Selasa, Jun 24, 2008

Gincu, tumit tinggi haram di K. Bharu



Gincu, tumit tinggi haram di K. Bharu
Jun 23, 08 6:23pm


Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.


Yang dipertuanya Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.Katanya lagi, lapor Bernama, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.


Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.


Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada; memakai baju berlenganpanjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.


Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.


HARAPAN : TEMPAT KITA BILA LAGI, WEH.....

Jumaat, Jun 20, 2008

NaK SeLaMaT DuNiA DoK KaT BaRuA BN!!!!


Lu ingat rakyat bodozh.....mau takut2kan rakyat. dan putar belit rakyat.


Kita diperlihatkan bila mana-mana je pimpinan BN yang keluar pastinya ada saja kes yang akan disebut di mahkamah dalam tempoh 48 jam.


BUKTI HAMPIR semua pimpinannya siap sedia dengan sebarang kes yang telah menjadi salah laku dirinya ketika mempunyai kepentingan DAN KUASA yang dipinjamkan Allah kepadanya.


Pimpinan SUPP juga tidak terkecuali. tak sampai 24 jam menunjukan kelantangan dan keberanian untuk keluar pakatan 'Bangsat Nasional' maka akan disebut lah kes penyelewengan dan rasuah sebelumnya tiba2 muncul.


Dr M juga bila declare keluar UMNO dan Hakim dapat wang ganjaran sara diri (kenyang) maka keluarlah satu persatu tembelang busuknya. Salah laku lah, guna kuasa hakim lah, rasuah lah, banyak simpan duit kat bank singapura lah dan mcm2 lg.


APA NIE!!!!!!! NEGARA YANG BERKIBLATKAN MEDIA HAPRAK!!!!!! SO LU PIKIRLAH SENDIRI........

Isnin, Jun 16, 2008

Moh Kite Uboh Care Hidup

Sambil bawa kenderaan ini kite berdikir barat.........(gunakan muzik latar dikir rambong)

Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak,
sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak,
bare naik berkali-kali

Dok mernung atas tangga pikir gapa nak buat kerjo
Sikso sungguh sari duo takdok pitih nak buat belanjo
Susoh sungguh hidup lo ni sari sari gak makin pening
Sedih tengok ko anok bini sien male nasi ike kering
Minyok O Minyok Guano gak naik lagi

Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali
Mujor anok pakat reti tengok ayoh susoh hati
Takdok duit mitak beli cuma doa ayoh murah rezeki
Bangun pagi nok gi mengaji, gilap gelimat berjale kaki
Tiket bas tok beli lagi takdok pitih ambo nok bui

Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali
Ambo kerjo rumah batu, itulah hak ambo tahu
Minyok naik tak reti ngdu, nak beli budu pun tak mapu
Bini di rumah jahit atap dengan tule nyo empat kerat
Tak mising tak pernah harap reda belaka hok tuhan surat

Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali
Gi kedai cari susu tokey kato harga baru
Seluk pitih gak dale saku kiro kiro buleh beli budu
Nok berutan pun raso malu banyok benar doh dale buku
Tokey tengokpun wat tok tahu moga tok bayar dah 4 5 minggu

Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali
Kawe ingat maso mula demo mari kecek ambo
Undi demo buleh belako lepas ni demo kayo
Tokde sepenggal jadi raja minyok naik gak gilo gilo
Mulut manis dibibir saja janji dulu demo sudah lupo

Minyok O Minyok Guano ni naik lagiBukan sikit tapi banyok,
lemoh habis gak sendi-sendiRakyat sesoak, sekok seboak,
ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali
Wahai rakyat sekelian dengarlah ambo nok pese
Cukup sudah undi (..sensor..) mene dia tipu kito semace

Masa menungdi baik hati sien male nyo pakat ke mari
Pujok ambo rayu bini dei mene muko pun tak nampok lagi
Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali

Khamis, Jun 05, 2008

Nua hengget nujuh ngupang.

Hahahahahahah!
Hahahhahah! Hahaha! Hahahahahhahahaa! Hhahahahahahaha! Hahahaha! Ahahahahhahahahaha!
Sket lagi….
Hahahahah ahahhaha huwaaarrghhahahahahah!!!!
Kirraaa leraiihhh?!!! Telok Intan Kampong Gajah? Kampong Gajah Bote? Ipoh Kampong Gajah? Lumut Kampong Gajah? Hahahhaahaha!!
Takkk mehaiiii. Baru dua hengget tujuh kupang. Lebih murah dari pasaran dunia. Masih murah dari Jepun? Pastinya lagi murah dari Singapura dan Thailand!
Hahahahahaha!
Marah pun nak boley wat hapa? Wat sakit hati dan jiwa saja. Buat lagi marah dan menyampah. Bila dah marah dan menyampah pun kita leh wat apa? Pilihanraya dah lepaih!!! Kkkaaaahhhh kah kah kahh!! Huwarghhhaahahahha
Mehla kita gelak dan bergumbira dengan harga minya terlatest ini. Jangan sakit hati, jangan gundah gulana. Tadak apa yang kita boley buat pun! Hehehehe hahahhahahahah.
Huwaaargghhhh…. Nua hengget Nujoh ngupang! Steadyyyy….

Selasa, Jun 03, 2008

Ujian dari Allah....


3hb Jun 08 / selasa / 4.30ptg . Dalam satu kejadian rumah terbakar kepunyaan Abdul Aziz B Abd Hamid, dialamat 156 Rumah Kakitangan Felcra Bhd Seberang Perak, Jalan Temenggung 3, 36800 Kg Gajah Perak. Sewaktu kejadian beliau masih bekerja di Pusat Benih Felcra Changkat Lada mendapat panggilan kecemasan dari jiran sebelah rumahnya yang menyatakan rumah beliau sedang dijilat api yang berpunca dari litar pintas. beliau segera bergegas pulang kerumah dan mendapati bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran, anak beliau yang berumur 17 tahun Siti Nuratiah sempat menyelamatkan diri melalui pintu belakang rumah, beliau hanya berserah kepada Allah dengan apa yang berlaku. sekarang beliau menumpang dirumah jiran sebelah dengan hanya sehelai sepinggang, masih ramai sahabat handai datang menziarahi beliau, kami sempat mengunjung beliau dan memberikan semangat untuk beliau meneruskan kehidupan dan menyatakan ini hanya sebahagian dari ujian yang datang dari Allah. Jumlah kerugian dianggarkan RM80.000.00 . kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang kepada beliau bolehlah disalurka ke akaun Bank Pertanian 2 - 546 - 000699 - 1


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO