Sabtu, Januari 31, 2009

SYABAS ERDOGAN, HEBAT...HEBAT MIKE..PERLU RAMAI LAGI PEMIMPIN MACAM MIKE


PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).

Khamis, Januari 29, 2009

BRAVO DASTAR......

Bertanggungjawab tindakan Adun Bota sertai PKR

PARIT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sambil menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini," katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di sini, lewat petang kelmarin.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Timbalannya Yusuf Nordin, Naib ketua bahagian yang juga Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja Umno Negeri Datuk Hasbullah Osman.

Tajol Rosli berkata, surat peletakan jawatannya itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.


NAJIB MEMANGKU PERHUBUNGAN UMNO PERAK

Gaya salam+ciuman "hadhari al-mauta"


Setelah Dato' Seri Tajol mengundurkan diri dari jawatan yang ber'blink-blink' di Perhubungan Umno Negeri Perak, ada sosek-sosek mengatakan TPM akan memangku jawatan tersebut, ini adalah sumber yang 30% yang boleh dipercayai, harap siapa yang berminat boleh semak dan buat analisa.

petikan - greenboy

Sapa kata aku nak letak jawatan ? - Tajol Rosli ..wakakaka !!

Hish ... sampei hati kome yer ! Mamat tu baru nak mengacah sikit, mana ada dia nak letak jawatan lagi, sabor ler, paling kurang pun tunggu 100 tahun lagi yeop! Korang nihhhh !!! Hish ... !!! Orang gila kuasa macam itu mana nak..kalau di suruh letak jawatan ! Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

'Kenyataan itu telah diambil daripada pihak lain bukan daripada saya. Laporan itu tidak beretika,' katanya. - Utusan.

Imam pun dipecat kerana takut yg amat !!
Setakat ini sehebat mena kakitangan awam berkempen, mereka tidak akan dipecat biarpun mereka menyokong parti pembangkang. Paling terukpun mereka ditukarkan ke kawasan pedalaman dalam tempoh 24 jam.

Kes Ramlang berbeza kerana beliaulah antara faktor utama kemenangan Anwar di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas. Apabila Anwar menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh dan seterusnya dilantik menjadi ketua pembangkang di Parlimen, UMNO semakin sukar untuk bernafas dibuatnya.

Terbaru, isu ADUN Bota melompat dan menyertai PKR menghancurluluhkan semangat juang UMNO yang kian padam dengan kekalahan teruk di dalam Pilihanraya Umum ke 12 Mac tahun lepas,disusuli dengan kekalahan kedua pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan kekalahan terbaru di dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Ketiga-tiga kekalahan ini telah disifatkan oleh Kuli sebagai kemaluan ketiga UMNO dalam tempoh sepuluh bulan.

Belum sempat UMNO menarik nafas lega, kemasukan Nasharudin Hasim ADUN Bota ke PKR sungguh memeranjatkan, sehingga Tajol Rosli sampai tersasul mengumumkan beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak. Khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan 'orang2 Najib' akan menggantikan tempat Tajol bermula 2 Februari ini !

Bagi meredakan iklim suhu politik dalam UMNO yang terkena serangan Chikugunya, Zahid Hamidi selaku memanda Menteri yang menggepalai JAKIM bertindak menjadi hulubalang UMNO Perak dengan mengarahkan JAKIM memecat Ramlang Porigi. Zahid Hamidi memecat Ramlang Porigi di saat regim Yahudi menyerang pejuang Palestine di Gaza tanpa memberikan ruang kepada beliau untuk membela diri.

Ramai yang sudah hampir lupa suatu ketika dulu Zahid Hamidi adalah Ketua Pemuda UMNO yang pernah menjadi hulubalang Anwar. Setelah menyertai kem Najib, Zahid lupa diri dan kedudukannya sebagai ahli Parlimen Bagan Datoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikannya peluang untuk menindas kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat.

Jika Ramlang kalah dan keputusan mahkamah menyebelahi kerajaan BN. Selepas ini lebih ramai kakitangan awam akan dipecat kerana menyokong pembangkang. Ini akan memburukkan lagi imej perkhidmatan awam dan memperlihatkan lagi penindasan yang dilakukan UMNO terhadap bangsanya sendiri kerana rata-rata kakitangan awam berbangsa Melayu.

Disini jika diulas sikit tentang larang berpolitik ini sering disalahgunakan oleh kerajaan untuk menindas kakitangan yang menyokong pembangkang sedangkan kakitangan awam yang menyokong UMNO dan ada jawatan di dalam UMNO tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Datuk Azmi suatu ketika dulu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan pada masa yang sama menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pekan. Aminuddin suatu ketika dulu Guru Besar SK Jalan Bahagia dan pada masa yang sama menjadi setiausaha UMNO Bahagian Temerloh.

Hassan Mat Amin,Guru Besar SK Teluk Sentang dan sekarang AJK UMNO Bahagian Kuala Krau. Mazlan,Pegawai khas kepada YB Chua pula adalah seorang GPK di sebuah sekolah di Jengka. Saifuddin Abdullah, ahli Parlimen Temerloh dikatakan mempunyai setiausaha sulit seorang GPK dari sebuah sekolah kebangsaan di Seberang Temerloh. Sebelum ini,Aminuddin menjadi setiausaha sulit Saifuddin.

UMNO dari dulu,kini dan tidak mustahil untuk selamanya akan menindas Melayu yang tidak menyokongnya dan sudah sampai masanya untuk Melayu membuang UMNO dan menolaknya agar tiada lagi melayu yang akan teraniaya.

Wakil-wakil rakyat UMNO yang kalah di dalam pemilihan ketua bahagian tentu sedar mereka semakin dipinggirkan oleh pimpinan parti yang lebih mengutamakan kroni dan sekumpulan elit. Sudah lama UMNO telah dinaungi elit2 UMNO dan mereka jugalah yang memusnahkan parti itu.

Jalan terbaik ialah Umno tidak mampu lagi untuk dibaikpulih , UMNO perlu dimusnahkan dan alternatif baru iaitu Pakatan Rakyat akan menjadi wadah politik bangsa Melayu ke arah harapan baru. (tok iskandar)

Selasa, Januari 27, 2009

lompat parti - antara katak, tupai dan kijang


Seorang politikus di Malaysia sering diumpamakan bagai katak dek kesukaannya melompat parti. Kemudian segelintir mereka pula ada yang diumpamakan bagai sang tupai akibat dicekup BPR dan polis dek pecah amanah, rasuah dan pelbagai jenayah lagi.

Jarang sekali lompatan kijang diterjemahkan dalam perumpamaan. Ia merujuk kepada lompatan yang hebat dan aksi menarik

Oleh kerana lompatan itu sering diiringi dengan perolehan habuan harta dan pangkat, sang pelompat itu pasti akan dilabel dengan perumpamaan yang buruk - buruk. Antaranya katak.
Sementelahan pula pemerintah negara telah diterima umum sebagai pemerintah yang zalim, korup dan penuh penyakit, maka umum menerima perbuatan melompat parti sebagai satu aktiviti buruk dunia politik tanah air.

Ia payah berlaku di seluruh negara. Hanya Kelantan yang biasa sangat menyaksikan lompatan kijang dalam persada politik tempatan. Penghijrahan ahli UMNO kepada PAS adalah biasa sejak dulu. Hasilnya, selepas 12 tahun diperintah BN, PAS kembali menguasai Kelantan dan kekal hingga kini menghampiri tempoh 20 tahun. Sebabnya, lompatan kijang terus berlaku di sana

Adapun kekal dalam cahaya atau hijrah daripada kegelapan kepada cahaya, maka ia adalah sesuatu yang hebat. Kekal dalam cahaya adalah cerita kemanisan hasil kesabaran dan istiqamah, manakala bergerak kepada cahaya daripada kegelapan pula adalah cerita kemanisan hasil keberanian dan pengorbanan.
UMNO gelap kerana diselubungi kezaliman. Nabi kita sallaLlahu alaihi wasallam mengumpamakan kezaliman itu adalah bagai kegelapan yang berlapis - lapis. Oleh kerana UMNO jenis tak pakai ajaran nabi, maka mereka tidak sedar segala kezaliman yang mereka lakukan itu menambahkan lagi pekat kegelapan yang menyelubungi mereka.

Apabila melakukan kezaliman sudah mula sendat di jiwa dan mula menjadi kemanisan dan keseronokan, maka ia telah sampai ke kemuncak yang paling ditakuti. Tidak ada lagi yang boleh memalingkannya ke belakang untuk kembali. Ia dirundung ketagihan untuk terus berlaku zalim. Bagaimana ingin kembali? Atau lompat?
Bagai asap keretek yang disedut ke dalam. Ia tersedak di paru - paru dan di jiwa juga dek kegelapan perkhabaran yang dibawanya. Samada anda berhenti menyedutnya atau dengan terus mencuba keseronokannya, anda akan ditimpa ketagihan asap yang menjadikan anda pasrah dan rela mati demi mempertahankan asap gulita itu. Saat itu anda telah kelam di kemuncak yang ditakuti junamannya. Bagaimana ingin kembali?

Kita ini manusia. Manusia diciptakan dengan keajaiban dan kesempurnaan ciptaan tanganNya. Antara keajaiban ciptaan tuhan dalam dirinya adalah kesediaan hati jantungnya untuk kembali walau apa keadaannya. Antara kesempurnaan nikmat tuhan di luar dirinya untuknya adalah pintu kembali yang terbentang luas selama - lamanya sebelum matinya.

Hari ini kita menyaksikan beberapa aksi lompat daripada parti pemerintah kepada pembangkang berlaku. Mula berlaku. Ia ditunjangi kesedaran untuk menolak kezaliman dan kebobrokan dalam politik pemerintah. Ia baru. Seperti kata saudara Roslan SMS, lanskap politik negara sedang dilukis semula.
Jika benar bagai dikata, hujan telah serik dan katak sepi melompat. Dahan mula kering dan patah, tupai acap jatuh ke tanah. Semoga kijang keluar hutan memperaga aksinya.

Haji Marlboro Ganti Tajol Rosli - malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi disebut-sebut bakal menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru selepas Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali melepaskan jawatannya.
Berita angin ini semakin kuat bertiup berikutan Tajol mendapat tekanan terakhir ekoran tindakan Datuk Nasarudin Hashim, Adun Bota melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Selepas bertemu Najib baru-baru ini, Tajol dikatakan akan melepaskan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Perak," kata satu sumber kepada Siasah.
Ia juga berikutan dari tekanan dan kempen pihak-pihak tertentu agar Tajol melepaskan jawatannya selepas Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.
"Zahid semakin dipercayai oleh Umno Perak dengan tindakan beraninya mengarahkan pegawai kerajaan Pusat agar jangan menyertai sebarang mesyuarat anjuran kerajaan negeri Perak.
"Walaupun mendapat kecaman hebat dari pembangkang, Zahid sekurang-kurangnya dilihat berbuat sesuatu untuk menaikkan moral Umno di Perak ketika Tajol dilihat tidak berani berbuat apa-apa," kata sumber itu.
Bagi beliau, ramai pemimpin Umno membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendapat umum sekarang asalkan ia mendapat sokongan Umno kerana mereka sekarang menghadapi pemilihan dalaman parti.
"Kenyataan Mukhris tentang sekolah satu aliran negetif kepada rakan-rakannya dalam BN tetapi ia tetap dibuat untuk mendapat undi di kalangan perwakilan Umno. Begitu juga dengan kenyataan Zahid ini," tambah beliau.
Tekanan terhadap Tajol semakin meningkat apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin mengumumkan tiga lagi Adun Umno akan menyertai Pakatan.
Namun perkara ini ditolak oleh timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak

Ketua Pas, 40 ahli sertai UMNO ?

Dalam keadaan heboh dengan berita ADUN UMNO keluar partinya keluar berita picisan dan mengelirukan mengenai Ketua Pas Cawangan Musai, Bukit Baru, di sini bersama-sama 40 ahli cawangan itu hari ini menyerahkan borang keanggotaan menyertai UMNO, demikian seperti dilaporkan Bernama.Ketua Penerangan PAS Melaka, Sdr. Mohd Sofi Abdul Wahab ketika dihubungi menjelaskan siapakah Ismail Tumpang yang mewakili kumpulan yang menyerahkan borang keanggotaan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada majlis di Kampung Musai.

Isnin, Januari 26, 2009

3 lagi ADUN BN Perak sertai Pakatan?

PETALING JAYA: Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Terdahulu di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengerusi BN itu menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.

“Semua itu khabar angin sahaja…saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah),” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu berikutan tindakan Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR semalam.

Nizar ketika mengulas lanjut isu itu memberitahu, perbincangan dengan ketiga-tiga ADUN terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

“Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh hari ini.

Ketika ditanya mengenai identiti ADUN berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan ialah dari Umno.

“Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka,” katanya.

Dengan keputusan Nasarudin, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan Nasaruddin tidak menjejaskan kedudukan BN.

Kata beliau, keputusan Nasaruddin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN.

Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda.

“BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke-12 adalah di saluran tiga dan empat… kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut,” katanya selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan di Gunung Rapat di sini. MStar

Ahad, Januari 25, 2009

Adun Umno keluar parti, sertai PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasarudin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

nasarudin hashimBerikutan itu, Pakatan Rakyat kini menguasai 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, demikian menurut The Star.

Barisan Nasional (BN), yang tewas kepada Pakatan dalam pilihanraya umum Mac lalu, kini tinggal 27 kerusi negeri.


Sabtu, Januari 24, 2009

Ceramah Agama Oleh Dato Dr. Harun Din

Dengan segala hormatnya saya menjemput semua bloggers dan warga Perak ke Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 1 Februari 2009 ini untuk kita sama-sama menerima santapan rohani dari ulama' yang hebat dan ulung di tanahair kita iaitu Dato Dr. Harun Din Al-Hafiz. Semoga dengan kehadiran semua akan memberkati lagi majlis ilmu yang bakal dianjurkan nanti.

Sabtu, Januari 17, 2009

SYUKUR BUATMU ILAHI

Dengan majoriti 2631 ,
Ungkapkan Alhamdulillah kalimah syukur,
PAS Maju Be End Tersungkur.

Jumaat, Januari 16, 2009

KAMI BERSAMAMU PALESTIN

ALHAMDULILLAH, Tanggal 15 Januari 2009 Munajat Perdana Selamatkan Palestin telah dapat dijalankan dengan sembutan amat menggalakan daripada jemaah warga DUN Kg. Gajah. Dianjurkan oleh Pejabat Penyelia DUN Kg. Gajah Dengan Kerjasama Pertubuhan JAMAIY & AJK Masjid Sultan Azlan Shah, Kg. Gajah. Program bermula dengan solat maghrib berjemaah seterusnya bacaan yasin yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Isa selaku Imam Masjid merangkap Penyelaras Masjid Daerah Kecil Kg. Gajah.

Sejurus itu solat Isya' berjemaah diikuti dengan solat hajat yang diimamkan oleh
Al-Fadhil Ust. Mustafa Shaari Wakil Menteri Besar Perak (Penyelia DUN) Kg. Gajah. Pada malam tersebut juga diperdengarkan dengan 'Doa Zaid bin Harithah' yang sebelum itu telah diperjelaskan oleh Ustaz Mustafa tentang sirah (Asbab) doa itu diperturunkan. Moga rintihan dan munajat warga DUN Kg. Gajah & DUN Sg. Manik ini akan diperkenankan ALLAH.

Tazkirah 'Penghayatan Rakyat PALESTIN' juga disampaikan oleh dua wakil Pertubuhan JAMAIY iaitu Sdra Mohd Suhaimi (YDP ABIM Perak) dan Ir. Megat Shaifuddin (Pimpinan JIM Perak). Mereka telah mengupas situasi semasa yang berlaku di Semenanjung Gaza & Baitul Maqdis dengan jelas dan bersemangat. Mereka juga telah memberi gambaran jelas sejarah pendatang Zionis ke Palestin dengan memungkinkan peluasan tanah Palestin secara HARAM dilaksanakan oleh kuffar Yahudi.

Jemaah yang dianggarkan seramai lebih kurang 1000 orang pada malam tersebut tidak berganjak kerana disajikan juga persembahan slide situasi Palestin, penderitaan dan kezaliman yang telah Yahudi lakukan terhadap saudara muslim di tanahair mereka sendiri. TERIMA KASIH kepada para penyumbang pada malam tersebut ketika mana Kutipan Dana PAlestin dilancarkan dan jumlah kutipan tersebut sebanyak RM 2,220.70. Syabas, moga ALLAH akan permudahkan rezeki kalian yang hadir. -admin


MOHON KALIAN PRIHATIN

Rabu, Januari 14, 2009

Selamat Tinggal & Teruskan Perjuangan...



Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pasir Salak akan meninggalkan kita. Bukan sebagai si pengecut yang meninggalkan medan perjuangan, tetapi sebagai panglima medan perang yang akan meneruskan perjuangan di bumi JOHOR DARUL TAKZIM.

Sedih dihati meninggalkan sahabat Pemuda dan PAS Kawasan, namun amanah Allah bukan hanya di bumi Pasir Salak. "Bukankah bumi Allah itu luas, mengapa kamu tidak berhijrah?" maksud ayat Allah...

Semoga pemergian beliau direstui oleh semua terutamanya YDP merangkap murabbi al-Ustaz Mustafa bin Hj Shaari. Doamu amat dinantikan.

Sahabat Pemuda, teruskan perjuangan walaupun sejuta rintangan terpaksa ditempuhi. INGAT!!! Doa seorang mujahidin tidak akan disia-siakan oleh Allah...

Ampun maaf dipinta andai persahabatan kita selama ini menjadi sedikit sebanyak mengguris perasaan. Ampunkan saya...Wassalam....

Salam perjuangan,
Muhammad Akmal Bin Abdullah Sani

Selasa, Januari 13, 2009

MARI HADIR RAMAI-RAMAI

Jumaat, Januari 09, 2009

Rokok penyumbang kekejaman Israel

"SUNGAI PETANI, 8 Jan (Hrkh) - Para perokok khususnya dari kalangan umat Islam diseru menjadikan kekejaman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin pada ketika ini sebagai keazaman untuk berhenti merokok memandangkan rokok juga kebanyakannya adalah produk dan penyumbang kepada Israel.

Bahkan rokok juga terbukti merosakkan kesihatan manusia sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. mahukan umatnya bukan sahaja kuat pada rohani tetapi juga jasmani.

Nasihat itu dituturkan Pengerusi Tarbiyyah Dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM), Ustaz Kyairul Asyraf Hussin pada satu program pemuda di sini semalam.


Katanya, umat Islam jangan hanya melaungkan bantahan kepada Israel tetapi pada masa yang sama masih merokok.
"Mulut kita kata kutuk Israel! Tetapi dalam masa yang sama mulut itu juga kita merokok. Bukan Coca-cola, Colgate, McDonald's dan lain-lain itu saja kita kenal sebagai produk Yahudi, rokok pun kita kena masukkan sebagai produk Yahudi," tegas beliau.

Katanya, keupayaan umat Islam di negara ini untuk membantu saudara di Palestin hanyalah dengan doa. Pun begitu ujarnya, doa akan tertolak dari tubuh yang masuk padanya perkara haram.


"Macam mana doa kita hendak diterima kalau masih ada yang haram dalam tubuh kita?" ujar beliau mempersoalkan dengan sebuah hadis dijadikan hujahnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan sama, Ustaz Mohd Zahir Ghazali menyahut unjuran Lajnah Dakwah Dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS untuk melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel besar-besaran.

Oleh itu kata Mohd Zahir, pihaknya sedang menyiapkan risalah khas yang menyenaraikan produk dan penyumbang kepada Israel untuk diboikot seluruh masyarakat dan risalah itu akan diedarkan dari tangan ke tangan. - azm/mks. _

Khamis, Januari 08, 2009

BOYCOTT & DOAKAN KEHANCURAN ISRAEL


Selasa, Januari 06, 2009

MUNAJAT PERDANA TAHUN BARU 2009



Liqa Bulanan Ketua Kampung Dun Kg Gajah


26 Dis 08 - Kg Gajah. Perjumpaan bulanan JKKK di DUN Kg Gajah telah diadakan di Dewan Orang Ramai Sg Ranggam. Ini merupakan perjumpaan ke 2 selepas ia diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Tanjung pada bulan lepas. Perjumpaan ini menjadi medan kepada pentadbiran DUN Kg Gajah bersemuka secara langsung dengan semua pengerusi JKKK di dun ini bermuhasabah, menyelesaikan permasalahan dan memberikan maklumat terkini tentang Kerajaan Negeri Perak. Pengisian bulan ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akmal Bin Abdullah Sani berkenaan dengan perihal Kepimpinan Islam. Perjumpaan ini wajib disertai oleh Ketua dan Setiausaha JKKK.

Nisa' Indoor Games Peringkat Negeri Perak...



Nisa' Indoor Games Peringkat Negeri Perak telah berlangsung pada 21 Disember yang lepas. Pertandingan ini terbuka kepada semua remaja perempuan berumur 15-40 tahun. Nisa' Pasir Salak tidak melepaskan peluang dengan menghantar penyertaan seramai 10 orang yang diketuai oleh Ustazah Nor Haslina. Peserta Nisa' Pasir Salak telah mendapat naib johan acara catur dan congkak yang masing-masing diwakili oleh Siti Nurshazwani Bt Abu Bakar dan Nurul Hidayah Bt Idris.


UNTUK YANG BERMINAT MENGANGGOTAI NISA' PASIR SALAK sila hubungi...
Pn. Nor Jamaliah Bt Sudin 013-5993264
Ustzh Nor Haslina 017-5113282

layari : www.webnisa.net

Kejohanan Bola Sepak Kalah Mati 9 Sebelah....

Pemuda PAS Cawangan Sg Durian (Parlimen Pasir Salak) telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Kalah Mati di sini baru-baru ini. Ketua Jawatankuasa Pemuda Sg Durian Ustaz Mohd Syamsul Bin Alaauddin berkata lebih 15 buah pasukan telah menyertainya dan dimenangi oleh pasukan Belia Pasir Salak.
Pasukan ini dipimpin oleh pengerusi persatuan belianya iaitu En Esham Bin Kamaruddin yang juga Ketua Kampung Pasir Salak. Kelihatan Ketua DPPK Pasir Salak yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi tahun hadapan.

PASTI VANAKAM
KAWASAN PASIR SALAK


Pasti India PERTAMA DI NEGERI PERAK
15 orang murid (13 India & 2 Melayu)

NANTIKAN KEMUNCULANNYA..................


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO