Jumaat, Julai 31, 2009

Boleh membantu.... moh kite...


**jangan takut moh kite.....

Antara Lilin Nizar & Gambo ni : Najib....



Sejak peristiwa Lilin Sebatang yang menjadi isu terbesar yang diperbesarkan oleh puak UBN akhirnya memakan diri mereka sendiri.Isu yang pada mulanya mereka lihat mampu menggugat PR dan Dato Seri Nizar sendiri akhirnya terpalit kepada mereka kembali.Jika Dato seri Nizar memegang lilin bagaimana pula dengan tindakan Gambar diatas..???Apakah ia bukan acara keagamaan ..????

Pihak UBN mengeluarkan arahan kepada pihak media untuk menghentikan isu berkaitan lilin ini kerana bagi mereka jika bermain dengan isu ISLAM maka merekalah yang lebih banyak melanggar HUKUM ALLAH tersebut.jadinya secubit yang dicari sebelanga yang RAKYAT beri kepada UBN untuk dipersoalkan...

Isu Rosmah yang mendedahkan aurat,isu hiburan terlampau ajaran UBN untuk Rakyat dan beberapa isu lain yang lebih besar dan lebih Buruk dari pandangan ISLAM langsung tak disentuh malahan hanya dibiarkan sahaja...Pak MUFTI yang kononya Ulamak tersohor hanya seperti PAK TURUT dalam mengikut TELUNJUK PIMPINAN UBN...Yang HARAM di HALAL kan dan Yang Halal di Haramkan...itulah tanda mahu abis zaman...!!!

Rabu, Julai 22, 2009

Anda mahu Islam atau islam?

Orang selalu tanya "ini sahaja soalannya?", hmm..ya ini sahaja!

Klu:

>> Cari perbezaan antara Islam dan islam (sama tapi tak serupa tau)
>> Bezanya Islam, huruf besar dan islam, huruf kecil kan.
>> Haa..ni dah sampai bab tatabahasa BM. Ingat lagi huruf besar, huruf kecil untuk apa? (Paling asas sekali ni! ^_^)
>> Huruf besar untuk Kata Nama Khas, manakala huruf kecil untuk Kata Nama Am.
>> Ataupun dalam kata erti yang lain Kata Nama Am untuk perbuatan.
>> Jadi, anda kaitkan dengan Islam dan islam
>> Islam Kata Nama Khas dan islam Kata Nama Am (untuk perbuatan)

Maksudnya jika kita pilih Islam Kata nama khas, ia hanyalah Islam pada nama semata-mata. Manakala jika kita pilih islam kata nama am untuk perbuatan, ia adalah islam pada perbuatan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan jangan lah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagimu".( Al-Baqarah, ayat 208)
Antara Islam dan islam, inilah dikatakan 'Pelanduk dua serupa' ataupun 'Like two peas in a pod', sama tapi tak serupa. Jawapan apa yang anda pilih? Islam atau islam? Jadilah 'pengundi' yang bijak! :)

Kritikan Yang Sukar

Kritik itu semacam menikam

secara belakang atau berdepan

buatlah apa jua alasan

atas nama perjuangan

atau kebenaran

atau sayangkan kawan

kerana kritik itu sukar

lebih-lebih lagi kepada kawan

Pangkah BN kalu tak "miss soru"



KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.


Ini sudah kira dasyat. Kalau kita masih dijajah oleh Jepun dan mahu terselamat dari pelempang gred A tentera Jepun, jalan paling mudah adalah dengan menjadi Kempetai. Jika tidak, kempunan makan nasi lah jawabnya.

Nampaknya, formula yang seakan- akan sama telah digunakan oleh Kementerian Pertanian. Tiada mesyuarat yang dihadiri pegawai maka tiada keputusan boleh dibuat. Tiada keputusan maka tiada perubahan. Tiada perubahan maknanya miss soru.

Sudahkah Dato' Noh memikir masak-masak keputusan tersebut? Terfikirkah Dato' Noh tentang siapa yang menjadi mangsa?

Lagi satu soalan, orang Tanjong Karang pun tak terkecuali kan?

Harimau: inilah akibatnya duit rakyat dibuat macam duit sendiri. Lagi satu, kenapa beliau sebut "lima negeri pembangkang"? Dia kira Perak sekali ke?

Isnin, Julai 20, 2009

Apa pun alasannya : Jumpa Ehud Barak , Zahid tetap biadab pd Umat Islam

Pas mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini. Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya beliau ialah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak hendak tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel. Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa boleh berbincang.


Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel. Tentu kita masih ingat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti pertemuan ini medapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat. - Ustaz Idris Ahmad

Ahad, Julai 19, 2009

Apa tandanya tu...!!!

Salam... Timbalan Perdana Menteri dah turun ke seluruh Perak merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian UMNO.... Apa Tandanya tu...?? Jadi kepada seluruh rakyat Perak harap dapat bersedia untuk Pilihanraya sekali lagi.... Apa persediaan kita dah lakukan..?? Fikir-fikirkanlah ...

Sabtu, Julai 18, 2009

Chua Jui Meng sertai PKR..!

Terkini Chua Jui Meng sertai PKR...Baru sebentar tadi disahkan bahawa Dato Chua Jui Meng telah menyertai PKR dalam satu Forum Khas di Sunway Hotel.Perkara ini telah diumumkan oleh DSeri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Tahniah untuk semua...!!!!

Rabu, Julai 15, 2009

PRK DUN Manik Urai N41 – Kisah Sebenar Siapa Yang Cedera…

Pada mulanya pihak yang melaporkan tidak mahu nak besar-besarkan kejadian semalam, tetapi bila dan TPM, IGP sendiri bersama media-media melaporkan perkara yang tidak benar, maka kes yang sebenar terpaksalah diterangkan, biar semua rakyat tahu siapakah yang bersalah.


Kejadian yang berlaku semalam yang melibatkan petugas PAS telah pun dibuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Krai No 001811/09 yang mana Pemuda Pas Kawasan Merbok bernama Shahrudin Yahya telah cedera di kepala akibat balingan batu.


Manakala seorang lagi yang menjadi mangsa kejadian semalam ialah Muslimat dari Perak iaitu Nadia bt Mohamad Kamil mengalami kecederaan teruk di dagu, masih di rawat di Hospital Kuala Krai, Wad Kenari Katil No 24. Salinan No Report Polis masih belum diperolehi.


Kenapa kejadian ini tiada dalam laporan di media UMNO, tak perlu jawap.. semua dah ada jawapan sendiri… apa pun, demi nak mengelak daripada tuduhan orang awam mengenai kejadian semalam, maka dengan muka tak tahu malu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melakukan pembohongan besar dengan membuatkan lakonan semula yang mengatakan Puteri UMNO mengalami kecederaan akibat serangan balingan batu dan botol air semalam.


Sedangkan mangsa sebenar yang ada report polis, yang terlantar di hospital didiamkan… Itulah budaya UMNO… sama semacam seiras budaya zionis… cukuplah… hentikanlah wacana ilmu, hentikan kerajaan perpaduan,

lihatlah apa yang terjadi pada ahli dan petugas PAS, pimpinan yang berminat dengan Kerajaan Perpaduan tidak merasai ini semua, tetapi kami yang dibawah ini cukup menderita akibat dari sikap dan tingkah laku UMNO….

Selasa, Julai 14, 2009

PAS buat Hatrik 6 - 0 (semenanjung)

Tak kire la deme nak kata ape.... janji menang ..... keme disini dah abih suare .... bunyi itik serati... besok nak layan anak bini ... Dah sebulan Yop, ninggalkan anak bini ... nak rak rasenye rindu kat deme .... Kalu UBN bertugas kat sini dapat pitih .... tapi kite kene keluor modal sendiri yop.... balik esok nukal jagung le .... mencari modal nak berjuang lagi ..... kalu le ramai yang berjuang tak ke seronok ...

Pada pandangan teman, kekurangan majority di PRK N41 mungkin disebabkan faktor calon.... ini dari kajian teman yang hine ..... PRK kali ni umpama PRU 11(2004).... pengundi sewaktu PRU12(2008) memilih Pak Su Wel mungkin "Body Touch" yang beliau lakukan terhadap pengundi disini .... tahun 2004 kita menang 53 undi ..... PRK kali ni kita menang 65 undi ..... tapi waktu Pak Su Wel kita menang lebih kurang 1300 ..... ini bermakna lebih kurang 1200 pengundi adalah dikalangan UBN dan atas pagar.

Petang tadi teman dah cerita kelebihan Pak Su Wel (mulah) gelaran yang teman dengor malam ni ..... Walau bagaimanapun Tok Wakil yang baru ni Abg Uji kene lakukan suatu anjakan paradigma untuk mencapai kemenangan setanding Pak Su Wel pada PRU13 .... Kalu mike me kate petugas kurang berpengalaman, teman disini nengok deme tak renti mesyuarat, latihan keselamatan,culaan,ketua 10,logistik,penerangan,rayu undi semua deme buat tapi dah nak jadi rope ni mane muatnye.

Jangan bersedih, jangan berdukacita sedangkan kamu belum diuji oleh Allah .... teman nengok deme disini tak tau base letih ..... walaupun kampong ni blackout ..... budak mude tetap belarak ...mawak bendere kulu keyour .... esok tumbang koba sekor lembu sekor .... ate bile kume nak balik .... ingat lepas bahcike sok teman hincit le.

Cadangnye nak negakkan pinggang jap .... kome diromah mmpone le ..... maklum le dah nak masuk 40 ni macam-macam penyakit datang. Deme janji kalu bubar DUN Perak deme pulak nak nolong kite ... haa siap balik kampong sok mesyuarat sesaja ..... dah ng'empor rasenye, mate pun dah rapat. udah le tu kome oi.

LANGSUNG TERKINI : Dari Markaz Induk Manek Urai...

KLIK S.I.N.I pun BOLEH

SILA REFRESH, UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN TERKINI

8:24pm-

TERKINI; Menurut sumber tidak rasmi, PAS menang tipis dengan majoriti 70 undi sahaja.

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66
6. Undi pos – ?

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi

Peti undi pertama, iaitu dari pusat mengundi Manek Urai Baru tiba di pusat penjumlahan rasmi undi pada jam 6.54 petang.

Berita lanjut akan menyusul

Belum ada pemenang jelas? Undi dikira semula

KUALA KRAI: Pengiraan semula undi diadakan selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.

Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Barisan Nasional (BN) dengan undi tipis.

mStar Online difahamkan, di peringkat awal, calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, menang dengan 106 undi.



KEPUTUSAN TIDAK RASMI
UNDI PAS
5347
UNDI BN
5283
MAJORITI

64
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 746(87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU 4 DARIPADA 9
JUMLAH SALURAN
27
MASA :


8.32 PM (rasmi)

sila refresh, maklumat terkini perjalanan pembuangan undi akan dipaparkan dari masa ke semasa

Terkini : Manek Urai 5.13ptg

Peratusan keluar mengundi 85%.
Jangkaan keseluruhan PAS menang majoriti lebih kurang 1700 undi.
Maklumat dari bilik gerakan (culaan)
lebih 100 undi dari yang dulu.
Kami sedang solat Hajat di Markaz.
Pengumuman oleh SPRM petiundi telah di tutup.
Suasana reduh...tenang...
Kiraan undi sedang berjalan....

Warna-warni Manek Urai

Abe uji melawat pos

Tanpa mereka tak make kite
petiundi hampir tutup
kepunyaan PAS perak
Perayu undi UBN sudah pulang, yang tinggal ....

Soba...soba

Tinggal 1 jam je lagi...... demo ghoyak bule terang di Manek Urai ..... Poling Agent halo ngan bilik gerake .....Soba-soba... mohon doa dari sahabat yang diluar,semoga kemenange diberikan oleh Allah...

Dia dah buat dah....udah nak kalah..!!!

Pihak keselamatan PAS & jentera sedang berkawal dari jam 3.00ptg ni hingga akhir ... dikhabarkan UBN akan keluarkan "HANTU" tanda mereka dah tak mampu nak lawan ngan cara yang baik...Sahabat yang sedang membaca, sekarang ni tak nampak bayang NAJIB...petanda..?? fikir-fikirlah sendiri...semua pos bila ditanya .... Tantuya sedang tunggu di Manek Urai... ahak ahak ahak...Najib sedang menggali kuburnya sendiri .... "kita tak takuk walaupun dia bawok mari "Hantu" mu nok raso mu terai" kehebatan di Manek Urai tak sama ngan tempat lain, termasuk negeri Kelantan sendiri...Muslimat dia dok tunggu di cabe(simpang) jale... jadi keselamatan... bukan setakat siang,malam pun dia tunggu, kalu sahabat datang ke sini plet kreta catit selalu, pah tu ikut mu sampai ketempat mu berenti, yo la dia ore waspada ngan ore luar, kan tak pecayo tapi jange ganggu kampong kami la, bila di tanya seorang keselamatan dari muslimat.

Punyolah ketat kawale dia, setiap cabe jale ado je keselamatan dia, malu kita... mari sini nak wat gapo...melawat?? mu kelik je la... pada pandangan kita macam tak sudi bantuan dari luar, padahal meme mereka mempunyai kekuatan yang sekian lama di latih oleh Arwah Pak Su Wel ( Ismail Yaakob). "Gedebe" meme ini diperkatakan oleh jentera Pilihanraya Kelantan, kami sendiri kena belaja dari DUN Manek Urai ... ghoyak JPN Kelantan.

Nak ghoyak ambo mari sini dah sebule doh, jadi ore sini dah kenal lako... Arwah Pak Su wel meme terkenal sebagai Tok Wokil yang hebat...walaupun tiada ijazah,diploma tapi ore sini minat, segan ngan Pak Su Wel... jika dia kelik jam 3pagi..ore mari mintak pitih, beri selalu... anak kampong kena colik, bawak lari di ore, dia pegi settlekn... kedai kopi jadi tempat masyarakat bejumpe... payah nok cari ganti....

Kembali ke Manek Urai...... 4ptg ni Muslimat dok baca Yassin tengah padang....Hebat..hebat.. kalu teman cerite balik kat kampong ramai yg tak pecaye... gambo kat prkmanekurai.blogspot.com - laman ni pun kami handle....

Jap lagi teman masuk balik nak ricky.... kena tengok jugak kat luor tu.

Suasana di petiundi Manek Urai Lama


YB Dr Fadzli Dato’ Hassan, ADUN Kemuning dan Exco Negeri Kelantan

Suasana di petiundi LATA REK

berape kerat tu ..... pemuda UBN
Tuan Speaker YB Ust Nasaruddin
Time's up ........... santai bro
Takkan dah nak kelik ....... sapa YB

Terkini : Laporan dari Bilik Gerakan Manek Urai

1.41tghri ....... 71% kuar ngundi........... pakoh PAS lako ............. nampok pihak UBN dah kelik ...... suasano tege dah kenduur ....... guano manek urai ni ............ mungkin pete ni sebutir lagi mari ..... nak gomo ngan sapo puak PAS ni ..... dah abih smuo kelik belako.....issh ish ish... kawe peluh nyijin ni .... senyap senio sekejap .... demo g make kot.... sambung jap lagi.

Suasana di petiundi PERIA

dari atas jambatan

1.32tghri PANAS lagi.....
Jentera PAS beransur g semaye......mesjik mano..?

Terkini : Jalan "JEM" kene bawak roti

Seluruh pelusuk jalan kampong di DUN Manek Urai "JEM". tambah-tambah lagi tempat aku duduk ni jambatan yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama. Kena naik motor bro... bepeluh bro ...ada pulak tempat tu kena pinjam "gerek" budak kampong ... cuma nak sampaikan berita..... cam pemberita TV3 suku..... ahak ahak ahak.... la ni kat Peria... kalu tak jem 1/2 jam lagi aku ke chuchoh puteri...sat lagi update..

Terkini: Laporan Bilik Gerakan Manek Urai lama

Setakat ini jam 01.00 tghri 68% pengundi telah melaksanakan kewajipan di Sek Keb Manek Urai Lama

ANTARA PETI UNDI PANAS TERMASUK PERIA HAMPIR HAMPIR BERLAKU… PRK N41 MU

Aku setakat ni telah pergi ke 3 peti undi, Manik Urai baru dan Lama serta Peria, dari awal pagi lagi peti undi Peria telah menunjukan kehangatan nya dengan penyokong masing masing PAS dan UBN menunjukkan skill untuk menarik perhatian pengundi2.

Berlaku pertikaman lidah, provokasi dan sampai kepada tahap nak membaling batu, satu lagi kejadian dimana grombolan UBN telah menaiki sebuah rumah pengundi di belakang pejabat Kesedar wilayah k.krai sg.peria, aku sempat meninjau, ada lebih 5 UBN di atas rumah itu dan telah di kepung olih penyokong2 Pas, di lihat anggota polis dan Mafrel sedang berbincang sesuatu, gambar gambar akan di upload kan nanti oleh Perisik-Rakyat. Salam sahabatmu pejuang dr manek urai

SUASANA TEGANG DI KG. MANJOR SELEPAS KJ DATANG PRK N41 MU kemas kini 12.20 am

Aku sekarang sedang cover di kampung Manjor, kampung ini antara kawasan PANAS, selepas Khairi jamaluddin datang (KJ) bertemu penyokong UBN suasana tegang berlaku akibat UBN tak senang dengan tazkirah mengenai hudud yang di adakan di Masjid selepas solat. (kejadian ini tiada kena mengena dengan KJ)

Penyokong UBN melaung ke arah Masjid supaya berhenti Tazkirah, sememang nya UBN fobia dengan HUDUD dan suara suara Takbir, ekoran daripada itu lah membawa kepada berlaku bertegang tekak antara UBN dan penyokokg Pas, kelompok Pas hanya bertakbir sampai tahap hampir hampir bertumbuk, menyebabkan POLIS datang untuk mententeram kan keaadan.

11.00 pm Polis masih ramai berkeliaran dan membuat benting untuk memisahkan antara kedua penyokong.

11.07 pm Polis mengarahkan kedua dua penyokong naik ke rumah masing masing.

11.13 pm kenderaan JAM sekitar tempat kejadian’

11.29 pm suasana kembali tenang

Aku jangka kan Polis akan di tambah untuk memantau sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

KG MANJOR ATAU PETI UNDI MANJOR, TEMPAT MENGUNDI DI SK KG KARANGAN.

PERLU DI INGAT KAN KG MANJOR KAWASAN PANAS DAN PERLU PERHATIAN PIHAK KESELAMATAN.

Usaha & Kerja Keras PETUGAS , InsyaALLAH BERJAYA. ALLAHU AKBAR!



Moga segala jereh keringat kalian petugas-petugas bersama saya (gambar diatas) akan dapat diterjemahkan pada hari ini. Kami sudah cuba dan Kepada ALLAH kami bertawakal.
Amin, Ya Rabb.

Ahad, Julai 12, 2009

Kian berkibar megah di Seantero Malaysia


Ya Allah , berikanlah kemenangan ISLAM selama-lamanya. Amin Ya Rabb

Marwa Sherbini : Terrorism has no religion


Berita tentang pembunuhan kejam Marwa Sherbini tersebar di internet dan di CNN. Tunjuk perasaan mengutuk pembunuhan kejam Marwa diadakan di Jerman mahupun di Mesir.

Cuba anda bayangkan bagaimana di suatu petang anda sedang bermain dengan anak anda di taman permainan dan tiba-tiba anda dimaki hamun hanya kerana anda seorang wanita Muslim yang bertudung. Anda Muslim dan kerana Muslim anda adalah pengganas! Bodoh! Sungguh memalukan bagi sebuah negara maju di Eropah kerana mempunyai seorang warganegara yang berotak sempit.

Marwa menyaman lelaki Jerman ini Alex, dan lelaki itu didenda tetapi semasa di dalam mahkamah, dia telahpun mengeluarkan pisau dan menikam Marwa sebanyak 18 kali! Bayangkan bagaimana di dalam mahkamah, lelaki itu boleh membawa pisau. Yang hairannya jika sekali dua tikaman itu, ada juga logik tetapi 18 kali tikaman! Apa polis tak memeriksa Alex semasa memabawanya masuk ke mahkamah? Di mana orang yang menyaksikan perbicaraan itu? Kenapa Marwa boleh ditikam sebanyak 18 kali di hadapan sekalian orang?Suaminya yang menyaksikan kejadian cuba menghalang tetapi dalam usahanya membantu isteri tercinta dia ditembak atau tertembak oleh polis yang cuba meleraikan.... sudahnya suaminya turut koma. Yang paling dikutuk si Alex langsung tidak cedera. Memang bodoh polis-polis itu. Tanpa usul periksa terus menembak si Arab berwajah Muslim dari menembak si kulit putih yang nyata sedang menikam bertubi-tubi!

Untuk bacaan lanjut sila ke http://edition.cnn.com/2009/WORLD/europe/07/06/egypt.woman.killed/index.html

Saya sedih kerana isu rasis ini ada di mana-mana tanpa mengira maju atau tidak negara itu. Islam selalu menjadi mangsa. Atas nama Islam, mereka melabel kita pengganas tetapi apa yang dilakukan oleh mereka lebih ganas lagi. Media tidak mengwar-warkan isu ini tetapi jika kita yang mengusik mereka, isu yang sebesar zarah menjadi sebesar benua. Di Peranchis, ada ura-ura untuk mengharamkan pemakaian jilbab. Apa hak mereka hendak menghalang kita dari bertudung sedangkan sister mereka memakai tudung tidak pula dilabel sebagai pengganas.... Inilah dunia.... keadilan menjadi harga yang terlalu mahal bagi seorang Muslim.

Saya berdoa semoga Muslimah yang bertudung di mana-mana di negara asing ini sentiasa berada di dalam peliharaan Allah. Al Fatihah untuk Marwa....

Rabu, Julai 08, 2009

Kesudahan.... tiada penghujungnya....mangsanya??? MELAYU KAH?


"Ya..kami akan mansuhkan PPSMI tapi bukan sekarang tetapi 3 tahun lagi. Beri kami peluang untuk membanyakkan lagi pelajar-pelajar yang gelap masa depan akibat penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains."

Isnin, Julai 06, 2009

Dikongsi bersama... Penamaan PRK Manek Urai


Rabu, Julai 01, 2009

ISU DUN PERAK : MESTI DIFAHAMI & DIBACA....

Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan. Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar. Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini.

Berita tentang ada dua ADUN UMNO mahu melompat menyertai PR adalah rekaan semata-mata. Rekaan untuk menghalalkan kenapa MB DPulau membubarkan DUN Perak. Tujuannya supaya rakyat berpersepsi bahawa DUN Perak dibubarkan kerana isu lompat, bukannya isu rampasan kuasa secara haram. DUN Perak mesti dibubarkan sebelum 9 Julai 2009. Sekiranya DUN Perak dibubarkan, maka Mahkamah Persekutuan mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersidang membicarakan akan status siapa MB Perak yang sah. Maka selamatlah nama 'buruk' Satu Malaysia.

Begitu juga kononnya Si Changkat Jering ada menemui MB Nizar dan melahirkan kekesalannya adalah tidak benar. Jikalau benar si lompat ini berjumpa MB Nizar dan menyatakan kekesalannya, lebih baik kosongkan sahaja kerusi supaya boleh diadakan PRK di DUN Changkat Jering. Tindakan mengosongkan kerusi lebih bermaruah daripada tindakannya menyertai semula PR. Tindakan si lompat yang mahu menyertai semula PR hendaklah dianggap sebagai satu permainan baru oleh UMNO.

Oleh itu, berita tentang pembubaran DUN Perak akan dibubarkan pada minggu ini adalah benar. Lebih baik UMNO yang membubarkan DUN Perak daripada PR yang membubarkannya. Sekiranya UMNO yang membubarkan DUN, bermakna UMNO masih berpeluang menggunakan tenaga dan jentera kerajaan. Pekerja majlis masih boleh dikerah menggantung bendera UMNO. Jikalau PR yang ke istana untuk memohon membubarkan DUN, takut nanti UMNO langsung tidak ada jentera dan petugasnya.

Sebagai rakyat marhaen dan pengundi di DUN Perak, saya menyambut baik supaya DUN Perak dibubarkan. Kelewatan membubarkan DUN Perak hanya akan menyerlahkan lagi kepincangan dan kesilapan keputusan oleh istana dan mahkamah. Kelewatan ini juga akan membuatkan rakyat semakin faham bahawa UMNOlah yang memperalatkan istana dan mahkamah demi kesinambungan kuasa UMNO. Semakin lewat DUN Perak dibubarkan, semakin sukar untuk UMNO mempertahankan 27 kerusinya. Biarlah kalah negeri asalkan kerusinya selamat sehingga PRU 13.

Cukuplah lima bulan MB DPulau memanaskan kerusi MB Perak. Ternyata kuasa itu tidak ada keberkatanNya. Rakyat tidak hormat dan rakyat tidak terasapun akan kehadiran MB DPulau sebagai MB Perak. Rakyat semakin menyumpah UMNO. Teringat masa saya kanak-kanak, ustaz kata sekiranya 40 orang menyumpah kita, maka sumpahan itu akan menjadi …

Wallahualam

Sumber : S.I.N.I.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO