Selasa, Mei 25, 2010

Samy Vellu pecat 100,000 ahli MIC


Samy Vellu pecat 100,000 ahli MIC

Hebat…bukan 100 atau 1,000 tetapi jumlahnya cukup besar. Bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam mendakwa Datuk Seri Samy Vellu telah memecat kira-kira 100,000 ahli parti itu selama lebih 30 tahun beliau menjadi presiden. "Lagi cepat pertukaran kuasa berlaku lagi baik untuk MIC," katanya. Beliau bersimpati dengan Timbalan Ketua Pemuda MIC Malaysia yang baru dipecat V. Mugilan tetapi menafikan mereka berkerjasama menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Laporan agendadaily.com

KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-23/5/2010

Isnin, Mei 24, 2010

Meraikan Guru PASTI Kawasan Pasir Salak

Walaupun Hari Guru telah berlalu, namun kemeriahan tersebut diraikan jua bersama seluruh Guru PASTI Kawasan Pasir Salak. Dewan Pemuda PAS Pasir Salak dengan kerjasama Majlis Guru PASTI Pasir Salak telah mengadakan sambutan Hari Guru tersebut pada 23 Mei 2010 bertempat di Pusat Aktiviti Sosial, Chenderong Balai.
Tema 'Guru Mendepani Perubahan' adalah tepat sekali. Peranan yang dimainkan oleh saf Guru PASTI ini tidak boleh dinafikan lagi. Seorang pensyarah kanan UNIMAS telahpun mengiktirafkan bahawa kurikulum PASTI MALAYSIA adalah kurikulum kanak2 pra-sekolah yang terbaik. Maka hasil dari bimbingan Guru PASTI sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi dan kesan terhadap pembanggunan minda murid menjadi cemerlang jika dibandingkan dengan kanak2 seusianya.

Tuan Haji Zamsuri b. Zakaria telah dapat menyempurnakan majlis perasmian Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Pasir Salak pada kali ini. Suntikan semangat dan limpahan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan sememangnya memberikan input berguna kepada seluruh warga pendidik 'murabbi' PASTI Kawsan Pasir Salak.
Sambutan yang sederhana namun meriah telah menceriakan wajah2 Guru PASTI yang sentiasa ikhlas mendidik dan mengasuh anak bangsa ke arah minda cergas dunia akhirat. Jawatankuasa PASTI Kawasan telah pun bermurah hati mendepositkan sejumlah wang ke Akaun Tabung Haji sebagai hadiah khas buat kalin murabbi. 4 tokoh telah dipilih pada tahun ini. Antara lain Tokoh Guru Kreatif, Tokoh Guru Paling Lama Mendidik, Tokoh Guru Dedikasi & Tokoh Guru Cemerlang. Penganugearah tersebut telah disempurnakan oleh Tn Hj Zamsuri dan Sdra Zamarul Aini Abd Malek (Ketua DPP Pasir Salak).

Moga pengorbanan mereka akan sentiasa memperolehi rahmat ALllah sentiasa. Ami Ya Rabb.

Sabtu, Mei 22, 2010

Majlis Makan Malam Sempena 20 Tahun Jabatan Amal Malaysia DPPP


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami beri balasan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl:97)

Menjelang 2011 maka akan genaplah 20 tahun penubuhan Jabatan Amal Malaysia sebagai salah satu badan beruniform yang diiktiraf sebagai salah satu anggota penggerak kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Tidak terlingkup di dalam PAS sahaja malah jasa dan bakti Jabatan Amal Malaysia turut diiktiraf kewujudannya oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat yang lain.

Bermula dengan peristiwa ’Banjir Besar’ yang melanda Johor pada tahun 2006 dan disusuli dengan perarakan aman semasa ’Himpunan Bersih’ Pada tahun berikutnya benar-benar membuka mata semua pihak tentang kewujudan ’Tentera Merah’ yang satu ketika dahulu seolah-olah sering ditidakkan tentang kewujudannya kepada satu jenama yang cukup diterima bukan sahaja oleh ahli PAS malah turut dikagumi oleh mereka-mereka diluar parti politik.

Sejajar dengan usia yang semakin meningkat, Jabatan Amal Malaysia telah melalui pelbagai transformasi dari tahun ke tahun bagi membantu gerak kerja parti dalam apa jua perkara pun terutamanya di dalam membantu menaikkan nama parti kedalam arena politik negara.

Namun begitu ruang lingkup bidang tugas Jabatan Amal Malaysia tidak terhad kepada tugasan di dalam parti sahaja malah turut melangkaui kepada khidmat masyarakat baik di dalam mahupun di luar negara. Dimana sahaja anggota Jabatan Amal diperlukan, anggota yang ada sedia mencurah bakti sejajar dengan tema Jabatan Amal sendiri, ’Beramal Kerana Allah’.

Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kecekapan dan kekemasan gerak kerja Jabatan Amal Malaysia di peringkat pusat dan negeri, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan Majlis ’Makan Malam 2 Dekad’ Jabatan Amal Malaysia.

Majlis Makan Malam ini adalah bertujuan untuk memungut dana bagi mengisi ’Tabung Kebajikan Jabatan Amal Malaysia” yang akan dilancarkan secara rasmi pada malam tersebut

HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK DI IPOH



IPOH (21 Mei 2010) - Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia pada tahun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan bantahan tersebut yang telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak di hadiri hampir 1,000 orang yang turut membantah. Antara pimpinan yang hadir berucap ialah YB Dr Lee Boon Chye, Timbalan Pengerusi PKR Perak; Zawawi Hassan, Ketua Pemuda PAS Perak; YB Abdul Yunus Jamhari, Ketua Angkatan Muda PKR Perak dan Haji Suhaimi Latip, YDP ABIM Perak.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut. Pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir setelah jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak.

Terdapat sedikit gangguan setelah pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan dan berlaku beberapa pergelutan semasa mpihak Polis menyuraikan semua yang hadir. Walaubagaimana pun tidak tangkapan di buat oleh pihak Polis setelah semua yang hadir bersurai sekitar jam 2.30 petang setelah berhimpun hampir setengah jam.

Wakil Gagasan Melayu Perak yang telah menghubungi Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak melahirkan sokongan berkaitan himpunan tersebut dan memberikan sokongan penuh bantahan tersebut diadakan

Ustaz 'Budak' di Kampung Gajah 22.5.2010

Muslimin muslimat dijemput hadir ke Kuliah Maghrib Perdana sepertimana butiran berikut ;


Tarikh : 22 Mei 2010 (SABTU)
Masa : Selepas Solat Berjemaah Maghrib
Lokasi : Masjid Jamek Tarbiyah Diniah (Masjid Lama),
Kampung Gajah. (Tepi sungai)

Penceramah : Ustaz 'Budak' Dari Kelantan Darul Naim.

- Hadirin hadirat & pembaca dijemput bersama.

Khamis, Mei 20, 2010

Konvoy ke GAZA


 Antara peserta Malaysia yang akan menyertai Konvoi ke GAZA adalah wakil dari Yayasan Amal Malaysia yang akan bertolak malam ini iaitu En Hj. Jamuliddin Hj. Elias, Timbalan Presiden AMAL Malaysia.

Beliau akan bertolak bersama-sama beberapa lagi peserta dari NGO di Malaysia. Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

Menurut En Jamaludin, beliau tidak pasti bila tarikh akan pulang sebab banyak kemungkinan akan berlaku susulan ancaman-ancaman dari pihak Israel.
Berikut ini disenaraikan nama-nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:
1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal
3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan
4. Dr Selamat Bin Aliman
5. Jamuliddin Bin Elias (Yayasan Amal Malaysia)
6. Al Hami Husain Bin Suhaimi
7. Mohd Nizam Bin Mohamad (Wakil Media)
8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Wakil Media)
Dua lagi slot untuk wakil media telah dikhususkan untuk TV3, tetapi setakat pengumuman ini dikeluarkan, penyertaan daripada TV3 masih belum muktamad.
Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran rakan media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, I Luv Islam dan TV3.
Peserta konvoi akan diberikan taklimat pada 16hb Mei. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 18hb Mei pada masa dan tempat yang akan diumumkan kelak.
Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

MOGA SEMUA YANG BERSAMA MISI INI DI KURNIAKAN PAHALA YG SANGAT BESAR NAMUN KITA YG DI TINGGAL KAN PULA HARUS PEDULI DENGAN KELUARGA YG MEREKA TINGGALKAN. APA PERANAN KITA.......?

Sabtu, Mei 15, 2010

Kenyataan Pimpinan BN BUKTI jelas Rampasan Kuasa di Perak Golongan Tidak BERMARUAH

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat. "Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ini adalah kenyataan kepada Pemberita oleh Menteri Kabinet BN dibawah Kerajaan Pemerintah masa kini. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa pimpinan BN juga mengetahui tindak tanduk mereka keatas Perak ketika ini adalah TINDAKAN TIDAK BERMARUAH.

Bagi Rakyat jelata yang cerdik hati dan akal mindanya maka sudah semestinya dapat menilai kenyataan ini dan perkaitannya dengan negeri Perak suatu ketika lalu dan kini Kerajaan Pasola BN di Perak sedang diambang keresahan. Bukti jelas bilamana kawasan2 yang dikatakan selamat untuk dimenangi kerusi BN sedang aktif melakukan program. Umpamanya Ceramah malam parti pemerintah diluar dewan orang ramai , edar risalah berbau busuk dan hanyir. Apakah mereka sendiri mengetahui bahawa rakyat jelata sekarang bukan nak percaya sangat TV dan akhbar rupanya.

Namun , selup tempoyak berbau harum. walaupun kebanyakkan manusia menyatakan tempoyak itu xlazat baunya. BN (UMNO) itu busuk lazat bagi pengemarnya, nak bawa naik bas atau kapal terbang tidak dibenarkan. Dalam masyarakat nakkan sedap makannya tempoyak nak cium bau sebenarnya xsedap.

Jumaat, Mei 07, 2010

Dosa Benjy & Aminulrayid di Tanahairku....

Seseorang yang disyaki menjadikan pangsapurinya sebagai makmal pemerosesan dadah dan menyimpan 'tumb drive' terkandung sedutan video cara memproses dadah kini menjalani latihan pemulihan akhlak di Pusat Pemulihan Akhlak Johor selama 2 tahun. Menteri dalam negeri telah mengesahkannya.

Seseorang yang disyaki menyamun walaupun dalam kenyataan saksi beliau sedang panik , ditembak mati ketika dikejar mengejar. Proton saga dan Patrol Car Waja.

Bagaimana hal ini boleh terjadi? Dosa manakah yang lebih besar terhadap tanahairku. Apakah begitu cepat hukuman dijalankan terhadap kedua-dua insan tersebut? Namun yang pasti Benjy akan dapat diziarahi oleh anggota keluarganya manakala Adik AminulRasyid ziarahilah pusaranya semata-mata.

Bagi kami rakyat marhaien tidak dapat masuk akal atas tindakan tersebut, namun perkara ini telah berlaku dan apakah kita pasti seisi keluarga kita akan terselamat dari bahana kedua-duanya atau kesan atas tindakan tersebut. Kita akur tentang kebolehan dan adakalanya bijaksana anggota keselamatan yang juga banyak berkhidmat terhadap tanahair kita namun kita juga menuntut agar profesionalisme anggota keselamatan berada ditahap terbaik dan matang bertindak dan melindungi rakyat.

Berilah peluang rakyat mendapat keadilan bukan sekadar sedap membela namun kewarasan rakyat teguh bersama dan berpegang pada prinsip agama Islam yang luhur dan bertamadun. Sama-sama kita fikirkan.

Mana satu antara mereka berdosa besar?
Apakah layak kita menghukum seseorang itu dengan tindakan yang mereka lakukan?

Khamis, Mei 06, 2010

PAC Tolong Siasat Zambry Kadiaq sekali !! HOIIII SIASAT LE!!! Pengikut Kebangsaan apa cerita?

keratan akhbar gambar Chua Soi Sex dan MB mahkamah dalam kunjungan hormat di Ipoh
yang mendapat agihan dari kudeta di Pangkor

Ha..ha..ha boneka MCA !!

Kerajaan negeri Perak bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM 50,000 pada tahun ini kepada setiap bahagian MCA di negeri Perak. Ia meliputi 24 Bahagian MCA di Perak,bererti sebanyak RM 1.2 juta duit rakyat telah dibangsat oleh Zambri kepada MCA.

Apa hak MCA mendapat bantuan dari Kerajaan Mahkamah Perak ? jika MCA boleh mendapat perutukan ini wajar parti pembangkang seperti Pas atau Keadilan turut bersama merasa bantuan kewangan seperti mana parti MCA dapat.

Kerana ini wang rakyat , ini wang kerajaan, ini bukan duit umno dan ini bukan wang Parti Barisan Nasional, ini adalah wang pembayar cukai jadi kami pembangkang sebagai rakyat Perak ada hak keatas bantuan seperti mana yang MCA dapat .

Persoalannya bukan Pas , Keadilan atau DAP kemaruk sangat wang ini cuma kenapa begitu mudah wang rakyat diparaid oleh Zambri kepada MCA seperti duit harta emak bapak BN punya?

Dan di sini kita boleh lebelkan Zambri ini boneka MCA kerana hanya memperuntukan bantuan kepada MCA sahaja ,bagaimana dengan MIC takan tiada kut !!

Dulu semasa era Kerajaan Hj Nizar riuh rendah media gila umno mencanangkan Nizar boneka cina kerana konunnya memberi tanah dan bantuan kepada orang cina , tetapi hujah ini mudah dijawap kerana bezanya Hj Nizar memberi batuan kepada rakyat Perak berketurunan cina.

Sebaliknya Zambri memberi peruntukan duit Rakyat Perak dan pembayar cukai kepada Parti Komponen BN iaitu MCA , jadi Zambri menyalah gunakan wang Rakyat demi kepentingan politik sempit umno yang terdesak untuk meraih kembali sokongan orang cina kepada parti MCA dan BN ,jadi memang sah Umno yang dipimpin oleh Zamry boneka kepada MCA .

Sementara itu Semalam kecoh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) mahu mengambil tindakan berhubung laporan agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta wang Negeri Perak untuk beberapa perasmian majlis. Klik Sini.

Jadi disini kita tuntut PAC wajar menyiasat juga peruntukan RM 50ribu dari wang kerajaan negeri yang akan diagih kepada setiap bahagian MCA Perak , kerana wang rakyat diguna sewenang - wenangnya oleh kerajaan kundeta untuk kepentingan parti, dan bukan untuk kepentingan rakyat.- wallahualam

Selasa, Mei 04, 2010

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak : Rebah di dewan kuliah

Sabtu 15 JamadilAwal, ketika menghadiri kelas pengajian menyampaikan kuliahnya di ILIM kampus Ipoh Ustaz Mustafa Shaari yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Perak rebah. Beliau dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh menjalani pemeriksaan dan didapati darah tinggi memuncak 250/130.

Beliau dinasihati oleh pasukan perubatan untuk terus berehat dan menenangkan dirinya agar tahap darahnya turun. Pening dan sakit kepala yang keterlaluan membuatkan beliau rebah lalu terpaksa diusung oleh sahabat2 lain ke hospital. Setelah menunggu beberapa jam dibilik penenang maka barulah beliau dibenarkan untuk pulang.

Walaubagaimana pun, Dr Najihahtusolehah yang turut sama berada di kuliah ILIM tersebut mengesyorkan agar Ustaz Mustafa membuat rawatan lanjutan di Ipoh Specialist bagi mengenal pasti sebanar penyakit tersebut. Hari ini beliau dijadualkan bertemu dengan Dr Zakaria selaku Pakar Neorologis Ipoh Specialist untuk tujuan tersebut.

Moga Allah memberikan kesembuhan buat al-fadhil ustaz agar dapat melaksanakan dan meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran Islam dibumi Perak ini lebih - lebih lagi menjadikan misi diatas dapat direalisasikan. Amin Ya Rabb

Apa punca celaka .... anda tidak perlu SEJUK

“Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz”

Beginilah antara kata-kata Mohd Safuan Hilmi, yang mengugut bunuh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz di laman sosial Facebook. Walau apa pun kesalahan TGNA pada pandangan mata beliau ugutan bunuh seperti ini dikira amat tak patut.

Kami pasti Mohd Safuan Hilmi yang dikatakan Pemuda UMNO.

Kalau TG Nik Aziz secara kebetulan meninggal dunia, Mohd Safuan Hilmi boleh dipanggil untuk siasatan. Yang peliknya kata sanggup dihukum gantung tetapi kenapa beliau mendelete akaun FBnya setelah perkataannya dikesan oleh orang PAS.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip kena delete akaun FB la jawabnya. Cubalah juga search profail mamat ni tapi yang terjumpa ialah satu page yang meminta Mohd Safuan Hilmi meminta maaf apa yang telah dicoretkannya tu.


*walaupun kini dikhabarkan pemuda ini telah direman namun kami tuntut agar ianya berjalan dan dilakukan secara adil atau serah je kat kami pemuda PAS Pasir Salak tahu kami mengajar dan mendidik pemuda ini dengan sebetulnya.

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000433095649&ref=search&sid=801638349.1833954068

12 Manfaat Solat Berjemaah buat ummah

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah menyebutkan 12 manfaat yang boleh dipetik dari solat berjemaah, iaitu:

kelebihan solat berjemaah @ isuhangat

Pertama , terjalinnya rasa kasih sayang antara sesama umat Islam. Kerana dengan perjumpaan antara satu dengan yang lain dan juga dengan berlakunya saling bersalaman di antara mereka tentu akan menyuburkan rasa kasih sayang di antara sesama mereka.

Kedua , terjadi perkenalan. Biasanya ada orang lain yang belum dikenali solat di bersama mereka nescaya mereka akan bertanya siapakah orang yang sembahyang bersama kita ini? Maka dengan itulah kemudian terjadi saling kenal mengenali (ta’ruf).

Ketiga , menampakkan salah satu syiar Islam. Kerana solat termasuk salah satu syiar Islam yang terbesar. Sehingga jika orang-orang dibiarkan saja untuk solat di rumah mereka masing-masing tentulah tidak akan mudah diketahui oleh orang yang beragama lain tentang kewajipan bersoalat.

Keempat , untuk menampakkan kewibawaan umat Islam, iaitu ketika para jamaah masuk secara beriringan ke masjid dan keluar darinya secara bersama-sama

Kelima , untuk mengajari orang yang jahil (belum tahu). Karena kebanyakan orang boleh memuat faidah tentang tata cara solat yang disyariatkan melalui media solat jamaah. Dimana seseorang bisa mencontoh makmum yang di sampingnya. Begitu juga makmum boleh mencontoh imamnya, dan faedah lain yang serupa.

Keenam , melatih umat Islam untuk bersatu padu dan tidak berpecah belah. Kerana di dalamnya para makmum akan sentiasa bersatu mengikuti seorang imam. Sehingga apabila dilihat dengan pandangan yang lebih luas lagi akan dapat menjadi pelajaran bagi kita untuk bersatu di bawah kepemimpinan seorang imam sehingga umat ini tidak akan berselisih dan bercerai berai.

Ketujuh , mengendalikan diri. Kerana apabila orang sudah terbiasa untuk terus menerus mengikuti imam secara detail, “Jika imam bertakbir, maka iapun takbir, “tidak berlengah-lengah, tidak mendahului dan juga tidak berterabur tetapi menuruti, maka dengan cara ini seorang insan tentu akan terlatih untuk bisa mengendalikan diri.

Kelapan , kaum muslimin akan merasakan bahawa mereka adalah seolah-olah dalam satu barisan mujahid di medan jihad. Allah ta’ala berirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Allah dengan bershaf-saf.” (QS. ash-Saff [61]: 4). Orang yang sudah terbiasa ditetapkan dalam barisan solat nescaya akan mudah pula ditetapkan ketika berada di barisan jihad.

Kesembilan , munculnya rasa persamaan di antara kaum muslimin. Kerana ketika itu orang yang kaya dan miskin bersatu, pemimpin dan rakyat bersatu, tua muda berkumpul, sehingga mereka akan merasakan kesamarataan. Oleh kerana itu Nabi SAW bersabda ketika meluruskan saf “Janganlah kamu berselisih (tidak lurus dan tidak rapat shafnya), kerana itu akan membuat hati-hati kalian berselisih.” (HR. Muslim)

Kesepuluh , boleh mengetahui keadaan saudaranya yang mungkin sakit sehingga tidak hadir solat jama’ah, kemudian menjenguknya, dll. Atau apabila saudaranya sedang kesusahan maka boleh dibantu. Allahu akbar, indah sekali syariat Islam ini!!

Kesebelas , berkumpul untuk beribadah kepada Allah.

Apabila orang ramai boleh berkumpul di stadium untuk menyaksikan permainan bola sepak, bahkan jumlah mereka itu boleh mencapai berpuluh ribu orang . Maka sesungguhnya mereka itu berkumpul untuk permainan yang bersifat lagho kerana ramai yang tertinggal solat alangkah indahnya jika kita beramai-ramai memenuhkan masjid juga, dapat beratus-ratus pun dah dikira gempak!

Betapa ramai orang boleh ‘berjemaah’ untuk menonton bola sepak, betapa ramai orang boleh berkumpul untuk kempen pilihanraya sampai-sampai jalan jadi jem, , betapa ramai orang boleh berkumpul untuk melihat pameran komputer , betapa ramai orang boleh berkumpul untuk konsert, AJL dan AIM tetapi untuk solat jamaah, untuk belajar di majlis ilmu, dll kenapa tidak boleh sebagaimana ketika berkumpul di stadium, di mall-mall,dewan pameran dan lain-lain?

Keduabelas , generasi akhir umat ini akan merasa terikat dengan generasi awalnya. Iaitu ketika mereka menjadi makmum sebagaimana dahulu para sahabat juga menjadi makmum. Salah satu dari mereka menjadi imam, sebagaimana dahulu Rasulullah SAW juga menjadi imam bagi para sahabat radhiyallahu’anhum. Sehingga masing-masing akan merasakan bahawa mereka sedang meneladani insan-insan yang mulia. Dengan demikian nescaya muncul dorongan yang sangat kuat bagi umat Islam sekarang ini untuk mengikuti generasi Salaf dan tingkah laku mereka.

Aduhai alangkah indahnya, seandainya setiap kali melakukan sebuah amalan syariat kita bisa merasakan hal seperti ini. Iaitu kita merasa sedang berusaha untuk mengikuti Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang mulia. Sesungguhnya dengan demikian tentulah orang akan memiliki motivasi yang sangat kuat di dalam hatinya yang akan mendorongnya untuk menyertai meniti jalan salafush shalih; sehingga dia menjadi seorang Salafi (pengikut Salaf). Bukan kerana masanya, akan tetapi kerana akidah, amalan, perilaku dan manhajnya (sesuai dengan jalan generasi Salaf, pent).


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO