Isnin, September 28, 2009

Penutup Ekspedisi Kebajikan 'Pemuda dekat... dihati' meriah

14 September 2009 (BATU KURAU) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut yang telah menjadi tuan rumah majlis penutup Ekspedisi Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meriah sekali dengan kahadiran penyumbang utamanya seorang Ahli Korporat daripada Kuala Lumpur.
Turut bersama memeriahkan lagi majlis penutup tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Hassan, Timbalannya Mohd Nur Amin, Naib yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Salman Saleh, Penolong Setiausaha Safarizal Saleh.

Manakala pimpinan Pemuda PAS Larut pula diketuai oleh ketuanya Mohd Nazri Din yang juga Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak, Timbalannya yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin. Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Larut dan pimpinan PAS Larut yang hadir ialah Timbalan Yang DiPertuanya Haji Kamarudin Awang Basir.
Sumbangan yang berupa duit raya dan juga keperluan dapur termasuk beras tersebut telah ditaja oleh Ahli Korporat yang tidak mahu dimaklumkan identitinya telah menyumbang hampir 200 ribu seluruhnya.
Semua penerima yang hadir terdiri daripada kalangan anak yatim piatu, warga emas, golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin. Semua penerima hadir dari seluruh Kawasan Parlimen Larut seramai hampir 800 orang.
Pemuda PAS Larut tidak terhenti pada majlis penutup itu sahaja kerana mereka telah menyusun program yang hampir sama yang akan di agihkan kepada hampir 300 orang penerima lagi.
Salman menjelaskan bahawa program ini menunjukan bahawa Pemuda PAS adalah sebagai duta kebajikan dengan merealisasikan pemerintahan Negeri Berkebajikan.
'Kita sebagai Pemuda PAS adalah duta kebajikan kepada semua golongan yang memerlukan selagi mana ianya diperlukan dan kami akan cuba membantu semampu mungkin' tegas Salman

Khamis, September 10, 2009

Keimanan Perlukan 'Keikhlasan' : Apa kata al-Quran ?

Kehadiran 'Ramadan' akan merubah segala-galanya. Petikan al-Quran : "Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya dengan sendiri" .....

Sesiapa sahaja akan menjadi baik dan mahu kepada perubahan sekiranya mereka mempunyai azam dan keinginan yang kuat terhadap perubahan itu. Jadikanlah ramadan tahun ini sebagai pemangkin kepada perubahan yang ingin dilakukan oleh kita sejajar dengan ayat-ayat al-quran yang telah kita baca dan hayati bersama.

Kekuatan diri dengan aduan keikhlasan beramal akan membawa kebenaran dalam menjalani kehidupan hidup yang berpegang kepada prinsip Islam yang syumul dan jitu. Hidayah (pertunjuk) kebenaran ini akan dapat disebatikan dalam diri bilamana ayat-ayat suci al-quran diterjemah dan dihayati sentiasa dan berterusan.

Tertekan atau ditekan dalam menjalani pelbagai ibadah tidak menjanjikan ganjaran pahala malah ianya akan membawa kepada kemudhoratan. Begitulah dalam berjuang dan mainan politik negara kita Malaysia. Perjuangan yang masih jauh dan semestinya diteruskan adalah ramuan terbaik untuk setiap insan ikhlas dalam melakukan perubahan. * gambar hiasan.

Selasa, September 01, 2009

Cuak....cuak....cuak... "Gaji RM3K daif dibandar akan dibantu & Seluruh RAKYAT MALAYSIA diberikan HADIAH"

Sekali lagi kita sama2 diperbodohkan dengan kenyataan Rakyat bergaji RM3K akan kerajaan prihatin membantu tanggal 30 OGOS '09. Namun sehari selepas itu diperkenalkan pula HARGA BARU bagi Minyak Kenderaan. Ha....ha....ha.... terkena aku balik rupenye. 'Rakyat Didahulukan Harga Baru Minyak Dihadiahkan, pencapaian diutamakan'

Inilah yang dikatakan memperbodohkan secara yang profesional. Naik HARGA MINYAK , apakan mungkin harga barangan tempatan akan melonjak sama? Tempohari ketika mana harga minyak naik, harga barangan turut naik, bilamana Harga Minyak Turun maka Harga Barang banyak yang xturun semula. Kini ianya akan mengulangi lagi. Musim perayaan kian tiba. Lesu sungguh pimpinan yang dipertanggungjawabkan tersebut, apa yang patut dilakukan?

Akan keluar semula kata-kata ini :

  • Ubah gaya hidup
  • Ubah gaya hidup
  • Ubah segala2nya
  • Ate Ubah le..... dok baca je.... harga minyak naik juga.....


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO