Khamis, April 29, 2010

Sama kita fikirkan ...Kes Aminulrashid : Cerita dari Khalid Samad

Petikan dari Anak Sungai Derhaka :

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.

Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.


Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.


Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.


Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

1 Comment:

  1. nashanadz said...
    stiap perkara yg berlaku, samada diizin Allah SWT atau tidak pasti ada sbb musababnya.dlm kes ini, hanya arwah dan kawan saja yg tau kerana mereka yg melalui mengalami situasi ni..selebihnya kalau ada pun crita yg diubah ditokok tambah, hanya Allah saja yg tau,..yakinlah dgn ptnjuk Allah kerana Allah Maha Adil..kenapa arwah yg xde lesen tu bawak kereta..bawak plk dgn cara yg berbahaya,mskipun takut, knapelah begitu sekali caranya memandu kereta tu.anggota polis plk cpt sgt terkejut dan trus melepaskan tmbakan..kalaulah ada sedikit sabar shgga kalau bnr tanggapan mereka, sehingga yg kononnya disyaki penjenayah tu bertindak lebih dr tu, barula polis bertindak..hmmm tulah,,kdg2 ckp mmg snang tp bkn mudah..kerana hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui,,ape pn..al-Fatihah kpd arwah dan takziah kpd keluarga arwah..istighfar istighfar istighfar..asaghfirullahal'azimm

Rabu, April 28, 2010

Fail petisyen pilihan raya : Zaid Ibrahim P094

Sumber malaysiakini.com

Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal. Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu. “Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya. “Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.” Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol. “Saya bukan khaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya. “Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

* MORAL : DOSA LALU AKAN DIKENANG JUA

Selasa, April 27, 2010

Bilamana tv & media arus perdana : qiblat masyarakat

Sedar ataupun tidak, masyarakat pinggir bandar jelas masih tumpul asuhan mereka untuk berpolitik secara matang. Ini terbukti dari pelbagai PRK yang telahpun dijalankan. Walaupun negeri Kelantan terkecuali dalam hal ini namun kesedaran dalam mengasuh masyarakat Melayu khususnya pinggiran bandar kearah matang berpolitik harus dikaji.

TV dan media arus perdana sebagai 'qiblat' utama masyarakat ini. Dasar kerajaan yang tertutup terhadap penyiaran politik pembangkang kian utuh dan berjaya sedikit sebanyak mengasuh ummah berpolitik satu hala. Negara luar misalnya, parti pembangkang bukan sekadar diberi peluang seluasnya dalam arus media perdana namun pembangkang dalam satu-satu tempoh pemerintahan juga berperanan besar dalam menyumbang kematangan pentadbiran pemerintahan sesebuah negara. Kesatuan ilmu antara kedua-duanya memungkinkan negara tersebut maju dan memberi pelbagai alternatif kepada rakyat untuk hidup harmoni. Malaysia negara tercinta tidak begitu, rakyat ditakut-takutkan oleh pemerintah agar persepsi rakyat terhadap pembangkang langsung seumpama tidak berguna.


sejauhmana slogan diatas ini berlaku , seumpama tidak wujud masalah sosial
dan kecelaruan remaja kini menjadi-jadi

Kritikan terhadap pembangkang langsung tidak berjawab dimedia perdana, malah membidas saban masa hingga menampakkan politik tidak matang tersebut memakan jiwa ummah Melayu pinggiran bandar fokus kepada kerajaan yang ada. Kesannya, liabiliti masyarakat terhadap politik semakin buruk dan bercelaru. Prinsip politik Islam yang sebenar pudar dan ianya sentiasa ditakut-takutkan oleh media arus perdana.

Berbeza dikawasaan-kawasan bandar yang menjadi minda terbuka, mentafsirkan maklumat bukan sekata sama dengan yang didengari dan maklumat tangkisan hadir dari pelbagai punca. Melayu harus menjadikan budaya Ilmu dan kebenaran berdasarkan kematangan Iman akan dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Sejauhmana kita yang lain berperanan kearah itu mematangkan Melayu memartabatkan Prinsip Politik ISLAM sebenar-benarnya dan secara tak langsung bukan ISLAM akan turut memahami kehendak ISLAM yang luhur membela rakyat dan tidak membebankan, dalam masa yang sama KEKAYAAN NEGARA dikecapi bersama tidak hanya masuk dalam poket yang sama.

Sabtu, April 24, 2010

Bertaubatlah Kamu Wahai UMNO


Aik! Imam Hadhari pun tidak terkecuali rupanya...

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.

Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.

Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum. Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.

PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno. Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.

PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.

Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!

Ust. Idris Ahmad

Ahad, April 18, 2010

Arah sokongan 100% kepada Zaid : Presiden PAS TGHA


3 jamadil Awal 1431H.
Zulkifli Sulong

HULU SELANGOR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang tadi.

Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.

"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

Bagi beliau, Zaid adalah tokoh kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.

"Ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Berhubung dengan tindakan firma guaman Zaid menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud, Abdul Hadi menegas itu apa yang Zaid buat sebagai pemimpin Umno dan dia telah menarik balik tindakan itu.

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.

Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.

Ucapan Abdul Hadi di majlis itu penuh semangat serta menjawab pelbagai persoalan panas yang berbangkit dalam pilihan raya kecil ini walaupun hujan mencurah-curah ketika beliau berucap sehingga banjir kilat di sekitarnya.

Felda Sungai Tengi adalah salah satu kawasan Felda yang menjadi kubu Umno dalam Dun Hulu Bernam di Hulu Selangor. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PKR, Datuk Dr Zainal kalah lebih 600 undi di peti undi itu.

Dalam pilihan raya ini, Umno menjadikan empat kawasan Felda sebagai pangkalan gerakan mereka untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan dari MIC.

Namun, ketidakpuasan hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan calon.

Selain dapat menjadi calon, Timbalan Presiden MIC, G Palanivel yang mereka tidak sukai dikatakan akan dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

Salah seorang dari mereka berkata, jika BN menang dalam pilihan raya kecil ini, harapan untuk calon Umno bertanding di kawasan Parlimen yang majoriti orang Melayu ini akan hilang terus.

Jumaat, April 16, 2010

Buktikan Ketidak Redhoan Kita



Moh kite bersama.

Rabu, April 14, 2010

1Malaysia sama dengan 1Indonesia? : ???!!!! Siapa Maling?

1 Indonesia sama dengan 1 Malaysia? Pendedahan ini dari blog milosuam agak memeranjatkan kerana logo dia pun lebih kurang sama. Siapa tiru siapa ni? Siapa yang buat dulu? Ni kalau forumer Indonesia tau mesti dia orang panggil kita maling.

Jika di Malaysia slogan 1 Malaysia ialah “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” slogan 1 Indonesia pula ialah begitu mirip sekali iaitu “Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan”.

Katanya lagi, 1 Indonesia ni pun idea dari APCO ? ceh..satu pakej rupanya.

Sumber gambar milosuam.blogspot.com

Selasa, April 13, 2010

Pengarah MTD Kg Gajah dikejarkan ke Hospital T.Intan

Pengarah yang juga tunggak gerakan dan aktiviti PAS MTD & Kawasan , dikenali sebagai Tn Hj. Azidin telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan semalam. Serangan Janung yang mengejut membuatkan beliau dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Kini beliau telah ditahan dan ditempatkan di wad 2D, Hospital Teluk Intan dalam keadaan stabil. Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak Ust Mustafa bersama team PAS Kg Gajah , PAS Pasir Salak serta YB Anuar Sudin dan rakan dari DUN Changkat Jong turut hadir menziarahi beliau. Moga Allah akan memberikan kelapangan dan kesihatan buat beliau bagi menerusikan perjuangan menegakkan kebenaran ISLAM di negara ini.

SyafakALLAHU bil khairi..... Amin Ya Rabb....

Isnin, April 12, 2010

Senior & Junior

Khamis, April 01, 2010

Nak disama xkan jadi... macam langit dengan bumi

KAGUM HAMBA MELIHAT AKAN KESEDERHANAAN TOK GURU NIK AZIZ.....JARANG KITA DAPAT MELIHAT PEMIMPIN SEUMPAMA BELIAU...BELIAU TIDAK KISAH UNTUK MENJAMU SELERA DI GERAI BIASA SEDANGKAN SEBAGAI SEORANG MENTERI BESAR BELIAU BOLEH SAHAJA MENJAMU SELERA DI HOTEL-HOTEL MEWAH....INILAH CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG PERLU KITA PILIH DALAM MENENTUKAN SESEBUAH KERAJAAN SAMAADA DIPERINGKAT NEGERI MAHUPUN NEGARA...SELAIN MEMPUNYAI SIKAP KESEDERHANAAN BELIAU JUGA MERUPAKAN SEORANG YANG WARAK DAN MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI PANDUAN DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMIMPIN...

DARAH BABI DALAM PUNTUNG ROKOK


"Sembunyi perbuatan Merokok dari Bini macam sembunyi bini muda ?"

Kisah 1;
Saya pernah bertanya pada seorang sahabat sama ada isterinya tahu dia merokok atau tidak. Dia memberitahu ana bahawa isterinya tidak tahu dia merokok. Dia kata dia hanya merokok di pejabat sahaja, dah berbelas tahun dia kahwin tetapi isterinya tak tahu dia merokok. Bila nak balik, rokok dan pemetik api akan ditinggalkan dalam laci. Ana tanya padanya sama ada dia pernah "kantoi" tak ngan isteri dia. Dia kata tak pernah lagi. tapi dia ada satu cerita yang dia pernah tipu bini dia pasal rokok. satu hari Isteri sahabat ana ni tercium baru rokok dari tubuh sahabat ana ketika sahabat ana baru balik dari opis.
Isteri: Abang! kenapa bau rokok ni ? abang isap rokok ye...?
Usop: huuuuuusssh....(sambil pura-pura mencium bajunya), ini yang susahnya kawan-kawan isap rokok kat dalam bilik ni. Dahlah bilik abang ber"Aircond", dah melekat bau rokok dia orang kat baju abang.....
Isteri: Lain kali abang janganlah berkawan atau pun bagi kawan-kawan abang isap rokok kat dalam bilik abang.
(Kawan-kawan juga kena jual, pada hal dia yang merokok....)

Kisah 2:
Kisah ini pasal kisah ana dengan bos Ana. Bos ana ni pun isteri dia ingat dia dah berhenti merokok. Dia kata kat ana, isteri dia tak tau dia masih merokok, kalau isteri dia tau, nahaslah dia. Satu hari dia suruh ana tolong belikan sekotak rokok dekat dia. Dia bagi duit RM 50.00 kat ana. Ana ni sebenarnya memang pantang orang suruh tolong belikan rokok. Kalau keluar makan ngan kawan-kawan, dan ana yang belanja, ana akan bayar semua makan minum, tetapi kalau ade yg terambik rokok, harap maaf, "Sila bayar rokok tu sendiri" walau pun sebatang.
Bos: Duan! Hang pi tolong belikan aku rokok dunhill 20 batang (sambil menghulurkan wang kertas RM50.00)
Ana: mmmmmmm..... maaf datuk! sebenarnya..... masa saya kecil-kecil dulu mak saya selalu larang saya pergi kedai kalau bapa saya suruh saya tolong belikan rokok. Sampai sekarang saya masih ingat dengan pesanan mak saya itu. Bapa saya suruh pun saya tak pi belikan. maaf ye datuk....
Datuk: mmmmmmmmmmmm..... tak pe lah.....

Kisah 3:
Seorang sahabat yang merokok memberitahu pada ana bahawa isteri dan anak-anaknya tahu dia merokok. Isterinya tidak kisah dia merokok di rumah. Satu hari, dia sedang menghisap rokok didalam biliknya di pejabat. Saya berada bersamanya kerana berbincang tentang satu perkara. Tiba-tiba, tel;efon berdering dan dia pun menjawab panggilan. Sambil menjawab panggilan dia menghisap rokok. Tanpa kami sedari, tiba-tiba isterinya datang dan terus mencabut rokok di tangannya dihadapan ana. Sahabat ana tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa. Barulah ana tahu rupanya selama ini isterinya tidak tahu dia merokok.(Orang nie skrg dah jadi YB pun.... hehehe)

Gundah Haram Semakin HARAM @ Negeriku

Petikan Malaysiakini... 31.3.2010

Nizar: Ganesan cabul Perintah Tetap Dewan
Ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan dewan setelah speaker R Ganesan berulang-kali menolak permohonan mereka bagi menimbulkan peraturan dewan.

Pada sidang media kemudiannya, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS - Pasir Panjang) berkata tindakan Ganesan tidak menghormati peraturan dewan.

“Kita bertalu-talu minta supaya Perintah Tetap dihormati. Tetapi kita lihat ia dilacur dan diliwat oleh Ganesan dan Umno-Barisan Nasional,” kata Nizar.

"Perintah Tetap bukan sahaja diabaikan tetapi tidak digunakan sebagai panduan untuk perjalanan dewan,” tambah beliau.

Menurut
Nizar, wakil rakyat Pakatan dinafikan hak mereka sebahgai ahli dewan undangan negeri.

Pada sidang pagi ini, Nga Kor Ming (DAP - Setiawan) cuba membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker.

Kata Nga, Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku keksongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian.

Bagaimanapun
sebelum Nga boleh menghabiskan bacaannya mengenai Peraturan Tetap, Ganesan mencelah dan mendakwa pelantikannya pada 7 Mei tahun lalu adalah sah. Dia kemudiannya mengarahkan Nga supaya duduk.

Ganesan kemudian bertindak menutup mikrofon Nga dan meneruskan sidang dengan sessi soal-jawap.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakanpembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai itu seperti sudah dirancang dari awal.

“Ini boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi," katanya pada sidang media berasingan.

Pada sidang pagi tadi, adun Rungkum, Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada dewan agar memohon kepada Sultan Perak bagi menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Nizar dan 'Datuk' kepada Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan).


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO