Selasa, Ogos 31, 2010

Hina! Siapa yang lebih HINA?


Maksud Hadis Nabi Muhammad SAW : 5

golongan yang memperlehi celaka/amat rugi dalam bulan Ramadan :-

1. Assyirku Fillah.

2. Berterusan dalam maksiat (ketagih maksiat).

3. Org yg tdk menghubungkan silaturrahim.

4. Orang yang tidak menghormati bulan ramadan.

5. Lipat ganda amalan sunat tinggalkan ibadah Fardu."

Jika isu tazkirah oleh orang bukan Islam di rumah Ibadat Orang Islam dimainkan. Persoalan yang harus diajukan Apakah diri yang mempertikaikan itu sering menghadiri dirinya berjemaah di Masjid ataupun di surau? Jangan sesekali mengunakan hujah akal bilamana Ilmu tidak disandarkan.

Bagaimana pula iklan gambar diatas , yang mana penduduk tempatan yang 99% majoriti ISLAM namun seumpama menghina suasana akhir Ramadan dan kedatangan hari kemenangan Syawal dengan program seumpama itu. Jelas terbelenggu syaitan dibulan Ramadan tidak diamati oleh penganjurnya yang hanya memerlukan beberapa detik Syawal menganjurkan pertandingan seumpama itu.

Billboard yang terletak dipersimpangan 4, Kampung Gajah hari ini dikejutkan dengan terguntungnya banner bercopkan kelulusan Majlis Daerah Perak Tengah. 'Pertandingan Suara Emas Karaoke' masyallah!!! Jika semalam kampung gajah dilanda ribut angin yang amat dasyat malah menerbangkan kesemua banner2 yang terdapat di billboard tersebut, namun hari ini seakan tiada renungan dan keinsafan atas peristiwa yang telahpun melanda. Bagi 'Guni bawang' ribut angin yang melanda semalam seperti PERINGATAN ALLAH buat hamba-Nya yang masih khayal.

Sama-sama kita renungkan ,Apakah relevannya pertandingan ini diadakan secara terbuka sempena menyambut Aidilfitri 2010 di kawasan Pasir Salak ini???

Ribut Melanda Kg.Gajah

Kg.Gajah 31 Ogos, kira-kira 4.00 petang, satu kejadian yang tidak disangka-sangka telah melanda kg.gajah.Kejadian ribut yang sungguh dahsyat dan teruk telah berlaku, akibat dari situ bnyk bumbung rumah, kedai dan sekolah telah di terbangkan oleh angin.Kejadian seperti ini jika dikaji dari segi sains dan fizikal mmg nnt jawapannya ialah "BENCANA ALAM".Tetapi bagi pembaca yang beragama Islam, apakah petanda semua ini.Pertama, Kejadian berlaku pada hari sebelum rakyat Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke-53.Kedua, Kejadian berlaku pada bulan 10 terakhir Ramadhan.Ketiga, Kejadian berlaku secara mengejut dan tidak disangka-sangka.Persoalannya ialah apakah ini amaran ALLAH terhadap makhluknya yang sering lupe kepadaNya dan apakah ini bala' yang diturunkan oleh ALLAH kerana upacara menyambut hari kemerdekaan semata-mata Maksiat...RENUNG-RENUNGKANLAH....

Ahad, Ogos 29, 2010

Perutusan Khas Badar Kubro

17 Ramadhan 1431H.

Saudaraku,

Badar al Kubro bukan kisah semata, sekadar diperagakan mengikut musim-musim untuk mempamirkan bahawa kalian sudah cukup kuat menghayati agama namun itulah kisah yang perlu ditelusuri sejarahnya Badar Al Kubro sebenarnya mengkisahkan segala-galanya disana ada kisah keimanan yang nyata, keperkasaan,keberanian,kepahlawanan,keikhlasan dan erti sebenar setiakawan persaudaraan.

Dan yang terlebih penting dari itu semua,


Disana ada kisah ketaatan mutlak kepada Allah dan Rasul Suruhan maka berbondong-bondonglah turun dari langit tentera yang tidak kelihatan sehingga tertewaslah penuh aib golongan yang menentang huku Allah SWT yang menafikan keagungan Tuhan, Lantas kelompok kecil yang serba kekurangan itu mencatatkan sejarah yang akan terus dirakam sehingga akhir zaman bahawa kemenangan hakiki bukan kerna aparat dan persenjataan sebaliknya kerna keyakinan dan keimanan.

Saudarku,

Hanya Islam sahajalah yang menjamin kesejahteraan,kebebasan,kebenaran dan keadilan Semoga berbahagialah kamu Sayiddina Hamzah dan sekian para syuhadah Badar bersiar riang disyurga Allah SWT menghirup segala kelazatan dan kenikmatan didalamnya kekal abadi sebagaimana yang telah dijanji Rasul Pilihan dan Pencipta Yang Maha Suci.

Ustaz Abu Bakar Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Isnin, Ogos 23, 2010

Lawatan ke SUHAKAM bersama Generasi ke-2 Felcra Seb. Perak


Ahad, Ogos 22, 2010

Semarak Ramadan Saudara Baru @ Kampung Orang Asli

Ramadan Karim membawa sinar perubahan dalam mendidik jiwa manusia insan madani. YDP Pas Kawasan Pasir Salak meraikan kehadiran Ramadan buat saudara baru diperkampungan orang asli Kampung Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang. Saudara Firdaus Abdullah sekeluarga berbesar hati menerima kunjungan berbuka puasa Pas MTD Kampung Gajah yang prihatin akan saudara baru. Idealogi politik bukan tujuan asal namun keprihatinan kita seorang muslim terhadap kehidupan baru masyarakat asli yang menganut agama Islam.


Tahun 2009, Saudara Firdaus diraikan bersama yang umur Islamnya pada ketika itu baru sebulan dan keluarganya sahaja yang bersama Islam, Namun apa yang menjadi terkesimanya kami ialah pada tahun ini sudah 3 keluarga menganut Islam. terbaru ialah bondanya sendiri. Alhamdulillah. Mereka semuanya dah pun diraikan semalam.


Laungan azan maghrib oleh Saudara Nizam telah menjadikan semangat baru untuk kampung tersebut. Mereka merasai sesuatu kelainan dan sinar dakwah perubahan menjadi syiar Islam yang symul dikalangan masyarakat mereka. Seluruh warga kampung estet keluar bersama berbuka dengan 3 keluarga Islam tersebut. Kami jemaah MTD dapat melayani hidangan mereka dengan sebaiknya. terima kasih buat seluruh tenaga yang terlibat dan kehadiran semua menjadikan tuan rumah menitiskan air mata kegembiraan meraikan bersama mereka. InsyaALLAH kami datang lagi.

Rabu, Ogos 18, 2010

Mohon SUHAKAM jalankan siasatan.... jgn terusan berdiam.

Laporan : Malaysiakini

PAS menyerahkan dua memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan berlakunya 'gangguan dan keganasan' polis terhadap dua programnya di Johor dan Perak baru-baru ini.

Memorandum itu diserahkan oleh ahli jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman - bagi pihak penganjur program himpunan warga Felcra di Pasir Salak - dan Ketua Pemuda PAS Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Bagi program di Pasir Salak pada 31 Julai dan 1 Ogos, mereka mendakwa polis mengadakan pelbagai gangguan seperti membuat sekatan jalan raya, membuat tangkapan dan enggan mengeluarkan permit berhimpun walaupun sudah dua kali dipohon.

Manakala bagi insiden di Batu Pahat pada 31 Julai - yang disertai Datuk Seri AnwarIbrahim - polis didakwa menghentikannya, menghalau peserta dan merampas beberapa alatan di ceramah di markaz PAS.

Memorandum itu diterima oleh pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha'ani Abdullah.

Semasa menyerahkkannya di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur tengah hari tadi, kira-kira 35 peneroka Felcra daripada Perak, antaranya yang ditahan semasa program himpunan di Pasir Salak itu.

Menurut pengarah himpunan itu Razman Zakaria, program yang dihadiri Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin itu 16 petugas program itu ditahan - tiga daripadanya didakwa digari - kerana "mengganggu penjawat awam" dan "membawa sejata".

"(Mereka) digari, ditahan seolah-olah penjenayah besar," katanya.

Suhakam: Bukan perkara baru

Sementara Khairul Faizi pula dalam memorandumnya mendakwa dalam ceramah di Batu Pahat, polis bertindak melalui pelbagai cara bagi menggagalkan majlis mereka, termasuk "menggunakan kekerasan untuk memecahkan pintu stor" di tempat ceramah.

Dalam aduan lisannya kepada Mohd Sha'ani, Khairul Faizi juga mendakwa polis bertindak pilih bulu apabila membenarkan programnya di sebuah restoren pada hari yang sama tetapi ceramah di Sungai Tongkang tidak dibenarkan.

"Program di restoran diluluskan dengan alasan dibuat dalam bangunan dan tidak memerlukan permit.

"(Proram) yang kedua, tempat berbeza, (juga) dalam premis, tidak dibenarkan. Jawapan yang tak konsisten," katanya.

Sementara itu, Mohamad Sha'ani dalam maklum balasnya berkata insiden yang dihadapi oleh kedua-dua penganjur program itu bukan satu perkara baru.

Katanya polis tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya "atas sebab keselamatan".

"Perhimpunan awam harus dibenarkan. Kita telah mengeluar laporan bahawa dalam penganjuran perhimpunan, penganjur hanya memaklumkan kepada polis dan polis hanya mengawal keadaan, bukan mengganggu (program)," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Sha'ani berkata, Suhakam akan bertemu dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menasihati mereka "lebih prihatin dan bertanggungjawab" dalam menjalankan tugasnya.

Jumaat, Ogos 13, 2010

Apa sudah jadi? Siapa KEJAM. Org kejam tidak pernah mengaku kejam malah mengata pihak lain kejam....

Sejauhmanakah keikhlasan seseorang itu untuk berdoa kepada mereka yang perampas? atau seseorang yang bersekongkol dengan pemimpin yang merampas? tidak ada sahamkah mereka sekiranya kita bersekongkol dengan perampas seumpama mereka.

Apa yang boleh ditafsirkan nilaian individu dan pihak yang membuat banner ini?

Siapa sebenarnya yang kejam?

Siapa..... siapa..... pembangkang yang sebenarnya? rujuk keputusan PRU12 siapa pembangkang. La nie siapa yang menang dihati rakyat Perak. Kalu benar kejam tak semudah itu untuk rakyat menjadi makmum kepada Imam tersebut.

* Guni Bawang tak sanggup.

Isnin, Ogos 09, 2010

'Kembara Pas For All' KPFA disambut meriah dan hebat

AHAD 8.8.2010, telah diadakan aktiviti khas 'Pas For All' yang mana ianya merupakan program kembara Dun Kampung Gajah. Kembara ini bermula seawal jam 7 am di Kg. Tersusun , Air Kuning mukim Pasir Panjang Ulu menyusuri Sungai Galah hinggalah berakhir malam harinya di Kg. Teluk Baharu, Mukim Matang Guntung.


Program yang disertai oleh 50 orang anggota yang sedia berkhidmat sambil menyampaikan sumbangan khas menyambut ramadan karim buat penduduk setempat yang memerlukan. Sejumlah 40 orang fakir miskin dan ibu tunggal telah menerima program ziarah ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Walaupun barangan yang dihulurkan tidak seberapa namun nilai dihati mereka amat mendalam.


Di Kg Sungai Galah, peserta kembara berkesempatan membantu penduduk tempatan bergotong royong di masjid setempat manakala di Kg. Sungai Jejawi peserta kembara KPFA 'Kembara Pas For All' mengadakan pertandingan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan. Kalah bukan alasan program tidak berjaya namun ianya kelak akan menyusul pertandingan timbal balik bagi membalas dendam kekalahan dalam perlawanan tersebut. Kegirangan amat dirasai oleh seluruh penduduk tempatan yang turut sama menerima kunjungan kembara tersebut.

Dimalam harinya pula, beberapa program ceramah kelompok dijalankan bagi menerangkan kedudukan dan isu semasa yang kini semakin menghantui rakyat marhain. Secara keseluruhan dapatan respon dari peserta dan penduduk tempatan amat memberangsangkan dan mengharapkan agar program seumpama ini akan sering diadakan. Insyallah.

nukilan : Guni Bawang

Rabu, Ogos 04, 2010

Baki 2 petugas Unit Amal dibebaskan

oleh : Guni Bawang

Alhamdulillah, kesemua baki tahanan petugas Unit Amal Malaysia seramai 2 orang telah pun dibebaskan pada siang tadi. Mereka ditahan sewaktu menjalankan tugas keselamatan dan ketenteraman kawasan Himpunan Warga Anak Felcra di Changkat Lada sabtu lalu.

Sesungguhnya kekuatan mental dan fizikal mereka telah diuji dan hasil dapatannya kekentalan dan semangat mereka tidak pernah terpadam. Ini semangat wira merah kita dan kami Pas Pasir Salak mendoakan agar keutuhan dan ujian tersebut menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat.

Mereka yang dibebaskan perlu menghadirkan diri di Mahkamah Seksyen, Parit pada 2 September kelak. Insyallah kita bersama mereka.

Isnin, Ogos 02, 2010

Direman 4 hari.

oleh : Guni Bawang


Hakim Mahkamah Seksyen Perak Tengah, Parit memutuskan 3 orang tahanan tersebut direman 4 hari bermula semalam. Mereka direman di Balai Polis Kampung Gajah. Kelihatan suasana mahkamah tenang namun kehadiran keluarga dan beberapa wakil penganjur memberikan semangat buat mereka. Moga Allah memakbulkan doa mereka yang teraniaya.

15 dibebaskan tengahmalam, 3 lagi perolehi perintah reman.

oleh : Guni Bawang.

Jam 11.30 mlm tadi 15 orang Petugas Unit Amal telah dibebaskan dari Balai Polis Kampung Gajah setelah ditahan hampir 8 jam. Mereka yang ditugaskan oleh penganjur untuk mengawal lalulintas dan keselamatan sekitar perhimpunan. Malah ada diantara mereka yang ditahan tersebut hanya kerana membawa baju merah Jabatan Amal Malaysia sahaja. Ini adalah permulaan sebagai tanda-tanda besar kehancuran UMNO & Barisan Nasional. Mereka ingat tidakkan seumpama ini akan menakutkan rakyat malah kini setelah disembang borakkan dengan pengunjung kawasan himpunan Changkat Lada ini rata-rata menyatakan geram dan benci tindakan seumpama itu dilakukan.

Senario di Kampung Gajah kini mepamerkan 2 gambaran yang memerlukan pemikiran rakyat lebih terbuka. Kemunculan kedai - kedai karoke yang saban malam menganggu persekitaran tidak langsung diambil endah oleh pihak berkuasa namun jika Ceramah Penerangan Hak Kebenaran Rakyat , maka terus disekat, ditakut-takutkan dan ada pula SB merata2.

3 orang petugas Unit Amal pagi tadi dibawa ke Mahkamah Seksyen, Perak Tengah bagi mendapat kebenaran direman setelah ditemui senjata pisau lipat nak belah cempedak bersamanya. Dewan Pemuda PAS Perak mengiringi mereka menyusul ke Mahkamah Parit bagi memastikan tiada sebarang provokasi dan keselamatan mereka bertiga. Bagi pihak penganjur keberanian dan ketabahan mental petugas2 Unit Amal Perak HARUS DIBERIKAN PUJIAN kerana berjaya menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.

Kepada pihak keluarga mereka, moga kesabaran kalian akan melimpahkan rahmat berpanjangan dan usaha membeaskan mereka akan dipercepatkan. Insyallah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang redho dan sabar atas kezaliman yang dilakukan, dalam masa yang sama kini doa mereka sangat-sangat mustajab. Amin Ya Rabb.

Ahad, Ogos 01, 2010

18 Orang Unit Amal ditahan menjalankan tugas dalam Himpunan Warga Felcra


oleh : Bin Malek


Strategi pihak berkuasa malam ini amat rakus. Penangkapan 18 orang petugas Unit Amal ketika menjalankan tugas petang tadi sekitar jam 4 adalah cara rejim mengagalkan benteng utama penganjur meneruskan acara malam ini. Ugutan dan tangkapan tersebut tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir malam ni. Hingga kini jam 1040 malam , dianggarkan 1000 orang pengunjung hadir bagi mendengar amanat dan kebenaran hakiki, namun ratusan pihak berkuasa Polis , FRU bersama 'watercanon' bersiap sedia mengempur kawasan himpunan sekiranya ceramah diteruskan.

Apa yang pasti agenda utama himpunan warga Felcra 2 hari ini telah berjaya memecahkan minda segelintir masyarakat peneroka yang prihatin. Seawal jam 9 pagi hingg 5 petang pelbagai bukti penyelewengan Felcra & Felda telah dapat didedahkan. Sdra Mazlan Alimin mebongkarkan hampir 30 penyelewengan Felcra termasuk dari Felcra Seberang Perak hinggalah di Felcra Sarawak. Ianya secara langsung melibatkan pimpinan atasan dalam Felcra termasuk Pengerusinya Dato Tajudin Abd Rahman.

Nilai mentaliti masyarakat Felcra dan Felda harus dibuka agar kepincangan pimpinan negara masa kini tidak merasa selamat. Hingga kini Warga Felcra dan Warga Felda adalah talian hayat terakhir pimpinan negara kita kerana hampir 90 kerusi Parlimen mempunyai kawasan Felcra & Felda negara kita. Aduhai ANAK FELCRA & FELDA bangun menentang kehancuran pimpinan menghabiskan wang ANDA!!!!

HIMPUNAN WARGA FELCRA , MENGGERUNKAN PIMPINAN KERAJAAN

Perjuangan mendapatkan Hak & Kebenaran sebagai warga Felcra perlu diteruskan demi kelangsungan ISLAM yang sangat membenci penindasan , penyelewengan dan penipuan berterusan pihak pemerintah.
Dalam merealisasikan kejayaan dan penyampaian isu kebenaran hak kekayaan rakyat, maka Jawatankuasa Himpunan Warga FELCRA Peringkat Kebangsaan Kali Pertama harus diberi pujian. Malam tadi berlangsung Ceramah I yang disampaikan oleh Sdra Mazlan Aliman , pimpinan lain dan Kemuncaknya Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin. Walaupun tentangan dan kehadiran pihak berkuasa polis dan FRU memagari kawasan namun ianya tidak mematahkan semangat rakyat yang sedar akan tanggungjawab mencari kebenaran hakiki.

Polis & FRU adalah anggota profesional di negara ini diperalatkan oleh rejim pemerintah. Sekali pandang ketika saya mula hadir seolah-olah terbayang dikotak pemikiran bhw kiti Changkat Lada merubah menjadi Semenanjung Gaza dikepung habis-habis. Pujian harus diberikan kepada anggota Unit Amal yang berjaya menjaga keselamatan dan mengawal pintu masuk kawasan himpunan. Laungan selawat dan kalimah Takbir berjaya menyuraikan anggota FRU dan Polis untuk memasuki kawasan himpunan. Ini provokasi bacul arahan atasan, kecut Dato' Tajudin Rahman. Kalau jantan sungguh turun naik pentas sekali berdebat kat situ.
Pagi tadi dijalankan Majlis Perasmian Seminar dan pembentangan kertas kerja khusus membongkar salah gunakuasa pemerintah yang mempergunakan dan memperalatan Felcra & Felda di tanahair. Perasmian disempurnakan oleh DS Nizar Jamaludin. Ucapan yang mantap memberikan semangat jitu buat penganjur untuk terus bertahan mengadakan program seumpama ini. Beliau juga diberikan kesempatan untuk melancarkan Risalah Khas 'Felda Bankrap' untuk edaran seluruh Malaysia.

Dato Zaid Ibrahim juga berkesempatan hadir menyuntik semangat buat peserta seminar dan memberikan sokongan penuh kepada penganjur dan PAS Pusat atas tindakan menyedarkan rakyat marhain di Felcra Malaysia.

JANGAN LUPA MALAM KEMUNCAK MALAM NI : DATANG AWAL BERAMAI!!!!!

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
SDRA MUHAMMAD SABU
SDRA MUSTAPA KAMIL AYUB


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO