Selasa, Mac 30, 2010

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

BERITA YANG TIADA DI MEDIA PERDANA...


TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.

*sekadar gambar hiasan..

Khamis, Mac 25, 2010

Petikan Khutbah DS Ir. Hj Nizar Jamaluddin



Khutbah Jumaat oleh Dato Seri Nizar di Riley Smith Hall, University of Leeds, United Kingdom - 19 Mac 2010


Isnin, Mac 22, 2010

KEHADIRAN DATO'SERI TG PRESIDEN AMAT BERMAKNA

Kehadiran yang sangat dinantikan dan menyentuh perasaan keluarga mendiang Siva. Langkap menjadi saksi keprihatinan TG Presiden yang memberi kesan mendalam buat kaum bukan Islam Tanahair terutama penduduk setempat. Walaupun agama yang berlainan, namun pertanyaan khabar dan harapan besar dari beliau sangat dihargai.

Seluruh JK PAS Perak, PAS Kawasan Pasir Salak, PAS Teluk Intan dan seantaranya menyambut beliau dengan keadaan yang mengharukan. Amanat yang disampaikan oleh beliau walaupun seketika kepada ahli keluarga membuatkan semangat perjuangan ahli Kelab Penyokong PAS mantap dan akan terus memberikan kesan baik kepada jemaah.

Laporan dari intanhijau.blogspot.com

LANGKAP, 21 Mac - Prihatin terhadap pembunuhan kejam Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, mendiang Siva maka Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa menziarahi keluarganya di Langkap tengah hari tadi.


Ketibaan Tuan Guru Presiden disambut oleh pimpinan PAS Perak.

Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Presiden PAS telah hadir ke rumah keluarga Siva di Taman Mawar, Langkap. Kehadiran Tuan Guru Presiden dan isteri telah disambut oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap YDP PAS Pasir Salak Ustaz Mustafa Shaari, YB Haji Zainuddin, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, pimpinan Dewan Pemuda PAS Perak, pimpinan Dewan Muslimat Perak, pimpinan DHPP dan pimpinan PAS tempatan.


Balu mendiang Siva bersama pimpinan Dewan Muslimat Negeri Perak.




Ustaz Abu Bakar berbincang dengan YB Haji Zainuddin dan YB Hj. Anuar.

Tuan Guru Presiden PAS telah berpeluang bertemu dengan isteri dan anak-anak mendiang Siva. Beliau telah mengucapkan takziah atas nama PAS Pusat atas kematian mendiang Siva beberapa hari yang lalu.

Kemudian, Presiden telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri di Pejabat DHPP Pasir Salak di Pekan Langkap.


Sementara menunggu kedatangan Presiden, sempat bergambar bersama blogger Al Husseyn dan Sdr. Johari Jaafar, wartawan Harakah.

ar_rawa

Khamis, Mac 11, 2010

Bukit Chawi ditembusi , PAS dihati PENDUDUK SETEMPAT

Kehadiran penduduk setempat malam tadi adalah suatu yang positif julung2 kali berlangsung di kawasan tersebut. Walaupun dalam kegelapan, namun yang hadir tidak sesekali berganjak untuk terus menerus mendengar maklumat terkini lebih lebih lagi bidasan terhadap penipuan berterusan pihak memerintah sedia ada.
Isu GST, Perak kini, Isu Tanah setempat, janji premium penduduk Changkat Lada, status krontraktok sebagai ahli majlis daerah Perak Tengah dan pelbagai2 yang lain menjadi perkara asas dalam penerangan oleh penceramah yang hadir.

"Saban hari kita dikhabarkan tentang ekonomi negara pulih %%%%% meningkat, namun pada hakikatnya rakyat terus ditindas dengan sara hidup memuncak."
'RAKYAT DIDAHULUKAN RASA PAHIT, PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN'


sebagai slogan asal pihak pemerintah kini.

Rabu, Mac 10, 2010

PKR 10 Bulan VS BN 50 tahun ..... Fikir-fikirkan...


Demokrasi yang diamalkan.

Peruntukan Kewangan & Kedudukan Hak Milik Tanah


Pendidikan & Kebajikan terhadap rakyat jelata Perak


Peningkatan Ekonomi & Membanteras Pembaziran.

Sama-sama kita fikirkan.

Isnin, Mac 08, 2010

Lujnah Kebajikan Bersama Pesuruhjaya PAS Perak @ Rumah Anak Yatim Nurul Iman


Menyaksikan kemusnahan, merangka pertolongan dan bantuan.


Menghulurkan bantuan barangan dan kewangan dari PAS Perak.


Pesuruhjaya & Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak sedang mendengar taklimat khas kebakaran dari pihak pentadbiran Rumah Anak Yatim Nurul Iman pada 5.3.2010 baru-baru ini.


JK Lujnah Kebajikan yang turut serta bersama lawatan ke tapak kemusnahan kebakaran tersebut.

Antara blok yang musnah akibat kebakaran tersebut.


PAS Perak menghulurkan sumbangan kewangan dan barangan kepada pihak pentadbiran.

Pertemuan Khas Bersama @ UPU Bukit Chawi

Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam pertemuan khas JK MTD Kg Gajah bersama UPU Bukit Chawi.

Pelbagai program telah dapat dirangka seterusnya memungkinkan kefahaman dan kesedaran penduduk setempat memperolehi maklumat tepat perihal yang berlaku masa kini. Pengarah MTD Kg Gajah telah menyampaikan amanat dan kupasan isu terkini yang sedang melanda politik negara masa kini. Seramai 28 orang telah hadir mewakili tekong2 kuat gerakan kemenagan Islam di bumi Kg Gajah hadir pada malam tersebut.

Ianya dipengerusikan oleh Ketua Lujnah Penerangan Pas Kawasan Pasir Salak iaitu Ust Baharom. Kerangka kerja program terhampir ianya 'Bual Bicara Umum Bersama YB V.Sivakumar , Dr Najihatussolehah & Ust Mustafa yang akan berlangsung pada 10.3.2010 ini dikawasan setempat. Moga program ini dapat diwar-warkan oleh kita keseluruh kawasan seterusnya hadir bersama.

Jumaat, Mac 05, 2010

BUAL BICARA UMUM @ BUKIT CHAWI


Perjuangan Kebenaran menuju kemenangan.


Jom kita beramai-ramai , bersama penduduk kampung dalam
misi & visi Tawan DUN Kg Gajah.
Anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak.

SILA KLIK POSTER UNTUK LEBIH BESAR

Rabu, Mac 03, 2010

Sekilas pandang negeri Kelantan


Hendakku tangis.... tiada......
Apa lah guna....
Pemerintah Negara Zalim Guna Kuasa...


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO