Sabtu, Januari 30, 2010

Cabaran Memancing Rapatkan Rakyat Marhaein @ Kg Pasir Garam

Jawatankuasa Surau Kampung Pasir Garam yang kini sedang giat menjayakan program gemilang 'Cabaran Memancing Sungai Perak'. Dengan kekuatan dan semangat orang kampung , hari ini mencatat sejarah ulung langkah pertama memeriahkan suasana setempat. Megat Sofi selaku teraju utama bersama barisan urusetia yang mantap melaksanakan tanggungjawab , berjaya menarik minat lebih 40 pemancing sekitar kawasan Parlimen Pasir Salak. Dalam merealisasikan matlamat program 'memantapkan surau mendekati pemuda' maka ianya menjadi kenyataan.

Ust Mustafa Shaari, selaku YDP Pas Kawasan Pasir Salak turut hadir memeriahkan program yang nyata memberikan impak positik buat penduduk setempat.

Pelbagai hadiah dan kategori telah dipertandingkan. Pn. Jamaliah selaku Pengarah Pilihanraya Muslimat Pasir Salak telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang2 pada akhir prgram tersebut.

Rabu, Januari 27, 2010

Tazkirah Umur Umat Akhir Zaman#

Umur umat Islam sudah di penghujung. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari " Hanyasanya kamu (Umat Islam) tinggal (di dunia) ini berbanding dengan umat2 terdahulu adalah di dalam waktu yang seumpama antara sembahyang asar dan tenggelamnya matahari ( Maghrib). Telah diberikan kepada ahli Taurat (umat yahudi) akan kitab Taurat, maka mereka beramal dengannya sehingga separuh hari ( Solat Zhohor) kemudian mereka lemah.

Maka mereka dikurniakan oleh Allah sepotong2 permata (kiasan kepada Balasan Syurga) kemudian diberikan kepada ahli Injil (umat kristian) akan kitab Injil, maka mereka beramal sehingga solat Asar kemudian mereka pula lemah, maka dikurniakan Allah sepotong2 permata,(Balasan Syurga) kemudian diberikan kepada kita Al-Quran, maka kita beramal dengannya sehingga tenggelam matahari (Solat Maghrib) maka kita diberi ganjaran 2 potong 2 potong permata.

Kemudian ahli kitab bertanya " wahai tuhan kenapakah kau berikan kepada umat Islam 2 potong 2 potong permata sedangkan kau berikan kepada kami sepotong2", maka Allah menjawab " adakah aku telah menzalimi kamu semua ( yakni dengan mengurangkan ganjaran mu) maka jawab mereka tidak, maka balas Allah " itulah kurnianku yang kuberikan kepada sesiapa yang kukehendaki".

Komentar:- Umur umat Islam hanyalah sepanjang solat asar hingga solat maghrib. Alangkah pendeknya..........dan kita sudah hampir ke penghujungnya...................

Selasa, Januari 26, 2010

Hangatkan..... Kekuatan Kesedaran tanggungjawab ANDA


Sumbangan Dana Pembinaan & Pilihanraya, MTD Kg Gajah

Dimaklumkan, Balai Islam Kampung Gajah sedang giat dijalankan. Kos pembinaannya dianggarkan berjumlah RM50,000.00. Kini telah 65% siap dan bakinya masih diusahakan lagi. Rentetan itu sumbangan dari penderma budiman amat-amat diharapkan agar kerja-kerja pembinaan tersebut dapat berjalan dengan lancar.


Sumbangan ANDA bolehlah dalam sebarang bentuk yang dikatakan sesuai, samaada bahan mentah, peralatan pejabat, khidmat kemahiran, dan wang tunai. Semoga segala usaha dan sumbangan kalian penderma kelak memperolehi ganjaran disis ALLAH swt. Amin Ya Rabb.

Rabu, Januari 20, 2010

MAJLIS PENERANGAN PAKATAN RAKYAT


Moh kite, ajak kengkawan lama untuk siap sedia bertempur.

Isnin, Januari 18, 2010

Atur Strategi Gerak Langkah Berani


Pelbagai gerakan jiwa disuntik dalam menjayakan misi kemenangan bersama kebenaran ISLAM. Moga keredhoaan ALLAH untuk terus menjadi kekuatan semangat jiwa manusia.

Khamis, Januari 07, 2010

Dato'Seri Nizar Acciden

Cuma cedera ringan jer
teruk tu....
Nasib baik kereta baguih ada airbag
tengkerap yop...

Gambar diambil dari Muslimeen United

Rabu, Januari 06, 2010

Kenali Kampong Gajah Perak.

Wajah yg digambarkan orang dedulu sebagai Datoh Maharajalela, Tok kite le tu..
Ust Mustafa Hj Sha'ari YDP Pasir Salak juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak
Tuan Hj Mustafa Kamil Ayub pangkat sepupu dgn Ust Mustafa Naib Presiden PKR

YB Wan Asyikin, ni wakil rakyat Kg Gajah, mari le tengok marhain di Kg Gajah ni, di Ipoh tu takde ape.
Tan Sri Ramli Ngah Talib, asal orang Kg Gajah, tapi batang idung pun tak nampak

Jam matahari orang dedulu, nak tengok benda ni datang ke Kompleks Sejarah Pasir Salak
Bus Stand, 1 biji ke Teluk Intan, 1 biji ke Parit, 1 biji ke Ipoh....jadi leeer
Di kala senja wajah bangunan PKNP, bank pertanian & BSN kat depan tu...
Tugu pusat penjaja buah-buahan, dibina jaman kita merintah
Sesape nak kemari mesti jumpe bende ni
Salah 1 cawangan di Kg Gajah
Signboard ni cukup banyak kat sini, crite orang dedulu kebanyakkan sultan duduk tepi sungai
Tempat para marhain mencari ubat
Kume bersempadan dengan deme
Dewan serbaguna, waktu merintah dapat guna ...pas tu ....tak deme bagi dah..
Majlis Daerah Perak Tengah, time tak ade orang...
Landskap di tengah-tengah simpang 4 Kg Gajah, berdepan dgn Arked Mara
Gelanggang Street Soccer terletak di belakang kilang APM
Stacium Olimpik Kg Gajah, rumput pun tebai
Pasar besar Kg Gajah
Abiss.... reput gitu je kilang APM ni...bankrap tahun2004
Taman permainan kanak-kanak berdepan dgn stacium olimpik
Rumah OBJ, setahu tman tak de lagi Orang Besar Jajahan
Petronas kepunyaan Cikgu Solleh, 500m dari pekan Kg Gajah
Bangunan Arked Mara terletak di tengah simpang 4 Kg Gajah
Pasar Tani setiap hari Jumaat malam
Ni sekolah tman dulu, tahun 80an pindah sini.. dulu sekolah tman kat tepi sungai, kome tak merase...
Map ni terletak di kaki Bukit Tunggal
PDRM bertugas disini berhadapan dgn Medan Selera
Masjid Lama berhadapan dgn Masjid Sultan Azlan terletak ditepi sungai, masjid yg dibina pada tahun 1900, pusat ilmu & tempat lepak orang-orang lame ... udah kutai
Sungai Galah kawasan lombong, syurga kaki pancing dan Nelayan Darat
Replika Deroyan terletak di pangkal jambatan Kg Gajah
Jambatan menghubungkan Kg Gajah dan Seberang Perak, gambar pada tahun 1987
View dari atas Racing Circuit di atas pulau belalang, Drag & Drift terkenal seantero dunia.
Replika jam terletak betui-betui di simpang 4 kg gajah

Ini dia Kompleks Sejarah Pasir Salak, banyak artifak lama, datang le kalu nak tau lebih lanjut..
MRSM Pasir Salak..tempat bebudak belajo jgn korang ajo
Masjid Sultan Azlan Shah 500m dari pekan Kg Gajah

Ramai yang hebat-hebat dari Kg Gajah ni...tu tman tak crite yang syahidnye...banyak lagi tempat istimewa di Kg Gajah ni tapi tman tak dan nak ngeroje kan, nanti ade mase lapang tman akan cerite lagi. Maaf jike ade gambo & kate-kate yang korang menyelerekan, ni lah rope yang sebenornye kampong Gajah... jangan dengor khabo orang datang dulu baru tau... Salam


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO