Isnin, Mei 19, 2008



Tun Dr. M Keluar UMNO & Seru Ahli-ahli Ikut Serta, Apa helahnya? Lingam kah? Pak Lah kah?



Dr Mahathir keluar Umno
May 19, 08 12:12pm
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dr Mahathir berkata, beliau akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar.

Berucap dalam satu forum di Alor Sta pagi ini, Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.
PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.
Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.
Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.
Dasar Ekonomi Baru

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.
Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Khamis, Mei 15, 2008

Siapakah dalangnya?

Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.
Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.
Pakatan Rakyat berharap pihak keselamatan akan mengadakan siasatan rapi untuk memastikan siapakah dalang dan yang bertanggungjawab keatas kejadian yang tidak diingini tersebut.

Selasa, Mei 13, 2008

Mentaliti DATAR (Dato' Tajuddin Abdul Rahman), malukan Warga Pasir Salak...Weh.

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) gagal menjawab soalan Haji Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang meminta beliau menamakan seorang tokoh Umno yang dipenjarakan kerana memperjuangkan kemerdekaan.
-->-->
Sebelum itu, tokoh Umno yang tidak senang dengan gelaran "Six Million Dollars Man" itu membangkit-bangkitkan peranan Umno memperjuangkan kemeredekaan negara ini.
Cara beliau menyampaikan hujjahnya seolah-olah menggambarkan bahawa Umnolah yang memulakan perjuangan membebaskan rakyat negara ini dari belenggu penjajahan British.
Khalid lalu bertanya adakah Tajuddin sedar bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan dimulakan oleh begitu banyak badan-badan lain yang ditubuhkan oleh rakyat negara ini pada masa itu termasuk Hizbul Muslimin dan sebagainya.

Beliau juga menuntut Tajuddin menamakan hanya seorang tokoh Umno yang dipenjarakan kerana perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.
Apabila Tajuddin tidak memberikan jawapan yang menepati soalan yang dikemukakan, sekali lagi Khalid bangun dan bertanya dengan lantang: "Namakan seorang pemimpin yang ditangkap kerana memperjuangkan kemerdekaan".

Sekali lagi Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak memberikan jawapan yang dikehendaki dan Khalid sekali bertanya sehingga keadaan menjadi agak kecoh. Yang DiPertua dewan kemudiannya meminta Tajuddin meneruskan ucapan dan tidak memberikan laluan.

Mengenai tuduhan "Six Million Dollar" terhadapnya, tokoh Umno itu tidak menafikan dan menjelaskan beliau tidak membelanjakan wang yang dibangkitkan itu untuk merebut jawatan di dalam partinya.

Menurut beliau, beliau mendermakan wang itu kepada masjid di mana ayahnya menjadi siak dari muda hingga ke tua dan sekolah di mana beliau pernah mendapat pendidikan. Mungkin tidak berpuas hati lagi, Tajuuddin mengakhiri ucapannya dengan mendakwa bahawa Ahli-Ahli Parlimen pembangkang di hadapannya berada di dalam Dewan Rakyat "kerana jasa-jasa Umno".

Isnin, Mei 12, 2008

Tazkirah Jumaat : Mencari Kedamaian

Setiap ucapan anak anak Adam itu membahayakan dirinya (tidak bermanfaat), kecuali kata kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah (HR Tirmidzi).Lazimnya, suatu rahmat Allah di muka bumi ini, seperti suasana kedamaian, akan terasa sekali besar maknanya oleh orang orang yang pernah hidup dalam suasana tidak damai. Sebab, tersangat berat dan sangsaranya hidup dalam keadaan tidak damai. Makanya, Islam sebagai agama rahmat menjunjung tinggi perdamaian dan mengajak seluruh umat manusia untuk berdamai dan mempertahankan nilai-nilai kedamaian dalam hidupnya.Malah satu cara yang diajar Islam yang menjunjung tinggi perdamaian ialah menganjurkan manusia untuk bermusyawarah dalam setiap perkara. Dengan musyawarah, diharapkan semua pihak tidak salah faham terhadap perkara yang sedang dipersoalkan. Selanjutnya, Islam mengajak semua umat manusia untuk berlaku adil. Sebab, ketidakadilan adalah salah satu benih benih yang membawa perpecahan dan suasa tidak damai.Islam juga mengajak manusia untuk bersikap diam, seandainya apa yang akan dikatakan tidak bermanfaat. Yang tidak kalah pentingnya, Islam menganjurkan manusia untuk saling memberi salam. Salam membawa makna damai. Dengan demikian, memberi salam adalah suatu usaha melahirkan kedamaian. Kesimpulannya, Islam mengajak manusia untuk mewujudkan kedamaian melalui lisan, sikap, dan perbuatan. Persoalannya sudah sampai di mana kita sudah melaksanakannya?

Tazkirah Jumaat : encari kedamaian

Setiap ucapan anak anak Adam itu membahayakan dirinya (tidak bermanfaat), kecuali kata kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah (HR Tirmidzi).Lazimnya, suatu rahmat Allah di muka bumi ini, seperti suasana kedamaian, akan terasa sekali besar maknanya oleh orang orang yang pernah hidup dalam suasana tidak damai. Sebab, tersangat berat dan sangsaranya hidup dalam keadaan tidak damai. Makanya, Islam sebagai agama rahmat menjunjung tinggi perdamaian dan mengajak seluruh umat manusia untuk berdamai dan mempertahankan nilai-nilai kedamaian dalam hidupnya.Malah satu cara yang diajar Islam yang menjunjung tinggi perdamaian ialah menganjurkan manusia untuk bermusyawarah dalam setiap perkara. Dengan musyawarah, diharapkan semua pihak tidak salah faham terhadap perkara yang sedang dipersoalkan. Selanjutnya, Islam mengajak semua umat manusia untuk berlaku adil. Sebab, ketidakadilan adalah salah satu benih benih yang membawa perpecahan dan suasa tidak damai.Islam juga mengajak manusia untuk bersikap diam, seandainya apa yang akan dikatakan tidak bermanfaat. Yang tidak kalah pentingnya, Islam menganjurkan manusia untuk saling memberi salam. Salam membawa makna damai. Dengan demikian, memberi salam adalah suatu usaha melahirkan kedamaian. Kesimpulannya, Islam mengajak manusia untuk mewujudkan kedamaian melalui lisan, sikap, dan perbuatan. Persoalannya sudah sampai di mana kita sudah melaksanakannya?

Selasa, Mei 06, 2008

Hubungan Istana Perak dan MB baik, media cuba polemikkan

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekali lagi diuji dengan 'asakan' dan 'cabaran' pihak tertentu yang dilihat cuba menghebahkan kepada rakyat.
Kini kerajaan pakatan sengaja dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah wujud ketegangan antara pihak Istana dengan Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Walhal isu itu berkaitan formaliti dan prosedur yang sepatutnya dipatuhi oleh Nizar dalam perkara membabitkan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato' Jamry Sury.
Mengulas lanjut hal itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata isu 'kesilapan' teknikal itu cuba diperbesar-besarkan dan dipolemikkan oleh sesetengah media milik kerajaan yang mahu mempamerkan seolah-olah Nizar membelakangi kuasa Istana.
Sedangkan pertukaran Jamry telah dimaklumkan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak sewaktu perasmian Mahkamah Syariah Ipoh pada 30 Mac lalu.
"Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Perak iaitu Raja Muda Raja Nazrin Shah.
"Dan Raja Muda menegur Nizar dari sudut formaliti dan perlu mengikut prosedur yang betul. Itu sahaja dan hubungan Istana amat baik sama ada dari segi tugasan mahupun peribadi tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," katanya yang juga seorang peguam.
Beliau turut mendakwa bahawa pertukaran Jamry iaitu merupakan proses pertukaran biasa yang dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri kepada para pegawainya.
Ianya tidak melibatkan soal turun pangkat mahupun pemecatan daripada jawatan, katanya.
"Pada awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak memang berlaku beberapa pegawai yang enggan bekerjasama dengan Menteri Besar malah mahu meletakkan jawatan ataupun ditukar ke tempat lain.
"Justeru kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik menangani masalah-masalah individu yang tidak mahu memberikan komitmen kepada kerajaan yang baru," katanya.
Berhubung dengan kenyataan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, beliau sekadar menyatakan bahawa itu merupakan hak beliau untuk memberi pendapat dan enggan mengulas lanjut.
"Kita tidak mahu melatah setiap isu yang dimainkan oleh pihak media atau pihak-pihak tertentu kerana ianya akan mensensasi perkara yang tidak pun seperti yang digambarkan," katanya yang juga merupakan AJK PAS Pusat.

MB Perak Bertindak Bijak

Akhir-akhir akbar arus perdana asyik menyiarkan berita penarikan balik pertukaran jawatan Pengarah JAIP Datuk Jamry Sury daripada Pengarah kepada Pegawai Khas SUK negeri. Kebanyakan media arus perdana meletakkan kesilapan 100% kepada MB perak tanpa mengira sebab-sebabnya. Mungkin di sana terdapat sedikit kesilapan teknikal daripada MB Perak yang tidak terperasan bahawa perkara ini berhubung kait dengan istana. Tetapi tindakan beliau menukar serta-merta (tukar bukan pecat) penjawat jawatan kerajaan negeri dengan sebab tidak memberi kerjasama adalah satu tindakan yang wajar.
Sepatutnya media arus perdana alternatif menyiarkan sebab-sebab tersebut. Datuk Jamry perlu dikritik kerana masih belum menerima hakikat bahawa beliau sekarang bekerja dengan kerajaan Pakatan Rakyat dan bukan lagi kerajaan Barisan National (BN). Kedegilan Datuk Jamry perlu diajar.Disebabkan Datuk Jamry tidak memberi kerjasama, segala gerak kerja untuk memastikan perak bergerak berlandaskan Islam yang syumul terbantut. Jadi kenapa mesti dikekalkan orang sebegini. Bukankah menyusahkan. Masyarakat luar selalu bercakap bahawa MB Perak bertindak tergesa-gesa tanpa hikmah. Apakah mereka merasa apa yang berlaku di perak. Setiap perubahan yang memerlukan penyegeraan perlu disegerakan. Kalau tidak kerajaan PAKATAN RAKYAT dituduh lembab.Tindakan ini sekurang-kurang membuka mata Penjawat Kerajaan di negeri PAKATAN RAKYAT supaya sedar bahawa mereka mesti bekerja di bawah kerajaan yang ada. Lupakan ideologi gerak kerja UMNO/BN. Penulis memandang perlantikan dan pemecatan penjawat awam yang dilaksanakan oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT berdasarkan kepada hadis Nabi yang bermaksud : Pilihan kamu di masa Jahiliyyah merupakan pilihan kamu ketika Islam. Tetapi dengan syarat hendak dia layak dan faham.Pengekalan jawatan akan dibuat apabila seseorang penjawat itu memberi kerjasama terhadap perjalanan kerajaan. Tetapi apabila seseorang penjawat itu bergerak membelakangkan kerajaa negeri. Kenapa perlu dikekalkan?. Baik ditukar jawatannya. Tetapi jangan dipecat macam cara UMNO. Ini kerana setiap pengjawat itu ada tanggungan dia. Mereka mempunyai isteri dan anak. Ini juga perlu dijaga oleh kerajaan tanpa membatasi mana-mana pegangan politik.Jadi tugas media PAKATAN RAKYAT sekarang ialah menumpukan berita macam mana lembutnya MB Perak bertindak. Beliau hanya menukar jawatan dan bukan memecat. Itupun setelah diberi masa selama 40 hari. Berbeza dengan UMNO yang bertindak seperti tentera salib.Selepas tentera salib berjaya menguasai menawan palestin. Tugas pertama yang dibuat ialah menyembelih setiap penganut Islam di Palestin. Masjid Aqsa terus ditukar menjadi gereja.Apabila Islam menguasai Palestin di bawah Panglima Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Tugas pertama ialah memberi masa kepada pendatang palestin untuk keluar dai bumi dengan membawa harta masing-masing. Bukan membunuh, menyembelih dan menghalau begitu sahajaSelepas kemenangan UMNO/BN di terengganu. Tugas pertama yang dilakukan ialah memecat segala jawatan yang dilantik oleh kerajaan PAS tanpa sebarang notis.Selepas kemenangan Kerajaan PAKATAN RAKYAT di Perak. Setiap pengjawat yang tidak memberi kerjasama diberikan masa untuk berubah. Kalau masih berdegil seseorang pengjawat itu akan ditukar. Bukankah itu satu tindakan yang bijak dan berhikmah.?Semoga kerajaan PAKATAN RAKYAT terus bergerak berasaskan kepada janji untuk membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada negeri berteraskan kepada Islam

Wanita jangan tertipu dengan kecantikkanmu?

Dalam hadis Nabi saw bersabda carilah agama bukannya harta dan kecantikkan wanita,inilah sifir yang diajar Nabi saw dalam mengharungi gelombang kehidupan kepada manusia agar berfikir menggunakan aqal bukannya nafsu.Wanita patut menganlisis atau muhasabah diri bahawa harta dan kecantikkan bukan nilaian disisi Allah SWT,apatah lagi harta dan kecantikkan bukannya 'benda' yang tahan lama,harta makin berkurang dan kecantikkan akan berubah menjadi tua dan berkedut,walaupun harta banyak ia takkan mampu merubah muka menjadi tegang seperti waktu muda,ini dapat kita lihat kepada artis2 barat yang selalu merubah muka agar kelihatan tegang dan cantik,namun tua tetap tua walaupun kelihatan 'muda'.Agama juga satu hakikat bahawa walupun ia tak nampak dari segi luaran seperti berharta dan cantik,agama juga sebenarnya menkayakan jiwa,satu 'harta' yang tahan lama,tahan uji terhadap pengamalnya,sentiasa menjadikan seseorang itu tenang walaupun harta tidak mewah dan wajah yang kurang cantik,mengajar hidup mempunyai prinsip dan identiti,berwawasan jauh sehingga beriman kepada akhirat dimana disana kecantikkan kekal abadi dan harta berlimpah ruah sebagai ganjaran mengabdikan diri kepada Allah SWT,bersiap sedia menghadapi mati yang kita tak tahu tarikh kematian kita.Lebih malang apabila mempunyai harta dan kecantikkan disalah gunakan untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT seperti berzina,mengajak lelaki yang lemah imannya berzina,menggunakan harta dengan membeli pakaian yang menjolok mata agar lelaki2 yang lemah imannya terpedaya.Kita tak mahu mennyalahkan satu pihak namun bagi hemat saya wanita lebih kehadapan dalam 'indek' menyeru kearah penzinaan dengan menggunakan harta dan kecantikkan pada jalan yang salah sperti contoh yang saya utarakan diatas menggunakan harta untuk membeli pakaian menjolok mata untuk memperdayakan lelaki dan menggunakan kecantikkan untuk memperdayakan lelaki,andaikata mereka memakai pakaian yang sopan dengan menutp aurat,mengikut syariat,sentiasa tawaduk dihadapan lelaki ajnabi pasti penzinaan tidak berleluasa seperti hari ini dan indek kematian bayi luar nikah akan berkurangan.Kesimpulannya wanita perlu kembali kepada syariat Islam secara syumul dan sederhana tidak menolak dunia seperti kaum sufi yang sesat dan tidak menolak syariat mengikut selera seperti puak sekular yang sesat,Islam adalah agama pertengahan (sederhana) dalam aqidah,ibadah dan akhlak namun dalam hal keduniaan ciptalah semahunya untuk kepentingan ummah.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO