Isnin, Julai 28, 2008

MUZAKARAH....MUQABALAH.....???

Allah menyuruh kita berdamai bila musuh miring untuk berdamai. Abaikan dulu soal tipu daya. Allah bersama kita menolong kita. Jika Pak Lah nak tipu, tipulah. Allah takkan bersama Pak Lah pun. Apa takut? Bila Pak Lah tipu, Allah tipu Pak Lah. Tipah tertipu, Pak Lah lagi tertipu.
Berdamai! Kamu takut? Allah bersama. Dia tunjukkan jalan untuk mengelak daripada ditipu atau, jika Dia benarkan tipu daya berlaku, Dia sendiri ambil risiko tipu daripada kita. Bila dia ambil, sekali lipat Allah pukul balik musuh yang menipu.
Allah tidak membebankan kita dengan risiko rugi ditipu. Allah bebankan kita dengan keberanian untuk berdamai.
Ingat, berani untuk berdamai!
Sesetengah anda takut untuk berdamai. Allah telah menjawabnya. Anda mesti berani untuk berdamai. Allah mahu dan sukakan perdamaian.
Muzakarah itu damai. Muqabalah itu damai. Ia berbeza pada bezanya dan ia sama pada samanya.
Anda melihat balah dua ulama pada sisi pandang balah PAS-UMNO. Ah, langit dan bumi antara keduanya. Mereka menjunjung al Quran sedang yang satu lagi, satunya menjunjung, satu lagi memijak! Samakah?
Sekarang, To'Guru telah kata, tiada beza antara kami. Pertemuan dibenarkan.. Ya, mereka orang politik. Takkan nak bincang matematik. Mereka bincang politik. Politik itu kehidupan. Politik itu dunia dan akhirat.
Sesetengah anda merancang untuk berhimpun di pejabat agung menyatakan sokongan pada tok guru. Apa, kamu ingat menyayangi tok guru adalah dengan membenci tok guru yang lain. Kamu ingat menyayangi Ali adalah dengan membenci Umar. Bodoh..
Perang berjalan, manakala damai, berikan jalan untuknya.
Isteriku, hidangkanku secangkir kopi panas. Aku mahu terus berperang. Damai itu hanya rehat mengesat hanyir darah yang mengalir..

Ann Wan Seng : Orang Melayu lambat berubah.

IPOH, 27 July :-Orang Melayu ambil masa untuk berubah, sebab itu calon Melayu yang bertanding di kawasan majoriti Cina, namun saya rasa pelik ada calon Melayu bertanding dikawasan Melayu tidak menang. Demikian antara ucapan Sdr. Ann Wan Seng semasa membentang kertas kerja dalam Konvensyen PAS Perak ke 13 disini hari ini.
Beliau juga berkata dan mempersoalkan kenapa hanya Cina sahaja dipanggil Cina Muaalaf bila masuk Islam, sedangkan orang India dipanggil India Muslim bila mereka masuk Islam, sambil disambut dengan gelak-ketawa dari hadirin.
Katanya lagi, Kalau orang Melayu pergi ke negeri China dia akan dipanggil muaalaf kerana dinegeri China jumlah orang Islam disana ikut maklumat yang saya dapat berjumlah 130 Juta orang.
Ann Wan Seng menyarankan supaya PAS mengadakan program dan kerjasama dengan Ahli Perniagaan Cina. Katanya lagi maklumat mengenai orang Cina mestilah ada untuk mendapatkan sokongan multiracial khusus dari orang Cina.
Orang bukan Melayu mempunyai kesedaran politik yang tinggi termasuk dalam isu rasuah. Sedangkan orang Melayu sangat sensitif dengan skandal seks.
Beliau berpendapat, kalau kita hendak "tackel" orang cina kita kena memahami budaya orang Cina. Antaranya kita belajar dari akhbar Cina dan ambil seorang yang boleh baca akhbar Cina.

Khamis, Julai 24, 2008

DIALOG RM50 vs RM2.....Moralnya...

Duit RM2 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:

"Oit! Lama tak nampak ko, mana ko pergi?
"RM50 pun menjawab "Aku pergi merata tempat.
Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi naik AirAsia,makan buffet,
lepak KL CITY Square , Spa,
facial,konsert CT, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah.

Eh, kocamner lak?

"RM2 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasalah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid,
tabungamal, ceramah, surau, masjid ...tabungamal, ceramah, ".

Moralnya :-
Silalah sedar MTD kita tu tak siap lagi. yop....
Bersebelahan dengan Dataran Islamic Centre, Pekan Lama. je,
Moh le bantunya balik.

Selasa, Julai 22, 2008

CERAMAH PERDANA



Sempena KONVENSYEN & IJTIMAK PAS PERAK pada 26hb Julai 2008/Sabtu/9.00malam bertempat di Mini Stadium Manjoi satu Ceramah Perdana akan diadakan untuk menerangkan tohmahan BN dalam Kerajaan Pakatan Rakyat tentang isu Tanah 999, Perjanjian Pangkoq 2, Ketuanan Melayu . Datanglah beramai-ramai untuk memahami situasi Kerajaan Pakatan Rakyat khusus di negeri Perak.

JOM MAKAN DOYAN.....


Program "jom makan doyan" akan berlangsung pada 25.7.2008/Jumaat pagi hingga malam. Bertempat di Dataran Pekan Lama Kg Gajah. Makan lah sepuas hati anda sambil menyumbang kepada tabung "Tuan Daud" anjuran MTD N49 Kg.Gajah. Dewasa RM10, Kanak-kanak RM5, Family Pakej hanya RM30. Datanglah beramai-ramai untuk menikmati Deroyan Kg Gajah.

Jumaat, Julai 18, 2008

Fitnah : UMNO Perak Terdesak, weh!!!


Sewaktu menyampaikan ucapannya dalam majlis Munajat Rakyat Perak malam tadi, di Stadium Perak, anjuran Dewan Ulama' PAS Perak, MB Nizar telah menafikan tentang adanya ‘Perjanjian Pangkor’ sebagaimana yang didesas desuskan puak Umno.Beliau berasa kesal dan menyifatkan Umno begitu terdesak hingga sanggup memperalatkan abangnya sendiri untuk memfitnahkan dirinya dan Pakatan Rakyat. “Yang ada ialah Perjanjian Istana Kinta ; itu ada saya tandatangani bersama-sama dengan ahli Pakatan Rakyat yang lain,” jelas Nizar."Dalam perjanjian tersebut ada dinyatakan, Saya bersetuju dengan perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar ke-10 Negeri Perak.Perjanjian tersebut dibuat atas permintan Sultan Perak sendiri." Katanya lagi.

Umno yang kononnya mengaku taat setia kepada Raja, cuba menghasut rakyat supaya tidak menghormati perkenan Sultan Perak keatas perlantikan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah negeri ini. Mereka cuba menghasut wakil rakyat dari Pakatan Rakyat supaya berpaling tadah dan memungkiri janji dan persetujuan yang telah mereka berikan kepada Sultan.

"Umno cuba menghasut rakyat supaya menderhaka kepada Sultan, dengan pelbagai cara yang halus.Inilah tabiat Umno dimana-mana, bahkan di Terengganu dan berlaku juga di Perlis walaupun mereka menang besar dikedua tempat itu, tetapi sesama mereka pun ‘berkokak’ sesama sendiri." Kata Nizar.Walau bagaimanan pun Nizar menyifatkan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya apalah sangat kalau mahu dibandingkan dengan apa yang sedang mereka lakukan terhadap Anwar.“Kami ambil kira setiap tohmahan mereka untuk dikaji, guna untuk memperbaiki keadaan kami,” kata Nizar.

Khamis, Julai 17, 2008

Siapa bikin ini semua!!!



Pagi ini, menurut peguamnya, Jaya Chandra, Raja Petra di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan sedang dibawa ke mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Malaysia ni pelik ; RPK yang membuat akuan bersumpah pada 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur berkaitan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya, Norhayati dalam kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006; dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memfitnah.

Tetapi, dalam kes berhubung laporan polis yang di buat oleh Saiful terhadap Anwar, Saiful juga telah dituduh memfitnah Anwar, tetapi tidak pula mengalami nasib macam RPK; malah Anwar yang difitnah terpaksa bermalam dilokap!


Rabu, Julai 16, 2008

Hati yang lapang.


“Bila hati seseorang telah dimasuki nur (cahaya iman), maka hati itu akan menjadi lapang dan terbuka” (HR. Ibnu Jurair).
Ada yang sangat penting perlu difahami tentang keadaan hati kita. Mungkin ia telah lama tertutup rapat dan susah sekali terbuka. Tertutup atau terbukanya hati dapat dilihat dari tanda-tandanya.
“Apa tandanya hati yang lapang dan terbuka?” tanya sejumlah orang pada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW mengatakan, 1.Ada perhatian terhadap kehidupan yang kekal di akhirat, 2.timbulnya pengertian tentang tipu daya kehidupan dunia ini, dan 3.bersedia menghadapi mati sebelum mati.”
Ketiga-tiga tanda hati yang lapang yang diuraikan Rasulullah SAW tersebut perlu dipertanyakan lebih lanjut pada diri kita. Apalagi kalau terlalu cenderung kepada dunia, hati manusia akan berkurang kecenderungannya kepada akhirat. Contohnya, orang yang terlalu mencintai dunia akan sangat kedekut mengeluarkan hartanya untuk kepentingan akhiratnya, seperti untuk bersedekah atau membantu orang lain. Hatinya tidak akan mudah merasa kasihan dengan penderitaan orang yang sedang mendapat musibah.
Akhirnya, orang yang demikian akan terus tenggelam dan hanyut oleh perbuatan-perbuatan yang sifatnya mengejar harta dunia. Sebab, kata Rasulullah, manusia tetap tamakkan harta dunia meskipun sudah memiliki gunung emas.

Selasa, Julai 15, 2008

Khidmat Ahli Majlis akan ditamatkan jika prestasi tidak baik

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengingatkan semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) agar menunjukkan prestasi yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sehingga tahun ini jika mereka mahu terus kekal sebagai ahli majlis, tetapi jika mereka gagal melaksanakan tugas tersebut dengan baik, Kerajaan Negeri tidak lagi akan melanjutkan tempoh kontrak mereka. "Kita beri peluang kepada ahli majlis untuk menunjukkan prestasi kerja dalam tempoh enam bulan ini, jika mereka gagal menunjukkan kerja yang baik, kita ada sekumpulan calon lain yang boleh dipilih,"katanya selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Perkhidmatan Awam Negeri Perak di sini kelmarin.
Menurut beliau, pihak Kerajaan Negeri telah memilih ahli majlis berasaskan prinsip meritokrasi dan ahli majlis yang dilantik mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO), Golongan Kurang Upaya (OKU), wanita, Orang asli, Melayu, Cina, India dan Sikh, ini merupakan gabungan adil yang merangkumi semua kaum.
Mengenai memorandam yang dihantar oleh Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) Perak yang diserahkan kepadanya, Kerajaan Negeri tidak dapat memenuhi 100 peratus kehendak semua kaum, tetapi apa yang dapat dilakukan, sekurang kurangnya ada sekumpulan calon yang boleh dipilih untuk lantikan akan datang
"Kerajaan Negeri tidak dapat mencari calon yang kesemuanya terbaik dari semua kumpulan dalam tempoh yang singkat," katanya.
Hindraf sebelum ini meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula komposisi kaum ahli majlis PBT yang baru diumumkan. Seramai 48 orang kaum India telah diterima sebagai ahli majlis PBT. Hindraf meminta bilangan ahli majlis dari kaum India ditambah menjadi 60 orang.

Isnin, Julai 14, 2008

FITNAH : Nazri pulak cari saham


Apabila Pakatan Rakyat berhasrat mengadakan perhimpunan, mereka biasanya akan membentuk satu jawatan kuasa pelaksana program; dan bagi tujuan mendapatkan sokongan orang ramai, pengumuman akan dibuat melalui laman web rasmi mereka.Contohnya dapat kita lihat sebagaimana perhimpunan ‘BERSIH’ dan ‘PROTES’ dibuat; kedua-duanya telah diumumkan dan mempunyai Jawankuasa yang pertanggungjawabkan.

Tetapi entah bagaimana, tiba-tiba sahaja bagai disampok jembalang tanan mana, Dato’ Nazri meracau, kononnya beliau mendapat tahu dari sumber-sumber bahawa pembangkang akan menganjurkan satu demonstrasi besar-besaran bagi mewujudkan kekecohan di Parlimen hari ini sebagai tanda sokongan terhadap usul tidak percaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap PM Abdullah Badawi.Nazri mengeluarkan kenyataan melarang Ahli Parlimen membawa sebarang tetamu bersama mereka ke Parlimen hari ini.Kenapa mereka ini bertindak sedemikian ? Sedangkankan sumber yang diperolehi sangat meragukan kerana tidak ada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Pihak polis yang baru-baru ini membuat kenyataan bahawa “polis tidak menyiasat berdasarkan andaian” tetapi kelihatan amat janggal sekali apabila dalam kes ini, dengan hanya berdasarkan kepada desas-desus, polis telah bertindak nekad menyusahkan orang ramai dengan mengadakan sekatan jalan di kebanyakan jalan dan lebuh raya sejak petang kelmarin dan menyebabkan Jalan-jalan masuk ke KL menjadi sesak akibat laluan yang dikecilkan.Yang paling kacau sekali ialah tuduhan bahawa perhimpunan tersebut kononnya didalangi oleh Anwar dan Pakatan Rakyat.

Pas dan DAP telah menafikannya penglibatan mereka terhadap sebarang perhimpunan yang dikatankan itu. Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah menyatakan kesalnya kerana pihak polis mengaitkan namanya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 dan menganggap perintah tersebut sebagai satu 'fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang.

'Anwar berkata, perintah melarangnya dan ahli Pakatan Rakyat berkumpul di kawasan Parlimen hari ini yang dikeluarkan oleh Majistret Tuan Nazran bin Mohd Sham telah tidak diserahkan ke padanya tetapi hanya ditampal di luar rumahnya kelmarin dan salinan notis tersebut telah ditampal di tempat awam termasuk perhentian bas, stesen komuter, stesen LRT serta laluan tumpuan orang ramai. Apakah motif sebenar BN bertindak sedemikian? Besar kemungkinan BN bertujuan mahu mewujudkan suasana tegang dalam Negara dengan tujuan untuk menangkap Anwar. Sewaktu kejadian tangkapan Anwar dulu, suasana tegang wujud telah memberikan lasan kepada kerajaan untuk merempuh kediaman Anwar dan memberkasnya.

Adakah episode seumpama itu ingin diulangi lagi kali ini?Anwar akan disoalsiasat di Balai Polis Jalan Travers jam 2.00 peang hari ini.Doakan keadaan berjalan baik dan tidak ada kejadian buruk berlaku kepada Anwar . - Sumber dari Alhussyen.

Selasa, Julai 08, 2008

'Tidak Perlu Bersumpah' - Mufti Kami!!!

Harakah melaporkan : KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

“Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.”Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.“Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan,” tegas beliau.

Ahad, Julai 06, 2008

'Mubahalah' secara langsung sebagai pendedahan kpd rakyat yang tak tahu menahu!


Sebagaimana sidang Parlimen kini diadakan secara langsung (jgn tidak je). Maka kami warga kecil Pasir Salak anak cucu cicit Maharaja Lela juga mengesa agar Bro Anwar & Amrod Saiful Bahri untuk menjalani 'Mubahalah' pun secara langsung.


'Mubahalah' - sumpah menjunjung al-Quran.

Inilah masanya tekanan dan terkencingnya kelak. Satu lagi jangan dilupa......En Bala tu jaga-jaga takut diletupkan dengan bom yang sama tempohari.

Bro Anwar, jangan sampai ada Benazir Butto di Negara tercinta ini. Teruskan Perjuangan!!!!!!ISLAH

Jumaat, Julai 04, 2008

Salam @ ampu!!!! Apa makna sebaliknya? Apa Kata ISLAM


Disebelah adalah gambar hiasan untuk kisah yang tertera ini....
Semalam 3.7.2008 sekitar jam 2.15 petang, Azim (bukan nama sebenar) sedang makan di Restoren Terkemuka sekitar Stadium Perak, Ipoh. Sambil makan bersama 2 anaknya , kedengaran gelak ketawa riang berhampiran meja kami.
Setelah dicam, antara mereka ialah Pengarah Jabatan yang baru sahaja glamour sedang rancak makan bersama Ketua Pembangkang ADUN di Negeri Perak ini. Bersama beliau beberapa saf pembangkang yang lain termasuk Bekas Exco Pendidikan.
Apa yang menarik perhatian ialah pada ketika Pengarah Jabatan yang tersohor itu ingin beredar , lalu dengan selamba dikhalayak ramai berhadapan kami beliau salam dan mengucup tangan ala-ala seumpama gambar hiasan dengan Ketua Pembangkang ADUN Perak masakini.
Soalnya siapa beliau masa itu? Betapa rendahnya Pengarah Jabatan Agama Islam disisi Ketua Pembangkang atau ..........mari kita fikirkan. Malangnya masa makan kami sibuk pegang dan suap nasi ditangan tidak KAMERA. Malangnya kami dapat Pengarah Jabatan Agama Islam seumpama gambar hiasan.

AKUAN BERSUMPAH MUDAHNYA BERUBAH, MAKAN DEK SESUMPAH NATI WEH!!!!


Akuan yang mudah untuk diubah......fikirkan bersama. Kali pertama ditanya Najib tak kenal Saiful....kali kedua tanya diada jumpa saya, kali ketiga kenyataannya Saiful ada jumpa saya dua kali dan terakhir itu dia mengadu diliwat..... Apa nie.... mudah jumpa Pak Najib rupanya....Jom pi jumpa dia....semudah A B C.......

Menurut Bala dalam pengakuan bersumpah itu, Abdul Razak memaklumkan perkara berikut kepadanya:

1) Najib memperkenalkan dia kepada Aminah (Altantuya) di pusat pameran diamond di Singapura.

2) Najib meminta Razak menjaga Aminah (Altantuya) kerana tidak mahu wanita itu menganggunya kerana dia telah menjadi timbalan perdana menteri ketika itu.

3) Najib, Razak dan Aminah pernah bersama-sama makan malam di Paris.

4) Aminah meminta Razak membayarnya USD500,000 kerana dia merasa berhak menerima wang sebanyak itu sebagai bayaran kepada komisyen yang telah mereka perolehi dalam pembelian kapal selam di Paris.

Menurut Bala, dalam waktu yang lain, ketika dalam tugasannya itu juga, Aminah pula mencerita perkara yang sama kepada beliau, iaitu:

1) Dia berjumpa dengan Razak di Singapura bersama Najib.

2) Dia juga makan malam bersama Razak dan Najib di Paris.

3) Dia dijanjikan komisyen sebanyak USD500,000 kerana membantu dalam rundingan pembelian kapal selam di Paris.

Bala juga mendedahkan, beliau telah ditahan dua kali oleh polis ekoran penglibatannya sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak.

Dalam tahanan kali kedua, tulis Bala, beliau telah disoalsiasat selama tujuh hari berturut-turut di Bukit Aman.

"Saya memberitahu mereka segala-galanya termasuk semua yang diceritakan oleh Abdul Razak Baginda dan Aminah tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi apabila saya mahu menandatangani kenyataan itu, perkara itu telah tiada," tulis Bala dalam penyataan bersumpahnya.

"Saya telah memberikan keterangan dalam perbicaraan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwaraya tidak pernah bertanya saya berkaitan dengan hubungan Aminah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak atau tentang panggilan yang saya terima dari DSP Musa Safri, orang yang saya percaya adalah ADC kepada Datuk Seri Najib Razak dan/atau isterinya," tulis Bala lagi.

Dalam penyataan itu, Bala berkata, DSP Musa Safri pernah menghubunginya melalui Abdul Razak sejurus sebelum kali terakhir beliau melihat Altantuya.

Menurut Bala, ketika hari Abdul Razak di tahan, dia berada bersama Razak di pejabat peguamnya iaitu kira-kira jam 6.30 pagi.

Abdul Razak memaklumkan kepada beliau, dia telah menghantar mesej kepada Najib petang sebelumnya, kerana tidak dia akan ditahan, tetapi tidak menerima sebarang balasan.

Namun, sekejap sahaja selepas itu, kira-kira jam 7.30 pagi, kata Bala dalam penyataannya, Abdul Razak menerima SMS dari Najib, dan mereka berdua ditunjukkan mesej itu yang berbunyi:

"Saya akan jumpa IGP jam 11 pagi ini...hal ini akan selesai...bersabar." (“ I am seeing IGP at 11.00 a.m. today …… matter will be solved … be cool”)

Namun kenyataan ini ditarik balik 20 jam lepas kenyataan dibuat....Apa nie!!!!! kaya...kot.

Khamis, Julai 03, 2008

Kebenaran Pastikan Menang!!!!


'Keberkatan dan kehadiranmu aduhai pemimpin Islam, mengenangkan daku akan sirah perjuangan Ulama' terdahulu. Moga Allah merahmati dan melimpahkan seluruh kerahmatan buatmu Tok Guru.'

SUHAKAM : 'Perhimpunan adalah satu yang AMALAN SIHAT'

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad ini, tetapi belum pasti menghantar wakil untuk memantaunya.

Pesuruhjayanya Datuk S Subramaniam berkata perhimpunan di padang - tidak jauh kompleks membeli-belah Amcorp Mall, Petaling - "satu aktiviti yang sihat" dan tidak menjejaskan sesiapa, termasuklah pelancong.Kumpulan pemantau suruhanjaya berusaha untuk menghadiri perhimpunan sehari suntuk itu, namun beliau harus mendapat keizinan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman, terlebih dahulu.

Subramaniam berkata sewaktu acara menyerahkan memorandum daripada penganjur Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) di pejabatnya tengah hari tadi.(3 Julai 2008)




Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO