Ahad, Mac 30, 2008

Amanah

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

PERAK Tak Paksa Ketua Kg. dan JKKK LETAK JAWATAN

MENTERI Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan setakat ini hanya seorang penghulu kampung yang sah meletakkan jawatan, namun kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana Ketua Kampung atau JKKK meletak jawatan.Menurut Mohamad Nizar, penghulu Kampung Batu Melentang, Tapah sahaja yang telah sah memberikan surat rasmi kepada kerajaan negeri untuk meletakkan jawatan JKKK ketika Majlis Pertemuan Menteri Besar dengan Ketua Kampung dan JKKK di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak (SUK) baru-baru ini. Beliau mengesahkan demikian dalam sesi dialog di Sidang Akhbar bersama Ahli-Ahli Anggota Exco Perak di Safari Resort dekat sini semalam. Beliau seterusnya menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak memaksa Ketua-ketua Kampung dan JKKK di zaman Umno-BN lalu meletak jawatan."Itu terpulanglah di atas perkiraan kebijaksanaan mereka," ujarnya. Beliau menegaskan, kerajaan Barisan Rakyat tidak membezakan mana-mana rakyat meski pun berlainan agama dan berbeza fahaman politik.Terdahulu dalam sidang media yang sama beliau melahirkan kesyukurannya di atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Pemangku Sultan Perak, Raja Muda Dr Nazrin Shah yang telah menyempurnakan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco) di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dekat sini semalam. Beliau menyatakan kerajaan Barisan Rakyat sungguh terhutang budi kerana telah diberikan mandat menggantikan kerajaan negeri Perak yang ditadbir BN sebelum ini."Saya mengucapkan jutaan maaf kerana agak terlewat sedikit perlaksanaannya kerana senario yang berlaku di negeri ini agak berlainan di mana memerlukan persefahaman positif di antara ketiga-tiga parti DAP, KeADILan dan PAS," katanya.Barisan kerajaan campuran ini banyak memberikan kebaikannya kerana segala hanya untuk manfaat rakyat Melayu, Cina dan India nanti yang inginkan perubahan di atas kehidupan sosial, politik dan agama masing-masing, katanya.Sememangnya, kata Mohammad Nizar kerajaan negeri akan sedia akur di atas kehendak pengundi-pengundi yang ramai di luar sana."Kerajaaan campuran ini akan bertindak di atas keputusan muafakat yang dibuat secara menyeluruh dan bersama. Apa saja tindakan hendak buat akan membawa isu dan perkara tersebut berbincang bersama di Mesyuarat Exco Kerajaan dengan menggunakan ketiga-tiga parti bersama," tegasnya.

Samy Vellu Serba Tak Mengena...

Semenjak PRU2008 segala tindak-tanduk Samy sudah menjadi tidak mengena.
Sebelum ini dia amat memarahi serta mengutuk tindak-tanduk Hindraf. Akibat timbulnya Hindraf, MIC kalah teruk dalam PRU baru-baru ini. Kini, Samy Vellu gesa kerajaan untuk melepas pemimpin Hindraf yang ditahan ISA pula.
Dalam pada Samy menyelar negeri-negeri yang ditakluki oleh Barisan Rakyat/Alternatif kerana sekadar meletakkan seorang sahaja ahli exco [sepertimana telah dilakukan BN sebelum ini], Samy tidak pula menegur negeri yang dimenangi BN seperti Pahang yang tidak membariskan langsung wakil MIC dalam senarai exco.
Dalam pada itu makin ramai ahli MIC yang keluar parti untuk menyertai KeADILan dan ada yang menyertai Kelab Penyokong PAS. Terbaru, sepertimana dilaporkan dalam The Star, seramai 110 ahli MIC Kampung Jebong, Bukit Gantang, telah membubarkan cawangan mereka untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS.
Apakah Samy mampu untuk memulihkan imej MIC dan terutamanya kedudukan/imej Samy sendiri yang paling rendah selepas pertembungan sengit dengan Pandithan dan Subramaniam sebelum ini ditambah dengan kekalahan teruk dalam PRU2008?

Doa untuk arwah ibu dan ayahanda tercinta

" Wahai TuhanKu, Ampunkanlah daku dan kedua ibubapaku, serta rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mendidikku sewaktu ku kecil "

Mau undi maa....

Jangan bersangka buruk. Brader hensem ni dok berbaris tu sebab nak tanya jalan pi undi PRU12 nih.
Ikuti sinopsis iklan di atas :-
Brader Hensem : Allo amoi ! mau tanya sikit, betoi ka ini tempat buang undi punya tempat?
Amoi : Aiyaaaa! Betoi laaa....lu mau bikin apa undi punya nombot? cepattt aaaa....lagi belakang ramai olang lagi mau undi maaaa....
kasi cepat laaaa....
Brader Hensem : sssssssyttt! bukan undi olang kaaa....sini undi nombot kaaa?
Amoi : Aiyaaaa! lagi mau bikin drama, lu mau undi nombot, cakap laaa...cepat....!!
Soory takat tu jer.....sebab tak sempat brader tu undi nombot, sudah kena angkut oleh orang JAIP maaa....hampeh!!!

Kita Orang kepada Orang Kita : Jangan seperti Bukan Orang!

Kepada ‘Orang Kita’ Yang Berkhidmat, Ingatlah, bahawa kita orang yang mengundi anda mahukan keadilan – meletakkan sesuatu kepada tempat hak mutlaknya. Mahukan sepatu yang berada dikepala dipakaikan kekaki semula , dan songkok yang terperosok dikaki dikembalikan keatas kepala semula ; kerana disitulah letak asalnya dan tugas anda mempastikan keadaan demikian disempurnakan kerana itu adalah kewajipan anda dan yang demikian itu adalah keadilan—yang anda sendiri pernah turut menuntut dan melaungkan.‘Kita Orang’ telah mengundi anda; bukan sebab suka sangat kepada anda , tetapi sebab kita orang sangat meluat dan benci kepada kelakuan pemimpin Barisan Nasional yang bersifat bukan seperti orang tetapi BNatang yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan ; dan sesungguhnya kita orang , para pengundi yang mengundi anda , tidak bersedia untuk memaafkan atau mengampunkan penjenayah dari pentadbiran yang lepas. Bukan kerana mahu membalas dendam , tetapi kerana kita orang mahu melihat keadilan dilaksanakan ; sebagaimana maksud ayat Allah yang mengungkapkan : Bukankah tiada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga? (ArRahman: 60). Maka tentunya amalan yang jahat balasannya jahat juga.Ya, benar anda sekarang yang mentadbir, dan ‘kita orang’ apa yang tahu? Ya, benar, anda kini ada kedudukan dan sangat sibuk dengan urusan itu dan ini ; dan apasal kau orang mahu ikut sibuk akan hal kami? Kau orang bawah sana mana tahu tugasan pentadbiran!Ya, ungkapan begitulah yang pernah memancul keluar dari mulut-mulut busuk pemimpin BNatang dahulu dan anda boleh lihat sendiri apa yang terjadi kepada mereka kini. Kita orang akan terus memerhati kau orang dan menilai prestasi kau orang. Buktikan bahawa kita orang tidak membuat pilihan yang salah seperti mana yang sudah-sudah dan anda tidak serupa pemimpin BNatang yang bukan orang!

Khamis, Mac 27, 2008

KETUA KAMPUNG DI PERAK AKAN LETAK JAWATAN..

876 TOK-TOK SIDANG KAMPUNG DI PERAK AKAN MELETAK JAWATAN BERAMAI-RAMAI.Sebanyak 876 ketua kampung di seluruh Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran negeri ini pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Selain mereka, sebanyak 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turut berbuat demikian.Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, semua ketua kampung itu akan memberi notis peletakan jawatan kepada kerajaan Perak pada 1 Mei. - UtusanProses meletakkan jawatan bila dasar berubah adalah perkara biasa. Dinyatakan bahawa sejumlah 13,700 ahli JKKK dan Tok Sidang Kampung akan meletakkan jawatan pada tarikh tersebut. BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA....,Tak perlu dihalang atau menghalang. Itu semua GEMPAKK BELAKA...biasalah puak UMNO kan ker terkenal dgn lakonan gempak gempitanya...

Rabu, Mac 26, 2008

Boikot gagal : Pertemuan MB Perak dengan ketua kampung berjalan lancar.

IPOH 25 Mac - Kenyataan akhbar oleh Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) yang dikatakan akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan Barisan Rakyat (BR) ternyata gagal. Kehadiran sebahagian besar ketua-ketua kampung sekaligus menafikan kenyataan Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said yang berkata kononnya ketetapan diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang sabtu lepas dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah bagi memboikot program kerajaan negeri.Pihak yang "tidak waras"- (pinjam dari utusan online) tersebut turut mengarahkan semua ahlinya supaya memboikot majlis perjumpaan dengan Menteri Besar yang baru kelmarin .
Pada pertemuan sulung tersebut ditegaskan kerajaan negeri akan memberi hak kepada rakyat untuk memilih ketua kampung masing-masing bagi memastikan pelantikan jawatan itu dilaksanakan secara telus. Menteri Besar Perak, Ir. Mohmammad Nizar Jamaluddin berkata, rakyat di sesebuah kawasan lebih berhak memilih kerana mengenali dan memahami calon yang dirasakan sesuai menjadi ketua.
''Bagaimanapun, kita tidak akan sewenang-wenangnya melucutkan jawatan ketua kampung sedia ada kerana tempoh perkhidmatan mereka sah sehingga 31 Disember ini.''Mekanisme pelantikan ketua kampung yang baru dengan menggunakan kaedah undian ini hanya bermula tahun depan dan sekarang ini tidak ada langsung paksaan supaya ketua kampung meletak jawatan," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua-Ketua Kampung Perak di sini hari ini. Mohammad Nizar yang turut mengadakan sesi dialog dengan ketua-ketua kampung itu berkata, kerajaan negeri juga menyeru agar rakyat tidak berdendam sesama sendiri kerana ia dilarang agama dan adat ketimuran.

Deris Jusoh hilang Dato Seri??

Ini cerita SMS lagi. Cerita pasal SMS yang aku terima perihal Deris, Rosol dan Din Adam kehilangan Dato' yang ada pada mereka. Khabarnya Dato' itu ditarik kerana sifat biadap mereka dengan Tuanku. Ini masih berita SMS. Apapun, untuk pengesahan kita sama-sama tunggu.Apapun, pada aku membuang Dato' itu satu hukuman yang teramat ringan berbanding kesalahan dan kebiadaban yang mereka lakukan. Sudahlah tidak menerima calon MB pilihan Tuanku, cuba berlagak biadap pula dengan kain rentang "Kami Nak Deris, Natang". Cukup biadap.Jika benar berita itu, Deris dan konco-konconya itu perlu bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat pengampunan Tuanku Sultan. Aku kira kejadian dan peristiwa yang berlaku ini terlalu banyak hikmah yang ada. Terlalu banyak.Antara hikmah yang aku nampak, hari ini kita seolah-olah baru sedar Tuanku Sultan dan istana itu berkuasa. Sebelum ini Institusi Raja dilayan sebagai boneka semata. Sultan setakat merasmi Masjid, pergi jamuan amal itu ini, rasmi majlis agama dan sebegitu sahaja. Diam Tuanku Sultan selama ini dianggap seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Nah! Hari ini semuanya hampir terjawab.Mungkin ini juga yang perlu kita sedari setiap kali Khutbah Jumaat, doa dibaca bagi kedaulatan Sultan dan pemerintahan baginda. Mungkin sebelum ini doa yang kita panjatkan itu tanpa rasa kasih dan sayang yang benar-benar mendalam. Mungkin doa itu setakat amin di mulut sahaja. Hari ini bilamana Tuanku Sultan 'beraksi' dan bertegas dengan pendirian yang diyakini baginda tuanku, terserlah kewibawaan dan kedaulatan yang ada itu.Alhamdulillah jika apa yang berlaku dan dirasai di Terengganu ini turut mendapat tempias bagi rakyat keseluruhannya. Ini aku kira berdasarkan Tuanku YDP Agung merupakan Sultan bagi rakyat seMalaysia, dan Terengganu khususnya.Wallahua'lam

DASAR EKONOMI BARUA...

Kita pernah mendengarnya sebagai khabar-khabar angin sahaja sebelum ini, tetapi surat berikut adalah bukti betapa Umno menjalankan dasar DEB – DASAR EKONOMI BARUA ; yang hanya memilih bulu dari kalangan Umno Putra sahaja.Ini adalah surat dari Ketua Umno Batu Pahat, Senator Hj Puad Zarkashi, yang dihantar kepada Jabatan Kerjaraya Batu Pahat, Johor , mengarahkan supaya senarai nama kontraktor kelas F yang dilampirkan di senarai hitamkan kerana menyokong parti pembangkang.Salinan surat tersebut telah dihantar kepada Menteri Besar Johor, Ghani Othman.Walaupun surat tersebut bertarikh 14 Mac 2007, saya pasti gejala tersebut telah berlaku lebih awal lagi dari tarikh tersebut disetiap negeri dan masih berleluasa dan ‘berkuatkuasa’ hingga ke hari ini . Senarai tersebut dipercayai akan terus di ‘update’ kan dari masa ke semasa

Harga Minyak Tidak Naik : Terima Kasih Bukan Untuk Umno / BN

Bila Minyak Naik :TPM kata- Ubah cara hidup , Rakyat kata - Ubah kerajaan!KUALA LUMPUR 25 Mac – Kerajaan hari ini mengumumkan akan memperkenalkan tiga langkah khusus bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.Tiga langkah itu ialah:* Mengurangkan impak kenaikan harga minyak dunia bagi golongan berpendapatan rendah dengan mengurangkan pembaziran dan kerugian kesan daripada subsidi.* Mengkaji semula pelaksanaan rancangan-rancangan ekonomi bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai golongan yang benar-benar memerlukan.* Kerajaan akan terus bekerja ke arah mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan-kumpulan etnik, dan pada masa yang sama memastikan keadilan untuk semua rakyat.“Keputusan pilihan raya lalu adalah mesej yang kuat daripada rakyat bahawa saya tidak bergerak cukup pantas dalam melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang dijanjikan. Mesej telah dibuat dan saya terima,” kata PM Abdullah disini Kita belum pasti tentang 3 langkah yang dikatakan itu sebab ungkapannya terlalu kabur untuk difahami oleh golongan rakyat biasa.Sebelum ini kerajaan BN beriya-iya benar hendak menaikan harga petrol dan gas yang kononnya tidak dapat dielakkan lagi.Barisan Rakyat yang memperjuangkan isu tersebut selama ini dan rakyat jelata yang sedar dan mahukan perubahan kuasa , telah memberikan undi mereka kepada PAS , DAP dan PKR yang menyebabkan kuasa 2/3 BN di Parlimen merosot.Menyedari perjuangan isu tersebut akan diheret ke persidangan Parlimen nanti dan BN tidak berupaya untuk menyanggah dan meneruskan rancangannya yang menindas rakyat, maka BN kini mahu berlagak sebagai ‘hero’ yang kononnya prihatin terhadap derita rakyat yang selama ini dilakukan oleh kerajaan Umno / BN sendiri.Sebagai perbandingan harga minyak Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak yang lain:-Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM1.92
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19

Mesir RM0.81

Walau apa pun jika benar Harga minyak dan gas kekal ,Tarif elektrik tidak naik dan Pembaziran subsidi ditangani , rakyat akan berasa lega dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tetapi terima kasih kepada siapa? Tentunya ucapan ‘Terima Kasih’ dan 'Tahniah' itu diberikan kepada Barisan Rakyat. Undi yang diberikan kepada PAS, DAP dan PKR telah menjadiikan kuasa BN di Parlimen berkurangan tetapi ‘Kuasa Rakyat’ semakin gagah.Oleh itu, rakyat mesti terus menyokong PAS, DAP dan PKR supaya suara mereka boleh didengar di Parlimen Malaysia.

MB Perak akan hidupkan kembali SAR

IPOH, 26 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berasa terharu apabila salah seorang tokoh akademik memberikan pendapatnya bahawa kerajaan Perak yang ada sekarang harus menghidupkan semula institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah 'dibunuh' di zaman pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.
Pandangan tersebut telah dibangkitkan dalam sesi dialog di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Perak dengan Ketua-Ketua dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak pada petang semalam.
Dalam sesi tersebut, Mohammad Nizar begitu bersemangat menjawab dengan menyatakan bahawa pimpinannya tidak akan lupa di atas peristiwa yang amat pahit terjadi ke atas SAR sehinggakan anak-anak yang sedang tekun berlajar tiba-tiba telah terbantut pelajaran mereka.
"Tetapi, setelah kita berkerajaan sendiri sekarang saya akan pastikan bahawa dari bilangan 45 buah SAR di negeri ini dulu, tapi cuma tiga buah sahaja yang dapat bertahan berdiri sendiri yang lainnya terpaksa diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Perak mengikut selibus Umno-BN, maka saya akan pastikan ianya akan dihidupkan semula cara berperingkat-peringkat,"katanya ketika mengulas pandangan tokoh akademik berkenaan.
Menurutnya, sememangnya disedari bahawa SAR memainkan peranan penting dalam institusi perbelajaran anak-anak Melayu sebagai cara menyuntik ilmu kepada zuriat yang akan membesar dan menjadi contoh serta baka pimpinan kehidupan rakyat di kala mereka dewasa nanti.
Justeru beliau berkata, "agenda kami memang sedang melangkah ke depan, tetapi berilah masa sedikit kerana kini baru berusia sembilan hari sahaja dan tolonglah melihat kepada sedikit masa untuk bernafas sekurang-kurangnya kepada secepatnya seratus hari. Lihatlah perkembangannya."
"Sekarang ini pelbagai perkara hendak difokus, termasuk senario kehilangan kelengkapan isi Dewan Orang Ramai yang sedang berlaku sekarang. Dari itu saya menyeru dan menasihatkan kepada mereka yang mengambil kerusi, meja dan sebagainya dari dewan tolonglah hantar serta pulangkan semula di tempat asalnya kerana itu adalah hak semua rakyat, hak orang ramai,"ujarnya.
Sementara itu, dalam majlis petang semalam spekulasi bahawa Ketua-ketua Kampung dan JKKK memboikot majlis tersebut adalah palsu di mana hanya dua-tiga orang sahaja yang tidak hadir.

BARISAN EXCO PERAK DAN TABIAT MEDIA BN YANG GOBLOK.

Teman sebenornya bagai nak muntah bila mendengar tentang tidak puas hatinya di kalangan puak-puak ameno tentang barisan exco negeri Perak, yang memberi kelebihan kerusi kepada DAP. Apa yang tak kena nyer?Apa bezanya jika sewaktu BN waktu memerintah dulu di Pulau Pinang berketuakan menteri seorang cina. Hatta arahan dan tunjuk perintah datang nya dari jari telunjuk si cina tadi. Walhal exco melayunya hanya menjadi PAK TURUT, dan PAK HANGGUK., demi kelangsungan politik dan kuasa ameno. Hek elehhh..,macam baguss sgt ler puak-puak nih bercerita tentang Ketuanan Melayu. Apa yang orang melayu perolehi dari asas ketuanan melayu tu ?Mana lebih bodoh dan celaka, dari berketua kerajaan seorang cina, dibandingkan dengan barisan anggota yang sedikit lebih kepada orang cina., tetapi tetap berketuakan ORANG ISLAM., melayu pulak tuh. Logik budak sekolah atap pun dapat nampak, semua barisan dan anggota exco yang dilantik itu TETAP BERKETUAKAN kepada seorang MELAYU dan ORANG ISLAM

Selasa, Mac 25, 2008

Exco Kerajaan Negeri Selangor


Isnin, Mac 24, 2008

UMNO biadap..!!!

Kat atas ni aku letakkan gambar dari TV3 malam td menerusi Buletin Utama dan dari ntv7. Aku juga sertakan link ke poster UMNO BIADAB yang disediakan menerusi kroni-kroni TKO. Klik UMNO BIADAB untuk muat turun poster.Anda nilailah bagaimana puak-puak ini bukan sahaja biadap, malah aku suka katakan mereka ini memang celaka dan menderhaka kepada Tuanku Sultan! Sudahlah Deris, usahlah cuba berlagak tidak kisah dan sebagainya. Jika benar Deris tidak menyuruh puak-puak yang biadab dan celaka itu berhimpun, arahkan dan keluarkan statement yang dia LARANG puak-puak itu dari bertindak begitu pula.Apapun, bukan pelik jika ini sikap Deris. Siapa tak kenal Deris tu...

Umno Perak Ketandusan Pemimpin

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah mengambil langkah yang bijak dengan meletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN negeri Selangor.Mohamad Khir mengambil keputusan itu sebagai rasa bertanggungjawab ekoran prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.Berlainan dengan di Perak , Tajol Rosli meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.Apakah Tajol tidak merasakan bertanggungjawab ekoran prestasi buruk BN di Perak hingga Barisan Rakyat dapat mengujudkan kerajaan camporan di Perak? Keadaan ini dilihat Umno Perak ketandusan pemimpin untuk membuat langkah pembaharuan bagi merampas Perak kembali ke tangan BN.

Pulau Kerajaan Baru :Bodohnya Ketua Kampung di Perak

Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan parti pembangkang berkuat kuasa serta merta. Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said berkata, ketetapan itu diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang kelmarin dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah.
Keputusan dan kenyataan ini jelas menampakkan rata-rata ketua kampung yang dilantik di Perak adalah kurang cerdik atau "bodoh". Mereka tidak memahami bahawa kedudukan mereka sekarang adalah dibayar gaji dari hasil kerajaan negeri. Jangan bandingkan dengan apa yang ada di Kelantan di mana ketua-ketua kampung yang didakwa di Kelantan adalah yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menyalurkan bantuan kerajaan pusat. Tidak lain untuk menafikan saluran Kerajaan dan Ketua Kampung yang dilantik dan digajikan oleh kerajaan negeri.
Jika benar mereka semuanya ingin berperanan semacam ketua kampung JPP di Kelantan, kita cadangkan mereka meletakkan Jawatan dan pulaulah sepuas-puasnya program kerajaan negeri kerana mereka bukan lagi digaji oleh Kerajaan Barisan Rakyat (BR) di Perak. Saya yakin semua rakyat Perak yang telah memilih BR untuk memerintah tidak halalkan walaupun satu sen duitnya untuk diberi kepada ketua kampung yang memulau kerajaan yang dipilihnya.
Jangan sampai mereka dipecat kerana tidak menjalankan tugas dan sikapnya tidak taat kepada kerajaan negeri yang mengajikan mereka. Sesudah itu jangan salahkan kerajaan BR kerana kita telah beri peluang untuk mereka bekerja dengan sebaik mungkin.
Dengan sombong dan tanpa berfikir panjang mereka mendakwa ‘‘Kami dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkhidmatan ketua kampung hanya akan berakhir pada 31 Disember ini.‘‘Justeru, kami dilantik bukan untuk berkhidmat dengan kerajaan yang baru dan mereka tiada hak mengarah ketua kampung mengikut telunjuk mereka,” katanya di sini hari ini.
Benarlah kenyataan tersebut, maka letaklah jawatan sebagaimana yang dilakukan di Selangor kalau benar-benar rasa bertanggung jawab. Jangan fikir rakyat boleh mengikut keputusan ketua kampung yang kurang cerdik. Rakyat pun rata-rata setuju kalau " tok ketua" ditukar dengan segera.
Tunggulah perlantikan dari JPP , itupun kalau dipilih kembali dan pulaulah semua program kerajaan negeri dengan penyokong BN yang sudah hampir pupus di negeri Perak.

Rafidah Perdana Menteri???

Wanita UMNO bersekali dengan Wanita Besinya, Rafidah 'kecundang'. Mereka balik menjaga cucu dan menghayun buaian bila tak disenarai dalam Kabinet baru Abdullah. Kecuali Rafidah bangkit. Mana baik Rafidah gugur dari Kabinet atau Abdullah digantikan oleh Rafidah sebagai PM? Kerja berkesan, Rafidah bila-bila masa lebih baik dari Abdullah. Kalau begitu, mengapa tidak Abdullah yang gugur dan Rafidah menggantikan beliau? Jaga cucu bukan kerja Rafidah. Kalau dah nak jaga cucu, Wanita UMNO usah berketuakan Rafidah. Apa punca Rafidah digugurkan selepas dipilih bertanding dan menang? Imejnya buruk? Mana buruk Rafidah berbanding Mat Taib?Atau kerana Rafidah tulis surat 16 muka pada Abdullah selepas kekalahan BN? Apa kandungan surat itu? Sekurang-kurang, Wanita UMNO kena baca dan tau kandungan surat Ketua mereka pada Presiden parti....

Jumaat, Mac 21, 2008

Siapa Dia Exco Agama Perak ?

Setakat ini belum ada pengumuman siapakah dia Exco yang akan memenuhi cuma satu quota Exco yang diperuntukan untuk PAS dalam barisan 10 Exco yang akan terlantik. Saya telah banyak dihubungi oleh ramai rakan taulan dari dalam dan luar negeri mengenai siapakah yang telah dipilih untuk menduduki kerusi tunggal tersebut.
Namun apa yang perlu saya berikan jawapan tidak lain dari...Allahuaklam, kerana saya setakat ini tidakpun dipanggil dan dimaklumkan secara rasmi siapakah yang telah terpilih.
Sayapun sendiri tertanya-tanya siapakah yang sebenarmya akan dipilih menduduki tempat tersebut.
Anggapan kuat saya dalam soal ini adalah ADUN-ADUN yang dipilih di Perak iaitu Pasir Panjang, Gunung Semanggol, Changkat Jong, Lubok Merbau, Selingsing dan Titi Serong akan dipanggil berbincang untuk menentukan siapakah yang akan persetujui bersama. Sebagaimana persetujui Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB.
InsyaAllah kamilah yang akan mempertahankan apa saja persoalan sikap, dasar dan tindakan selama kerajaan ini berjalan , terutamanya dalam sidang DUN Negeri Perak selama tempoh tersebut. Tapi tadi kelihatan nama Adun N20 Lubuk Merbau yang naik.....???

Siapa Dia Sepuluh EXCO Negeri Perak ?


IPOH 21 Mac – Tanda tanya siapakah yang akan dilantik sebagai Exco Kerajaan negeri campuran di Perak dijanka akan diumumkan oleh pakatan Barisan Rakyat(BR)pada hari ini. Kemungkinan besar gabungan tersebut tetap mengemukakan cadangan pelantikan dua Timbalan Menteri Besar walaupun perkara itu tidak termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Dalam satu kenyataan kelmarin, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berkata, calon bagi jawatan itu akan dipilih dari kalangan 10 anggota Exco yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat.
‘‘DAP, PKR dan PAS hampir memuktamadkan senarai berkenaan dan kemungkinan akan diumumkan esok dengan majlis angkat sumpah jawatan diadakan Isnin ini,’’ katanya kepada para pemberita selepas menemui para penyokongnya di Air Tawar di sini hari ini.
Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan berkata, mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan sebelum ini memutuskan DAP diberikan enam jawatan Exco, PKR diperuntukkan tiga manakala dua lagi untuk Pas termasuk jawatan Menteri Besar yang telah diisi oleh Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau yang turut memenangi kerusi Parlimen Beruas pada pilihan raya umum lalu, sebelum ini mengumumkan akan mengisi jawatan Timbalan Menteri Besar 1 manakala Timbalan Menteri Besar 2 akan dipegang wakil PKR dari kalangan kaum India.

Rabu, Mac 19, 2008

Hormati, taati keputusan Sultan Perak perkenan kerajaan campuran

BAGAN DATOH, 19 Mac - Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin meminta semua pihak agar menghormati dan mentaati keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan dan merestui penubuhan kerajaan campuran pakatan DAP, KeADILan dan PAS di negeri ini.
Beliau berkata mana-mana pihak yang cuba mencabar arahan dan ketetapan Sultan Perak bermakna mereka telah menderhaka kepada institusi diraja.
Semua pihak perlu menghormati kerajaan campuran yang dibentuk kerana ia dipilih oleh rakyat melalui satu pilihan raya yang sah dan kerajaan ini tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 112 mangsa ribut kawasan Hutan Melintang dan Bagan Datoh di sini hari ini.
Menurut Bernama, Mohammad Nizar berkata demikian ketika ditanya mengenai tuntutan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penyebaran surat layang dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di Perak yang mengesyorkan supaya diadakan semula pilihan raya umum baru kerana mendakwa kerajaan campuran negeri ini rapuh dan tidak stabil.
Sehubungan itu beliau menasihatkan penduduk negeri ini agar tidak mudah terpengaruh dengan surat layang serta SMS yang cuba memburuk-burukan kepimpinan kerajaan campuran yang mentadbir Perak.
Sementara itu Mohammad Nizar menegaskan bahawa semua ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sedia ada di negeri ini perlu meneruskan tugas mereka seperti biasa kerana perkhidmatannya masih diperlukan oleh kerajaan negeri.
Beliau turut menafikan kononnya kerajaan negeri ada mengeluarkan arahan kepada ketua kampung dan JKKK supaya mengosongkan dewan orang ramai di kawasan masing-masing dan mengeluarkan wang akaun bank milik JKKK.
Menteri Besar itu yang kesal dengan dakwaan palsu yang disebarkan pihak tertentu itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua pegawai daerah, penghulu mukim, ketua kampung dan JKKK seluruh Perak pada minggu depan.

Selasa, Mac 18, 2008

Jadikan masjid tempat pengembangan ilmu tanpa rasa takut - MB Perak

IPOH, 18 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, dalam ucapan sulungnya ketika menyampaikan tazkirah di Masjid Negeri mahu masjid di seluruh negeri ini menjadi tempat pengembangan ilmu dengan lebih berkesan tanpa rasa bimbang dan takut dengan sebarang ugutan.
Menurut beliau, selama ini masjid dibelenggu dengan perasaan bimbang untuk menyampaikan ilmu Islam secara terus terang, ini menyebabkan masyarakat Islam tidak mendapat maklumat yang sebenarnya.
Selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar di Istana Iskandariah pada malamnya Ir Mohammad Nizar menunaikan solat maghrib dan menyampaikan tazkirah di Masjid Negeri Perak.
"Para pendakwah di seluruh negeri perlu meningkatkan usaha menyebarkan ilmu Islam tanpa rasa bimbang dan takut, yang penting mereka perlu menyampaikan ilmu Islam kepada seluruh masyarakat Islam agar rakyat khususnya umat Islam memahami ajaran Islam yang sebenar," ujar beliau.
Beliau berharap para pendakwah dan jawatankuasa masjid menerima kemenangan Barisan Rakyat dengan mempertingkatkan lagi penyebaran ilmu menerusi masjid dan surau.
Menurut beliau, gejala murtad, keruntuhan moral generasi belia hari ini antara lain disebabkan ruang untuk menyebarkan ilmu mendapat sekatan untuk disampaikan di masjid.
Oleh itu kemenangan Barisan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah untuk membebaskan masjid daripada kongkongan pihak tertentu agar usaha menyebarkan ilmu Islam dapat dijalankan dengan lancar dan baik.
Hadir sama di majlis itu Imam Besar Masjid Negeri, Dato' Sheikh Mohamad Nor Mansur Al-Hafiz dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Dato' Jumri Suri.

Kabinet Malaysia Paling Lemah?


PERDANA MENTERI-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI-Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

JABATAN PERDANA MENTERI-Tan Sri Bernard Giluk Dompok-Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz-Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi-Datuk Zaid Ibrahim-Datuk Amirsham A. Aziz Timbalan Menteri-Datuk Mohd. Johari Baharom-Datuk Dr. Masitah Ibrahim-Datuk Hassan Malik S.K. Devamany

KEMENTERIAN KEWANGAN-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Tan Sri Nor Mohamed Yakcop-Timbalan Menteri-Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah-Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PERTAHANAN-Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak-Timbalan Menteri-Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN DALAM NEGERI-Datuk Seri Syed Hamid Albar-Timbalan Menteri-Datuk Chor Chee Heung-Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN-Datuk Ong Ka Chuan-Timbalan Menteri-Datuk Robert Lau Hoi Chew-Datuk Hamzah Zainuddin.

KEMENTERIAN KERJA RAYA-Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad-Timbalan Menteri-Datuk Yong Khoon Seng.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI-Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin-Timbalan Menteri-Datuk Liew Vui Keong-Jacob Dungau Sagan.

KEMENTERIAN LUAR NEGERI-Datuk Seri Dr. Rais Yatim-Timbalan Menteri-Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

KEMENTERIAN PENERANGAN-Datuk Ahmad Shabery Cheek-Timbalan Menteri-Datuk Tan Lian Hoe.

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA-Datuk Dr. S. Subramaniam-Timbalan Menteri-Datuk Noraini Ahmad.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN-Datuk Ismail Sabri Yaakob-Timbalan Menteri-Wee Jeck Seng.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA-Datuk Shahrir Abdul Samad-Timbalan Menteri-Jelaing anak Mersat.

KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI-Datuk Shaziman Abu Mansor-Timbalan Menteri-Datuk Joseph Salang Anak Gandum.

KEMENTERIAN PELAJARAN-Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein-Timbalan Menteri-Dr. Wee Ka Siong-Datuk Razali Ismail.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI-Datuk Seri Khaled Nordin-Timbalan Menteri-Datuk Dr. Hou Kok Chung-Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI-Datuk Noh Omar-Timbalan Menteri-Datuk Saifuddin Abdullah.

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR-Datuk Douglas Unggah Embas-Timbalan Menteri-Datuk Abdul Ghapur Salleh.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI-Datuk Mustapa Mohamed-Timbalan Menteri-Datuk Rohani Abdul Karim.

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN-Datuk Ong Tee Keat-Timbalan Menteri-Datuk Anifah Aman.

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI-Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili-Timbalan Menteri-Fadilah Yusof.

KEMENTERIAN PELANCONGAN-Datuk Seri Azalina Othman Said-Timbalan Menteri-Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib.

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN-Datuk Mohd. Shafie Apdal-Timbalan Menteri-Teng Boon Soon.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT-Datuk Dr. Ng Yen Yen-Timbalan Menteri-Noriah Kasnon.

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH-Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib-Timbalan Menteri-Tan Sri Joseph Kurup-Joseph Entulu Belaun.

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI-Datuk Peter Chin Fah Kui-Timbalan Menteri-Senator A. Kohilan Pillay.

KEMENTERIAN KESIHATAN-Datuk Liow Tiong Lai-Timbalan Menteri-Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN-Datuk Seri Zulhasnan Rafique-Timbalan Menteri-Datuk M. Saravanan

Isnin, Mac 17, 2008

MB Perak Selamat di lantik




17.3.2008 / Isnin / 11.00pagi Mencatatkan sejarah bagi Yang Amat Berhormat Tuan Ir Hj Mohd Nizar Jamaluddin secara rasmi diisytihar sebagai Menteri Besar Perak. Dengan rasa rendah diri pada Ilahi, wajah tenang lagi ceria YAB Ir Hj Nizar selamat sempurna melafaz sumpah jawatan dihadapan DYMM PEMANGKU Raja Perak di Balai Istana Iskandariah dan bertepatan dengan Hari Lahirnya yang ke 51 sambutan dibuat di Safari Resort Kuala Kangsar jam 10.00pagi ......Allahu Akbar!!!!

Sabtu, Mac 15, 2008

Jambangan Bunga untuk Putera Sulung.


Kerajaan Campuran Barisan Rakyat.
Patik-patik mewakili semua rakyat Perak dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan merafak sembah dan melafaz jutaan tahniah atas kelahiran Putera Sulung DYTM Tuanku dan DYTM Raja Puan Besar Perak.

Upacara angkat sumpah MB Perak bila-bila masa dari sekarang


PAS Perak telah mengesahkan kesemua Adun daripada ketiga-tiga parti politik, DAP, PKR dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Kata sepakat itu telah dicapai jam 10.00 malam tadi di Pejabat PAS Negeri Perak setelah penjelasan diberikan kepada Adun KeADILan yang mempertikaikan pencalonan Menteri Besar daripada PAS dan pembahagian kerusi Exco.

Persetujuan telah dicapai berhubung pembahagian kerusi di mana DAP mendapat 6, KeADILan 3 dan PAS 1.

Kesemua Adun terbabit telah menandatangani penyataan persetujuan untuk menerima Ir.Haji Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Selepas kata sepakat dan penyataan persetujuan diambil dari kesemua Adun dari ketiga-tiga parti, wakil-wakil dari DAP, KeADILan dan PAS telah bergegas pergi ke Istana Kinta untuk menyerahkan penyataan persetujuan kepada pihak istana.

Upacara angkat sumpah Menteri Besar ke-10 di Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar akan dibuat pada bila-bila masa dari sekarang.

Nizar: Jurutera yang boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil


Ramai yang tertanya-tanya bagaimana wakil rakyat Pasir Panjang dari PAS, Ir Mohamad Nizar Jamaludin, 51, dipilih sebagai Menteri Besar Perak padahal DAP mempunyai lebih ramai Adun (18) dan PKR juga mempunyai lebih dari PAS iaitu tujuh, manakala PAS hanya ada enam sahaja.

Dia sebenarnya bukan dipilih kerana PAS tetapi faktor utamanya adalah kerana dia paling layak di kalangan sembilan wakil rakyat Melayu dan beragama Islam yang ada di kalangan Adun DAP, PKR dan PAS yang membentuk kerajaan bersama itu.PKR hanya ada tiga Melayu manakala PAS ada enam.

DAP tidak mempunyai seorangpun Adun berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Menjadi syarat kepada MB Perak (sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya) adalah Melayu dan beragama Islam. Hanya Sultan Perak boleh mengubah syarat ini.

Rakyat Perak bukan sahaja bakal memperolehi seorang Menteri Besar yang boleh memberikan khutbah Jumaat bahkan juga seorang jurutera yang boleh bercakap empat bahasa, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya beliau memberikan kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul.

"Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.

Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

Baca Surah Kemenangan!


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Apabila telah datang pertolongan Allah kemenangan
dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan kamu
dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."

Khamis, Mac 13, 2008

Graf Perbandingan PRU12 Dun Kampong Gajah. Ikut UPU


Rabu, Mac 12, 2008

SYUKUR & Teruskan Berdoa Aduhai Pembaca Budiman

Sama-samalah kita memohon dan memanjatkan doa kepada ALLAH agar segala serangan luar yg ingin menafikan Hak org Islam bagi jawatan tersebut. Terus-teruskan berdoa dan bermunajat.

Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak. Mohamad Nizar, seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi. Sementara dua timbalannya diberikan kepada wakil rakyat bukan Melayu, seorang pemimpin DAP dan seorang lagi, belum dipastikan, seorang wakil rakyat keturunan India.Pengerusi DAP Perak, yang juga wakil Setiawan, Ngeh Koo Ham dilantik timbalan menteri besar I.Jawatan timbalan kedua untuk mengendalikan masyarakat India belum diputuskan.Perak mempunyai 59 kerusi DUN, pembangkang merebut 31 kerusi dengan meninggalkan BN 28 kerusi sahaja.DAP menang di 18 kerusi, PKR (tujuh) dan PAS (enam). Upacara mengangkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandar, Kuala Kangsar pada jam 4 petang esok.Mohamad Nizar berkata perkenan Sultan sudah dimaklumkan kepadanya oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta jam 5 petang ini. Selain Nizar dan Ngeh, bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd Radzi yang turut dicalonkan untuk jawatan menteri besar diperkenan menghadap Raja Nazrin. Senarai tiga nama itu dikemukakan selepas tiga parti tersebut mendapat perkenan baginda untuk membentuk kerajaan campuran.Bercakap kepada pemberita di perkarangan Istana Kinta, Nizar berkata kedua-dua jawatan timbalan itu diwujudkan bagi mengambil kira kepentingan rakyat berbilang kaum di negeri ini khususnya Cina dan India.

Selasa, Mac 11, 2008

Tajol Terpinga-Pinga: Kebangkitan Rakyat Kini "MELETUP" DI PERAK!

PADA pilihan raya umum Sabtu lalu, PAS menang enam kerusi DUN, DAP (18) dan PKR (tujuh) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 28 kerusi DUN.Pada pilihan raya 2004, BN menguasai 52 daripada 59 kerusi DUN dengan DAP menang tujuh kerusi.PAS yang bertanding 21 kerusi DUN memenangi kerusi Pasir Panjang, Titi Serong, Gunung Semanggol, Selinsing, Lubuk Merbau dan Changkat Jong.PKR pula menang di Hutan Melintang, Behrang, Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Simpang Pulai, Teja dan Changkat Jering daripada 20 kerusi yang ditandinginya.DAP menyapu bersih 18 kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Jelapang, Pantai Remis, Sitiawan, Bercham, Buntong, Pasir Pinji, Aulong, Pokok Assam, Canning Garden, Pasir Bedamar, Sungkai, Jalong, Tebing Tinggi, Kepayang, Menglembu, Tronoh, Keranji, Malim Nawar.Pakatan pembangkang di Perak turut menguasai 11 kerusi Parlimen manakala BN 13.Calon PAS yang terpilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri ialah Dr Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong), Ramli Tusin (Gunung Semanggol), Husin Din (Selinsing), Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubok Merbau) dan Mohd Anuar Sudin (Changkat Jong).Calon PKR yang menang pula ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham mempertahankan kerusi DUN Sitiawan selain menang kerusi Parlimen Beruas manakala Ketua Pemuda DAP Perak yang merampas kerusi Parlimen Taiping turut mempertahankan kerusi DUN Pantai Remis.Persetujuan membentuk kerajaan campuran tiga parti itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh ketiga-tiga Pengerusi negeri PAS, DAP dan PKR, di pejabat DAP negeri di sini awal pagi ini.Keputusan dua kerusi terakhir yang memberi kemenangan mutlak kepada pakatan itu, DUN Teja dan Simpang Pulai, kedua-duanya dimenangi calon PKR, diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada kirakira pukul 4.30 pagi.Ngeh mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri Perak yang telah mengundi mereka.Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan setelah 50 tahun BN memerintah dan berjanji: "Kami akan buktikan kepada BN bahawa kerajaan baru lebih baik, adil, telus dan kepentingan rakyat tidak akan diketepikan."Ahmad tidak bertanding dalam pilihan raya ini manakala Pengerusi PKR Perak Zulkifly Ibrahim tewas di DUN Bukit Chandan.Pengerusi PKR Perak, Zulkifly Ibrahim berkata keputusan pengundian itu merupakan satu mesej rakyat supaya tiga parti pembangkang itu bersatu dan bermuafakat."Kami akan meletakkan kepentingan rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat mengikut ketetapan dan janji kami," katanya.Sementara itu hingga kini, Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali masih belum memberi sebarang kenyataan kepada media dan masih berada di kediaman rasminya.Tajol Rosli berjaya mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Hulu apabila memperolehi 6,769 undi untuk menewaskan calon PKR Lee Sing Long yang mendapat 2,124 undi.

Ir Nizar bakal MB perak yang baru..

Perak mendapat Menteri Besar yang baru. Bukan lagi dari parti tradisi BN. Kali ini, MB yang mewakili suara rakyat, suara keramat!Ir. Mohamad Nizar Zakaria dicalonkan secara kolektif PAS, PKR dan DAP sebagai MB Perak yang baru. Ini bermakna buat julung kalinya, ketiga parti ini menubuhkan kerajaan campurannya di Perak. Nizar menang kerusi Dun Pasir Panjang dalam Parlimen Lumut pada pilihan raya 8 Mac lalu. Beliau adalah Setiausaha PAS Perak dan Yang Dipertua PAS Kampar.Menurut Bernama, Nizar sendiri mengesahkan tentang persetujuan tiga parti tersebut untuk beliau mengetuai Kerajaan Campuran di Perak. Persetujuan itu dicapai dalam satu perbincangan bersama anata parti semalam. Menurut sumber, ia telah mendapat perkenan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Nizar akan mengangkat sumpah sebagai MB Perak pada rabu ini. Dalam pilihan raya ke 12 ini, PAS menang enam kerusi Dun, DAP (18) dan PKR (7) untuk mengumpul 31 kerusi bagi membolehkan kerajaan dibentuk.Jumlah itu, lebih tiga kerusi berbanding BN yang hanya menangi 28 kerusi Dun.Mengikut Undang-Undang Tubuh Perak, seperti yang diulas oleh Dr. Abdul Aziz Bari dalam artikel, MB mestilah harus seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ini menyebabkan DAP dan PKR terpaksa akur melantik Ir. Nizar bagi menduduki kerusi MB Perak. Namun demikian, media cuba melaga-lagakan isu perkauman kononnya orang-orang Cina di Perak berasa bimbang bernaung di bawah seorang MB dari PAS.

Takut ngan bayang2 BA

KISAH pemimpin Umno dan Tok Sidang (Ketua Kampung) "memunggah" kerusi meja dan segala peralatan dalam Dewan Orang Ramai (DOR) bukan cerita rekaan lagi.Menonton Buletin Utama TV3 malam tadi dan Berita Perdana RTM Saluran 1, makin banyak cerita serupa diwar-warkan bagi menunjukkan kepada umum terdapat tindakan dari pihak pembangkang yang cuba "mengumpil" pintu DOR. Kisahnya begitu. Ekoran itu, maka dengan mudah pemimpin Umno setempat "memunggah" segala perkakas dalam dewan dibawa pulang atau disimpan di tempat lain. Dalam satu mesyuarat Umno di sebuah kampong di Dun Kg.Gajah; saya difahamkan memang dibincangkan isu "isi perut" DOR ini dan mereka diarahkan oleh Umno Bahagian agar mengeluarkan semua "harta benda" dalam DOR itu ke tempat lain. Ini bermakna, isu "memunggah" kandungan DOR ini datangnya dari pihak atasan Umno dan bukan respon spontan Tok Sidang dan Ketua Umno Cawangan. Ini mesti dilihat secara simbolik sebagai suatu taktik BN untuk menaikkan rasa marah pembangkang setempat. Ia provokasi orang kalah dalam permainan.Sehingga arahan Menteri Besar baru diterima, nampaknya PAS dan PKR terus memantau kegiatan "feel buruk" Umno. Soal aset DOR akan dipanjangkan kepada Pejabat Daerah bagi mendapatkan kepastian sejauh manakah benar dakwaan kononnya segala perkakas DOR itu dibeli oleh Umno bukannya milik kerajaan. Jika terbukti itu milik kerajaan, PAS dan PKR akan meminta Pejabat Daerah mengeluarkan notis arahan kepada pihak berkenaan agar memulangkan kembali harta tersebut ke tempatnya atau dilaporkan kepada pihak Polis. Tindakan ini bukan sahaja terjadi di Kg.Gajah tetapi mungkin seluruh Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor seperti yang cuba ditonjolkan oleh TV3 dan RTM malam tadi.

Ahad, Mac 09, 2008

Keputusan Rasmi Pilihanraya ke 12 P073 Pasir Salak

PRU-12
Perak P073, N48, N49
P073 PASIR SALAK
Jumlah Pengundi: 41,352Peratusan Kaum: M: 78.95% C: 14.99% I: 5.98% L: 0.08%
1. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN) (16,928) 2. Mustaffa Kamil Ayub (PKR) (14,240)
Majoriti: 2,688 Jumlah undi: 32,118Peratus mengundi: 77.67%Undi rosak: 950
Penyandang: Tan Sri Ramli Ngah Talib (BN)(Majoriti: 8,547 undi)

N49 KAMPONG GAJAH
Jumlah Pengundi: 21,165Peratusan Kaum: M: 93.3% C: 1.07% I: 5.57% L: 0.06%
1. Dr. Wan Norashikin Wan Noordin (BN) (8,818) 2. Mustafa Shaari (Pas) (7,402)
Majoriti: 1,416 Jumlah undi: 16,621 Peratus mengundi: 78.53%Undi rosak: 401
Penyandang: Tajuddin Rahman (BN)(Majoriti: 5,017 undi)

N48 SUNGAI MANIK
Jumlah Pengundi: 20,190Peratusan Kaum: M: 63.92% C: 29.58% I: 6.4% L: 0.1%
1. Zainol Fadzi Paharuddin (BN) (8,255) 2. Mustaffa Kamil Ayub (PKR) (6,881)
Majoriti: 1,374 Jumlah undi: 15,492 Peratus mengundi: 76.73%Undi rosak: 356
Penyandang: Ibrahim Katop (BN)(Majoriti: 3,599 undi)

Senarai rasmi keputusan pilihan raya ke-12

Dewan Undangan Negeri (Dun)
*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15

*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36

*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45

*Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32

*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40

*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59

*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42

*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36

*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28

*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56

Jumaat, Mac 07, 2008

YaALLAH, Bantulah kami PejuangMU


Musim pilihan raya adalah musim bekerja untuk Islam. Anda tidak dapat melihat bagaimana semua kita mampu berfungsi untuk kemenangan Islam sebagaimana di musim pilihan raya sebegini.
Daripada seorang ketua dan pimpinan yang merancang, mengarah dan memantau, kemudian jentera penerangan yang berceramah, berkempen dan melancar propaganda, kemudian jentera di akar umbi yang bergerak dari rumah ke rumah, mencula, membekal, mengawal selia keselamatan kampung, pos dan markaz, menampal poster, menaikkan bendera, mencipta pelbagai kreativiti yang memukau dan menarik perhatian sehinggalah perang sms dan siber, semuanya membuktikan peranan muslim untuk Islam adalah dalam kemampuan dan benar belaka.
PAS membentuk jentera jihad pilihan raya yang hebat. Pada setiap kali pilihan raya umum, jentera jihad ini ditambah berganda - ganda dengan fungsi yang pelbagai berbanding keadaan biasa sebelum pilihan raya.
Bagaimana PAS memperolehi kekuatan ini? Pastinya kerana hasil perjuangan yang lama dan konsisten. Menyatukan umat adalah kewajiban ugama yang utama. Melorong mereka ke medan perjuangan Islam adalah kewajiban juga. Menyusun mereka di dalam barisan jentera adalah kewajiban seterusnya. Kemudian gerakkan mereka untuk bertindak demi Islam yang disayangi.
Bila jentera ini bergerak, musuh menjadi Kaget, Takut dan Gerun. Menggerunkan musuh adalah ibadat yang hebat.
Tetapi Malaysia bukanlah negara yang adil. Ia bukan negara yang menghormati kuasa rakyat. SPR dan segala jentera kerajaan sedang siap sedia menyerang dari atas dan bawah, depan dan belakang.
Kami yakin kami menang, tetapi kami yakin mereka akan merampas kemenangan kami dengan sejahat - jahat cara.
Jika tidak kerana kami diajar lama dengan kuasa Allah dan bantuanNya kepada para pejuangNya, pasti sudah kami keletihan menghadapi Pak Lah, Khairi, Tan Sri Abdul Rasyid dan lain - lain pengganas ini.......YaALLAH...!!! Bantulah kami, lihatlah kami, kami lemah YaALLAH untuk menghadapi musuh-musuhMu... YaRabb

Khamis, Mac 06, 2008

Kuasa Rakyat? Tipulah!


Betulke ada `kuase rakyat' ataupun sekarang ni deme gelor `Mahkkal Sahkti'. Temanpun dulu suke gune istilah ini. Tapi sekarang teman pikior istilah itu ciptaan orang yang berkuase. Istilah rakyat terlalu rapat dengan agame dan budaye. Bile sebut rakyat, tergambar dalam kepale bahawa ia adalah sesuatu yang ade nilai keagamaan dan kebudayaan. Contohnye, Sekolah Agame Rakyat - sekolah yang didirikan oleh rakyat untuk mendidik rakyat. Bank Rakyat - bank untuk membantu rakyat. Wakil rakyat - pihak yang dipilih untuk menyuarakan hasrat rakyat. Cukuple tu.
Ape dah jadi pade Sekolah Agama Rakyat? Bank Rakyat dan Wakil Rakyat? Sekolah Agama Rakyat hampir terkubur, mane rakyatnye?........
Rakyat hanya diperkudekan untuk mendapatkan kuase oleh orang yang nak kuase. Setelah kuase diperolehi - sukar sekali untuk mencari kuase itu kembali kepade rakyat. Rakyat berjiwe pasif kecuali ade orang yang berkuase menghasut atau meracuni pemikiran rakyat untuk bangkit dengan laungan `suara rakyat'. Rakyat memang gitu sifatnye. Sifat rakyat memang ramai tapi ia hanya sekadar angke yang boleh dipergunekan.
Sebab itulah - teman nak ringkaskan - akulah yang berkuase sebab Tuhanku Maha Berkuase

Selamat 'memilih' BA pada hari Sabtu ini..


Hari sabtu ini adalah satu hari yang menentukan samada aku ini layak bergelar manusia yang waras atau manusia yang tidak ada beza dgn lembu yang hanya cuma mahu 'cari makan'..
Kerana pada hari sabtu ini aku akan menentukan siapa yang bakal menjadi pemimpin negara aku.. Samada golongan rasuah dan hanya 'cari makan' atau golongan yang beriman, bersih dari rasuah, dan adil terhadap rakyat. Aku akan menentukannya pada hari sabtu ini..
Negara yang ditadbir Firaun juga kaya dan moden (moden pada waktu itulah) tetapi tiada rahmat.. tiada keadilan dalam sistem pemerintahannya.. para pembodek firaun bakal menjadi pembesar pembesarnya.. dan dia (Firaun) berlagak tuhan dgn mengatakan kalau tiadadia maka negara ini akan muflis, tiada pekerjaan, tiada keamanan, huru-hara akan berlaku etc etc.. itulah permulaan kepada kehancuran Firaun dan kerajaannya.. itulah yang berlaku dgn negaraku 'ini' sekarang..Sistem kehakiman hancur, integriti hancur, bongkak, riak, rasuah berleluasa, salah guna kuasa, kezaliman ISA, pembaziran merata, penyelewengan, jenayah bermaharajalela.. itulah itulah itulah..'kerajaan / parti pemerintah ku' sekarang..
Tetapi Sabtu ini aku akan diberi peluang untuk 'memilih' sama ada aku mahu melihat kesemua 'kebejatan' itu berlanjutan untuk lima tahun lagi atau memberikan kunci pemerintahan negara kepada 'orang baru' yang mempunyai rekod 18 tahun tanpa rasuah.. biarpun 'pemilihan' ini dibuat diatas padang yang sangat tidak rata dan tiada langsung keadilan didalamnya.. tetapi aku akan tetap 'memilih'.. kerana aku yakin.. segalanya ditangan Allah dan usaha aku selain bertawakkal adalah menggerakkan kudrat untuk 'memilih'.. kerana aku yakin dan teramat yakin aku akan disoal di akhirat kelak mengenai 'siapa' yang aku pilih..
Lembu hidup hanya 'cari makan', dia tidak peduli samada tuannya itu adalah perasuah no. 1 negara atau perompak wang negara..
Bagi lembu.. "asalkan boleh cari makan sudahlah..", "asalkan takda orang kacau aku, sudahlah.."... itu adalah lembu.. manusia sewajarnya lebih 'bijak' dari lembu.. dan manusia yang waras.. pasti akan menolak penyeleweng, perasuah, penzalim daln lain-lain lagi.. kerana didalam diri manusia ada 'maruah'..

Rumah pengerusi SPR disimbah cat


March 06 @ 13:48:30 -Sumber Malaysiakini Rumah pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini disimbah cat warna merah, dipercayai sebagai bantahan keputusannya membatalkan pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi. Kejadian itu, dipercayai awal pagi atau tengah malam tadi, diketahui hari ini oleh pekerja rumahnya di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur. Abdul Rashid memberitahu Malaysiakini, beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.Perbuatan menyimbah cat merah bahagian pagar rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, lapor laman web Utusan Malaysia.Abdul Rashid bagaimanapun hanya menyedari perkara itu pada pukul 7.30 pagi ini ketika beliau menunggu pemandunya untuk keluar menuju ke pejabatnya.Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mengulas kejadian itu menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenainya.SPR kelmarin membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal, hanya empat hari sebelum pengundian pada Sabtu ini.Pengumuman mengejutkan itu dibuat pada satu sidang akhbar di yang turut dihadiri ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan juga Musa.Beberapa hari sebelumnya, pembangkang menegur SPR yang kelihatan berat hati untuk memperkenalkan penggunaan dakwat tersebut.Susulannya, beberapa pemimpin utama badan pemantau yang diiktiraf SPR, Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), termasuk pengerusinya Abd Malek Hussin, menarik diri sebagai pemerhati pada 8 Mac ini.

Presiden PAS arah ahli berpuasa sunat dan munajat esok


Harakahdaily Wed Mar 05, 08 6:28:37 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli dan penyokong PAS yang beragama Islam untuk terus bermunajat memohon pertolongan Allah agar PAS diberi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 ini.
Beliau mengarahkan semua calon dan petugas PAS untuk berpuasa sunat esok (Khamis) dan menghidupkan malam Jumaat dengan qiamullail dan munajat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Presiden PAS mengingatkan, dalam kesibukan berkempen semua ahli dan petugas PAS tidak boleh melalaikan aspek spiritual.
Katanya, setelah berusaha gigih untuk membantu kemenangan PAS, seharusnya petugas PAS berdoa dan bertawakal kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada PAS sekaligus mematikan perancangan jahat musuh.
Menurut beliau, paling penting dalam gerakan Islam, petugas-petugasnya mempunyai hubungan yang kukuh dengan Ilahi. -

Rabu, Mac 05, 2008

UMNO gula-gulakan rakyat...!!!


5.3.08/rabu/Kg.Gajah. Tu dia UMNO dah buat dah. Dia buat balik ragam lame dia tu. Sejarah berulang kembali, Kami penduduk Kg.Gajah dah paham beno dengan taktik ni. Usah lerr... tak kemane mike buat ragam tu.... Ni dia sahabat-sahabat kalu nak tau ni le bendenye UMNO guna semasa berkempen, bagi pada Tok dan Opah kite cekelat kopiko & Sumi Jelly yang di cap kan lambang dacing.... Zaman Kak Ainon boleh lerr mike kecek kume ni dengan cekelat tu.. Tapi mike silap tahun ni mike edar bende ni , alamat nye mike tumpo di Kg.Gajah. Tuan-tuan & Puan-puan nak tau crite cekelat ni... Buat di Siam.... Udah di jampi... sape mentekedarah menatang tu jawapnye ...haaa...paham aje le.. kabo pade orang kampong JANGAN haruih di ambik.. Mungkin tempat lain tak ade menatang ni.. Tapi ingat jika ade..... Hincit kan dari romah kite. Tak masuk Malaikat... ahak ahak ahak. Jangan jadi bebudak . Kite dah matang dalam Politik.. Tajuddin... Tajuddin... Dr.Wan Chiken ngikut je.

Sabtu, Mac 01, 2008

Rashid SPR Membahayakan Keselamatan Negara

Ya ALLAH, jika manusia bernama Rashid, Pengerusi SPR ini dan organisasi mereka mendatangkan kebaikan kepada hambaMu, maka, limpahilah dia rahmat, keampunan dan petunjukMu. Tetapi jika dia mendatangkan kemudharatan terhadap hambaMu, agamaMu, maka lumpuhkanlah atau matikanlah dia. Ya ALLAH. Hanya Engkaulah yang maha mengetahui. Kami hanya memohon dari apa yang kami ketahui. Jika Rashid itu lebih baik dibiarkan hidup di atas muka bumiMu ini, maka kurniakanlah dia hidayahMu, cantumkan hati kami dengan hatinya.Ya ALLAH. Hanya Engkaulah yang maha mengetahui. Kami hanya memohon dari apa yang kami ketahui. Jika Rashid itu lebih baik dilumpuhkan, maka ambillah semula anggotamu kecuali mulutnya. Mudah-mudahan dia kembali kepadaMu dan mendedahkan apa yang berlaku.Ya ALLAH. Hanya Engkaulah yang maha mengetahui. Kami hanya memohon dari apa yang kami ketahui. Jika Rashid itu lebih baik dimatikan, maka matikanlah dia. Supaya hambaMu yang ikhlas tidak teraniya. HanyaMu yang maha mengetahui. HanyaMu kami sembah, hanyaMu kami bermohon.”


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO