Ahad, Ogos 31, 2008

HARI TERAKHIR PR PERINTAH PERAK?

Kalau ikut kenyataan dan ramalan mantan MB Perak, Datuk Sri Tajol Rosli Ghazali, hari ini merupakan hari terakhir Pakatan Rakyat memerintah Perak. Sewaktu membuat kenyataan itu, Tajoy melahirkan keyakinannya yang BN akan kembali berkuasa menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Oleh kerana 31 Ogos akan berakhir beberapa jam lagi, mari la kita anggap Tajoy masih ada masa untuk membuktikan kebenaran kata-katanya. Dan selepas beberapa jam itu berlalu nanti boleh la kita tengok sama ada Tajoy akan ketawa girang atau akan pekup muka sorang-sorang... kalu aku la .... cabuutt .... lari malam ..... aiihh entah le ...... usah buat ragam rope tu .... udah kalah duduk diam-diam lee.... tengok kume merentah plak...

Azhan juara nasyid.

Azhan Atan menjuarai pertandingan Akhir Akademi Nasyid malam ini. Beliau mengalahkan 5 peserta yang lain dan menggondol hadiah berupa wang tunai RM 100,000.
Beliau yang berumur 35 tahun bekerja sebagai Tukang urut Reflaksi dan memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Tg Piai, Johor.
Hadir sama dalam Pertandingan akhir Akademi Nasyid Siri 1 anjuran TV 9 itu ialah Menteri Di jabatan Perdana Menteri dan Ketua Operasi TV 9.
Azhan telah terus melakukan sujud syukur sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai juara. Kemenanganya sangat berarti dalam suasana negara menyambut malam kemerdekaan negara kali ke 51. Tahniah kepada Azhan Atan.

Sabtu, Ogos 30, 2008

Good Bye Be End.....

30.08.2008 / Sabtu / 10.00mlm / Felcra Changkat Lada. Hari ini dalam sejarah , Kami telah MERDEKAkan seramai 14 orang umno , menyerahkan borang ahli PAS setelah melihat betapa teroknya umno dalam mengendalikan masalah masyarakat terutama di Felcra Changkat Lada. Ahmad Zamani selaku ketua pada malam tadi telah menyerahkan borang PAS dan diikuti oleh 14 orang lagi setelah melihat kepincangan umno Be End dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di Changkat Lada. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Tetap Umno cawangan kepala pulau, menyatakan berasa selesa dengan perhubungan yang baik dikalangan ortang PAS yang melayani beliau macam keluarga sendiri. InsyaALLAH ada lagi ahli umno akan mengikuti jejak langkah beliau untuk bersama dalam perjuangan Islam. Borang -borang tersebut telah diterima oleh Ust Haris Alwi (Baju Hijau) selaku Jawatankuasa PAS kawasan dan yang selebihnya akan dihantar ke pejabat PAS kawasan pada masa terdekat. Bermula langkah untuk kita sama-sama mentarbiah ahli di peringkat grassroot yang baru, semoga dengan pertolongan ALLAH SWT akan ada lebih ramai lagi yang akan bersama dengan kita. Good Bye Be End.....

Jumaat, Ogos 29, 2008

Perkasakan Islam

Hati agak teruja sehari dua ini..kerana permohonan cawangan PAS telah diluluskan.. kalau selama ini hanya boleh bergerak atas kapasiti penaja, sekarang dah boleh bergerak atas kapasiti rasmi..langkah pertama sudah semestinya mengadakan AGM..(ye la, dulu tumpang cawangan lain aja ..)
buat semua sahabat , sama-samalah kita perkasakan PAS dengan bermula dari peringkat cawangan. Sama-samalah kita ajak semua sahabat yang masih menjadi ahli umno beralih dan mendaftar menjadi ahli PAS.

Atau benarlah mereka cintakan melayu dan Islam, PAS lah wadah yang sepatutnya mereka pilih. Jika benar mereka punya banyak idea bagaimana sebenarnya PAS sepatut lakukan demi memperkasakan Islam, maka PAS lah wadah terbaik.
Ramai di kalangan di alam cyber ini dan di luar sana yang cukup bijak dan punya banyak idea untuk perkasakan perjuangan Islam, maka marilah sama-sama bergerak atas landasan jamaah PAS. Kerana PAS cukup mengalu-alukan apa juga usaha untuk perkasakan Islam.

Daripada pengalaman sebelum ini juga, didapati cukup ramai ahli PAS atau penyokong yang bijak memberikan nasihat dan teguran.. Namun tak ramai yang sanggup memulakan sebarang usaha. Jadi bagi yang punya idea yang bernas, lakukan sahaja. Just do it kata org putih..
Bukan bermaksud tak wala’ atau mendahulukan pimpinan, namun didapati tak ramai orang di peringkat bawahan sanggup bertindak di luar kotak ..untuk jayakan idea baru yang bernas, buatlah ..tapi PAStikan tidak melanggar lingkungan arahan..alangkan akta/undang pun ada loop hole (sebab tu lawyer baru cari makan), inikan arahan pimpinan .. just walk around ..

Jadi untuk perkasakan Islam, memang kita perlu bersama jamaah. Tapi tak perlu tunggu semua orang setuju dengan idea kita baru nak bergerak.. Kita perlu pro-aktif .. Islam maju dan berkembang zaman dahulu pun sebab apa tokoh pro-aktif seperti Imam Al-Ghazali, Al-Khawarizmi, Ibnu Sina ..jadi untuk Perkasakan Islam, kita perlu bersama PAS (konteks Malaysia) , tapi duduk dalam PAS bukan tunggu arahan, tapi perlu pro-aktif ..

Setelah didesak akhirnya Anwar akur mengangkat sumpah?

Inilah yang dikatakan dunia kian berubah dengan pelbagai bencana. Setelah desakan bertali arus oleh pimpinan BN dan team kapcai Saiful bin rakan-rakan, maka Anwar mengangkat sumpah jua akhirnya.


Bezanya ialah 'Angkat Sumpah & Bersumpah' inilah yang dikatakan mainan bahasa.
Malahan mainan bahasa ini telah dimulai oleh BN (Rasuah - Politik Wang, Riba - Wang Faedah, Pecah Amanah - kolar putih, jika rakyat yang dapat digelar subsidi jika kroni atau pelabur yang dapat digelar insentif dan sebagainya) Walau apapun kehadirannya di Parlimen diharapkan agar menyunamikan kebangkitan Rakyat.....Tapi AWAS , Islam dan orang Islam tetap belum selamat!!!!!!!!!

Selasa, Ogos 26, 2008

Allahu Akbar!!!!! Brother Anwar melebihi 15 Ribu... Hancurkan Takburmu BN

8.40 malam:- Keputusan tidak rasmi yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.

9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan. Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi. Namun ketahuilah bahawa jumlah ini tidak termasuk jumlah penumpang bas yang cuba masuk disebelah petang hari pengundian.

10.02 pm - Pengumuman Rasmi dikeluarkan oleh SPR.

Hingga jam 12.00 am - tak keluar lagi keputusan untuk orang2 kampung yang hanya tunggu depan Media di Saluran Perdana ANDA!!!!

Ahad, Ogos 24, 2008

Esok 2 Exco Perak akan di dakwa ?

Berita gempar dan mengejutkan saya terima dari teman rapat dikalangan Exco Negeri Perak mengatakan 2 Exco perak yang telah dibebaskan dari tahanan reman akan disabitkan kesnya di Mahkamah seksyen Ipoh jam 9.00 pagi esok. Pada pandagan saya melihat kepada penghujahan kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Seksyen beberapa hari lepas ternyata tidak ada alasan yang sebenar dan kuat yang boleh disabitkan kenapa mereka boleh ditahan reman.Seperti yang disifatkan oleh panel peguam tertuduh alasannya sering meloncat-loncat. Sehingga sampai kepada satu peringat diada-adakan seperti yang dikaitkan dengan seks.Walau apapun saya melihat ini adalah usaha akhir yang dilakukan oleh pihak yang merancang supaya isu ini boleh mengurangkkan undi DS Anwar di Permatang pauh. Jika benar 2 Exco Perak dipanggil di Mahkamah esok berarti sungguh cepat pendakwaan dilakukan demi mengambil "afdal" sehari sebelum piliharaya Permatang Pauh. Apapun Kami dari Kelab Penyokong Kerajaan akan sekali lagi akan beramai-ramai turun ke Ipoh pagi esok untuk memberikan sokongan kepada rakan seperjuangan yang dianiaya sedemikian rupa.

Semalaman di P044 Permatang Pauh

Alhamdulillah , misi kunjungan untuk merasai kehangatan kempen pilihanraya kecil di P044 Permatang Pauh berjalan lancar. Bermula jam 7.00 mlm 23.8 (semalam) rancang untuk ke P044 maka setelah diilhamkan demikian jam 8.15 mlm kami bertolak dengan kereta toyota.

Sasaran untuk tiba sebelum jam 11.00 mlm bagi menghadiri Ceramah Umum Tok Ayah, Ust. Haron Din & Brother Anwar. Mereka yang kami cari Wan Azizah & Raja Petra yang kami temui, deq kerana '0' pengetahuan jalan menuju ke Guar Perahu (tempat yg dijadualkan)

Ratusan kenderaan menyambut ketibaan kami yang hanya menggunakan 2 jam 15 minit dgn jarak 253 km. maklumlah kami x profesional memandu. Teruja melihat kehangatan suasana berkempen. Kami berkubang di Kubang Semang.

Waktu yang ada kami luangkan meronda P044 jam 12.00 mlm - 3.00 pg.- Polis berkawal rapi dan sadihhhnya Polis jaga mereka yg naikkan bendera BN.....hampehhhh. Ada BOM kata mereka di tempat terpencil Puteri UMNOOOOOO. Najis kucing betoi.

Walhal PU tu dh malu alah kerana mendirikan bilik gerakan ditapak persendirian yang tidak diizinkan oleh tuan empunya tanah tersebut. So far polis yg check pun hanya ketawa melalui kami ditepian jalanan. -'Exzoss Saiful Talian Hayat UMNO & rakan-rakan'

Ragam-demi ragam kami dipertontonkan oleh rakyat di P044. Bagi kami 'Moga Allah memberikan kemenangan terhadap mereka yang sentiasa menegakkan Kebenaran' Hancurkanlah takbur mereka yang busuk hatinya terhadap Pakatan Rakyat - Amin

Sabtu, Ogos 23, 2008

BPR dan Media diminta mohon maaf dalam tempoh 24 jam.

IPOH: Kerajaan Perak semalam memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf terbuka berikutan penyiaran laporan yang mencemarkan nama baik dua anggota Exconya yang dikaitkan dakwaan menerima rasuah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata jika gagal kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang meminta ganti rugi daripada pihak terbabit yang membuat dan menyiarkan laporan berkenaan. Beliau berkata dua Exco yang disiasat BPR kerana disyaki menerima rasuah seks dan wang tunai lebih RM100,000 berkaitan projek perumahan RM180 juta itu juga tidak perlu meletak jawatan atau digantung tugas kerana mendakwa ia konspirasi politik.
Kedua-duanya, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO negeri, Kapten (B) Osman Mohd Jailu hadir pada mesyuarat Exco semalam dan terbabit secara aktif ketika proses membuat keputusan.
Kapten(B) Osman dalam sidang media disebelah petang mengulangi pendirian bahawa BPR dan media hendaklah memohon maaf kepada beliau dan seluruh akhli keluarganya yang dimalukan dengan berita yang disiarkan oleh media yang mengambarkan beliau telah bersalah. Katanya, kaitan berkenaan dengan tuduhan "sex" telah memalukan keluarganya bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura.
Beliau juga mempertikaikan laporan muha hadapan The Star yang meletakkan gambarnya bersama dengan Yb. Jamaluddin seolah-olah mereka dibawa bersama dimahkamah.
Pada siddang yang sama YB. jamaluddin juga mengatakan hari ini"saya jadi hero" pada hari ini. Beliau juga menuntuk pihak yang terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang sama.
Bahkan, katanya, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga bertitah supaya kerajaan negeri tetap teguh dan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan ketika beliau memberi taklimat khas kepada baginda mengenai kes berkenaan kelmarin. Pada sidang akhbar semalam, Mohammad Nizar secara terbuka menamakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli sebagai orang yang bertanggungjawab kepada tohmahan berkenaan.
“(Dalam taklimat khas itu) Saya menyatakan dengan terang dan jelas apa yang berlaku. Saya menafikan apa-apa berita yang keluar dalam akhbar dan saya menyatakan kerajaan akan terus melaksanakan kerja harian kami. Itu saya laporkan kepada Tuanku. “Saya memberi penjelasan dan gambaran yang jelas apa yang berlaku.
Saya menafikan apa-apa berita negatif, tohmahan dan niat yang jahat di sebalik cerita yang mereka buat. Ini perbuatan mereka dengan niat memfitnah dan memburuk-burukkan YB Osman dan YB Jamaluddin dan memfitnah kerajaan negeri. “Oleh kerana Ogos adalah tarikh yang disebut oleh Tajol Rosli, kami menganggap mereka yang bertanggungjawab, sebab dia dah sebut,” katanya. Tajol Rosli bulan lalu menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang menjelang 31 Ogos ini tetapi tidak menyatakan punca kerajaan itu tumbang
Mohammad Nizar berkata, BPR juga mungkin bersekongkol dengan Tajol Rosli dan Umno untuk memerangkap kedua-dua Exco berkenaan kerana bertindak pantas selepas laporan serta mengeluarkan kenyataan media yang tidak benar.

Jumaat, Ogos 22, 2008

Kenyataan Konspirasi BPR & BN Perak! Mana benarnya?

Copy and paste daripada Perak Express - 'Lu fikirlah sendiri'

Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.

Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.

Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.

Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.

Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .

Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK tealh memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.

Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.

Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan keada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.

Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.1.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi kePermatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.

Dimalam tersebut, Usaili tinggal diBilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut malumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel diPulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.

Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.

Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk kePermatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus kePermatang Pauh bersendirian.

Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum disebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili diKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja dimana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.

Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap dibilik hotel adalah pembohongan SPR semata-mata. kejadian ini berlaku diKluang Cafe, Ipoh raya, didepan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.

Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.

Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.

Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik keIpoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan. Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa kemahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.

Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.

Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret. Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?

Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!

Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh bPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam lagi (esok) sebelum dibebaskan pada hari Sabtu.

Tetapi kes ini belum berakhir dan banyak lagi maklumat tidak boleh dinyatakan disini.

Khamis, Ogos 21, 2008

Kursus Jenazah Anjuran Muslimat PAS Kg Gajah

Tahniah buat Muslimat MTD Kampong Gajah yang terus menerus menjayakan pelbagai program kemasyarakatan. Inilah yang sangat dialu-alukan dalam mengisi ruang walaupun tewas dihalaman namun undur dan berdiam diri bukanlah prinsip perjuangan mereka.

Kami amat mengharapkan agar ianya akan sentiasa melakukan yang terbaik seterusnya mencetuskan pengisian Ilmu dan praktikal agar dapat dihayati dan diamalkan sentiasa. Aduhai penduduk berjiwa Ilmu fikirlah bahawa pengisian kemenangan amat bermakna dan ketahuilah dari pihak sebelah sana hanya penuh dengan aktiviti dunia semata-mata. Lu Fikirlah sendiri. Assalamualaikum.

Rabu, Ogos 20, 2008

AL-FUN MABRUQ - Kejayaan PAS Perak sebagai tuan rumah Muktamar PAS Pusat Ke 54


Alhamdulillah, setinggi - tinggi ucapan tahniah diatas kejayaan penganjuran Muktamar PAS Pusat Kali ke 54. Kejayaan ini dilihat sebagai langkah gemilang dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang telah menguasai Negeri Perak yang tercinta ini setelah PRU 12 baru-baru ini.

PAS Kawasan Pasir Salak turut berbangga diatas kelancaran program sebesar ini yang mana melibatkan ribuan anggota dari pihak atasan hingga jk bawahan termasuklah peniaga.

Terlalu banyak agensi yang telah memberikan sumbangan samaada tenaga mahupun wang ringgit yang mana ianya nanti akan digandakan oleh Allah swt sebagai infaq diakhirat kelak. Sememangnya tidak dinafikan kekuatan yang dilimpahkan oleh Allah buat seluruh petugas memungkinkan kejayaan muktamar terpenting ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Moga-moga keberkatan daripada kekuatan ukhuwah sesama ummah setempat dalam hidup berjemaah akan memberikan kejituan dan kekuatan PAS terus menerajui pemerintahan yang lebih dinamik & adil setiap masa.

Selasa, Ogos 12, 2008

Pasir Salak Kehilangan seorang tokoh ulung hari ini

Allahyarham Ust. Hj. Sulamuddin b. Hj. Mansor telah kembali keRahmatuLLAH pada jam 2.45 ptg 12.08.08.


Beliau merupakan pengasas kepada Maahad Al-Islah, Sungai Lampam, Perak dan terkenal dengan ketokohan Ilmunya di kawsan Pasir Salak malah di negeri Perak ini amnya.

Allahyarham yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Sulam juga merupakan ayahanda kepada Mantan S/U Perhubungan PAS Perak Sdra Muhaimin Sulam.

Kami dari Unit ICT PAS Pasir Salak mengucapkan Takziah kepada seluruh ahli keluarganya dan semoga perjuangan memartabatkan Ilmuwan Islam dan anak bangsa daripada jiwa Allahyarham Ustaz Sulam akan terus bersinar di bumi Pasir Salak dan negara yang tercinta ini. AL-FATIHAH.....

Takziah Buat Ketua DPP Kaw. Pasir Salak - Permegian Ayah Mertuanya KerahmatuLLAH

Takziah kepada Sdra Zamarul Aini Abdul Malek Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Salak kerana permegian Ayah Mertua beliau (En. Abu Yazid) kerahmatuLLAH, pada tengahari 12.08.2008 (Selasa).

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, kesabaran ahli keluarganya akan diganjarkan pahala Allah dengan darjat yang tinggi. Amin - AL-Fatihah.

Jumaat, Ogos 08, 2008

Pelik sememangnya benar

Blogger Hasbullah Pit bagi tau penangkapan Bakaq a.k.a Penarik Beca , ikut laporan BERNAMA adalah disebabkan oleh artikel yang berkaitan dengan polis

Artikel Bakaq tu sekadar menyoroti tulisan RPK dan sekadar bertanya :Kenapa Tak Usik Raja Petra ?

Bakaq, hang ingat tak hari tu mata Anwar lebam sebab depa kata Anwar panggil Rahim Nor ‘Anjing’ . La ni Bakaq , hang kena cekup, aku rasa pasai hang pi ubah suai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) tu kut!

Awat polis kita sensitif sangat pasai anjing ni? Bukankah PDRM kita memang ada banyak anjing?

Yang terbaru melibatkan salah urus RM98 juta juga ada kaitan dengan pembelian anjing :

Dakwaan tersebut berpunca daripada kegagalan mematuhi ‘ standard operating procedure’ (SOP) dalam mengendalikan pembekalan termasuk kes pembelian beberapa ekor anjing sewaktu Pilihan Raya bulan Mac.

Perlantikan TOK SIDANG Negeri Perak

Majlis penyerahan watikah kepada 816 Ketua Kampung Negeri Perak. Menteri Besar Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin telah menyampaikan Watikah Perlantikan 816 Ketua Kampung Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan SUK bermula jam 9..00 pagi ini.Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim ,beberapa Ahli Exco Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat serta Pegawai-Pegawai Kanan kerajaan negeri.Dr Abdul Rahman telah mengalu-alukan para hadhirin dan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Penghulu , Pegawai Daerah dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan pemilihan 816 Ketua-Ketua Kampung di Perak.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di pilih oleh penduduk kampung masing-masing sebagai Ketua Kampung yang baru dimana sebelum ini , perlantikan dibuat melalui kuasa politik.Menteri Besar , Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucaptamanya berharap perlantikan tersebut dapat meningkatkan usaha penyampaian maklumat dan hasrat rakyat untuk diambil tindakan oleh kerajaan negeri.“Kerajaan negeri tidak mahu kedengaran apa jua yang menjadi amalan sebelum ini, terutama dalam pengagihan bantuan yang diutamakan kepada mereka yang menjadi ahli kepada kumpulan tertentu sahaja.Ini akhirnya, rakyat yang berhak telah menjadi mangsa kerana dinafikan haknya apabila mempunya pendirian berbeza,” pesan Nizar kepada Ketua-Ketua Kampung.Beliau mengingatkan mereka, “Amanah dan keadilan adalah dua konsep yang mesti diterapkan secara menyeluruh dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa mengira perbezaan agama atau fahaman sepertimana dituntut Islam. Sebagai Ketua Kampung, amanah dan adil itu mesti menjadi pegangan utama dalam melaksanakan tanggungjawa.”Nizar telah menyatakan kesalnya terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan kerana mempersenda-sendakan usaha Kerajaan Negeri membuat pemilihan Ketua Kampung ini secara terbuka.“Sikap Kerajaan Persekutuan yang kemudian melantik Ketua Kampung Persekutuan di bawah JKKKP ini sebenarnya hanya memecah belahkan perpaduan masyarakat di kampung-kampung dan ternyata bercanggahan dengan konsep perpaduan yang dilaungkan.,” kata Nizar."Mereka bukan sahaja tidak menghormati kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat malah mereka tidak menghormati Institusi Kesultanan yang telah memberi pekenan melantik beliau sebagai Menteri Besar Perak dan mengetuai kerajaan negeri hari ini,"kata Nizar.Nizar dengan tegas menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).“ Bagi menjaga dan memelihara kestabilan dan kesejahteraan rakyat Negeri Perak, Kerajaan Negeri melarang sama sekali JKKKP ini daripada mengguna kemudahan awam di kampung-kampung,” jelas Nizar.

Rabu, Ogos 06, 2008

JELAS SAPA CETEK!!!! APA NAK KATA

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menjelaskan kenyataannya bahawa umat Islam di negara ini dibolehkan membuat pinjaman peribadi bagi menunaikan haji adalah berpandukan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Ke-69 empat tahun lepas.

Beliau berkata, muzakarah itu yang berlangsung di Johor Baharu dari 13 hingga 15 Jun 2005 telah memutuskan bahawa skim pinjaman daripada koperasi ataupun seumpamanya untuk menunaikan fardu haji ataupun umrah adalah harus.

``Saya merujuk kepada fatwa yang membolehkan dan mengatakan bahawa harus bagi seseorang itu berhutang tapi bersyarat. Syaratnya ialah bahawa dia (peminjam) mampu untuk membayar balik hutang tersebut dan tidak menjejaskan kehidupan normal.

``Skim itu diuruskan melalui badan ataupun koperasi yang mementingkan kepada prinsip ikhlas, ta’awun, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas daripada unsur riba,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pembangunan Industri Halal Nasional Negeri Perak, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kekeliruan yang timbul berhubung kenyataannya dua hari lepas bahawa umat Islam di negara ini dibolehkan membuat pinjaman peribadi bagi menunaikan haji.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa umat Islam tidak boleh membuat pinjaman peribadi dengan syarikat kewangan atau bank untuk menunaikan ibadah haji.

APA LAH PAK LAH!!!!!!

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.

Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) "Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata". (Surah al-Anbiya 50-54)"


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO