Jumaat, Februari 27, 2009

Baca berita boleh...Nak pecaya.... Tunggu dulu..

Ketika menemu duga seorang calon untuk jawatan wartawan di Harakah tidak lama dulu, beliau memberitahu antara sebab dia memilih Harakah berbanding syarikat media lain kerana kadar kepercayaannya kepada akhbar ini lebih tinggi.Beliau meletakkan kadar kesahihan berita akhbar Harakah di tahap 80 peratus manakala akhbar Melayu yang mendakwa sebagai media arus perdana di tahap 50-60 peratus saja.Demikianlah, berdasarkan tanggapan calon berkenaan, bukan semua disiarkan dalam akhbar layak dipercayai. Banyak perkara yang boleh dibaca tetapi seseorang pembaca itu perlu berfikir banyak kali dan membuat penyelidikan bagi mengetahui kebenaran beritanya. Seorang penceramah kursus haji yang saya hadiri tidak lama dulu pernah berkata, daripada menghabiskan banyak masa membaca akhbar-akhbar yang belum tentu kesahihannya, lebih baik membaca al-Quran, dapat juga pahala.Ini kerana apabila membaca akhbar, seseorang itu bukan saja menemui berita dan rencana 'yang baik-baik' tetapi juga artikel dan gambar yang tidak senonoh yang boleh merosakkan minda. Akhbar Melayu juga tidak terkecuali menyiarkan gambar artis yang terlondeh sana , terlondeh sini.Ada juga iklan tidak senonoh dengan budaya orang Islam disiarkan secara meluas.Jika difikir-fikirkan perkara ini secara mendalam, membaca akhbar bukan saja memanfaatkan diri kita (kita betul caranya) tetapi juga menambahkan dosa.Oleh itu, tidak hairanlah mengapa khatib Jumaat di sebuah masjid di Kedah mengingatkan jemaah tentang bahaya media dan berusaha memulaukan sesetengahnya. Apakah salah memulaukan akhbar-akhbar dan majalah yang menyiarkan artikel dan gambar lucah ini? Jengoklah gerai akhbar. Ada macam-macam akhbar yang majalah dengan gambar muka depan yang menjijikan dipamerkan secara terbuka. Tidakkah kita berasa berdosa dan mahu mengambil sesuatu langkah untuk menghalang umat Islam daripada diracuni media yang hanya bermatlamat memuaskan nafsu 'antara perut dan lutut' ini?Masyarakat kita hari ini sudah kronik dan jika ditambah dengan kehadiran media 'pelepas nafsu' ini, dikhuatiri anak-anak muda kita akan terus hanyut, dibuai khayalan demi khayalan yang menyesatkan.Kita patut bersyukur kerana kehadiran cendekiawan agama seperti tok guru, khatib, imam, ustaz, ustazah dan penceramah yang tidak mengenal putus asa dalam memberi nasihat dan ingatan kepada masyarakat.Tetapi jika ingatan itu dituduh sebagai permainan politik pula, dikhuatiri suatu ketika nanti tiada pihak yang berani menyatakan yang mana satu benar, yang mana satu salah. Bukankah agama itu berkisar kepada amal makruf, nahi mungkar?Kepada pihak yang percaya dan meyakini media adalah 100 peratus sahih, mereka perlu diingatkan bahawa dalam pengumpulan hadis sekalipun, ada yang diterima dan ada ditolak.Malah dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan kecelakaan kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." - Ayat 6, Surah Al-Hujurat.

SPEAKER MENGAUM....????


POLITIK Perak makin merimaskan MB BN yang baru, Dr Zam ry Abdul Kader. Barangkali, sebelum "perampasan kuasa" dilancarkan, Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi tidak perasaan tentang kuasa Speaker Dun. Apa yang Najib dan Zahid bincangkan ialah soal bagaimana mahu "mempengaruhi" istana agar MB yang baru ditabal dan usaha menyingkirkan MB lama, Nizar Jamaluddin dijalankan secara penuh keliru. Setelah berasa, mereka hebat dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak ini, tiba-tiba Speaker Dun, Sivakumar yang tidak boleh dipecat dan tidak lut dek undang-undang dan siasatan polis, mengaum. Ia benar-benar menakutkan pemimpin BN dan Zam ry. Baik Pak Lah, Zahid dan Zam ry, semuanya mengelabah dan mula bercakap "lembut" dalam keras bagi menagih simpati rakyat. Kini dah jelas, Zam ry dan saf exconya telah digantung dan tidak boleh sertai Dun termasuk tiga lagi Adun melompat. Semuanya sembilan orang. Ramai tu. Jadi, apakah nasib Zam ry , MB yang tiada power dan saf exco yang duduk lepak saja. Bagaimanakah bajet mahu dibentang dalam Dun? Bagaimana mahu bayar gaji dan elaun? Peruntukkan jabatan-jabatan? Benarkah ada pelabur yang mahu melabur seperti dakwa Zam ry, ketika ini? Siapalah yang pelabur yang "bangang" nak melabur sedangkan MB tak sah? Tandatangan pun tak laku? Banyak proses undang-undang sedang berjalan? Ngeletorr yop....

p/s : lain kali kalu nak nyamun ..yo sampai sudah...

kalu UMNO semua boleh & X salah

"PARTI Keadilan Rakyat, menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Alawi meletakkan jawatan kerana terlibat dan bersubahat dengan kegiatan tidak bermoral.Ketua Bahagian PKR Lahad Datu, Johani Abdul Halim mendesak agar Musa Aman dan Mufti Negeri memikul tanggung jawab mereka sebagai umat Islam dengan meletakkan jawatan masing-masing disebabkan mereka gagal menjaga syiar Islam di Sabah.“Kalau Ketua Menteri boleh menari dengan anak Mufti Negeri di bilik yang tertutup, apa pandangan mayarakat dan Umat Islam apabila BN mempertikai gambar bogel Elizabeth Wong yang menjadi mangsa,” ujar Johani yang merasa malu dengan perlakuan Musa Aman yang mengaku sebagai pemimpin Islam sehingga sanggup menganggu agama orang lain dan mahu dianggap sebagai hero umat Islam.
Apakah kerana Ketua Menteri boleh mengarahkan Mufti Negeri mengeluarkan fatwa kepada agama lain, maka tanya Johan, apakah dia boleh sewenang-wenangnya menari dengan anak Mufti tanpa kehadiran suaminya?
“Walaupun ianya majlis eksklusif yang hanya dihadiri oleh 50 tetamu khas, namun apakah Musa Aman merebut peluang berkenaan melakukan maksiat menari dengan isteri orang?,” tanya Johan yang merpersoalkan motif Musa menghadiri majlis tertutup tersebut, lebih-lebih lagi pada Hari Valentine.

Tolong foward pada kengkawan

Salam.. Saya baru jer terima fwd email dari seorang sahabat mengenai minuman ringan ni.. Salam....pengumuman untuk semua, sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal daripada SYARIKAT ARAK ! nama syarikat itu adalah Monarch Baverage. Untuk bukti lebih lanjut, layari: http://www.monarch-beverage.com/home.htmhttp://www.kickapoojoy.com/history.htmlTolong sebar2kan kepada semua. Tolong berhenti membelinya... Semoga kita sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Tol Naik...naik...naik lagi? Ambulan "U-Turn"

Apabila kenaikan kadar tol diumumkan, HANYA satu sahaja yang dijadikan alasan - semuanya berdasarkan Perjanjian Konsesi dengan pengendali Lebuhraya.
Tetapi, dimanakah 'perjanjian konsesi' dengan rakyat yang mahu rakyat hidup sempurna, terjaga, tidak rasa beban lebih-lebih lagi di dalam media memberitahu mengenai puluhan ribu yang telah dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunia.Tidak perlu kita memberi alasan dengan memberikan contoh kadar tol di negara luar. Contoh di dalam negara sendiri tak habis untuk dikaji.

Saya merupakan pengguna jalanraya dan lebuhraya yang menghabiskan kira-kira RM200 sebulan untuk tol dan menjangkau antara 5000km sehingga 8,000km perjalanan sebulan.Tahukah anda?Jalanraya bertol diwujudkan untuk memberi pilihan kepada pengguna samada untuk mendapatkan keselesaan atau menggunakan jalan biasa/persekutuan yang biasanya kurang penyelenggaraan/sesak dan sempit.Tetapi, sedarkah anda?Banyak laluan bertol sebenarnya pengguna tiada pilihan dan terpaksa melaluinya kerana samada laluan alternatif memang tiada, atau laluan alternatif adalah laluan "tinggalan zaman penjajah" dan berada di lokasi yang langsung tak lojik untuk dijadikan laluan seharian.Tahukah anda?Laluan bertol memang selesa, ada sehingga 4 lane, sehinggakan jika meter kenderaan ada sampai 300km/jam, anda mampu memecut sehingga 290km/jam (kalau kancil turbo boleh pecut sampai meter berpusing 2 kali..!)

Tetapi, sedarkah anda?Keselesaan itu bukan bermakna kita akan berkampung, berkelah atau membuat kenduri kahwin di tepi lebuhraya. Apa makna dalam laluan bertol adalah selesa, tetapi sebaik membayar tol, anda mengalami kesesakan yang amat kronik.

Contoh 1: Pengguna yang menggunakan Jalan Duta akan tahu betapa peritnya setiap pagi, sebaik membayar tol, mereka akan terpaksa menanggung kesesakan untuk masuk ke pusat bandaraya.

Contoh 2 : Pengguna lebuhraya Metramac setelah membayar di dua pondok tol, juga mengalami masalah yang sama untuk masuk ke bandaraya.

Contoh 3 : Lebuhraya DUKE yang baru dibuka kira-kira dua bulan lalu, juga seolah-olah teraniaya apabila papan tanda elektronik memberitahu, hanya beberapa minit untuk tiba di Ampang, tetapi sedarkah bahawa untuk turun dari lebuhraya di persimpangan Hillview, mengambil masa lebih 10 minit kerana pertembungan dengan Lebuhraya Lingkaran Tengah


2.Tahukah anda?Memang ada jalan alternatif iaitu jalan lama,jika tidak mahu menggunakan jalan bertol.Tetapi sedarkah anda?Ada jalan yang asalnya tidak bertol, tetapi setelah perjanjian konsesi, ianya terus dijadikan jalan bertol dan akhirnya kerana tiada pilihan, pengguna terpaksa melaluinya.Contoh

1 : Lebuhraya Karak dari Gombak ke Bentong.Adakah laluan alternatif yang dimaksudkan ialah Jalan Gombak Lama iaitu laluan sempit, bergaung, berbukit, sunyi, selekoh tajam, tiada lampu jalan, dalam hutan belantara dan jika anda ditimpa kemalangan, alamatnya tengkorak anda hanya akan ditemui 3 bulan kemudian, itupun kebetulan ditemui oleh orang asli yang kebetulan ternampak tengkorak anda di dalam gaung ketika mencari petai..?

Contoh 2 : Lebuhraya PersekutuanUntuk ke Kelang dan sebaliknya, anda terpaksa melalui dua plaza tol. Apakah jalan alternatifnya? Anda terpaksa melaluinya dan membayarnya. Jika anda nekad, anda boleh tidak membayarnya semasa palang dibuka, tetapi siren akan berbunyi dan nombor kenderaan anda dicatatkan.Dan tahukah anda, betapa siksanya melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari apabila ianya tidak boleh dikategorikan sebagai lebuhraya kerana langsung tiada ciri-ciri lebuhraya malah laluan yang betul-betul nampak macam lebuhraya hanya dalam jarak lingkungan satu kilometer dari plaza tol.Tahukah anda?Lebuhraya di negara ini cantik dan digahkan sebagai antara yang terbaik di dunia dengan laluan lurus, banyak lane, banyak kawasan rehat dan rawat.Tetapi sedarkah anda?Ada lebuhraya memaksa anda menghabiskan minyak dan masa terutama masa kecemasan kerana tiadanya laluan keluar atau pusingan u.

Contoh 1 : Lebuhraya KL-Putrajaya.Lebuhraya ini menawarkan dua Plaza Tol. Di Bukit Jalil RM1.50 dan Putrajaya RM2.00Tetapi, jika anda telah memasuki Plaza Tol Bukit Jalil, anda tidak boleh berpatah balik atau mencari mana-mana susur keluar kecuali anda terpaksa memandu sehingga Putrajaya, membayar tol RM2.00 kemudian U-turn dan bayar sekali lagi RM2.00 untuk berpatah balik.Jaraknya melebihi 10 kilometer, (nanti saya ukur balik jarak tu...)menyebabkan banyak kes-kes kecemasan mengalami kelewatan untuk dibuat pusingan balik.


Contoh 2 : Jika anda melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 MRR2 dari Kepong ataupun sebaliknya, sebaik sahaja anda menaiki laluan bertingkat, anda akan mengalami trauma yang amat hebat kerana hampir saban hari laluan ini sesak di laluan bertingkat itu, lengkap dengan gegaran kuat jika lori atau kenderaan berat lalu di laluan sebelah. Lokasi inilah yang menjadi kontroversi sejak sekian lama akan isu retak pada rasuk/tiang lebuhraya dan sepanjang anda berada di atas laluan bertingkat yang sentiasa bergegar ini, tiada laluan kecemasan/susur untuk turun. Jika anda dah memasukinya, anda terpaksa berada di atasnya sehingga berhampiran susur Manjalara.

Selasa, Februari 24, 2009

KEBAKARAN DERETAN KEDAI CHANGKAT LADA


Sumbangan mangsa kebakaran Changkat Lada 24.2.2009 jam 2 pagi. Sdra Mohd Ridzuan b. Hussein (Pengedar Gas & Beras). Mengalami kerugian berjumlah RM100,000.00.

Mangsa Kedua Sdra Osman b. Idris ( Bengkel Motor) mengalami kerugian berjumlah RM 45,000.00. Manakala mangsa ketiga yang menerima musibah ALLAH dari kebakaran deretan kedai di Changkat Lada ialah Sdra Abd Samad b. Shafihi yang lebih dikenali sebagai Pasarmini Halida.
Beliau juga adqalah merupakan Bendahari PAS Cawangan Changkat Lada, dan mengalami kerugian berjumlah RM200,000.00. Mereka semua diraikan bersama Al-Fadhil Ustaz Mustafa Shaari selaku Penyelia Dun Kg. Gajah dalam satu majlis ringkas penuh bermakna bagi mereka sendiri.


Semoga mereka yang menerima Ujian ALLAH ini akan tabah dan bersabar, amin Ya Rabb.

Isnin, Februari 23, 2009

LAMBAIAN PEJUANG RAKYAT PERAK YANG MATANG BERFIKIR!

HALALKAH ...... GAJI & ELAUNNYA.....SAMA2 FIKIRKAN...

Ahad, Februari 22, 2009

Artikel : Keputusan kes Altantuya dibuat selepas Najib jadi PM

Kiriman di email paspasirsalak@gmail.com

oleh HermanSamsudeen

Bulan Mac semakin hampir, Najib Razak bakal dimahkotakan sebagai Presiden Umno sekaligus menamatkan karier politik Abdullah Ahmad Badawi. Paling penting, Najib juga bakal menjadi PM sebelum keputusan perbicaraan kes Altantuya diumumkan pada 9 April 2009.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam mengesa supaya pelan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Abdullah kepada timbalannya Najib ditangguhkan untuk Abdullah melunaskan segala tugas dan agenda yang belum diselesaikan.
Selain itu, beberapa tuduhan terhadap Najib yang melibatkan kontraversi beliau bersama Altantuya juga menjadi sebab mengapa pandangan sedemikian dikemukakan. Sewajarnya pihak Polis mengambil serius tuduhan yang dibuat kepada Najib ini dan memanggil beliau untuk disoal siasat.

Kertas siasatan juga perlu dibuka selepas apa yang didedahkan oleh Raja Petra. Namun itu tidak berlaku dan Najib masih lagi menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sekarang ini menanti peluang untuk menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri.
Walaupun ramai yang mencadangkan Najib bercuti atau lepaskan jawatan untuk disiasat, namun segalanya dilihat umpama mencurah air didaun keladi.

Perbicaraan kes Altantuya langsung tidak melibatkan siasatan terhadap Najib, malah selepas Abdul Razak Baginda dibebaskan, beliau pula yang mengumumkan Najib dan isteri tidak terlibat dan tidak bersalah?

Ini mengelirukan rakyat kerana apa yang disebut beliau bertentangan dengan tuduhan yang dibuat oleh RPK.
Sebaiknya Najib menamatkan krisis pertuduhan ini dengan beliau sendiri menawarkan dirinya disiasat sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.
Tetapi apakah itu akan berlaku kerana beliau semakin hampir menjadi Perdana Menteri Mac hadapan. Maka rakyat melihat bahawa selepas Najib menjadi Perdana Menteri Mac nanti usaha untuk membawa beliau untuk menjawab pertuduhan ini semakin sukar kerana beliau sudah menjadi orang yang paling berkuasa dinegara ini.

Beliau akan memegang kuasa Eksekutif, Perundangan dan Mahkamah dengan begitu erat sekali. Walaupun beliau tidak mengetuai ke semua kuasa itu, namun dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai pengaruh besar dalam sudut Perundangan dan Mahkamah.
Oleh itu, keputusan Kes Altantuya April nanti juga dijangka sedikit sebanyak akan menimbulkan kesangsian rakyat kerana Najib masih tidak dipanggil bagi menjawab tuduhan yang beliau dakwa sebagai tuduhan palsu.

Ini akan menjadi rumit kerana rakyat dibawah ini akan terus memandang serong apda Najib sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, wajarlah peralihan kuasa ditangguhkan dan Najib perlulah bersihkan dirinya dahulu dari segala macam pertuduhan yang dikemukakan. Jika beliau benar,buktikan bahawa semua tuduhan itu palsu dan rakyat akan terima beliau dengan senang hati jika tidak bersalah.

KIRIMAN SAHABAT BLOG - PAK KATIB

kiriman <gempur2009@gmail.com>
Terima kasih atas jasa baik admin blog paspasirsalak kerana meletakkan link saya " warung pak katib". Sama-sama lah kita menyumbang idea dan pandangan serta menjawab segala tohmahan UMNO-BN yang cabul. Kita akan gerakkan seluruh minda dan tenaga 4 kerat untuk terus menentang kezaliman yang dicipta oleh UMNO-BN dan konco-konconya. Kita akan sebarkan maklumat tentang kepincangan dan kejahatan umno kepada seluruh rakyat agar mereka sedar siapa sebenarnya UMNO-BN dan kita akan mengajak penyokong tegar UMNO -BN supaya meninggalkan parti zalim ini dan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat. Insyaallah
Pak Katib
P/S : kalau free boleh lah kita minum teh tarik kat kedai jalal ( bawah pokok)

jwpn bls : - moga sinar ILMU memenuhi jiwa kearah pemikiran yang terbuka.
'Apalah nilai syurga buat kita muslimin di bumi Malaysia, jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat kita di negara PALESTIN
sana. Bala kesenangan dan keselesaan adalah lebih bahaya dari ujian peluru'


BERSAMA DI DUN BOTA DARUL FROG

PROGRAM Y.A.B MENTERI BESAR PAKATAN RAKYAT

pada 22/02/2009 (AHAD)

Aturcara Majlis :

03.00ptg Minum petang bersama rakyat

04.30ptg Solat Asar bersama rakyat

05.15ptg Bertemu rakyat

06.00ptg Minum petang/bertemu rakyat

07.30mlm Solat Magrib bersama rakyat

08.30ptg Solat Isyak bersama rakyat

09.30mlm Beramah mesra/Taklimat bersama

1)Presiden PAS Tn.Hj.Abd hadi
2)Dato Seri.Hj.Nizar Jamaluddin
3)Yb Lim Bon Chye
3)Yb Yunus

Khamis, Februari 19, 2009

KITA FIKIRKAN BERSAMA

Seperti yang telah dijangkakan awal-awal lagi tindakan BN khususnya Umno menggunakan pintu belakang untuk berkuasa di Perak akan memakan diri sendiri.

Terkini Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selaku 'menteri besar' Perak digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.Beliau dan enam exconya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Ini bermakna BN telah hilang majoriti di DUN iaitu hanya tinggal 24 kerusi itupun kalau campur 'tiga wakil bebas' yang telahpun diistiharkan melepaskan jawatan oleh speaker dun, S. Sivakumar.

Jika sidang Dun diadakan dengan mudah-mudah je usul untuk membubarkan Dun serta 'undi tidak percaya' pada 'kerajaan baru' diadakan.

Dalam hal ini tidak ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut yang direka di Perak selain Sultan Perak kena memikirkan kepentingan rakyat dari segi sosio politik dengan memperkenankan pembubaran dun Perak.

Saya menjangkakan Dun Perak akan dibubarkan dalam tempoh terdekat! Apa perancangan Najib yang seterusnya? Najib sudah pasti tertekan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi sudah wujud gesaan agar Pak Lah menangguhkan proses penyerahan jawatan PM kepada Najib.

1 - Belum sahih - Dato' Nasa (ADUN Bota) dikhabarkan bakal meletak
jawatan malam ini..!

2 - Belum sahih - ADUN Jelapang pun nak ikut letak jawatan jugak sebab
tak dapat beli sayur dekat pasar..!

3 - Berita SAHIH.! - Setelah mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan
etang ini, Speaker Perak memutuskan supaya MB Halam Dato' Zambry Kadir
digantung 18 bulan manakala 6 ADUN BN yang dilantik sebagi EXCO
digantung 12 bulan & dilarang dari memasuki sidang DUN.

4 - Berita tak sahih - DUN Perak bakal dibubarkan sedikit masa lagi...


Selasa, Februari 17, 2009

Malang Berbau

14.2.2009 / Sabtu / 3ptg : Kampong Gajah. Suatu petang yang berbau, 1 Kilometer dari pekan Kampong Gajah, malang yang diundang, sebuah kenderaan yang dipandu laju oleh pemuda yang keesokan harinya akan diijab kabulkan telah menemui ALLAH terlebih dahulu. Beliau yang diarahkan oleh ibunya jangan keluar rumah (Darah Manis), tetapi dengan desakan Abang-abangnya beliau keluar untuk mendapatkan bekalan 'Pit' hanya untuk berhibur dimalam beliau diijab kabulkan. Nah ALLAH telah memanggilnya terlebih dahulu dari yang lain.

Pemandu lori menceritakan bagaimana kereta yang dipandu oleh pemuda menghentam kepala lori lantas pemandu lori mengelak sehingga memanjat kereta tersebut ( Makan Jalan). Pemandu lori tersebut lari ke balai polis berhampiran. Ahhh ..... bersepai ...... Sudahlahh ...... Jom kite ke mesjid.... kalu yg mau dengor....

P/s: Pengajaran kpd "Mat Pit" Dont Drug and Drive

Ahad, Februari 15, 2009

MB NIZAR SANA SINI 18.2.2009

Hari : Rabu

Tarikh : 18hb Feb 2009

masa : 3.00 ptg

tentatif program


- Hi-Tea bersama DS Nizar di Rumah Saudara Ariffin@Ramli Parit 1
- Solat Asar di Masjid Batu 20
- bersama penduduk di Bagan Sungai Tiang
- bersolat Maghrib dan tazkirah di Surau Sg.Betul,Rungkup
- bersama penduduk di Bagan Hutan Melintang

Turut hadir

DATO NGEH KHOO HAM - EXCO KANAN NEGERI PERAK/ADUN SITIAWAN

Ustaz Misbahul Munir Masduki - SetPol DS Nizar

Sabtu, Februari 14, 2009

Tok Guru Nik Aziz ajak tinggalkan merokok.

KOTA BHARU, 14 Feb.:-YAB Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak rakyat Kelantan supaya meninggalkan merokok.


"Malam ni nampak semua kopiah putih , tak ada UMNO tapi asap rokok berkepul" sindir Tok Guru memulai ceramahnya.

"Ramai yang hadir malam ni kerana rakyat Kelantan tidak suka berada dalam tidak reti" Ucap Nik Aziz.

Mengulas bagaimana hendak tinggalkan merokok, Tok Guru mengatakan persoalannya mahu atau tidak mahu.

Beliau juga mengatakan penyakit Rasuah adalah yang dihasilkan oleh UMNO sehingga dalam UMNO perlu ada JK yang ditubuh untuk benteras rasuah.

Mengulas suasana politik Malaysia,beliau menyatakan keyakinan generasi muda dalam DAP yang sudah boleh menerima hukum Hudud.

Ceramah perdana yang diadakan di Padang Perdana itu menampilkan penceramah lain iaitu, Ust.asharuddin Mat Isa, Hj. Abdul Wahid Endut, Khalil Idham Lim dan Sami Abu Zuri dari palistin.

Hampir 50,000 orang hadir dalam Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana disini malam tadi.

Kehadiran yang memberangsangkan disebabkan juga oleh cuaca yang baik.

Hj, Abdul Wahid menceritakan pengalaman dalam kempen di Kuala Terengganu hingga membantu kemenangan beliau. Khalil pula menerangkan kedudukan politik semasa Perak yang mendapat perhatian dari hadirin. Sementara Sami Abu Zuhri menceritakan kedudukan rakyat palestin dan Hammas dengan diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh Ust. Nasharuddin mat Isa. TG. Nik Aziz menutup ceramah berserta doa penutup.

Jumaat, Februari 13, 2009

Sidang Media Menteri besar Bersama BloggersNetwork@Perak pd. 12.2.2009


Khamis, Februari 12, 2009

Coretan: Mencari emas di perak

Walaupun kita orang Perak, kita tak boleh memilih perak menggantikan emas.
Walaupun orang sibuk sangat berkerumun merebut perak, kita pasti akan rugi jika disibukkan juga dengan gelagat ramai meninggalkan emas.
Kalau berlumba nak dapat perak, kita bukanlah seorang atlit. Kita mungkin hanya seorang pengampu raja yang mesti diberi emas setiap kali masuk gelanggang.
Sebut kata raja, maka emas adalah untuknya walaupun ’smash’nya asyik tersangkut di jaring atau keluar gelanggang. Kita samada memilih emas atau mengurniakannya kepada yang sememangnya berhak ke atasnya. Hari ini, kita sedang mengikuti krisis di negeri Perak. Krisis politik, krisis perlembagaan, krisis raja, krisis Melayu dan paling tidak disebut, krisis nilai. Paling berbeza di antara krisis tersebut ialah kita sendiri. ‘Kita’ dulu adalah orang tua - tua. ’Kita’ sekarang adalah anak - anak muda yang berpendidikan dan berilmu. Yang muda - muda dulu ramainya hanyalah kaki wayang yang hanyut dalam dunia cinta Hindustan dan Tamil. Hari ini, anak - anak muda adalah kaki blog dan kaki demontrasi menentang kemungkaran politik dan kerajaan.
Dunia ini tempat krisis. Di syurga tak ada krisis lagi. Di neraka, krisis antara penghuninya dilayan tamat dengan masing - masing disimbah azab panas yang bertambah - tambah. Adapun di dunia tempat kita duduk ini, krisis sentiasa berlaku dan ia sebahagian kehidupan. Kehidupan berlangsung dengan wujudnya krisis.
Jika tangan manusia tidak melakukannya, tangan Allah pula melakukannya. Krisis kemarau, krisis banjir dan tanah runtuh, malah krisis macam - macam wabak penyakit yang di luar tangan manusia. Kita dihidupkan dengan krisis dan dipaksa berkrisis.
Jika kita memahami ini, kita sebagai seorang muslim pastinya akan lebih mudah menerima hakikat bahawa dalam krisis itu ada hikmat. Ada jawapan yang kita perlukan dalam kehidupan kita. Justeru kita tidak boleh menempelaknya sebagai buruk atau membelakanginya demi kesucian diri. Allah menciptakannya dan setiap ciptaan Allah penuh dengan hikmah dan kebenaran yang tersembunyi dan nyata.
Jika kita menguasainya, kita akan memperolehi hikmah dan kebenaran itu. Jika kita gagal menguasainya, kita akan kempunan dan kehilangan pedoman dalam kehidupan. Justeru kita perlu bijak berhadapan dengan krisis. Jika kita mahu menang, kita mesti masuk berlawan dulu. Jika kita mengisytihar menang sebelum berlawan, kita akan ditertawakan. Jika kita menawan sebuah empayar pun, orang akan kata, itu empayar haram di perintah oleh bapak menteri haram yang makan gaji haram!
Sebenar - benarnya kita masa itu menghina diri sendiri dengan membunuh diri sendiri di hadapan khalayak semata - mata untuk membuktikan bahawa kita berani membunuh diri!
Di negeri Perak yang sedang berkrisis sekarang, kita hanya perlu menilai dan membezakan di antara tiga perkara. Apakah yang benar dan bagaimana kebenaran itu dijulang pejuangnya. Kita tak boleh dan jangan sesekali mengenal kebenaran melalui orang. Kenali orang melalui kebenaran yang telah kita kenali.
Ertinya, kita perlu melihat kepada tiga. Kebenaran, pejuangnya dan bagaimana ia dibawa.
Jika kebenaran ditemui bersama UMNO, UMNOlah sedang memperjuang kebenaran. Bagaimana ia memperjuangkannya, itu soal ketiga yang tidak akan merosakkan yang pertama walaupun ia boleh memberi kesan kepada yang kedua.
Jika kebenaran ditemui bersama PAS, PASlah pejuang kebenaran. Bagaimana ia diperjuangkan, itu soal ketiga yang terpisah yang tidak akan mengganggu kebenaran.
Jangan nilai kebenaran pada tindakan memboikot majlis angkat sumpat, kekal bertahan di rumah MB atau berdemo dan berbaringan di atas jalan raya. Itu cara menjunjung kebenaran. Itu mungkin betul dan mungkin salah caranya. Ia mungkin menambah manis atau mungkin menambah masin. Ia tetap gulai Tempoyak untuk santapan.
Jangan pula menilai kebenaran pada upacara gilang - gemilang di istana, dipancar langsung di kaca tv atau diulas manis 24 jam. Ia tetap batil jika ianya sah batil.
Bola tetap bola. Jika ia di kaki Ronaldo, cantiklah ia menerjah gawang! Tapi jika ia di kaki pondan atau kaki rasuah, stadium pun runtuh ditegur penonton! Di Perak, ia bukan soal PAS atau UMNO. Ia soal siapa berhak memerintah dan mentadbir negeri Perak daripada sudut kesahihan undang - undang yang termaktub. Kalau BN, BNlah. Kalau PR, PRlah. Jangan anda membodohkan diri dengan neraca sendiri yang salah
.
PAS dan UMNO bukan krisis di Perak yang tengah bermula. PAS dan UMNO adalah krisis negara. Ia telah lama. Semua tahu kerajaan PR adalah sah semasa ia mengangkat sumpah memerintah negeri Perak selepas menang dalam pilihan raya umum tahun lepas. Hari ini, hak itu telah ditarik dan dilucutkan. Malangnya, ia berlaku secara luar tabi’ie dan penuh kekeliruan. Ia dibayangi komplot politik murahan. YAB Nizar dihalau dari pejabatnya. Krisis berlaku. Kedua - dua pihak yang bertentangan masing - masing mendakwa kebenaran.
Apabila kebenaran menjadi pertikaian dan mula kelihatan samar, anda perlu merujukkannya kepada neraca yang benar. Itulah singgahsana tempat kebenaran bertakhta. Jangan rujukkannya kepada Israel atau Amerika. Di situ tempat kebatilan dipakaikan berlian. Jangan rujukkannya kepada UMNO atau PAS. Mereka adalah orang dalam kandang. Mereka bukan hakim dan tak boleh dilantik sebagai hakim pun.
Negara kita negara undang - undang. Semua kita terikat dengan undang - undang. Jika kita hanya inginkan dunia, nyahkan undang - undang al Quran. Jika kita inginkan dunia dan akhirat, letakkan undang - undang al Quran yang benar itu di hadapan undang - undang negara yang dipaksakan ke atas kita di dunia ini.
Kita adalah rakyat atau pemerintah atau raja. Raja, pemerintah dan rakyat perlu akur bahawa mereka perlu tunduk pada undang - undang dan perlembagaan negara. Orang PAS tak boleh melaksanakan hukum potong tangan ke atas pencuri kerana undang - undang negara melarang hukum al Quran itu dilaksanakan. Tiada cela daripada Allah pada perkara yang dipaksakan.
Rakyat hari ini bukan seperti rakyat dulu. Rakyat yang berilmu dan meraikan ilmu.
Pemerintah hari ini bukan seperti pemerintah dahulu kala. Ia dipilih dan diangkat oleh rakyat. Ia dipecat dan dijatuhkan rakyat. Raja hari ini bukan lagi raja zaman purba kala. Raja dulu titahnya adalah undang - undang. Raja hari ini undang - undang mengatur titahnya.
Begitu semangat negara kita dibentuk di hari kita merdeka daripada penjajahan barat. Sesiapa yang melanggar undang - undang, dia salah dan mesti dihukum. Jika anda melindunginya, anda adalah pengkhianat negara. Samada anda rakyat atau pemerintah atau raja.
Begitulah semangat kebenaran dijulang. Ia mudah. Tetapi di negara kita ada kepayahan. Jika negeri Perak sedang mengalami krisis perlembagaan, maka negara kita sedang mengalami krisis kehakiman. Dahlah undang - undang pun penuh cacat dan cela, para hakim pun dicalit cacat dan cela. Samada sistem kehakiman itu dicemari oleh para hakim sendiri atau ianya dicekik oleh pemerintah BN hari ini, krisis kehakiman akan tetap mewarnai penghakiman ke atas negeri Perak yang sedang berkrisis. Justeru kita dihadapkan dengan krisis yang lebih besar. Krisis nilai dalam kehidupan. Kita perlukan guru yang mengajar kita nilai kehidupan. Ia bukan raja atau pemerintah. Guru kita adalah orang - orang yang berilmu di antara kita.
Saya menyarankan kita mengambil kira pandangan para ulama, para pengamal undang - undang, para politikus dan ilmuan lain yang bersih dan berjuang di medan perjuangan yang luas. Mereka guru yang akan memimpin kita kepada nilai hidup yang membahagiakan. Negara kita akan kembali sentosa dengan pemartabatan nilai dalam kehidupan.
Kita hadapi krisis di negeri Perak seadilnya. Biar pun perak kita terlepas, asalkan emas kita miliki. Kebenaran adalah emas dalam kehidupan. Kebenaran adalah nilai kehidupan
sebagaimana emas adalah nilai mengukur wang dan harta.
Syurga tiada krisis di dalamnya. Jika kita ingin selamat daripada krisis, kita mestilah jadi ahli syurga sebelum masuk syurga lagi. Ia hanya milik seorang muslim yang tunduk pada kebenaran tuhanNya.

MB Bundle

Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum tahun lalu akan dijadikan sebagai suatu pengajaran dalam usaha memantapkan kestabilan politik di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan barisan exco yang berpengalaman dilihat sebagai langkah pertama memulihkan keadaan politik selain memastikan agenda pembangunan ekonomi di negeri itu dilaksanakan dengan sebaiknya.
"Di sebaliknya (kekalahan BN negeri pada pilihanraya umum), BN akan melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan...kerajaan BN adalah kerajaan yang berpengalaman dalam melakukan perubahan demi kemajuan sesebuah institusi rakyat," katanya semasa ditemuramah oleh Dr Asraf Wajdi Datuk Dusuki dalam program Dialog@1 yang disiarkan di RTM1, malam tadi. Ini kenyataan yang menarik dari Mat Gelap Pangkor... kenape tman kabo menarik? menarik sebab sebelum ni Mat Gelap ni dah keluarkan kenyataan bahawa kerajaan haram UMNO/BN Perak akan meneruskan agenda UMNO/BN yang terdahulu di negeri Perak...Jadi? Kome tak paham ke? Kerajaan UMNO/BN Perak telah ditolak oleh rakyat Perak dalam PRU-12 kerana dasar-dasar dan agendanya tidak memberi manfaat kepada rakyat Perak... maka bila diadakan pilihanraya umum, rakyat tolak deme...Mat Gelap Pangkor naik jadi MB Haram, dia nekad nak teruskan agenda UMNO/BN yang terdahulu... atau dalam bahasa mudahnya Mat Gelap Pangkor akan meneruskan agenda membenamkan UMNO/BN di Perak dengan lebih berjaya...Kalau dalam PRU-12 UMNO/BN kalah dengan majoriti keseluruhan hampir 45,000 undi, Mat Gelap Pangkor akan pastikan untuk PRU-13 UMNO/BN akan kalah dengan majoriti yang lebih tinggi... sebab tu dia ambik keputusan meneruskan agenda UMNO/BN yang lepas...Orang ini (Mat Gelap Pangkor) bagi aku memang layak menjadi MB Haram Perak... lagi cepat UMNO/BN bungkuih... muka baru, kepala otak lama ... "sizen"... old school ... muzium ... bundle ... besi borok ... kalau aku jual Mat Gelap ni dekat kelin botoi agak-agak laku dak?
Agak-agak "cool" tak "species" ni?

Siapa punya MB ni ??

Terima kasih pada TV1 kerana menyiarkan rancangan terus menerus dari SUK Ipoh ... Majlis Dialog bersama Menteri besar haram produk UMNO. Rancangan nya bernama Dialog@1. Dewan penuh dengan muka muka MIC, MCA dan UMNO. Kelihatan polis berada di belakang. Di atas pentas, pengacara dan MB? Perak. Jawapannya bagi setiap soalan di ulang ulang. Zambry kekok dalam bicara. Rancangan di adakan 1 jam, dan aku ketawa dalam tempoh tu tengok cara kononnya MB? Perak bercakap. Di akhir rancangan, 3 penonton beri soalan. Dari UMNO, MIC dan seorang wakil dari kaum Cina yang bertanya tentang pemberian tanah oleh MB Nizar. Zambry tak dapat jawab. Alasannya, let me go through. ahak ahak ahak..!!! di ulang sampai 3 kali. Aku teringin nak tengok dia berdebat dengan MB Nizar. Sah terkencing kencing yop. Ahak ahak ahak... ! Terima kaseh RTM kerana rancangan itu dapat tunjuk pada rakyat, bahawa UMNO tiada lagi calon yang benar benar bijak untuk di jadikan MB. Asalkan boleh angguk .. dia boleh jadi MB. Ahak ahak ahak ...!!!!Kualiti MB sama level dengan Ketua Kampung. Dalam hati pengacara mungkin berkata ... "Aku lebih pintar bertutur dari MB? ni..pthuii pooraaahh !!!

Rabu, Februari 11, 2009

DEMOKRASI TERPIMPIN : JAKUN @ BACUL

Ini adalah hakikat, terang atau suram Malaysia kini mengamalkan 'Dasar Demokrasi Terpimpin'. Terpimpin menjurus kepada satu pihak sahaja iaitu pihak Pemimpin Bacul.

Isu Pengharaman Ceramah seperti yang dilaporkan. Jelas membuktikan jakunnya negara kita bilamana menafikan kebangkitan manusia untuk mendapatkan maklumat tepat. Yang jelasnya maklumat yang hadir dikiblat-kiblat manusia dinegara jakun ini (media massa elektronik) masih berleluasa walaupun secara terangnya membawa propaganda sibacul yang tak bertamadun.

Amat2 tidak adil untuk mengharamkan Ceramah Umum dikalangan pihak lawan khususnya rakyat Perak yang sememangnya dahaga maklumat BENAR berbanding dengan maklumat PALSU saban hari di setiap rumah rakyat jelata.

Saya usulkan 'mengapa tak isytiharkan , DARURAT jika hak asasi rakyat jelata dinafikan dalam bersuara dan mencari KEBENARAN BERITA?????'

Apa pulak kata SUHAKAM dalam hal pengharaman ceramah atas dasar pencabulan hak rakyat tertama dinegeri PERAK???


*** sekali pandang kulihat Ketua Polis Negara yang kita cintai ini semacam salah seorang watak yang ada dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramle : Sarjan Hassan... - fikirkanlah siapakah gerangan watak tersebut. "Jangan main radio ya Pakcik...nanti kepala potong"

Selasa, Februari 10, 2009

CERAMAH PERDANA

14.2.2009 / SABTU / 9mlm


USTAZ BUDAK
( SYAMSUL ZAMAN )
PUSAT AKTIVITI SOSIAL
CHENDERONG BALAI.
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Isnin, Februari 09, 2009

DI SUDUT YANG BERBEZA MLM 8 FEB RESIDENSI MB DSIHNJ

AL-FATIHAH BUAT AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG

BUATMU KELUARGA USTAZ ROSLAN SHAROM ,
MOGA TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH INI.

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM AL-FADHIL UST ROSLAN SAHROM
YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PAGI INI (9.2.2009)

KETIKA DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL BATU GAJAH, PERAK.

ANTARA YANG DIPAPARKAN ADALAH SUASANA HIBA DAN TERHARU BILAMANA YB IR HJ NIZAR JAMALUDDIN SELAKU PEMBACA TALKIN DIPERKUBURAN & UST NOR AZLI MUSA MENGETUAI TAHLILNYA.

Moga ALLAH sentiasa memenangi jiwa2 hamba-hambaMu dengan tenang dan sabar di atas ujian yang dilaluinya kini.

Sabtu, Februari 07, 2009

CERAMAH PENERANGAN ISU TERKINI

TARIKH :
8.2.2009 (AHAD)

JAM : 9.00 MALAM

BERTEMPAT :
MARKAZ PAS CHENDERONG BALAI
PARLIMEN PASIR SALAK

OLEH :
Shamsul Iskandar Mat Akin
Mustafa Kamil Ayub

TN. HJ MOHAMMAD SABU

MUSLIMIN MUSLIMAT BESERTA RAKYAT DIJEMPUT HADIR

PERHIMPUNAN SEJUTA RAKYAT

8.2.2009
pg - ptg - mlm


DATO SERI ANWAR IBRAHIM
&
DATO SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

JAM 9.00 MALAM

SEMPENA HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT
DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR

JOM KE IPOH BERAMAI-RAMAI
NYATAKAN SOKONGAN ANDA MENEGAK KEBENARAN!!!! KITA KINI DALAM KEBENARAN.

SILA SEBARKAN UNTUK HADIR BERAMAI-RAMAI BERSAMA

Jumaat, Februari 06, 2009

taiko SUK Perak!

Mamat misai tepet ni mengganggu Ir Nizar pagi tadi.

Sila ucapkan syabas dan rindu yang tak terhingga di emelnya drrahman@perak.gov.my
Gunakan kalimah yang baik2 ATAU terbalik2.....
biasee diaa tuuu!!

Kenyataan Media IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN

Isu Menteri Besar Perak

1. Kami Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan ingin menyatakan pendirian kami bahawa Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih layak untuk memegang jawatan Menteri Besar.

2. Kami berpandangan pendekatan dan amalan biasa adalah memutuskan sebarang keputusan melalui sidang khas DUN Perak. Justeru itu, sekiranya UMNO berwibawa mereka seharusnya memohon kepada Speaker Dewan DUN Perak untuk mengadakan sidang khas bagi menentukan kedudukan Menteri Besar dan barisan Exco.

3. Kedudukan 3 orang ADUN Bebas bertentangan dengan akujanji yang telah mereka tandatangani sebelum ini, maka kerusi mereka sewajarnya kosong dan diadakan pilihanraya kecil. Oleh itu, kedudukan kerusi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 kerusi. Sepatutnya DUN Perak dibubarkan untuk mendapat mandat baru dari Rakyat Negeri Perak.

4. Perkembangan yang berlaku sekarang, menggambarkan sikap kegelojohan UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Keadaan ini juga, membuktikan UMNO dan Barisan Nasional tidak berani dan yakin bahawa rakyat Perak akan memberi sokongan kepada mereka. Tindakan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional juga menjelaskan sikap yang tidak bermaruah dan memenuhi aspirasi demokrasi.

5. Kami dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar dan Barisan Exco Pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Ahmad Idzam Ahmad
Presiden Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan.
dipetik : alhusseyn51.

Khamis, Februari 05, 2009

Nizar masih kekal sebagai MB !

Resolusi yang utama ialah Nizar masih lagi MB Perak yang sah ! Kedudukan kerusi seri BN28 dan PR28, Kerajaan PR akan tetap melaksanakan mengikut peruntukan Perlembagaan untuk mengadakan Pilihanraya Umum Negeri Perak !


KEKUATAN TIDAK PERNAH PUDAR

SEBAGAI PEJUANG YANG TAATKAN ALLAH, RASUL, IKUTAN AL-QURAN & AS-SUNNAH (KEBENARAN AGAMA ALLAH)

TIADA ISTILAH 'GAME OVER' @ 'SHUT DOWN'!


SEGALANYA ADALAH SEDETIK UJIAN DARI-NYA. PASRAH BUAT KAMI ATAS KEHENDAKMU.

Rabu, Februari 04, 2009

UJIAN BUATMU TUANKU SULTAN DI 25TAHUN PEMERINTAHAN : HARAPAN & PERTIMBANGAN

Wednesday, February 4, 2009

Isu Perak : 4 pilihan Sultan Perak untuk rakyat Perak ?

..kerajaan Perak masih lagi kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun BN mendakwa ada lebih Adun tetapi selagi Tuanku tidak bubar DUN dan tiada persidangan utk mengemukakan usul x percaya, maka kerajaan negeri masih dibawah Pakatan Rakyat. Persidangan DUN akan bermula pada bulan 4 akan datang, masih ada masa untuk memperbaiki keadaan...Menukar kerajaan tidak semudah menukar isteri !!
Kini ada 4 Pilihan Di Tangan Sultan Perak. Situasi di Perak kini dalam keadaan yang tidak menentu, dengan PR dan BN masing-masing berusaha untuk meminta perkenan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah. PR memohon perkenan daripada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN memohon perkenan daripada Sultan untuk membentuk kerajaan Baru.

Maka di tangan bagindalah sekarang untuk menentukan siapakah yang akan menerajui Negeri Perak untuk hari seterusnya. Keputusan Sultan Perak ini sangat besar maknanya berkebetulan baginda baru menyambut ulang tahun Jubli Perak pemerintahan baginda.

Situasi yang ada seperti inilah yang menjadikan baginda benar-benar berperanan sebagai pemerintah berdaulat dan tidak berpihak, yang akan dikenang dalam sejarah pemerintahan beraja di Malaysia.Baginda Sultan Perak mempunyai pilihan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak sebagai yang dituntut oleh Menteri Besar sekarang.

Kuasa untuk memperkenankan pembubaran DUN itu terletak di tangan Baginda. Sekiranya baginda memperkenankan permohonan ini, baginda akan dilihat sebagai bertindak bijak untuk memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih siapakan yang bakal menerajui negeri Perak.

Namun begitu tindakan seperti ini bukanlah penyelesaian terbaik, kerana pilihan ini akan menyebabkan usaha untuk melompat akan terus berlaku di masa akan datang. Mana-mana kerajaan yang mendapat kepercayaan rakyat secara majoriti mudah akan sentiasa terdedah kepada ketidakstabilan dan rampasan kuasa secara tipuhelah jijik dan mual.

Pilihan yang lain, Sultan Perak boleh memperkenankan pembentukan kerajaan baru oleh BN. Sekiranya baginda memperkenankan pembentukan kerajaan baru ini, maka baginda akan dilihat berpihak malah akan dianggap dipergunakan oleh BN untuk menyempurnakan tipu helah yang jijik dan memualkan tersebut.

Baginda Sultan Perak yang terkenal dengan ketegasan dan kebijaksanaan tidak mungkin akan dipengaruhi dengan budaya politik tidak bermaruah yang diamalkan oleh BN. Sekiranya Baginda mengambil tindakan seperti ini, sejarah hitam akan terpalit kepada pemerintahan baginda, kerana bertindak untuk menyokong mereka yang mengkhianati kepercayaan rakyat Baginda.

Secara umum, rakyat baginda telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah dalam PRU yang lalu.Sebagai Sultan yang bijaksana, Baginda boleh menjadi pendamai antara kedua pihak dengan mencadangkan pembentukan sebuah kerajaan campuran antara PR dan BN.

Pilihan ini lebih praktikal berbanding dua pilihan sebelum ini. Dalam konteks ini baginda sekali lagi memainkan peranan yang berkesan sebagai pemerintah sebenar kepada negeri Perak dengan menggunakan kuasa budi bicara mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil melalui pembentukan kerajaan campuran tersebut.

Sekiranya kerajaan campuran itu berjaya dibentuk, kerajaan itu tidak mungkin tergugat lagi dengan permainan kotor politik. Sebaliknya masing-masing akan berusaha untuk menunjukkan prestasi terbaik bagi mendapat kepercayaan rakyat pada pilihanraya yang akan datang.Pilihan yang terakhir yang ada di tangan Baginda Sultan ialah mengekalkan Kerajaan Negeri yang sedia ada sebagai sebuah kerajaan minoriti.

Baginda mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian kerana Baginda boleh menggunakan budibicara baginda menyerahkan mandat kepada mana-mana pihak yang dilihat mendapat sokongan majoriti. Sokongan majoriti itu boleh jadi datang daripada ADUN dan boleh jadi datang daripada rakyat. Majoriti yang datang daripada rakyat diterjemahkan dalam PRU yang lalu, manakala majoriti yang datang daripada ADUN sentiasa boleh berubah berdasarkan lompat-melompat.

Oleh itu Baginda boleh menggunakan budibicara itu untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada. Sekiranya ini pilihan Sultan Perak, Baginda akan dilihat sebagai Sultan yang tegas. Malah lebih penting lagi akan menamatkan sejarah lompat-melompat parti yang telah berlaku sejak selepas merdeka.Latarbelakang Baginda sebagai Bekas Ketua Hakim Negara menjadi pentunjuk bahawa tidak mungkin pilihan kedua diambil. Baginda Sultan Azlan telah teruji untuk memutuskan keputusan yang adil semasa menjadi Ketua Hakim sebelum ini.

Baginda juga telah melihat bagaimana institusi kehakiman telah menjadi bahan ketawa apabila ketua-ketua hakim yang selepasnya menjadi balaci politik kepada pihak tertentu. Kali ini institusi istana pula menjadi perhatian, sedangkan Bagindalah yang sedang menjadi perhatian seluruh negara. Dengan pengalaman yang luas memberi keadilan semasa menjadi hakim, maka Baginda diyakini akan bertindak dengan saksama kepada situasi yang berlaku sekarang.

PETIKAN : http://politikbanjar.blogspot.com & adukataruna.blogspot.com/

REALITI MASAKINI

PEMIMPIN BN BERPOLITIK SAMPAI MATI.
NASIB ISLAM TIDAK TERBELA
RAKYAT MALAYSIA SEDIA DIPERBOOHKAN BILA-BILA MASA.
MEDIA MASSA MENJADI BATU API HARI2
UMNO BN UMPAMA MANUSIA TALAQKAN BINI
ANTUM BERFIKIR DAN JANGAN HANTUK KEPALA

YANG PENTING TARBIYAH ILMU
EKONOMI RAKYAT : PEMIMPIN KORAP BILA NAK MEMBELA ,
DEMOKRASI : INGIN MENCARI PEMIMPIN
BUKAN GUNA NAK PERTAHANKAN KUASA
SUSAH HATI KE BILA ORANG LAIN BERKUASA
AKHIRNYA PEMIMPIN BN JUGA YANG KAYA RAYA

LAWAN TERUSKAN BERLAWAN

kalau anda lihat gambar diatas mereka seronok gembira dan tergelak besar apabila mereka berjaya mempermainkan RAKYAT!!!

Namun sabar dulu wahai pengkhianat kerana KUASA TUHAN ITU MASIH
ADA....JANGAN MULA MEMAIN RENTAK GEMBIRA KERANA BILA-BILA SAJA TUHAN BOLEH RENTAP APA YANG KAMU LAKUKAN....BUAT ANDA BEREMPAT!!!!AWAS ANDA PERDAYAKAN RAKYAT DAN TUHAN MENJADI SAKSI TUNGGU APA YANG AKAN BERLAKU KEPADA ANDA.....DATO NASA!!!ANDA SEBENARNYA SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA...TUHAN AKAN PERKENANKAN DOA RAKYAT PERAK....ALLAH HU AKBAR!!! -petikan ~sya

KETAHUILAH

APA YANG ANDA PERLU KETAHUI SEJARAH BARU AKAN MENJELMA :-

  • Pembubaran DUN Perak suatu perkara yang sememangnya telah diduga akan berlaku.
  • Bukti kekecohan yang ditimbulkan oleh PAKSI KEBOBROKKAN (BN) yang diumpamakan gila TALAK sukar menerima GOLONGAN lain memerintah.
  • PERAK, SELANGOR, PULAU PINANG & KEDAH diganggu saban hari. Seumpama NEGERI-NEGERI LAIN macam MALAIKAT KOT memerintah NEGERI. Haq Tuie....
PASTINYA PIMPINAN YANG KORUP & BERPALING :
  • Diludah masyarakat.
  • Tak akan ada ruang untuk bertanding sebagai pemimpin HAPRAK MASYARAKAT.
  • Pemimpin Murahan dikeji dunia akhirat. (Merujuk kpd : KTAK NASA (DUN Bota), JAMALUD (DUN Behrang) & MR. OS (DUN Cgkt Jering)
'Baiah (Ikrar Janji Taat Setia) dibenarkan didalam ISLAM. Rasulullah SAW pernah melakukannya ketika bersama para SAHABAT MARA KE PERANG BADAR'

Isnin, Februari 02, 2009

TEKA-TEKI 2

ISU LETAK TAK LETAK :

  • Hebatnya PR dibawah DS Hj Nizar... jika tidak diumpan untuk keluar lubuk maka PASTI yang 2 itu disembunyikan lagi. (dalih menalih atas alasan cuti rehat & cuti demam)
  • Bila dah umpan masanya pun tepat waktu Buliten Utama hampir ke udara.... so tak berapa lama lepas tu keluarkan suara dari mereka yg bersembunyi tadi menafikan letak jawatan.
  • Gila... letak jawatan bermakna DUN kosong.... gila..... YB letak jawatan DUN kosong 5 tahun tak boleh bertanding ....kempunan.....jadi wakil.
  • La nie seorang di S.Alam seorang di pinggir KLIA..... cuti rehat dan demam!!!! ingat umpan dari member Atantuya tu lumayan kita belum terIman lagi hidangan macam tu.
  • Jangan PERBODOHKAN rakyat yang mana adakala dan kalangan rakyat tersebut memang bersedia diPERBODOHKAN so.... kiblat utama (media tv) sememangnya saham tertinggi memutarkan BERITA.
  • So nak pilihanraya kecik..... duit BN nanti kelak bertabur jika menang sekalipun kerajaan BN tetap pembangkang so ngabihkan duit di PRK je baik Najib gi sana kemari xkan labur kt Perak lak setelah Permatang Pauh & K. Teregganu- hangus.
So dari kami yang dhoif dibawah kepit YB Tajuddin Rahman nie bersuara...... mu boleh..... blah lah BN. (B- Be End , N- Nungap)

PUULAKKK DAH.... SAPA TIPU SAPA INI....PERANCANGAN RAPI MUSUH MENGUCAR KACIRKAN KEADAAN

ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker

perak-14 PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing hari ini, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

Pendirian kedua-dua ADUN itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.

Kira-kira dua jam selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.

“Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya surat ini telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan.

“Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” Jamaluddin berkata demikian ketika dihubungi Bernama beberapa jam selepas Speaker mengumumkan mereka meletakkan jawatan.

MASIH ADUN PKR

“Saya dan Mohd. Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, calon Bebas pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai Umno,” kata Jamaluddin.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mereka hilang sejak Isnin lepas, Jamaluddin berkata, beliau sebenarnya mengambil cuti sakit sejak Rabu.

“Surat MC ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya di mana beliau berada semasa dikatakan “hilang”, Jamaluddin enggan mengulasnya.

Petang tadi, kata Sivakumar, dua ADUN berkenaan yang didakwa “hilang” dan “tidak dapat dihubungi” sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

mStar Online difahamkan ada wakil rakyat yang menandatangani surat letak jawatan sebagai ADUN, yang tidak bertarikh.

Perkembangan terbaru itu diketahui kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada kemungkinan mereka akan sertai BN manakala Menteri Besar Perak pula mencabar kedua-dua ADUN berkenaa keluar dan mengisytiharkan jika benar telah memasuki BN. Perkembangan petang ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil - pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu dan Kuala Terengganu, Terengganu bulan lalu.

Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

Ahad, Februari 01, 2009

BERTEKA-TEKI - TEMAN PUN SAMA BERTEKA-TEKI

Ini adalah hakikat penulis, salah penulis bukan bermakna salahnya jamaah...

KENYATAAN - menerusi kenyataan yang dibuat oleh Paak Laah di buliten utama sebentar tadi (1.2.2009) jelas sebagai insan yang waras boleh menafsirkan sebagai berikut BELIAU :

  1. Mengetahui kedudukkan 2 exco Perak yang kini dilaporkan hilang. - Kenyataannya sangat meyakinkan.
  2. Semacam menghalalkan cara orang nombor 2 nya untuk melumpuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dalam masa terdekat.
  3. Sebelum ini menyatakan bahawa orang lompat parti itu tidak bermoral dan berprinsip, namun kiranya melompat melalui suap ke BN ianya diHALALkan.
  4. Lebih awal untuk mengarahkan SPRM untuk jangan bertindak terhadap politik Wang dikalangan pimpinan UMNO tertentu (kononnya menjadi fobia pimpinan tersebut keluar rumah) so cara ini dibenarkan bagi tujuan kepentingannya.
  5. BALAKRISNAN hilang dan leyap beritanya hingga kini , Atantuya pun hilang asalnya namu terpecah dek kerana cekapnya warga asing mengesan dan menghidunya maka dijumpai dengan kematian. So...... hilang 2 exco tu apalah sangat..... kan kah ianya KEISTIMEWAAN terHEBAT 'Sang Najib Pekan Atantuya'
Kita fikirkan bersama.........

Menurut berita malaysiakini.com jam 8.15 pm

Dua Adun PKR Perak letak jawatan
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.

Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.

"Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.

perak majority slim 300109Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok/

Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.

RAKYAT PERAK DIMINTA BERTENANG & BERMUNAJAT

Terkini dari kediaman Menteri Besar Perak....Satu majlis ceramah bersama Dato Dr Harun Din di Kediaman Menteri Besar Perak.Majlis bermula seawal jam 2.30 petang.Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin.Beliau mengulas isu Panas yang sedang melanda Kerajaan Negeri berikutan Kes Kehilangan 2 Exco Kerajaan Negeri.

Maklumat terkini dari beliau sehngga jam 1 tadi Kerajaan Negeri masih ditekan oleh Kerajaan UMNO/BN dengan isu tersebut...Dianggarkan lebih dari 3ooo orang yang hadir pada majlis ini..Majlis mendapat sambutan yang meluas dari RAKYAT yang masih sayangkan Kerajaan Pakatan Rakyat ini.

Sempena majlis ini juga satu Tabung Bantuan GAZA telah dilancarkan dengan nama TABUNG FATIMAH..sempena nama Datin Seri Hajah Fatimah Taat.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO