Isnin, Mac 30, 2009

YANG NYATA & YANG TERANG

Saja-je nak menyemak dan menyelak beberapa akhbar-akhbar saluran perdana untuk melihat bacaan mereka masing-masing. Seronok & kelakar kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya. Itulah hakikat kebenaran Media Arus Perdana 'Negara Demokrasi Hakiki' Laungan UMNO & Orang yang memang SUKAR nak BERUBAH. QIBLAT masyarakat yg telus ke setiap rumah penduduk MALAYSIA.

The Sun - BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian - BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia - BN 10,000 PAS 10,000
NST - BN dan PAS - 30,000
Sinar Harian - PAS 10,000

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST.
"Ate bile cucuk je mate ...bute katenye"

Ahad, Mac 29, 2009

PENAMAAN CALON P059 BUKIT GANTANG. Dari Sudut Yang Berbeza. Tawan Bukit & Taman Tasik Taiping.

Lautan manusia

Presiden & Timb. Presiden PAS........DS Nizar & Wahid Endut

Dr. Haron Din .......................................Ust. Mujahid

Dr. Haron Din ................................Kamarudin Jaafar

Lim Kit Siang, Tian Chua & Dato' Ngeh Koh Ham

Lim Guan Eng ............................Hj. Osman & Hj. Ismail

Zahid Hamidi, Ismail Sapian, Muhyiddin & Mustafa

Yang kalah & yang tak layak bertanding Timbalan Presiden UMNO

Ahmad Said & Annuar Musa

Jins Shamsudin & puteri

Mungkin belum cukup umur mengundi

remaja atau pelajar sekolah menengah? Baca Sepenuhnya..

Jumaat, Mac 27, 2009

PETITIONONLINE ANDA BANTAHAN - PM - NAJIB ATANTUNYA


" Anda SEMUA dijemput menandatangani petisyen online bantahan terhadap Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia di laman web : Klik disini

Kutipan tandatangan untuk sokongan petisyen ini akan berterusan sehingga penghujung peralihan kuasa yang dirancangkan dan sesalinan petisyen ini bersama dengan senarai penandatangan kemudiannya akan dihantar kepada :-

1) Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

2) Kesemua 221 Ahli Parlimen.

Petisyen ini dipersembahkan di sini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

http://www.petitiononline.com/pmbersih/petition.html

Khamis, Mac 26, 2009

AHLAN WASAHLAN TOK GURU KE DUNIA BLOGGERS

"Pendapat dan buah fikiran daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ditulis dalam blog tok guru yang hari ini dilancarkan dan sudah berada di page rank no 1 di google bagi keyword blog tok guruMajlis pelancaran blog tok guru dijalankan serentak dengan pelancaran khidmat wi-fi A’ptus Net yang merupakan anak syarikat kepada PKINK atau juga dikenali sbg SEDC."

Pelancaran di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan


JOM KE BLOG TOK GURU!


http://blogtokguru.com

HAKIKAT & KENYATAAN NYA.......

Petiakan dari Tranungkite Online & penawarrinduku.blogspot....
"Ini bukan soal nak bangkit isu perkauman, tapi nak maklum kepada dunia dan isi isinya, bertapa sebuah Parti yang dikatakan berjuang untuk bangsa melayu, memartabatkan anak melayu macam-macam lah sebut melayu bla..bla...bla...bla.......

Kini berlangsung lah sudah Perhimpunan Agong Umno di PWTC, tuk....tuk....melayu lah kata kan Parti melayu terbesar, tapi sayang seribu kali sayang masakan untuk semua perwakilan di masak oleh Heng Guan lye, saya tidak pertikai Islam atau tidak, namun yang saya tanya saja kemana pergi tukang masak melayu?

ini kan perhimpunan melayu.Sudah tiada kah lagi Tukang masak melayu di Kuala Lumpur itu yang sanggup memasak untuk umno?
Kalau macam itu , malang lah nasib semua perwakilan di perhimpunan itu nanti , dalam duk melaung laung "Hidup Melayu" tetiba yang masuk kemulut semua perwakilan pun disediakan oleh bukan orang melayu.

itu lah umno, nampak macam hebat, tapi nak cari tukang masak melayu untuk perhimpunan umno pun tak jumpa.

http://penawarrinduku.blogspot.com

Isnin, Mac 23, 2009

DINOBATKAN KINI CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG


Bersama menggembeling tenaga memenangkan CALON KITA.
Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Nizar b. Jamaluddin
Menteri Besar Perak! Takbir...Allahu Akbar!!!!

MENGAPA HAKARAH & SUARA KEADILAN DIHARAMKAN? WAKTU INI

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

harakah newspaper pak lah abdullah with michelle yeoh photo coverTindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sabtu, Mac 21, 2009

SUMBANGAN WARGA PASIR SALAK YANG PRIHATIN BUATMU PALESTIN

Dalam mengenang nasib rakyat Palestin yang terus menerus ditindas oleh regim Israel, Pas dan PKR Pasir Salak telah melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk rakyat Palestin. Hasil kutipan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan derita rakyat palestin khususnya anak-anak kecil dan wanita.

Tabung yang yang telahpun mengumpul sebanyak RM10 RIBU, telah diserahkan oleh Bekas Calon PAS yang juga YDP PAS PASIR SALAK & Penyelia DUN Kg. Gajah Ust. Mustaffa Shaari kepada Dato' Seri Ir Hj. Nizar Jamaluddin, Selaku Menteri Besar Perak dan Pengerusi Tabung Palestin Perak. Majlis penyerahan telah disempurnakan di Pusat Khidmat Sosial Cenderung Balai.

Berita Oleh : Pak Katib 21 Mac 2009

Amanat DSAI di Chenderong Balai

Cenderong Balai-21 mac, " Kerajaan UMNO-BN telah berlaku tidak adil kepada semua bangsa tak kira Melayu, Cina dan India". demikian ucapan Dato Seri Anwar di Cenderong Balai Malam tadi. UMNO dengan angkuhnya mempertikaikan pemberian tanah kepada masyarakat Cina di Kg. baru. Ketidak adilan ini wujud apabila pemimpin UMNO secara terang-terangan membidas Dato' Seri Nizar Jamaluddin kerana meluluskan pemberian tanah kekal kepada masyarakat Cina. Umno, menurut Dato Seri Anwar Ibrahim hanya membisu apabila Cina-cina kaya telah pun memperolehi Bukit Tinggi dan Genting Highland. Sikap angkuh dan hanya mementingkan golongan yang sudah kaya ini menyebabkan rakyat kurang yakin dengan UMNO.

Bukan sahaja kepada kaum Melayu, tetapi juga kepada kaum-kaum lain. Menurut beliau juga lihat sahaja isu penahanan tanpa bicara beberapa pemimpin Hindraf ke dalam ISA. Mereka ini bukan sahaja tidak dibuktikan bersalah malah tuduhan mereka itu dicipta dan diada-adakan atas alasan bahawa pemimpin kumpulan hindra mengancam keselamatan negara.

Bagi orang Melayu pula kerajaan BN telah gagal memajukan orang melayu dan bersikap berat sebelah apabila hanya pelobi-pelobi sahaja diberi keutamaan.
Warta blog Oleh : Pak katib

Klik S.I.N.I. untuk gambaran suasana di Chenderong Balai 20.3.2009

Jumaat, Mac 20, 2009

Ceramah Isu Terkini- Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin di Pusat Khidmat Sosial Cenderung Balai


Ceramah Isu Terkini Oleh


Dato' Seri Anwar Ibrahim ( Ahli Parlimen Permatang Pauh)


Dat0' Seri Ir. Nizar Bin Jamaluddin ( MB Perak)


Tarikh : 20 Mac 2009


bertempat di : Pusat Khidmat Sosial Cenderung Balai

Jam : 9.00 Malam


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Selasa, Mac 17, 2009

TERDETIKKAH KITA UNTUK MEMBANTU???

Sumbanglah RM1 seorang untuk Tabung Bloggers !

Maaf cakap, mungkin bloggers lain malu untuk memulakannya, biarlah wak yang bersuara. MSK..hmm, wak faham sangat ! Susah nak wak cakap ! Dia bukan jenis suka meminta-minta, tapi bagi wak..susahnyer nak cakap ! Takpa wak buang malu tu !


Kerana fikirkan perjuangan di Bukit Gantang bukan perjuangan yang main-main, salah hitung..boleh tumbang calon Pakatan Rakyat. Dengan sumber dana dari poket sendiri yang amat terhad, wak lancarkan Tabung Bloggers mulai hari ini. Sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank di bawah :

Akaun Maybank: (atas nama Mohd Nazib bin Abdul Ghani)
MayBank : 158417021317

(klik logo dibawah untuk sumbangan kepada Tabung Bloggers P.59 - Bukit Gantang, status terkini sumbangan anda akan dipaparkan di blog al-Banjari Online ) Terima Kasih kepada kalian yang prihatin !!


Tabung Bloggers ini dibuka dan disokong oleh blog al-Banjari Online pada 15.3.09. Jika ada blog yang sudi memberi kredit kepada kempen ini,copy paste ajer pada mana-mana bahagian yang patut !

Ahad, Mac 15, 2009

JANGAN TERPERANGKAP LAGI - TOK GURU

Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Ini kerana, kata beliau, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum mereka berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama.

“Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik).

“Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu),” katanya.

Tok Guru Nik Aziz sependapat dengan Tun Dr Mahathir yang juga berkata perkara seumpama itu pernah berlaku tetapi tidak berjaya disebabkan berlainan prinsip dan perjuangan.

Apapun, kata Dr Mahathir BN telah memerintah Malaysia selama 50 tahun dan berjaya membawa kemakmuran serta kemajuan kepada rakyat negara ini.

Bagaimanapun hari, Setaiusaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara BN dan Pakatan Pembangkang yang dikemukakan Presiden PAS itu adalah lanjutan dari isu muqabalah dengan Umno dahulu.

“Apa yang disebutkan olehnya sebelum ini adalah kerajaan perpaduan bukan kerajaan campuran, perkara ini disebut oleh Presiden dalam mesyuarat baru-baru ini tetapi belum dibincang secara terperinci”, kata Takiyuddin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sebelum ini Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata di bawah kerajaan perpaduan semua parti politik diberikan peluang untuk berada dalam kerajaan mengikut jumlah kerusi di Dewan Rakyat.

Tok Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS ditemui pemberita di rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Nor, 18, yang mendapat 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas di Kampung Parang Punting, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya pandangan itu adalah pendapat peribadi beliau dan perkara itu akan diperhalusi pada Muktamar Tahunan PAS pada Jun nanti.

Susulan cadangan Abdul Hadi, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan pakatan pembangkang di negara ini.

Muhyiddin berkata PAS perlu mengemukakan secara terperinci tentang bagaimana kerajaan campuran itu mahu dibentuk sebelum apa-apa pertemuan dapat dibuat.

Semalam, Dewan Pemuda PAS menyuarakan sokongan terhadap cadangan itu dan menganggap ia dibuat pada masa yang tepat.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut presiden PAS itu menerangkan maksud beliau kepada Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam gabungan parti pembangkang.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO