Rabu, Ogos 26, 2009

Selama mana kita kan TERTIPU & DIPERBODOHKAN ???

Inilah hakikatnya hidup aman di negara kita 'MALAYSIA'. 52 tahun kini menjelang namun pemikiran umat 'Malaysia' sering diikat dengan media elektronik masa kini yang sangat-sangat dan sangat telus menyampaikan beritanya. hoooowwwek tuii.....

Gelombang kesedaran atas momok kan pemerintah jakun negara kita ini terkadang menjijikkan lantaran sewenangnya2 memutar belitkan fakta dan method umat manusia pun turut gelap.
Umat Manusia Malaysia yang kian dungu semata2 berqiblatkan TV dan Radio arus perdana adalah lebih menjurus kepada 'Melayu'. Sudah2 lah ooiii berat sebelah ini akibatnya musnah juga kelak.

Walau apa pun, Syukur buat-MU ALLAH atas kemenangan BERMARUAH DI PERMATANG PASIR serta SYABAS & TAHNIAH buat seluruh tenaga yang berkerja tanpa jemu memenangkan SUARA RAKYAT & HAKIKAT KEBENARAN. Moga ianya menjadikan kita kian bersyukur dan bersemangat memenangi HATI & MEMPERJUANGKAN KEBENARAN SUARA RAKYAT BAWAHAN.

TAKBIR....... ALLAHU AKBAR!!!!!

Peringkat2 DOSA untuk KALIAN MANUSIA

  • Dosa Peringkat Pertama
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.
  • Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.
  • Dosa Peringkat Ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.
  • Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Jumaat, Ogos 21, 2009

Bulan Kebajikan 09 .... Selamat Berjuang

Alhamdulillah, pada 15 ogos baru-baru ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk merasmikan Program Bulan Kebajikan PAS Perak yang diadakan di Bandar Air, Kampung Sungai Ranggam, Kampong Gajah sekaligus dapat bersama-sama Lunjah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak dalam program kemasyarakatan untuk memberikan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

PAS sentiasa memahami bahawa masyarakat pada masa kini perlu dibudayakan dengan amal kebajikan supaya prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat sekeliling. Kebajikan adalah satu konsep yang luas dan ia tidak terhad dengan hanya memberi bantuan berbetuk barangan semata-mata, Kebajikan juga boleh diberikan dalam bentuk perkhidmatan atau sumbangan tenaga seperti derma darah, program motivasi dan sebagainya

Saya melihat, program bulan kebajikan PAS Perak ini mempunyai pelbagai pengisian yang bertujuan untuk mengajak masyarakat melakukan kebajikan, program seperti ini perlu dikembangkan dan diteruskan oleh kepimpinan dan ahli di semua cawangan dan kawasan di Negeri Perak ini.

Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Lujnah Kebajikan PAS Perak, mudah-mudahan amalan kita diberkati Allah SWT

Rabu, Ogos 12, 2009

TENTATIF PROGRAM PELANCARAN BULAN KEBAJIKAN PAS PERAK

Program yang akan dilaksanakan sempena
Pelancaran Bulan Kebajikan PAS Perak 2009

Khidmat Kesihatan PERCUMA
  • Perubatan Islam Darus Syifa'
  • Khidmat Derma Darah
Sumbangan & Jualan Kebajikan
  • Jualan Amal Pakaian Kebajikan
  • Jualan Kebajikan (Harga Murah)
  • Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim
  • Sumbangan Fakir Miskin
Pertandingan
  • Bayi Sihat
  • Masakan (Rendang Daging, Puding, Gulai Tempoyak)
  • Gubahan (Sireh)
  • Kraftangan
  • Warga Emas Lelaki & Wanita (60 tahun keatas)
  • Sukaneka
Program MOTIVASI REMAJA Ekspedisi Kebajikan Ke :
HOSPITAL TELUK INTAN

HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

Selasa, Ogos 11, 2009

Acara Kemuncak!!! Bulan Kebajikan PAS Perak

Mohon disebar-sebarkan dan moh kite dengo bersame......

Selasa, Ogos 04, 2009

PELANCARAN BULAN KEBAJIKAN PAS PERAK 2009 : Mohon Disebarkan!!!

Jawatankuasa PAS Perak akan melancarkan Program Bulan Kebajikan PAS Perak.
Pelancaran program tersebut akan dilansungkan di Padang Kg. Sungai Ranggam, Kampong Gajah pada 15 Ogos 2009 / 24 Sha'aban 1430.
Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg
Perasmian akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak :
Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain.


KEHADIRAN BERSAMA :
Timbalan Persuruhjaya PAS Negeri
YB Dato' Seri Ir Hj Nizar b. Jamaluddin
Dr. Khairuddin b. Dato Abdul Malek
Al-Fadhil Ustaz Mustafa b. Sha'ari

Pelbagai aktiviti kebajikan akan dijalankan. Antaranya Pameran Agensi Kerajaan & NGO, Ekspedisi Kebajikan, Khidmat Pemeriksaan Kesihatan & Darul Syifa' PERCUMA, Senamrobik, MOTIVASI Remaja, Diet Pemakanan SIHAT dan pelbagai lagi.

Semua PEMBACA dijemput menghadirkan diri bersama.
SEBARKAN KEPENGETAHUAN KALIAN SAHABAT HANDAI

'KEBAJIKAN SUATU JIHAD'

Isnin, Ogos 03, 2009

Sana - sini Makan Malam Kesenian Kebudayaan Islam 2009

Kejayaan penganjuran membina ukhuwah, isu, & penerangan.
Terima Kasih buat penderma sekalian.

Smart tak Teman ketika mengiring DSI Nizar Jamaluddin merasmikan Makan Malam kami di Pasir Salak ini. ** terima kasih Aji.

Sabtu, Ogos 01, 2009

Antara yang boleh dikongsikan bersama!! Kebenaran Pastikan Menjelma.


Kesedaran Rakyat Semakin Teserlah, lagi disekat lagi kuat Impian kan bersemangat. TERUSKAN KEBENARAN DIBAWAH NAUNGAN SUARA RAKYAT & ISLAM
Tidak...... tidak... tidak teman sangkakan..... ate mike yang membace tak join same?


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO