membaca kenyataan Dr Asri tersebut.

Puak-puak Umno yang alim kucing ini mendakwa kerajaan negeri itu menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam .
[di sini]

Mantan Mufti Pulau Pinang, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing
[lihat di sini]

Selasa, September 28, 2010

Secerah Mentari Aidilfitri PAS Kawasan Pasir Salak

Apa niat mereka yang menganjurkan sama hari, masa dan tempat setelah PAS Kawasan Pasir Salak mewar-warkan program Jamuan Aidilfitri 1431 di Lokasi yang hanya dipisahkan 40 meter sahaja. Berbaik sangka mereka ingin sama-sama mendengar amanat yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Idris b. Hj Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat selaku tetamu jemputan PAS Pasir Salak pada petang berkenaan. Namun realitinya sekuat mana pun ancaman mereka,
sekental itulah juga kebangkitan dan kesedaran umum tentang bobroknya pihak lawan.

Inilah adalah diantara puluhan mereka yang menjadi tulang belakang kejayaan program Jamuan Aidilfitri 1431 ini. Tahniah dan syabas.



Sabtu, September 25, 2010

Hari IQ Pasti Kawasan Pasir Salak

Tn Hj Razman Melancarkan Kempen JOM MASUK PASTI
Penyampaian hadiah kepada para pemenang
Sabtu, 25 September 2010, Program ini bertujuan memberi latihan dan didikan kepada murid-murid Pasti supaya dapat mengamalkan segala bentuk pembelajaran yang telah dipelajari semasa proses P&P Pasti.Antara bentuk pertandingan yang dilansungkan adalah Azan, Bacaan dan Tulisan Jawi, Ejaan dan Bacaan Bahasa Inggeris.Di samping menerapkan nilai-nilai Islam, didikan pasti juga memberatkan pelajarn mengikut arus perdana.

Di dalam Program ini, Pasti Pasir Salak telah melancarkan satu kempen iaitu "JOM MASUK PASTI". Kempen ini bertujuan memberi ransangan kepada seluruh Ahli Pas Kawasan Pasir Salak khususnya dan Ahli Pas seluruh Malaysia amnya supaya menghantar anak-anak mereka ke Pasti-Pasti berdekatan. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Razman Ketua Lujnah Tanah dan Wilayah Pas Perak merangkap YDP Pas Kawasan Lenggong.InsyaALLAH akan dengan adanya pelancaran kempen ini 2 buah pasti lagi akan ditubuhkan pada sesi pembelajaran 2011 akan datang.Justeru itu adalah disarankanboleh Ibu Bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 4,5,6 tahun dapat menghantar anak-anak mereka ke Pasti yang berdekatan.Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi S/U Pasti Pasir Salak di Talian 013-5965419 (Khairol Fikri).

Khamis, September 16, 2010

Jemputan Jamuan Aidilfitri 2010 PAS Pasir Salak

Seluruh Jawatankuasa Penganjur amat berbesar hati menjemput serta mempersilakan RAKYAT MALAYSIA untuk sama-sama hadir ke MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI PAS Kawasan Pasir Salak. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing , kekufuran pastikan terkubur Kebenaran kelak MENANG!!!


Minal Aidil wal faeizin, Maaf Zahir & Batin
ISLAM pastikan dijulang! Allahu Akbar!!!




Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO