Ahad, Mei 31, 2009

Selamat Mengundi Atas Hak & Kebenaran Buatmu Pengundi Penanti

Apa makna photo diatas ini.... jelas tenggelam

Walaupun BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti hari ini, pemimpin UMNO perlu memberi perhatian kepada keputusan pengundian itu. Perhatikan berapa ramai orang UMNO, MCA, dan MIC di situ yang masih setia kepada BN. Kalau mereka setia sudah tentu mereka tidak akan keluar mengundi, apatah lagi untuk mengundi calon bebas yang akan merugikan masa mereka.

Namun kalau calon PKR majoritinya lebih daripada sebelumnya, bererti ramai orang BN sokong PR. Mereka tidak beri undi kepada calon bebas. Jika ini terjadi, pemimpin UMNO negeri dan pusat perlu menilai semula pendekatan mereka dalam mempengaruhi pengundi. Ingatlah propaganda UMNO dan BN dalam media sudah tidak boleh diterima oleh rakyat lagi, apatah lagi tektik memburukkan lawan untuk meraih simpati rakyat.

Masa sudah sampai untuk pemimpin UMNO kembali kepada perjuangan asal seperti yang diasaskan oleh Tengku Abdul Rahman dahulu. Walaupun Tengku pada masa itu melarang ceramah politik menggunakan beberapa ayat al-Quran, namun mereka tidak benci parti lawan dan ahlinya.

Dahulu, Ahli Parlimen pemerintah menanti-nanti ucapan pembangkang, Datuk Asri Muda dalam parlimen. Jika hujjahnya munasabah, mereka turut menyokong terutama UMNO. Pernah Tengku bertemu dengan Asri dan berkata, kita dalam dewan kena bergadoh, dan Pas usulkan perkara mengenai Islam kerana kami tidak boleh membawa usul itu bagi meraikan kawan kami.

Jadi, pandangan pembangkang perlu dinilai dengan mata hati yang jujur bukan nafsu kebencian yang berpanjangan kerana yang ruginya rakyat. Insaflah wahai orang politik kerana anda semua akan amanah Allah di muka bumi ini.

Jumaat, Mei 29, 2009

Janda tiga kali tapi masih ada dara

Seorang janda yang sudah tiga kali kawin cerai diperiksa doktor. Waktu doktor mahu periksa dalam, terjadi percakapan.

Janda : “Hati-hati periksa ya doktor, saya masih dara!”

Doktor: “Hai kata Puan dah tiga kali kahwin cerai takkan masih ada dara?"

Janda : “Gini doktor, x-husband saya yang pertama adalah mati pucuk."

Doktor: “Oh gitu, tapi suami yang kedua puan tak mati pucuk kan?”

Janda : “Betul doktor, cuma dia gay, jadi saya tidak diapa-apakan langsung.”

Doktor: “Lalu suami yang ketiga Puan tidak mati pucuk atau gay kan?”

Janda : “Betul doktor, tapi dia orang politik BN."

Doktor: “Tapi apa kaitannya dengan dara Puan...?”

Janda : “Dia cuma berjanji sahaja dok, ‘tidak pernah direalisasikan!!!”

Doktor: “?!?!?!?! ?”

Selasa, Mei 26, 2009

KETUA-KETUA KAMPONG SAMAN KERAJAAN HARAM..

Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan PR seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak kira-kira jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh. Saman tersebut telah dikemukakan oleh En. Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak. Semua Ketua Kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan PR pada 7.8. 2008 sehingga 31.7. 2010. Tetapi perkhidmatan mereka semua telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu. Dalam saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung, mereka menuntut perintah Certiorari bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka, menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-ketua Kampung, menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah, menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung, menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata,menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon. Dato' Seri Hj Nizar, YB Ngeh Ko Ham, YB Zainuddin dan ADUN-ADUN PR serta pimpinan PR yang lain turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada Ketua-ketua Kampung.

Sabtu, Mei 23, 2009

BABAK SETERUSNYA : 'HIRAKI KEPUTUSAN MAHKAMAH NEGARAKU'

Drama 'Kemelut di Perak' akan diteruskan lagi dengan babak seterusnya .........

Kepada penyokong Pakatan Rakyat harap bersabar dan terimalah dengan redho kerana keputusan ni memang telah dijangka dan sebenarnya semua orang tidak terperanjat. Keputusan mahkamah Tinggi tu hari yang 'tersilap' adalah keputusan yang memeranjatkan . Sebab itu Mahkamah rayuan telah memperbetulkan 'kesilapan' tersebut.

Namun krisis di Perak belum berakhir, Nizar akan memfailkan lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan pula. Pun keputusannya pun boleh dijangka . Itulah step by step sistem perundangan negara yang berpelembagaan dan berteraskan demokrasi. Kalau seseorang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pun ada lagi dua peluang lain.

Sistem mahkamah di Malaysia adalah terpecah kepada 2 iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan.

Mahkamah Atasan terdiri dari 3 iaitu

1. Mahkamah Persekutuan - paling tinggi
2. Mahkamah Rayuan - kedua tinggi dan
3. Mahkamah Tinggi - ketiga dalam rangking Mahkamah atasan ini.

Terdapat juga Mahkamah Bawahan iaitu
1. Mahkamah Sesyen (bukan seksyen) membicarakan kes sivil melibatkan tuntutan RM25,000 hingga ke RM250,000
2. Mahkamah Majistret melibatkan tuntutan di bawah RM25,000
3. Mahkamah lain iaitu Mahkamah penghulu yang melibatkan tuntutan bawah RM50.

Juga jangan lupa Mahkamah yang paling glamour tetapi ramai yang pandang sebelah mata iaitu Mahkamah Syariah. Sebab itu ada artis yang dipenjarakan kerana tidak datang ke Mahkamah apabila dipanggil. Mahkamah Syariah yang membicarakan kes-kes dalam yang melibatkan undang-undang berkaitan Agama Islam bukan kes nikah kahwin cerai sahaja.

Mahkamah Rayuan mengatakan kuasa melantik MB dan PM di Malaysia adalah di tangan seseorang Sultan dan Agong. Ini bermakna jika mana-mana belah pihak pun kalau menang secara majoriti dalam pilihanraya pun mungkin tidak boleh jadi PM atau MB jika Sultan tidak perkenan.

Pening dengan politik di Malaysia tetapi dalam konfik demi konflik, krisis demi krisis dapat membuka mata dan hati kita untuk menetapkan di hati sanubari, belah mana kita nak pangkah di PRU akan datang.

"erti mengalah tidak sekali-kali..... lawan tetap lawan. kerana kebenaran bersama kita. Pejuang Islam tidak akan dihamparkan dengan karpet merah...malah laluan dan rintangannya adalah duri berbisa" - kata 'Hj.' sewaktu jam 4am (Jumaat) di PPPP, Ipoh.

Jumaat, Mei 22, 2009

Gambaran persekitaran diluar kamar MAHKAMAH


Pengharapan penuh tinggi namun Beriman Kepada Qada' & Qadar sangat2 dituntut.....
Teruskan berdoa..... kerana apa pun berlaku bagi babak di MAHKAMAH
drama 'Kemelut Di Perak' ini ingatlah .....slogan 'MALAYSIA BOLEH'

Inilah hakikat.........nya, di MALAYSIA BOLEH APA SAJE.....
'LAWAN TETAP LAWAN'

Hari ini keputusan rayuan Zambry.....bantahan Nizar belum dibicarakan, Lepas ini......pihak yg kalah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan pulak.....menjadi makin panjang drama kemelut Perak ini.....

Khamis, Mei 21, 2009

Antara Memenangi Hati Rakyat : Ego siHaram & Bubarkan DUN

Sekadar berfikir, teka-teki esok hampir benar diketahui.
Mahkamah Rayuan lebih berkuasa menentukan KEPUTUSAN @ menegakkan KEBENARAN keputusan MAHKAMAH TINGGI yang nyata pada jalan KEBENARAN FAKTANYA.

Apakah mungkin mahkamah esok memutuskan Mr Zam yang menang, namun bilamana ingin memenangi hati rakyat maka keputusan PEMBUBARAN DUN turut berkumandang?
Namun bila?...... ianya akan berlaku teka-teki KEDUA buat rakyat marhain PERAK masakini.SESEGERA mana pun yang akan dilakukan bilamana MB SAH Dato Seri Ir Hj Nizar , sah menang pula? inilah babak2 seterusnya bagi episod
DRAMA BERSIRI JUDUL 'KEMELUT DI PERAK'

Nantikan bersama jalan cerita seterusnya yang mungkin ada jangkaan yang BETUL atau jangkaan yang SALAH buat penonton BUDIMAN.

Kalau slot cerekarama, mungkin sekejap je boleh HABIS. Tapi kita disajikan dengan DRAMA BERSIRI. Telan hakikat ianya akan diteruskan dalam babak yang tidak dapat ditentukan oleh penonton yang mengharapkan KESUDAHAN YANG SEGERA.

MB sah: Mahkamah Rayuan buat keputusan esok juga atau esok lagi.....

PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuat keputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir. Perbicaraan bermula jam 9.45, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah manakala jam 2 petang tadi giliran peguam Nizar pula mengemukakan hujah masing-masing.

Seperti dijangkakan tiada sebarang keputusan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut

Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Difahamkan, surat permohonan Nizar untuk mendapat panel lima hakim bagi mendengar perbicaraan hari ini yang dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Isnin lalu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya.

Justeru hanya tiga hakim yang mendengar perbicaraan hari ini iaitu, Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop. - azm _

Ahad, Mei 17, 2009

WARGA PENDIDIK KG. GAJAH, TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 2009

Alhamdulillah, tanggal 16 Mei 2009 ini sejarah tercipta apabila Pn. Faridah bt. Dawam dari PASTI Nurul Iman, Kg. Gajah, telah dinobatkan sebagai

TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 2009.
Anugerah ini telah disampaikan oleh
YB. SDRA SALAHUDDIN AYUB (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)
.
Majlis Khas Sambutan Hari Guru PASTI MALAYSIA di Hotel Emas Tawau, Sabah.
Seluruh warga Jawatankasa PAS Kawasan Pasir Salak, Jawatankuasa PASTI Kawasan Pasir Salak & Unit PASTI Nurul Iman, Kg. Gajah mengucapkan syabas dan setinggi TAHNIAH buat Pn. Faridah diatas penganugerahan tertinggi ini. Moga ianya menjadi rangsangan pemakin kejayaan buat rakan setugas, anak bangsa dan anak2nya. Kini walaupun memikul tugas sebagai ibu tunggal mendidik dan mengasuh anak2nya, namun tiada erti penat dalam berkhidmat untuk ISLAM & Ummah Sejagat.
Takbir .... ALLAHU AKBAR!!!!


Puan Faridah Dawam
Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah PerakTerlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...
Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..

Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.

Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..

Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..

Bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuangan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

Sabtu, Mei 16, 2009

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP1. Abu Kassim Abdullah2. Hussain Ismail
TIMBALAN PENGERUSI TETAP1. Hussain Ismail2. Ishak Surin3. Misbahul Munir Masduki4. Nasuruddin Daud5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid6. Wan Abdul Rahim Abdullah
PRESIDEN1. Abdul Hadi Awang
TIMBALAN PRESIDEN1. Azizan Abdul Razak2. Haron Din3. Husam Musa4. Mohamad Sabu5. Nasharuddin Mat Isa
NAIB PRESIDEN1. Ahmad Awang2. Azizan Abd Razak3. Mohamad Sabu4. Harun Taib5. Hassan Mohd Ali6. Husam Musa7. Idris Ahmad8. Kamaruddin Jaffar9. Mahfuz Omar10. Mohd Amar Abdullah11. Mujahid Yusuf Rawa12. Nasharuddin Mat Isa13. Nizar Jamaluddin14. Salahuddin Ayob15. Taib Azamuddin Md Taib16. Tuan Ibrahim Tuan Man
AHLI JAWATANKUASA KERJA1. Abdul Aziz Yaakob2. Abdul Ghani Abdul Rahman3. Abdul Ghani Shamsuddin4. Abdul Halim Abdul Rahman5. Abdul Wahab Ismail6. Abdul Wahid Endut7. Abdul Rani Osman8. Abu Bakar Chik9. Adly Zahari10. Ahmad Awang11. Ahmad Rosli Ibrahim12. Ahmad Yaakob13. Ahmad Yunus Khairi14. Aiman Athirah al-Jundi15. Aminolhuda Hassan16. Amiruddin Hamzah17. Anuar Tan Abdullah18. Asmuni Awi19. Azizah Khatib Mat20. Azizan Abdul Razak21. Azman Shapawi22. Che Rosli Che Mat23. Dzulkifli Ahmad24. Halimah Ali25. Hamzah Abdullah26. Hamzah Jaffar27. Harun Taib28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak29. Hassan Mohd Ali30. Hashim Jasin31. Hayati Othman32. Husam Musa33. Idris ahmad34. Iskandar Abdul Samad35. Kamaruddin Jaffar36. Khairuddin Abdul Malik37. Khalid Samad38. Khalil Idham Lim39. Lo'Lo' Mohd Ghazali40. Mahfodz Mohamed41. Mahfuz Omar42. Mazlan Aliman43. Mariam Abdul Rashid44. Misbahul Munir Masduki45. Mohamad Sabu46. Mohamad Noor Mohamad47. Mohamed Hanipa Maidin48. Mohd Amar Abdullah49. Mohd Anuar Tahir50. Mohd Apandi Mohamed51. Mohd Hatta Ramli52. Mohd Nasir Mustapha53. Mohd Taufek Abdul Ghani54. Mohd Yusof Husin55. Mujahid Yusuf Rawa56. Mumtaz Md Nawi57. Nasharuddin Mat Isa58. Nasrudin Hassan Thantawi59. Nasuruddin Daud60. Nik Abduh Nik Aziz61. Nik Mazian Nik Mohamad62. Nik Mohd Zawawi Salleh63. Nizar Jamaluddin64. Norazli Musa65. Nuridah Mohd Salleh66. Omar Mohamad67. Othman Sabran68. Phahrolrazi Mohd Zawawi69. Rosli Yaakob70. Sabki Yusof71. Salahuddin Ayob72. Sallehen Mukhyi73. Shaari Sungib74. Shafie Abu Bakar75. Siti Mariah Mahmud76. Siti Zailah Yusuf77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi78. Taib Azamuddin Md Taib79. Takiyuddin Hassan80. Tuan Ibrahim Tuan Man81. Wan Abdul Mutalib Embong82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah83. Wan Hasrina Wan Hassan84. Yusof Embong85. Zulkefly Mohamad Omar86. Zulkifli Ahmad
PEMERIKSA KIRA-KIRA1. Ali Maidin2. Ishak Surin3. Khalid Samad4. Khalil Idham Lim5. Mohd Rashidi Hassan6. Mohd Taulan Rasul7. Musanif Abd Rahman8. Muzammil Hafizd9. Syed Mohamed Syed Hassan

Jumaat, Mei 15, 2009

CERAMAH PERDANA : KRISIS D' PERAK

Moh kesana Yeop Yong.......
Mendengar apa yang patut, yang tidak diperolehi dimedia elektronik perdana masa kini.

Selasa, Mei 12, 2009

Kenyataan Yang Membodohkan Rakyat Yang Sememangnya Mudah Rakyat Untuk Diperbodohkan....

Sekali membaca tajuk entry ini, mcm langsung tak faham..... tapi mari kita ungkapkan semula beberapa kenyataan yang dibutakan oleh Golongan HARAM dibumi PERAK ini ;

  1. 'Pakatan Rakyat jelas mengekalkan dan mempertahankan exco yang RASUAH' (dalam kes Mr Os & Mr Jalud) namun drama rampasan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertitik tolak penerimaaan tawaran yang lumayan oleh Bee End kepada mereka dan kini Bee End adalah yang sebenarnya mempertahan dan penyelamat PERASUAH NOMBOR SATU DI MALAYSIA.
  2. Setiap kali menjelang Perhimpunan Agong UMNO, berbondong2 laporan politik wang timbul dan sangat ketara bilamana hasil siasatan dilaporkan terbukti bersalah bagi pesalah pula ada yang lepas ada yang sangkut. Pelik tapi BENAR jelas PERASUAH dalam politk wang namun tetap kekal peneraju Negeri (yang dimaksudkan MELAKA) palng baru.
  3. Slogan bersatu lah bersama dan sudi berkerjasama dengan Pakatan Rakyat. Ungkapan sesak nafas ini sering jadi laungan ketika terdesak. Jelas setelah Mahkamah Tinggi memutuskan DS Ir Hj Mohd Nizar sebagai MB Perak SAH, dan dan itu juga mereka mengfailkan tangguh keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan sesingkat 2 jam Hakim Mahkamah Rayuan menerima sebutan kes tersebut......Porahhh nak bekerjasama demi kepentingan RAKYAT. Rakyat yang bersedia untuk dibodohkan JELAS TELAH DIBODOHKAN.
  4. Slogan 'BERSATULAH DEMI BANGSA MELAYU' - Porahhh...... dalam Sidang DUN mencemar DUN yang mulia mengenepikan speaker yang ada guna Tim. Speker ANGKAT SEORANG MELAYU JADI SPEAKER....tahi.... dicadangkan BANGSA 'GENESAN' bukan AHLI DUN sebagai Speaker. JOM BERSATU DENGAN BANGSA PENIPU.........
  5. Banyak lagiiii........ hakikat dan reaiti....... ADUHAI BANGSAKU mari bergerak dan BERSATU DENGAN PRINSIP ISLAM DAN MUDAH2AN BANGSA LAIN AKAN JUA BERSATU DENGAN HAKIKAT KEBENARAN PENGHAYATAN ISLAM...... 10 bulan wujud banyak perubahan dan kefaham ISLAM semakin diterima oleh BUKAN ISLAM yang menimbulkan PREJUDIS dan menafikan HIDAYAH INI ADALAH BANGSA BEE END.....

Apa mereka kata : Hang Tuah terbukti bukan sipenderhaka.....



Jangan Alpha kerana PASTI Jebat yang durjana PASTIKAN HADIR mengusarkan kemenangan ini. Al-maklum tidak semudah itu untuk golongan lawan mengaku malu. Kuatkan ukhuwah tingkatkan azam mempertahankan KEMENANGAN RAKYAT.

JANGAN LUPA SOLAT!!!

Isnin, Mei 11, 2009

ALHAMDULILLAHU ALLAHU AKBAR : Dato Seri Nizar MB PERAK yang SAH ! - Mahkamah

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah pun mengumumkan keputusannya, dan..

KEPUTUSAN TERKINI ( Jam 3.5opm) :


NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. KITA MENANG !!

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!

PAS PASIR SALAK mengucapkan setinggi2 kesyukuran dan TAHNIAH buat DSHN serta seluruh RAKYAT PENDOKONG PAKATAN RAKYAT.... Sujud Syukur....ALLLAHU AKBAR


Dalam pada itu, antara lain , hujah HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. RAKYAT MOHON MB PERAK BUBARKAN DUN.

INSYALLAH, KUATKAN KESEDIAAN SAUDARA SEKALIAN!!!!

Ahad, Mei 10, 2009

Keputusan Hari ini penentu Hari Esok sememangnya telah ANDA Jangka?

ISNIN
11hb. MEI 2009


Apakah kita akan PASRAH dengan realti DUNIA yang mana....... sememangnya DUNIA dikaki MEREKA...... atau akan muncul KEPUTUSAN sebaliknya?

7hb. MEI telah berlalu......
11hb. Mei dinantikan kini......
Misi siapakah yang dalam kemenangan TAKDIR
Hanya pada - MU ALLAH tempat SERAHAN kami....

Sabtu, Mei 09, 2009

DETIK HITAM SEJARAH DUN PERAK - PROF. DR AZIZ BARI

Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.

RM menitah kpd Nizar & Ngeh


"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap Datuk Seri Ir Hj Nizar dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Khamis, Mei 07, 2009

Sidang MEDIA PR @ IPOH

IPOH, 7 Mei (Hari Gelita) : Satu sidang media telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, di Ipoh Raya petang tadi. Sidang yang diadakan berkenaan perkembangan persidangan DUN Perak telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar, YB Drs. Khalil Idham Lim serta pimpinan lain seperti Ustaz Ahmad Awang, YB Dr. Hatta Ramli, YB Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali, YB Salahuddin Ayub serta Dr. Khairuddin.
Antara isi sidang media ialah :
  • Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson
  • PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan
  • Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia
  • Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimi
  • ADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar
  • Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar
  • Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia
  • Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini
  • Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam
  • Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak - (ar_rawa)

Sana-sini dalam dewan penuh tragis & kolotnya BN punca segala2-nya DOSA KALIAN tak tertanggung DOA RAKYAT ....

Imam Syafie, sewaktu nak meninggal dia menangis... apabila ditanya kenapakah beliau menangis? dia menjawab Aku takut Allah tidak terima ibadahku..

Siapa yang menguasai jiwanya sebegini? sendiri mau ingat marah itu dari setan.
cantik betoi ....... tu, Jangan mcm tu bro !
WajarKAH Sivakumar diperlakukan sebegini di Negara Yang Terhakis Demokrasi

YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

Kenyataan V.Sivakumar.....

Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.
Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.
Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.
Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.
Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.
Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.
Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun.
ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN.
Sedarlah diri KALIAN tiada seorang pun didalam dewan sana tak makan duit dari duit rakyat. Baik yang berpayung mahupun yang jalan terhoyong2. SALAHKAH DUN INI DIBUBARKAN.
Dulu ada bunyi katak, kini laungan ular pula dalam dewan.........Diakhir kalam, baca apa yang rakyat macam kami mahukan,
-------------------------------

..TAHAP KESABARAN RAKYAT SEPERTI SAYA YANG RASA MACAM TAK BERAPA NAK BOLEH UNTUK BERSABAR LAGI...

NAH..INI LAH PELUANG KEPADA BN...
PIJAK LAH KAMI (RAKYAT)
LUDAH LAH KAMI (RAKYAT)
MAKILAH KAMI (RAKYAT)
SESUNGGUHNYA AKAN DATANG HARI ESOK DIMANA KAMU AKAN MELUTUT KEPADA KAMI MEMOHON RESTU MEMINTA AMPUN DAN MEMINTA UNDI KAMI SEPERTI PEMINTAK SEDEKAH

KAMI TIDAK AKAN LUPA APA YANG TELAH KALIAN BUAT KEPADA KAMI
TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU.. Petikan -(mrkolumpo)


Kenangan yang mencipta sejarah buat generasi mendatang

Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya dibawah pokok dan satu di bawah syiling.
APAKAH KAN WUJUD DUA SPEKER DUN DALAM SATU DEWAN!!! SEJARAH TU!
Pelbagai perkara kan tercipta dalam sejarah. Perak kan dikenali seluruh negara Komenwel. Generasi muda akan datang mengharapkan sejarah seumpama ini tidak akan terpadam. Hingga kan BN mengarahkan didalam dewan untuk pengawal dewan halau speker.... tak masuk akal sungguh...

Amannya Negeriku......@7 Mei - Ipoh

Suasana jam 8.38 pg - penuh gambaran yang menceritakan amannya negara kita dengan demokrasi terpimpin.

Ingin lihat hilangnya toleransi PDRM kini jelas berada di Ipoh. Terima kasih PDRM seumpama negeriku kini kan selamat dari segala ancaman..... Ingat kes ragut masih tegar kini.
Beberapa orang awam dilaporkan telah ditahan disekitar Badaraya Ipoh.

Rabu, Mei 06, 2009

Najib Atantuya Tunjuk Kuasa : Mohd Sabu Ditangkap

Pemimpin lantang PAS, Mohamad Sabu ditangkap secara kasar oleh sekumpulan anggota polis ketika beliau dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berada di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat pukul 3 petang tadi.

Menurut Salahuddin, Naib Presiden PAS itu diberkas oleh kira-kira sepuluh anggota polis yang menaiki kereta Camry dan Perdana gelap dipercayai dari cawangan Khas.

Beliau diheret ke dalam kereta dengan diperhatikan oleh orang ramai sebelum kereta tersebut memecut ke destinasi yang tidak diketahui.

"Saya sendiri ditangkap dan dihumban ke tepi jalan secara biadap oleh anggota polis. Saya bertanyakan sama ada mereka membawa waran untuk menangkap Mohamad Sabu dan mereka menjawab tidak ada.

"Walaupun saya membantah tindakan mereka saya pula ditangkap dan dihumban begitu rupa ditepi jalan," kata Salahuddin ketika dihubungi Tv Antara.

Beliau berkata Mohamad Sabu tidak dapat dihubungi ketika ini dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin bagi tindakan selanjutnya.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertamadun dan tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kena mengena dengan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung esok.

Petikan : greenboc.

SUKANEKA PASTI CATAT SEJARAH TERSENDIRI

Tanggal 3hb. Mei 2009, telah berlangsung Sukaneka PASTI Kawasan Parlimen Pasir Salak. Kejohanan kali ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dimana 10 buah PASTI telah berentap termasuk satu-satunya PASTI majoriti berbangsa India iaitu PASTI Vanakam, Ladang Rubana. Bagi meraikan penubuhan PASTI Vanakam tersebut maka jawatankuasa telah memilih sukaneka PASTI bagi tahun 2009 ini diadakan di SJK(T) Ladang Rubana.Kerjasama yang erat telah ditunjukkan oleh masyarakat setempat dan ini mengambarkan tiada sempadan agama dan bangsa dalam melaksanakan tuntutan riadhah sesama manusia. Seramai lebih kurang 180 orang peserta dari 10 buah PASTI kawasan Pasir Salak telah berjaya menganjurkan program seumpama ini dalam penuh muhibah. Jelaslah 51 tahun pembudayaan kebangsaan yang merasa jijik bersama bangsa lain dapat dilupuskan dengan tarbiah ummah sejagat.
Pengarah PASTI Negeri Perak Sdra Hasan Aladi, YDP PAS Kawasan Pasir Salak Ust Mustafa Shaari & saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Salak turut hadir dalam memeriahkan lagi sukaneka PASTI Parlimen Pasir Salak 2009. Sebanyak 22 acara meliputi tahap umur 4 tahun hingga golongan ibu bapa telah dijalankan. Sukaneka ini dirasmikan oleh Penolong Pengurus Ladan Rubana ini sendiri. PASTI Nurul Iman , Kg Gajah, dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Sukaneka bagi tahun 2009. Moga acara seumpama ini akan dapat diteruskan dalam merealisasikan semangat sebenar perpaduan antara kaum sebagai rakyat Malaysia yang harmoni.

Isnin, Mei 04, 2009

Kejohanan merebut BANGKU?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Nampak gayanya 7 Mei ni memang akan jadi kelam kabut kat Ipoh, kurang-kurang pun kelam kabut kat Bangunan Perak Darul Ridzuan, tempat ADUN akan bersidang. Kat dalam Dewan mesti kecoh punya. Kecoh pasai berebut BANGKU. Kalau boleh dibuat kejohanan menarik jugak. Kita boleh bagi nama Kejohanan Merebut BANGKU sempena Sidang DUN Perak Boleh la kalau nak bagi masuk World book of record.Mula-mula sekali acara merebut BANGKU Speaker, memang la takat la ni Sivakumar masih jadi Speaker sorang-sorang, sepatutnya memang takdak berebut BANGKU. Tapi takkan Umno nak biar ja dia duduk kat situ senang senang. Tapi mungkin.....????

Sabtu, Mei 02, 2009

Berehat seketika...... Antara Monggolia ke Malaysia....

Mengikut catatan Guiness Book Of Record, manusia paling ialah Bao Xishun, 7.9 kaki dan manusia paling rendah ialah Mr Ping Ping, 2.4 kaki. Apa yang menariknya kedua-duanya berasal dari Mongolia.


Sebut je Monggolia semua orang terasa-rasa je..... awat terkenal benarkah orang2 Malaysia terhadap negara Monggolia?
Mungkin ada rakyat Malaysia yang ada kena mengena dengan warga Monggolia itu sendiri.....

Jumaat, Mei 01, 2009

Bloggers tempat MUHASABAH diri

Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.
Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!

Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!
Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.

Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama. Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.

Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.

Henti guna blog perlekeh pemimpin lain - Dewan Ulamak

KOTA BHARU, 30 April (Hrkh) - Selepas beberapa hari media harian yang dekat dengan Umno menggamatkan isu dicetuskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz, hari ini Dewan Ulamak PAS Pusat tampil meminta dihentikan polemik tersebut.

Ketuanya, Dato' Mohamed Daud berkata, amat tidak wajar sekali sekiranya laman blog digunakan untuk kebaikan parti menjadi medan mendedahkan keburukan orang lain.

"Perbuatan itu jelas merugikan parti sendiri. Kami berharap semua pihak menghentikan pelbagai spekulasi serta andaian peribadi berhubung kerajaan perpaduan dalam blog masing-masing.

"Anggota parti juga diingatkan tidak menyerang atau cuba menonjolkan orang tertentu yang diminatinya kerana ia akan mewujudkan kesan yang negatif," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Baru-baru ini Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS menulis dalam blognya menghentam pembantu bapanya berkaitan isu kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ekoran itu media berjaya mencipta fenomena baru bagi memburukkan PAS menjelang muktamar tahunan yang akan diadakan Jun depan di Shah Alam.

Mohamed yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Iraqi berkata individu tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terbuka berkenaan cadangan kerajaan perpaduan memandangkan ia telah disepakati akan diputuskan pada muktamar nanti.

Menurutnya sebelum ini mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat, Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa PAS Pusat telah membuat ketetapan isu kerajaan perpaduan akan diputuskan dalam muktamar Jun ini.

"Maka orang perseorangan tidak boleh membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu kerana ia akan menggelirukan orang ramai.

"Bukan itu sahaja ia juga akan memberikan ruang kepada pihak musuh untuk mempermainkan isu terbabit seperti yang berlaku sekarang," ujarnya.

Beliau turut mengingatkan anggota parti tidak mengunakan blog untuk mendedahkan perkara negatif mengenai orang lain kerana ia akan menguntungkan pihak musuh.

"Kita sebagai sebuah parti Islam dan tentunya perjuangan dan cara kita juga tidak sama dengan pihak lawan," ujarnya.

Ditanya mengenai ada kawasan yang mahu jawatan tertinggi parti dipertandingkan katanya, sewajarnya jawatan utama tidak dipertanding dan terus diterajui kepimpinan ulama.

Bagaimanapun beliau berpendapat bagi jawatan naib presiden dan anggota jawatankuasa perlu ada gandingan di antara profesional dan ulama.

Ditanya lanjut mengenai kerajaan perpaduan beliau berkata, Dewan Ulamak tiada masalah untuk menyokong cadangan itu sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam.

"Namun persoalannya adakah pihak lain boleh menerima kerajaan perpaduan itu bergerak mengikut acuan Islam," katanya. - mj _

Petikan : Harakahdaily.net


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO