Rabu, April 30, 2008

MEREKA SUDAH BUAT DAHHH....

Seorang teman telefon sebentar tadi bertanyakan mengapa saya tidak menulis mengenai gelagat Ahli Parimen (MP) ketika bersidang hari ini. Kecoh dan macam adegan pergaduhan budak-budak di kampung. Beliau yang menonton berita di televisyen amat bersetuju dengan Speaker DR, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa keadaan dalam Parlimen hari ini seperti pasar. Beliau bertanya mengapa "pendekar" tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal pengacau-pengacau dalam DR berkenaan.Sebenarnya, saya tidak mahu menulis lagi mengenai gelagat MP dan lebih berminat mengutarakan isu yang dibincangkan. Saya sudah menjangka keadaan kekecohan ini berlaku apatah lagi mereka mengetahui bahawa adanya siaran secara langsung oleh RTM. Itu sebab saya meminta mereka berhujjah secara profesional untuk kepentingan rakyat. Bukannya mencari publisiti murah atau menjadikan Parlimen sebagai sarkas menghiburkan penonton. Bagi saya, sejak semalam persidangan sudah bermula dengan contoh tidak baik dengan mengemukakan perkara-perkara remeh dan ini sudah pasti tidak baik untuk MP yang pertama kali menjejaki kaki ke Parlimen. Sudah tentu mereka mengikut dan mengambil "perangai" buruk MP lama itu, yang berniat ingin menjadi jagoan atau untuk menunjuk-nunjuk kehebatan mereka. Sudahlah, berhentikan permainan sarkas itu dan tumpukan perhatian kepada isu semasa seperti masalah keperluan harian rakyat yang semakin hari semakin mencabar. Hayatilah ucapan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan yang mengingatkan MP agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi berjuang untuk kepentingan rakyat.Saya yakin ketika ini, Pak Lawak atau joker lama yang ingin menjadi jagoan akan memikirkan apa yang boleh dilakukan lagi untuk menguji Speaker baru di samping menyusun strategi untuk memalukan antara satu sama lain. Bagi mereka, Speaker perlu diuji untuk memastikan mereka boleh buat "perangai tidak senonoh" itu selalu pada persidangan seterusnya. Bagi sesetengah ahli pembangkang, jika boleh Perdana Menteri dan Timbalannya juga ingin dimalukan demi untuk mempopularkan parti masing-masing. Panggilan dan kata kesat? Hari inipun, MP sudah berperangai seperti budak-budak atau lebih rendah iaitu bayi dengan memanggil nama "big foot" dan "big monkey" antara mereka. Karpal Singh memanggil Bung Mokhtar "big foot", Bung Mokhtar memanggil Karpal Singh "big monkey". Pakai kot hitam, nampak macam orang tua dan mengenakan tali leher macam orang korporat tetapi menjerit-jerit memberi pelbagai nama, macam budak-budak. Alo, jadilah orang dewasa dan berhujjahlah secara profesional.Kalau tidak mahu jadi MP, jadilah kanak-kanak dan bermainlah pondok-pondok di kampung atau taman perumahan masing-masing. Ingatlah, rakyat sedang memerhatikan anda dan jangan tersilap langkah sehingga kecundang pula pada PRU13, gara-gara berperangai semacam budak-budak.Alo, jadilah orang dewasa untuk sekian kalinya. Berubahlah untuk kepentingan rakyat.

Selasa, April 29, 2008

Sidang Parlimen-Soalan Jawab Lisan Roslan Shaharum

KUALA LUMPUR- Haji Roslan Shaharum ,Ahli Parlimen Malaysia,Bukit Gantang mengemukakan sepuluh soalan jawab lisan dalam persidangan parlimen kali ini.Antara lain soalan itu:
1.Minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah jumlahunit rumah pangsapuri kos rendah yang telah dibina oleh Syarikat Perumahan Negara dalam tempoh 2004-2008 dan berikan pecahan mengikut negeri.
2. Minta Menteri Pelajaran menyatakan berapa peratuskah pelajar Luar Bandar yang memasuki MRSM dari sejak penubuhannya sehingga kini dan jelaskan dasar pengambilannya.
3. Minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah tender untuk Projek Pembinaan"DOUBLE TRACKING" KTM dari Ipoh ke Padang Besar ditawarkan kepadaSyarikat JV MMC-GAMUDA dan kenapa SYARIKAT itu sahaja yang dipelawa dan tidakdibuka kepada syarikat lain.
4. Minta penjelasan Menteri Pertahanan apakah status "service ability" (siapsenggara)pesawat penggempur Skuadrom MIG 29 ketika ini? Megapa terdapat masalah dalam mendapatalat ganti?

MB Perak arah Pengarah JAIP bertukar

29/04/2008 7:28pm SITIAWAN 29 April — Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama. Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi. Seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang mengesahkan perkara itu berkata Jamry telah dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa bagi membela dirinya. Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan. Sementara itu, Jamry ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini di Istana Kinta di Ipoh. “Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini,” katanya

Sabtu, April 26, 2008

Sivakumar dan Hee, Speaker dan Tim Speaker Perak

Ahli Dewan Negeri Tronoh, YB. Encik V.Sivakumar, 38, dan Ahli Dewan Negeri Jelapang ,YB. Puan Hee Yit Fong , 45, terpilih sebagai Speaker dan Timbalan Speaker hari ini, ia mencatatkan satu sejarah tersendiri kerana V. Sivakumar menjadi kaum India pertama yang dilantik mengisi jawatan itu manakala Hee dipercayai golongan orang kurang upaya (OKU) pertama terpilih sebagai Timbalan Speaker.Hee yang tempang selepas diserang penyakit polio ketika berusia empat tahun, juga menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.
Semua 59 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak telah selesai mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang Ke -12 yang berlangsung pada jam 3.00 petang tadi. Persidangan itu yang pertama selepas kerajaan campuran Pakatan Rakyat ditubuhkan apabila DAP memenangi 18 kerusi, PAS (6) dan Parti Keadilan Rakyat (7) pada pilihan raya umum lepas manakala Barisan Nasional (BN) hanya menang 28 kerusi.
Pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker telah dilakukan secara undi sulit. Sivakumar telah memperolihi 31 undi dan calon pembangkang, Dato Junus Wahid mendapat 28 undi. Manakala untuk Timbalan , Hee mendapat 30(setelah speaker tidak mengundi) dan Calon pembangkang mendapat 28 undi.
Pencalonan Sivakumar dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin sementara pencalonan Junus dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.
Sebelum penangguhan dewan, speaker telah memberi ucapan sulongnya. Antara kandungan ucapannya beliau mengucapkan terima kasih dengan kepercayaan dipilih sebagai yang Dipertua Dewan Negeri yang ke-12.
Beliau berharap dewan akan berlangsung dalam keadaan konstruktif dan dinamik dan meminta semua ahli Yang Berhormat menghormati dewan dengan tidak menjadikan dewan tempat mengumpat.

Rabu, April 23, 2008

MB Perak :Kerajaan Perak beransur pulih dan meyakinkan

Setelah sekitar 36 hari Pakatan Rakyat (PR) memerintah Negeri Perak, kerajaan negeri beransur pulih dan meyakinkan pelbagai pihak , demikian antara ucapan Menteri besar perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam Majlis Ramah Mesra bersama wakil-wakil rakyat PR disini malam tadi.
Majlis tersebut dihadiri oleh semua wakil rakyat PR dari ADUN dan Ahli Parlimen.
Menteri Besar Perak itu juga menyatakan bahawa kita tidak menyangka dapat memerintah Perak sebagaimana BN tidak meyangka mereka akan mengalami kekalahan. sehubungan dengan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memenangkan kesemua 31 calon dari Pakatan Rakyat.
Keyakinan rakyat tersebut tegas beliau terserlah hasil kejayaan Himpunan Rakyat yang menghimpunkan lebih 50,000 rakyat di Stadium Ipoh. Selain itu keyakinan kepada kerajaan PR datang juga dari para pelabur dari dalam dan luar negara.
Pada majlis yang julung kali diadakan itu, MB Perak juga menjelaskan suatu pertemuan yang diadakan dengan Perdana Menteri di Putra Jaya berlangsung dalam keadaan baik dan positif.
Sambil menegaskan semua wakil rakyat PR hendaklah menyedari bahawa kita sekarang bukan lagi pembangkang tetapi adalah anggota sebuah kerajaan. Oleh itu semuanya memerlukan perubahan sikap dan pemikiran. Sebagai contoh katanya, pengurusan masa dikalangan wakil rakyat mesti tepat.
Wakil rakyat juga mesti perlu menambahkan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca. Selain itu semuanya mesti mengurus perubahan dengan sebaik mungkin bagi memastikan negeri Perak dapat merealisasikan konsep negeri berkebajikan.

Selasa, April 22, 2008

Kenyataan siapa yang paling berasas ?

Ketua Pemuda UMNO Perak -Zainol Fadzi- mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mendapati sesetengah keputusan kerajaan terdahulu tidak adil dan merampas kepentingan pihak lain. Katanya, MB Perak perlu membuktikannya dengan fakta dan tidak melemparkan batu sembunyikan tangan apabila menuduh kerajaan terdahulu melaksanakan projeknya secara tidak adil dan merampas hak orang lain.''Saya mahukan bukti, projek apa yang menindas orang lain dan apa yang tidak adil dalam keputusan kerajaan terdahulu?"
Secara mudah kita sangat yakin dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Perak kerana ianya berdasar dan bersandarkan kepada fakta-fakta dan fail-fail keputusan yang telah dilakukan oleh kerajaan yang lepas.
Yang tidak masuk akal ialah apakah asas dan fakta yang dipertahankan oleh Zainol yang menunjukkan seolah-olah beliau duduk semeja dengan exco yang lepas untuk membuat keputusan. Selayaknya yang memberi komen dalam isue ini adalah bekas MB yang lepas dan exco-exconya. Apakah posisi Zainol hingga jadi" macam kaduk naik junjung ?"

HARI SELASA JUMPA MB & EXCO PERAK

Semua rakyat jelata Perak boleh ke Bangunan SUK Perak di Ipoh untuk mengadu masalah secara terus kepada barisan exco kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar YAB Dato' Seri Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin. Senarai Portfolio Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak:

MENTERI BESAR PERAK-YAB Dato' Seri Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin(PAS : Pasir Panjang)E-Mel : nizarmb@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan, Pembangunan Luar Bandar.

EXCO KANAN-YB Dato' Ngeh Koo Ham(DAP : Sitiawan) E-Mel: ngehkooham@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Tenaga dan Air,Hal Ehwal Bukan Islam.

EXCO-YB Nga Kor Ming(DAP : Pantai Remis)E-Mel : ngakorming@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Pendidikan,Kerajaan Tempatan, Perumahan, Pengangkutan Awam.

EXCO-YB A. Sivanesan A/L Achalingam(DAP : Sungkai)E-Mel : asivanesan@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Kesihatan,Alam Sekitar dan Sumber Manusia.

EXCO-YB Seah Leong Peng(DAP : Pasir Bedamar)E-Mel: seahleongpeng@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Kebudayaan, Belia dan Sukan.

EXCO-YB Chen Fook Chye(DAP : Keranji) E-mel: chenfookchye@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Perpaduan dan Integrasi Nasional, Hal Ehwal Pengguna.

EXCO-YB Su Keong Siong(DAP : Pasir Pinji)sukeongsiong@perak.gov.myPengerusi Jawatankuasa:Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.

EXCO-YB Jamaluddin bin Mohd Radzi(PKR : Behrang)E-Mel : jamaluddinradzi@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian, Perdagangan.

EXCO-YB Tai Sing Ng(PKR : Kuala Sepetang)E-Mel : taisingng@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Pembangunan Industri, Penerangan.

EXCO-YB KAPTAN (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu(PKR : Changkat Jering)E-Mel : mohdosman@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Pelancongan, Pembangunan Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

EXCO-YB Tuan Haji Mohd. Zainuddin bin Mohd Yusof(PAS : Lubuk Merbau)E-Mel : mohdzainuddin@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.

Ahad, April 20, 2008

SALAM

Camni lah sepatutnya orang Islam bersalaman antara lelaki dan wanita . Sunggoh sopan dan santun sekali. Siap pakai sarong tangan lagi. Bukan dok pegang bahu sana sini, atau pelok pinggang sambil bergambaq. Majlis Kerajaan bersama Malaysian Bar Council tempoh hari bila Datin Seri Wan Azizah juga turut hadir bersama serta beberapa ahli ahli parti pembangkang yang lain. Ada jugak cemuhan yang diterima bila PM buat majlis ni. Tapi apapun yang dilakukan buat masa la nie pada ana adalah nak cuba tonjolkan kembali diri dia yang dah nak tenggelam. Sekurang kurangnya la nie dah dapat support dari loyar loyar dan hakim hakim.Tetapi kontraktor kontraktor masih tak merasa jasa PM lagi sejak dia pegang teraju. Kontraktor yang buat kerja ngan BLT boleh la gagau banyak, dan juga yang buat kerja dengan Syarikat Patrick Lim..

Khutbah dan keberkesanannya kepada umat

Suka untuk aku kongsi satu isi khutbah yang aku dengar semalam. Khutbah tu dari Kerajaan Negeri atau kerajaan langit. Namun, aku tidak pasti khutbah itu dikategorikan sebagai Khutbah Hadhari atau tidak. Khutbah semalam tu bertajuk "Bersama Menangani Gejala Sosial". Isunya remaja dan gejala sosial. Biasa la jika isunya gejala sosial, maka adalah disebut tentang budaya-budaya yang menular di kalangan remaja sekarang. Kemudian turut disebut peranan ibubapa, masyarakat dan pimpinan bagi menangani masalah ini. Aku tertarik dengan satu persoalan yang dilontarkan khatib kepada remaja-remaja hari ini. "Apakah Pendidikan Agama yang mereka pelajari di sekolah dan di rumah belum mencukupi? Atau apakah punca sebenar masalah ini, sehinggakan gejala sosial ini kian berleluasa dan menjalar di bandar dan di kampung?"Nada itu ditekan dengan rasa cukup kecewa. Kecewa bilamana remaja-remaja hari ini seolah-oleh sudah 'tidak makan diajar' lagi. Seolah-olah kita hari ini telah melakukan yang terbaik kepada anak remaja kita hari ini bagi menangani segala permasalahan. Khutbah juga menegur betapa teruk prilaku anak-anak remaja hari ini apabila budaya barat ditiru dan artis dipuja. Hampir semua penyakit budaya disebut dari A hingga Z. Hampir tiada yang terkecuali. Dari atas kepala, hingga ke hujung kaki. Memang memalukan mendengarnya.Satu punca yang aku tunggu-tunggu disebut oleh khatib, namun tidak disebut sehingga akhir cukup mengecewakan aku. Peranan media massa samada bercetak mahupun elektronik dalam membawa budaya-budaya ini. Bukan berniat menyalahkan 100% media yang ada ini, namun itu adalah realiti yang ada,Pada aku, peranan kedua-dua media ini sangat besar pengaruh dan kesan yang diberikan kepada perubahan sikap masyarakat. Hiburan melampau yang dihidang melalui pelbagai program TV samada realiti mahupun fantasi, dan liputan meluas aktiviti hiburan menerusi akhbar dan majalah sungguh melampau. Ini jauh jika dibandingkan ruangan atau pembahagian masa yang disediakan untuk rancangan agama atau berinformasi sihat. Apatah lagi masa yang disediakan untuk ruangan agama di TV misalnya cukup terbatas. Bicara Mufti disiar seawal jam 6 pagi dan diulangsiar pada tengah malam (seingat aku). Forum perdana dan Al-Kuliyyah hanya seminggu sekali. Pembelajaran agama di sekolah? Cukup jika aku katakan tidak dipandang penting kerana tidak masuk peperiksaan utama. Aku juga suka menyentuh Khutbah Jumaat yang dilihat gagal memberikan maklumat yang baik dan menepati kehendak masyarakat. Aku berkata begini kerana khutbah yang dibaca teksnya kadang-kala tidak menyentuh masyarakat lantaran setiap tempat berlainan masalah dan penyakitnya.Sebelum khutbah dibaca, seorang jawatankuasa masjid telah berdiri dan membuat beberapa pengumuman. Di samping pengumuman biasa, beliau juga telah membuat beberapa teguran khusus kepada anak-anak remaja yang dikesan tidak solat, sebaliknya bermain-main di belakang. Selain itu turut ditegur perlakuan anak-anak yang semakin berani membuat vandalisme mahupun jenayah. Para bapa juga dipesan menjaga perlakuan anak-anak.Pada aku, sepatutnya teguran bersifat setempat itu sewajarnya diselit sahaja dalam khutbah. Ini kerana pengumuman sebelum khutbah biasanya tidak mencapai sasaran yang banyak. Budak-budak muda sudah tentu lewat datangnya. Jemaah juga agak berkurangan ketika itu. Lagipun, isu setempat lebih akan diambil perhatian dari isu yang langsung tidak menyentuh dan berkaitan mereka. Bayangkan sahaja khutbah menyebut perihal budaya bertatu dan bersubang di telinga bagi lelaki pada masyarakat kampung. Budaya itu terlalu jauh sifatnya berbanding budaya lain seperti merempit, pergaulan bebas, lepak, dadah dan sebagainya. Di sinilah aku lihat betapa medium khutbah yang ada masih gagal menepati kehendak masyarakat. Mungkin Khutbah Multimedia dilihat moden dan membanggakan. Namun sekiranya isu dan isinya masih kaku dan jumud tanpa pengubahsuaian dari khatib, maka kekal lah khutbah itu dilihat rendah mutunya dan tidak menepati sasaran. Mungkin sahaja khatib yang ada tidak punya upaya mengubah khutbah, atau memang arahan tidak membenarkan khutbah diubah sedikitpun.Maka, kekal lah khutbah dilihat sebagai suatu ucapan yang tidak menarik, dan lebih dilihat sebagai 'waktu rehat' untuk melelap mata. Langsung tidak ditunggu, sebaliknya dinanti bila mahu tamatnya khutbah.Wallahua'lam

Jumaat, April 18, 2008

JUTAAN TAHNIAH DARIPADA PAS KG GAJAH & SG MANIK


Tahniah buatmu MBku diatas kurniaan Darjah Kebesaran daripada Sultan Perak. Membawa gelaran :


Dato' Seri Ir Hj. Mohammad Nizar b. Jamaluddin


Moga keadilan, kejujuran, kesaksamaan, kebajikan & ketelusan saf kepimpinanmu membawa rakyat Perak sentiasa bersyukur.

Khamis, April 17, 2008

7 Perkara Jaminan PR Negeri Perak

Dalam usia 35 tahun, YB Nga Kor Ming yang berkelulusan Ijazah Undang-Undang telah dapat mengegarkan Stadium Perak dengan ucapannya pada malam Perhimpunan Mega Pakatan Rakyat disini pada 14 April yang lalu.
Stadium yang dibanjiri oleh lebih 70 ribu rakyat terpesona dengan kefasihan dan kelincahan Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak ini melalui ucaptamanya yang penoh bersemangat dan yakin.Dalam kenyataan beliau telah mendedahkan bahawa selama 4 tahun berturut-turut negeri Perak telah mengalami defisit yang berterusan. Defisit yang terburuk menurut beliau adalah pada tahun ini di mana Perak telah mengalami kerugian sebanyak RM38.74 juta. Inilah antara salah-tadbir yang berlaku sewaktu negeri Perak diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional. 7 Perkara Sehubungan dengan itu, YB Nga telah merumuskan 7 perkara dasar yang disepakati dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak untuk dilaksanakan dengan kadar segera. Antaranya adalah:

1. Memberi hak milik kekal selama 99.99 tahun kepada penduduk-penduduk di Kampong Tersusun dan Kampong Baru. Menurut YB Nga, ada dikalangan pemohonan itu dibuat semenjak tahun 1947 lagi dan terdapat juga pemohon yang meminta tanah tersebut telahpun meninggal dunia.

2. Seluruh kompaun yang dikenakan sebelum pengangkatan sumpah Menteri Besar Perak oleh pihak Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah dilupuskan serta-merta.

3. Mengecualikan kutipan cukai ke atas semua institusi-institusi pendidikan yang meliputi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Kebangsaan Tamil dan sekolah persendirian dengan hanya perlu membayar RM 1.00 sahaja setahun.

4. Semua Barisan Exco dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing dan pengisytiharan ini akan didedahkan kepada rakyat negeri Perak untuk dibuat perbandingan sebelum dan selepas.

5. Menetapkan 30% kuota terbuka diperuntukkan kepada semua pihak baik dari Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik ataupun rakyat negeri Perak yang berkemampuan sebagai Ahli Majlis Bandaraya/Perbandaran/Daerah.

6. Bersetuju menghapus gejala dan unsur-unsur nepostime dan krosnisme dengan mengadakan tender terbuka.

7. Menghapuskan politik dan parti perkauman dengan menjadikan semua masalah kaum adalah masalah bersama. Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan agar semua kaum Cina di Perak berdiri teguh bersama-sama dalam Pakatan Rakyat

Kes Tangkapan Mat Sabu, Pendakwaraya bersandiwara ?

NIBONG TEBAL, 16 April :-Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis yang dituduh mengganggu penjawat awam ketika penahanannya di Plaza Tol Tambun 9 Disember 2007 didakwa semula dengan jaminan RM3,000 seorang di Mahkamah Majistret Jawi, Nibung Tebal petang tadi. Tertuduh yang lain dikenakan ikat jamin RM 2,500 setiap orang.
Kesemua tertuduh dibebaskan setelah diikat jamin oleh penjamin terdahulu Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man manakala Haji Mohamad Sabu oleh penjamin baru Hasbullah Shafiee memandangkan penjamin lama Ariffin Husein tinggal di Kelantan.Pendakwaan terhadap mereka dilakukan semula kerana terdapat kekurangan bukti pihak pendakwa.
Setelah pembicaraan ditangguhkan beberapa kali akhirnya mereka dibebaskan dan Majistret, Mohd Izham Ali menangguhkan tarikh pembicaraan ke tarikh baru pada 8 Jun 2008 di mahkamah yang sama.
Empat orang peguam mewakili tertuduh iaitu Hanifa Maidin, Haji Asmawi Alwi, Aminuddin Zulkifli, Yusnita Mohd Yusuf dan Damina Khairo Darsyan Singh.
Antara Pimpinan PAS yang hadhir ialah Ketua DPP Pualau Pinang , Ust. Mohd Hafiz Nordin, ketua DPP Kedah , Ust. Musoddak Hj. Ahmad, ADUN Kubang Rotan Kedah, Muhamad Nasir Mustafa dan ADUN Titi Serong Perak, Drs. Khalil Idham Lim.Pembicaraan untuk kali kedua bagi kes tangkapan 10 orang aktivis PAS dan "Insiden balik Kenduri Mat Sabu "mendapat perhatian lebih 100 orang yang terdiri dari penyokong parti, sanak saudara dan kawan-kawan tertuduh. Seawalnya sekitar jam 9.30 pembicaraan dimulakan.Selain Naib Presiden PAS, Hj. Mohd Sabu tertuduh lain terdiri dari 4 orang dari Perak iaitu, Zamarul Aini abdul malek.37, Zairul Azrun Zainal Abidin. 35,, Abdul Rahim mat Ariff. 58, dan Mohd Binyamin Ishak.44. Sementara dari kedah pula Md. Lazim Osman. 54, Abdul Razak Ramli, Mohd Sobri Mohd Said, dan Muhammadd Salleh. Dan Seorang lagi yang juga dari Pulau Pinang iaitu Faudzi Saharat. Pendakwaraya meminta semua yang tertuduh (DNA) dilepaskan tanpa dibebaskan, tetapi peguam-peguam tertuduh membantah dengan mengatakan sepatutnya tertuduh dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya.Atas alasan bahawa pendakwaan telah menyalahgunakan proses mahkamah. Pendakwa juga tidak bersiap sedia untuk menjalankan pembicaraan dan berhasrat untuk mengemukakan pertuduhan baru, mahkamah juga bersetuju? Sejurus sahaja mahkamah membuat keputusan membebaskan tertuduh, mereka terus ditangkap semula dan telah dituduh semua di mahkamah yang sama pada jam 2.30 tadi.Semasa menunggu pertuduhan baru pada jam 2.30, penulis sempat menemuramah peguam tertuduh iaitu Sdr. hanifa Maidin dan Sdr. Aminuddin Zulkifli. Mereka meminta supaya para pencinta keadilan mendoakan mereka-mereka yang dizalimi ini diberikan kesabaran dan seterusnya dibebaskan dari semua pertuduhan.

LABUN BERAS DI BOTA

Kata tak naik tetibe jer udah naik.Haram tak berkabo.Suke hati perut deme jer nak naik.Mi pun naik.Aku makan mee kulup ayor rege(harga) sama tapi mii nye udah sket.Kome neray ler kalau tak percaya.Kata beras cukup ler ape le.Udah banyak kali deme main wayang.Undi lagi BN.Ambik kome.....
itu le pasai kome tak tau maksud Barisan Nasional tu BN .. BN = "Beras Naik" ..hehehe padan kan muke kome Yop.. Kita bukan x kabor pun sebelum ngundi... itu ler bila dah diberi beras sekilo due... Udah orang2 tue kita lupe... Asyik ingat Dacing memanjang itu le pasai org kite ni...udah BN bagi duit , bg makan free ,dan kain pelikat cap gajah duduk kat deme mase ngundi dulu terus mangkah BN..tak pikio kesan ape yg akan berlaku nanti...sekarang udah sikit demi sikit naik rega barang terpingnge-pinge kome...tu le pasainye tak di kaborkan..

Rabu, April 16, 2008

Kami Mahukan PAK LAH Lah!!!

PAK LAH BANYAK BERJASA KPD RAKYAT MALAYSIA;

ANTARANYA :

1. MENGEMBALIKAN PEMERINTAHAN KPD RAKYAT DI 5+1 BUAH NEGERI- Kalau tidak kerana Pak Lah jd PM, mungkin sukar utk rakyat menerajui Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor serta Kuala Lumpur.

2. MB TERENGGANU DAN PERLIS TIDAK DIKEKALKAN- Kalau tidak Pak Lah yg jd PM, berkemungkinan Raja2 Melayu tidak berani menentukan MB negeri masing2. Alamatnya Shahidan Kassim dan Idris Jusoh boleh terus memonopoli kuasa di negeri2 tersebut seterusnya menzalimi rakyatnya.

3. MENYINGKIRKAN PEMIMPIN YG DAH LAMA DIBENCI RAKYAT- antaranya Makcik Rafidah, Sami Vellu, Zainudin Maidin dan ramai lagi. Kalau bukan Pak Lah yg jd PM, rasanya muka2 yg dah expired ni masih kekal kat situ.

4. MENURUNKAN GRAF KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN PEMIMPIN UMNO.

JADI, DENGAN INI KAMI MEMOHON AGAR PAK LAH TERUSKAN BERKHIDMAT SEHINGGA KE TITISAN AIR MATA YG TERAKHIR PD PRU13 SEBELUM KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TERBENTUK SEPENUHNYA. PAK LAH JANGAN UNDUR

Isnin, April 07, 2008

DAH KENA PENYAKIT UMNO

Deme kate...penyakit yang dok ade banyak kat orang Umno dulu la ni dah mule hinggap kat orang PAS dah. Dah ade orang yang tibe-tibe rase diri die penting, hari-hari naik toron SUK, mengaku kenai exco nu exco ni, boleh tolong yang tu boleh tolong yang ni, sembang pun bukan main deras lagi. Yang seorang tu, dulu berketayap memanjang, la ni dah mule sulam-sulam. Dah kerap berneck-tie, siap berklip pulak tu, termasuk pade tengah hari dan malam Jumaat!
Tapi ye le, ape nak kate. Dah macam tu resmi manusie. Jenis tu di mane-mane pun ade. Pakat-pakat tengok, pakat-pakat ambik iktibar le...... ye dak..!!

Khir - Mukhriz Bergabung Jika KJ Bertanding?

Menurut sumber di kedua-dua kem Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, kedua-dua tokoh ini dijangka bergabung sekiranya Khairy Jamaluddin bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia Disember ini. Sungguhpun kedua-dua tokoh ini telah menyatakan kesediaan untuk bertanding biar berapa ramai pun yang mencalonkan diri, namun perkembangan terkini sehingga tengah malam tadi memperlihatkan keadaan kurang menyenangkan.
Keghairahan kedua-dua tokoh ini berdasarkan persepsi bahawa Khairy tidak akan bertanding Ketua Pemuda UMNO bagi kali ini berikutan dipersalahkan dalam tragedi Pilihan Raya Umum ke 12.Namun sejak petang semalam, telah terdapat usaha-usaha untuk memastikan Khairy akan dicalonkan di kalangan sepuluh Pemuda UMNO bahagian pertama yang bermesyuarat Oktober ini. Dengan keadaan ini, ia akan mewujudkan satu situasi kononnya Khairy tidak lagi boleh menolak pencalonan beliau.Usaha-usaha ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk Datuk Mukhriz dan Dr. Mohamad Khir. Justeru, penulis difahamkan kedua-dua tokoh akan bergabung di saat terakhir bagi memastikan Khairy tidak mendapat laluan mudah menang jawatan Ketua Pemuda.

Ahad, April 06, 2008

Majlis Kesyukuran dan Kemenangan Pakatan Rakyat

MANJUNG - 6 Apr 2008, Barisan Pakatan Rakyat bagi Kawasan Lumut, Perak telah mengadakan Majlis Kesyukuran bertempat di perkarangan Stadium Manjung pada hari ini bermula jam 10 pagi sehingga jam 2 petang. Seramai lebih 6,000 pengunjung di persekitaran daerah-daerah negeri Perak telah hadir meraikan majlis berkenaan terdiri dari pelbagai lapisan kaum dan masyarakat termasuk kaum India dan Cina.

Semak semula perletakan jawatan 726 Ketua Kampung

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan meneliti semula peletakan jawatan oleh 726 ketua kampung di negeri ini baru-baru ini kerana ia menimbulkan beberapa keraguan dan dipercayai didorong oleh ugutan, paksaan dan tekanan oleh pihak tertentu. Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin berkata untuk itu satu perjumpaan akan diadakan dengan semua ketua kampung terbabit selewat-lewatnya hujung minggu depan bagi membincangkan perkara terbabit. Beliau berkata kerajaan negeri mengambil langkah itu ekoran menerima laporan terdapat ketua kampung yang didakwa terpaksa menandatangani surat peletakan jawatan itu selepas menerima ugutan dan ada surat peletakan jawatan yang mengandungi tandatangan palsu.
"Kalau mereka sukarela letak jawatan, kita terima dengan hati terbuka tetapi bila dua, tiga orang ketua kampung datang kepada saya dan semak (surat itu) mengakui bahawa mereka tidak pernah menandatangani dan seorang pula kata beliau tidak mahu tandatangan tetapi terpaksa tandatangan juga.

Jaga solat, selalu muhasabah diri

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.
Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :
� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).
� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.
� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Usrah bulanan PAS Perak Penuh dengan peserta

TAIPING, 5 April:- Kedatangan peserta Usrah Bulanan yang diadakan pada malam semalam bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak di Ayer Kuning mendapat sambutan luar biasa malam semalam. Kebiasaannya peserta hanya memenuhi ruang dewan utama yang boleh menampung sekitar 500 orang peserta. Namun untuk malam tadi pengunjung bukan sahaja memenuhi ruang utama tetapi memenuhi bahagian luar dan melimpah sampai di tepi jalan utama.
Ledakan peserta usrah untuk kali ini dikaitkan dengan kemenangan di Perak apa tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat, yang Menteri Besarnya adalah dari PAS.Peserta yang penuh di bahagian luar dewan disediakan sebuah skrin besar yang telah disediakan lebih awal bagi menampung jangkaan kehadiran yang ramai itu. Sepertilah sambutan luar dugaan berlaku untuk program Sambutan mauludur Rasul di Ipoh pada bulan lepas, demikianlah kejutan kehadiran peserta yang saya jangkan bertambah 5 kali ganda dari biasa.
Program seawalnya dimulai dengan sembahyang maghrib berjamaah diikuti oleh kuliah maghrib. Sesudah itu peserta disediakan makan malam secukupnya. Acara kemuncaknya adalah majlis ucapan dan amanat dari Pimpinan yang dimulai sesudah sembahyang Isya berjemaah. Ucapan dimulai oleh Ustaz Dahlan selaku setiausaha Lajnah Tarbiyah Negeri. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih dan menegaskan perhimpunan kali ini berlainan dari sebelumnya kerana kita berhimpun dalam keadaan sudah memerintah Perak. Permulaan majlis adalah doa wehdah secara beramai-ramai yang di ketua oleh YDP Kawasan Tanjung Malim yang juga SU Dewan Ulama Negeri, Ust. Zulqarnain Hassan. Selain itu peserta juga berkesempatan mendengar ucapan dari Wakil Ahli Parlimen yang menang iaitu diwakili oleh ahli Parlimen Parit Buntar,YB. Dr. Mujahid Yusuf Rawa, dan Ucapan dari Wakil ADUN diwakili oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.Kandungan ucapan mereka berdua berkisar mengenai pengisian kepada kemenangan dan wala' kepada keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan.Ucaptamanya adalah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Hadirin sedikitpun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga ucapan berakhir.

Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat

Satu perhimpunan rasaksa akan diadakan di Stadium Perak, di Ipoh pada 14 April ini , pada jam 8.00 malam. Demikian yang di maklumkan oleh Ust Misbahul Munir, selaku pengarah majlis tersebut. Kelima-lima Menteri Besar dari negeri-negeri Pakatan Rakyat telah diundang untuk bersama dalam majlis tersebut.Pastikan anda tidak kemana-mana pada hari tersebut, melainkan bersama kami di Stadium Perak nanti. Bawalah keluarga anda bersama. Kita jumpa disanaaaaa!

Khamis, April 03, 2008

JKKK negeri, JKKK persekutuan

Aku pun......dah la bercelaru dah la ni. Paq Lah plak dok menambah pening kepala org kampung. ni ideal untuk diri sendiri punya kebaikan. Satu cadangan utk Paq Lah, jgn bagi rakyat bercelaru boleh dak. la ni baik cari kat mana silap perak leh d tawan oleh pembangkang. had ni dia kena ambik kira dulu. JKKK dah la bnyk problem dari dulu sampai la ni, jgn dok tambah penyakit kat depa ni lagi. kita tengok la ni macamana kerajaan baru negeri nak buat. kalu depa suruh JKKK letak jawatan baru la kita letak. kalu dak terus kan tugas berkhidmat utk rakyat la. tp ader sesetengah JKKK kena buang dah. telalu lama memegang jawatan JKKK 2 la ni besor kepala. salah satu punca kekalahan BN d sebabkan oleh JKKK la. rakyat marah kat JKKK, kerajaan jadi mangsa. pemimpin negeri plak lantik JKKK yang kroni depa, JKKK ni plak kalu buat apa pun adek beradik depa di dahulukan. mana orang kampung tak marah.jadi Paq Lah boleh dak jangan menambah masalah kat rakyat Perak.

Mari Belajar Bahasa Terengganu...Neng,neng,neng

Pernah baca blog Awang Goneng (AG)? kecek-kecek nama blognya. Orang Tranung asli la kiranya dia tuu. Apa yang aku nak kongsi adalah kisah yang dimuatkan dalam blog AG pasal video youtube Mat Said. Video mana lagi kalu bukan video ajak gocoh tu. Berikut adalah ulasan AG pasal video tersebut. Korang cuba baca dulu dah fahamkan, kalu tak faham jugak, nanti aku cuba buka kamus untuk explain.Dalam TKO, Ibrahim Baba menamakan posting ini sebagai Gurindam Awang Goneng.

Bila mung bbalöh denge orang Pah ddalang Dèwang Mung napök betol macang anök Teganung hanelang,Bèkèng denge mmusang, mung dok ddiri ccacang Yang di Pertua dök kata apa, gamök oh dia hèrang Orang Pah bila tèngok mmata mung dok cerlöng Basöh jjerok seluör dalang, rasa macang nök nnölöng Mung kata dia peranga macang sètang, pé’é nnatang Géng-géng mung pong tepok meja ddegung ddegang Sokong mung anok Teganung betollah anök jatang Bila aku tengok tu aku teringak masa sekölöh Lepah nngaji petang-petang masok rök ajök ggöcöh Aku suka mung hidop balik warisang kita hök lama Orang le ning dök panda döh nök wak ggitu serema.Mung kata dia paka sökök tapi peranga macang Sètang Mung kata dia gèntelmèng tapi dia dök setarang Lepah tu mung ajök orang Pah ggöcöh lluör Dèwang. Aku pong tepok tangang tèngok mung anök jatang,Tapi filem habih derah ddö'öh, dök sapa penghabisang.Gamök öh mung gi cari rumöh dia di Wakah PpelangGi tago denge batu, kalu dia ada pong döh kena tang,Orang apa macang ggining, ajök ggöcöh tak mboh setarang. Dia gi nnusuk derumöh Haji Hadi di cerök bandör Marang.Ggitulah hök kita nök sangak di Teganu kita jamang le ning.Kita hidop kang tabèak lama, dök payöh tertib terning Ggömö gguling bating, ddegung degang bbira dinding. Naik semangak tèngök mung lèk-lèk macang pahlawang. Kalulah dulu mung yang kita hantör gi ke negeri Pahang,Tentu Teganu menang, Tong Teja jadi bining Panji Alang:Tapi döh nök wak guana nök kata setarang!Pah tu bila negeri Teganung bising bbangör takdök menteri,Kami pong rama-rama beratang tengök laporang hök di TV,Aku kkejuk tèngök mung paka sökök, surak watikah pong diberi Yay, mölèk döh mung pulök jadi orang besör ddalang nègeri,Bila bbahah di Dèwang habih lah orang Pah tembör lari,Sebab mung bèkèng, gèntelmèng, paka sökök pulök le ni

Ir. Nizar umum beberapa polisi baru Perak

Semua wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan di negeri ini diwajibkan mengisytiharkan harta mereka kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri.
Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pengisytiharan pemilikan harta itu dibuat secara berperingkat dengan didahului beliau sendiri, anggota Exco kerajaan negeri dan diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai kanan kerajaan.
‘‘Kita mewajibkan wakil rakyat dan ketua jabatan mengisytiharkan harta masing-masing kerana mahu mereka bersikap telus seterusnya menunjukkan teladan baik kepada rakyat.
‘‘Pengisytiharan harta merupakan satu daripada lima prinsip bekerja yang akan diamalkan oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat berhubung bidang tugas Exco daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Taklimat yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang itu dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri termasuk Mohammad Nizar.
Selain mengisytiharkan harta, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri turut memutuskan bahawa satu pertiga daripada ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilantik mestilah daripada kalangan bukan ahli politik iaitu golongan akademik dan profesional.
Seterusnya kata beliau, semua tender untuk projek di bawah kerajaan negeri pula mesti dibuat secara terbuka dengan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan di negeri ini.
Katanya, satu Lembaga Panel Aduan Rakyat turut ditubuhkan untuk dijadikan saluran kepada rakyat menyampaikan aduan, rintihan atau rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang isu dan aduan terhadap ADUN.
‘‘Lembaga Aduan Rakyat ditubuhkan supaya rakyat boleh menyampaikan aduan mereka berhubung apa sahaja isu untuk pengetahuan kerajaan negeri seterusnya membolehkan Menteri Besar dan wakil rakyat mengkaji semula perkhidmatan mereka,” jelasnya.

Abdullah nafi letak jawatan sebagai Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Abdullah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri. "Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi yang saya nak lari, letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.
"Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh...itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab," katanya Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di pejabatnya di sini. Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi itu.
Spekulasi itu timbul berikutan gesaan oleh beberapa pemimpin, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang Abdullah patut memikul tanggungjawab bagi prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu dan meletakkan jawatan. BN hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen selepas memenangi hanya 140 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pembangkang memenangi 82 kerusi. BN juga tewas di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, selain gagal merampas kembali Kelantan daripada Pas. Abdullah yang jarang menghadiri majlis rasmi akhir-akhir ini turut menyemarakkan spekulasi itu.

SALAHKAN IBU BAPA...

Email: Pn.ZawiyahIbu bapa sekarang terlalu mementingkan 'A' di dalam keputusan peperiksaan anak-anaknya. Ketika kanak2 mereka tiada peluang untuk bermain masak-masak atau sebagainya kerana dikongkong supaya terus belajar.Manusia perlu merasa nikmat kehidupan pada setiap peringkat umurnya. Jika tidak, mereka akan mengalami kejutan budaya atau perasaan ingin merasa keseronokan masa yang lalu.Inilah yang berlaku kepada gadis kecil ini. Dia tidak pernah merasa apa yang kanak2 lain pernah lalui.Sedih lagi pilu........Dan mungkin juga , dia rasa tak bersalah menjual maruah dirinya kerana berpegang kepada 'Fatwa' Dr Masyitah Ibrahim yang menyatakan , boleh melacurkan diri kalau keadaan memaksa. Daruratlah tu! Yang ironinya, Dr Mashitah telah dititahkan untuk meninjau dan mencari jalan untuk menyelamatkan Sufiah. Cuba baca petikan berita harian online hari ini disini:-"KUALA LUMPUR, kerajaan melantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim untuk mengetuai misi menyelamatkan Sufiah.Semoga misi Dr Mashitah berjaya. Tapi Dr Mashitah kena bersedia dengan jawapan yang meyakinkan, bila ditakdirkan bertemu dengan Sufiah yang akan merungut: "Saya jadi begini kerana fatwa Doktor !"Semoga misi Dr Mashitah berjaya. Tapi Dr Mashitah kena bersedia dengan jawapan yang meyakinkan, bila ditakdirkan bertemu dengan Sufiah yang akan merungut: "Saya jadi begini kerana fatwa Doktor !"

Selasa, April 01, 2008

DPPP hantar memorandum kecam filem "Fitna"

KUALA LUMPUR, (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menyiarkan filem bertajuk 'Fitna' secara online pada 27 Mac lalu.
Filem tersebut dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.
Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub melahirkan kekecewaan kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Belanda hari ini. Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, di Lobi bangunan The AmpWalk, Jalan Ampang, pagi tadi.
Dalam memorandum tersebut, jelas Salahudin beliau mendesak kerajaan Belanda menghentikan sebarang bentuk provokasi agar dapat mengekalkan suasana aman dan makmur di seluruh negara.
Katanya, beliau bertanggungjawab untuk menyerahkan memorandum tersebut agar menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak kerana tindakan menghina sesuatu agama itu tidak bertamadun serta tidak berbudaya.
Sementara itu, dalam pertemuan singkat sewaktu penyerahan memorandum tersebut, Luc Schillings berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Geert Wilders di atas tindakannya menyiarkan filem tersebut.
Beliau mengharapkan dalam tempoh terdekat, kerajaan Belanda akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang di Belanda bagi menyekat tindakan Geert Wilders, agar boleh meredakan kemarahan umat Islam.
Katanya, kemarahan umat Islam akan reda sekiranya Geert Wilders menyatakan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam terhadap tindakannya itu.
Dalam pada itu jelas Salahudin, sebagai 'kerajaan yang sedang menunggu' katanya, PAS sedang berusaha untuk membina hubungan yang lebih baik serta mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara luar.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan Belanda tidak menyatakan permohonan maaf.
Beliau juga berkata langkah memboikot barangan daripada Belanda merupakan salah satu langkah memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, termasuk menyekat sebarang hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara tersebut.

Antara Lima Puluh Amalan Terbaik Dalam Hidup

1. Sesiapa yang berwudhuk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwudhuk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi Muhamad S.A.W. membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya - Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhamad SAW apabila berwudhuk, beliau membasahi janggutnya - Tirmizi.
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan : Aku lihat Nabi Muhamad SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15. Perbaharui wudhuk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadis : Sesiapa yang berwudhuk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Daud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
17. Nabi Muhamad S.A.W seri ng menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
19. Nabi tidak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isya ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
21. Nabi Muhamad S.A.W. seri ng beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
22. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman mus uh serta bahaya fitnah..
24. Apabila Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah. 25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
26. Ketika Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh) mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
28. Wudhuk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwudhuk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya Syaitan yang melalaikan.
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis : Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
32. Adakalanya Nabi Muhamad S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu Daud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati , sesiapa yang berhajat menemui Nabi Muhamad S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
34. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali ? - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
35. Nabi Muhamad S.A.W. seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang .
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadis : Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Daud.
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
39. Sabda Nabi Muhamad S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim. 40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadis : nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
41. Sesiapa yang seri ng mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadis : Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadis : Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi seri ng melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu daud.
46. Membaca selawat 1,000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tidak berjawab, beliau beredar.
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis : Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
50. Para ulama berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

Majlis Himpunan Rakyat : Bila pula Perak dan Kedah?


Majlis Himpunan Rakyat dan Munajat Perdana sempena kemenangan Pas Selangor yang berlangsung di Stadium Melewati, Shah Alam malam tadi (31/03/08) mendapat sambutan yang hangat. Majlis-majlis seumpama itu diadakan di stadium sudah menjadi suatu kebiasaan di Kelantan atau Terengganu.Selangor sudah mencontohinya malam tadi.Tetapi bila pula pula dua negeri yang gagah pasukan bola sepaknya, Perak dan Kedah mengadakan majlis seperti itu? Tentu para peminat bola sepak dan penyokong Barisan Rakyat akan memenuhi setiap sudut ruang stadium nanti.Ada kawan mencadangkan supaya diadakan majlis yang berlainan daripada apa yang biasa dilakukan di Kelantan, di Terengganu dan yang terbaru di Selangor malam tadi. Kawan ini mencadangkan supaya diadakan perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Exko + speaker Perak dan Kedah -- dan jemput Tuan Guru Hj Hadi menjadi referi jemputan! Bayanghkanlah!Kalau dikenakan bayaran masuk RM50 pun akan penuh setiap stadium dengan keriuhan dan meriah!Gambar-gambar tertera disini dengan ehsan MSO yang merakamkam peristiwa Himpunan Rakyat Selangor, tapi dengar cerita Pemuda PAS perak akan buat pada 20.4.2008 ni...

ADUN DAP Perak batal hasrat keluar parti

IPOH — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buntong, A.Sivasubramaniam membatalkan hasrat meletak jawatan dan keluar parti, beberapa jam selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak petang ini, Sivasubramaniam berkata, tindakan itu akibat salah faham dan beliau memohon maaf kepada semua pihak.
“Saya memohon maaf kerana tindakan saya itu dibuat kerana salah faham...saya dengan ini menarik balik surat yang telah dihantar,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Surat peletakan jawatan wakil rakyat Buntong itu turut difakskan ke pejabat-pejabat media di sini pagi ini dan Koo Ham dalam sidang akhbar tengah hari tadi mengesahkan menerima surat itu tetapi berkata bahawa kesahihannya belum dipastikan kerana beliau tidak dapat menghubungi Sivasubramaniam.
Dalam surat itu, Sivasubramaniam, 41, mendakwa agihan jawatan Exco kerajaan negeri untuk dua pemimpin India tidak dilaksanakan seperti dijanjikan oleh Ngeh sebelum ini.Koo Ham berkata, beliau berjaya menghubungi Sivasubramaniam pada pukul 5 petang ini dan mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat Buntong itu.
“Seperti yang saya jangka, keputusan yang diambil oleh Sivasubramaniam adalah berpunca daripada salah faham dan kami mengambil masa kurang lima minit untuk menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya.
Beliau berkata, isu kekurangan wakil kaum India dalam pentadbiran kerajaan campuran timbul kerana beliau sebelum ini tidak mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk melantik wakil kaum India sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
“Saya tidak mengumumkannya kerana menghormati Dewan dan Menteri Besar...pelantikan Speaker dibuat oleh Dewan dan ia belum bersidang...sekarang saya terpaksa umum kerana telah berlaku salah faham. Kita menghargai dan menghormati sokongan kaum India dan memang akan menunaikan janji melantik dua wakil India dalam kerajaan negeri,” katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri Perak juga akan memastikan wakil wanita turut dilantik memegang jawatan yang sesuai dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui pelantikan majlis kerajaan tempatan, agensi kerajaan negeri, senator dan anak-anak syarikat.Beliau yang juga Exco kanan berkata, kerajaan negeri tidak akan meminggirkan kaum India atau wanita.
Daripada 10 anggota Exco Perak yang baru, hanya A.Sivanesan, juga daripada DAP dilantik memegang portfolio Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Sivasubramaniam yang merupakan Timbalan Setiausaha DAP Perak, menewaskan calon Barisan Nasional Lee Tung Lai dengan majoriti 5,315 undi.Kerajaan campuran Perak diwakili 18 wakil rakyat DAP, tujuh PKR dan enam PAS dan jika Sivasubramaniam keluar parti, kerajaan berkenaan akan hanya tinggal 30 kerusi dan bakal memerintah dengan majoriti satu kerusi. DUN Perak mempunyai 59 kerusi dan Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang menguasai 28 kerusi.

Pejabat MB Perak nafi umumkan senarai portfolio

IPOH, 1 April (Hrkh) - Pejabat Menteri Besar Perak tidak pernah mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco Kerajaan Negeri seperti yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini.
Bahkan tidak ada satu sidang akhbar pun yang dibuat oleh Menteri Besar, Ir Mohd Nizar Jamaluddin semalam bagi memaklumkan perkara tersebut, jelas Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki yang ditemui Harakah di pejabatnya, pagi ini.
"Pejabat Menteri Besar atau Menteri Besar sendiri tidak pernah mengumumkan senarai portfolio sepuluh Exco; kalaupun ada senarai tersebut yang diperolehi dari mana-mana pihak, itu bukan senarai rasmi.
"Pengumuman rasmi hanya akan dibuat oleh YAB Menteri Besar Perak pada hari Rabu selepas mesyuarat Exco pertama yang dijadualkan pagi esok," tegasnya.
Akhbar-akhbar tempatan hari ini menyebut Pejabat Menteri Besar Perak telah mengumumkan senarai portfolio 10 Exco kerajaan campuran yang telah mengangkat sumpah Sabtu lepas.
"Berita yang disiarkan itu tidak benar sama sekali, tidak ada pengumuman dibuat, tidak ada sidang media diadakan semalam,? ujarnya.
Menurut beliau lagi, Menteri Besar sendiri akan mengumumkan senarai portfolio 10 Exco Kerajaan Negeri selepas mesyuarat Exco esok.
?Esok akan diadakan mesyuarat Exco pertama, selepas itu diadakan sidang media, Menteri Besar akan umumkan senarai portfolio 10 Exco,? jelasnya.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO