Rabu, Februari 27, 2008

Pengakuan Khas Tun Mahathir Terhadap Anwar Ibrahim

Isnin, Februari 25, 2008

Sekitar penamaan calon N49 & P.073 Pasir Salak






Perkukuhkan JENTERA parti

Seluruh parti politik yang akan bertanding termasuk PAS sebenarnya tengah menempuh fasa pertama yang sentiasa sukar. Ia adalah menamakan bakal calon yang akan bertempur di medan pilihan raya.Politik sentiasa sukar dan memeritkan. Ia bertambah sukar apabila ia semakin memuncak. Sukarnya politik di luar, sukar lagilah politik di dalam. Menangani syaitan dan nafsu di dalam adalah lebih sukar daripada menangani musuh kuffar di luar walaupun ia pecah dan memuncak di luar. Parti tidak mampu menghalangnya timbul di saat pilihan raya kerana di saat inilah kesucian dan kekotoran hati itu diuji. Kita namakannya jentera pilihan raya. Kekalutan dan pergeseran menentukan calon akan mudah diubati kesakitannya apabila jentera parti utuh dan bersatu. Kekalutan biasanya di peringkat atas. Jenteralah yang akan memastikan penapisan yang berkesan. Jika jentera pilihan raya yang dibentuk lemah, kekalutan tadi akan merebak ke bawah dengan cepat dan tanpa kawalan. Saat itu kesusahan pasti berlaku. Politik adalah kerja utama khilafah. Politik Islam memudahkan pembinaan diri manusia sebagai hamba Tuhan. Bukankah ramai manusia dihumban ke neraka kerana pemimpin? Manusia ditipu kerana mereka menipu diri mereka sendiri. Manusia dizalimi kerana mereka menzalimi diri mereka sendiri.
Semoga Allah menyatukan kekuatan jentera Islam seluruhnya demi kemenangan dan redho daripadaNya. Allahu Akbar ............!!!!

Ahad, Februari 24, 2008

Kemenangan PAS di hari pertama Penamaan Calon

Dun Kijang, PAS menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon Barisan Nasional (BN) ditolak.
Calon PAS, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak.
Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005.
SPR akhirnya menerima protes itu

Sabtu, Februari 23, 2008

Gelombang Reformis P.Salak

Gah Markaz Indah Pasir Salak di Chenderong Balai, baru-baru ini.



PERGOLAKKAN DI KEDIAMAN MB IPOH







Saya baru sahaja menukar seluar kepada sarong untuk tidor.Tiba-tiba hanpon saya berdering “ Yes!” Balas saya satelah menekan punat untuk menjawab. “Ada kekecuhan depan rumah MB sekarang ni!”“Apa Baha?” Tanya ku untuk mendapat kepastian dari kawan bernama Baharudin yang biasa dipanggil Baha sahaja tu.“Jom pergi sat rumah MB – ada beberapa orang Umno protes tak puas hati kat Tajol Rosli!“Jom! Jom! Kita pergi rumah MB!” kerah saya kepada dua orang lagi petugas dibilik gerakan.Saya menukar semula kepada seluar lalu bergegas ke kereta dan menghala ke kediaman MB yang jaraknya 5 kilometer sahaja.“Jangan pakai kopiah!” , saya mengingatkan kawan-kawan yang dua orang tadi.“Hang buka lambang PAS kat baju kau tu!” jerkah Zul kepada Khairul Azmi.“Benda ni berjahit!” jawab Azmi seperti mengeluh sahaja.Saya tak ambil kisah – saya menumpukan perhatian memandu laju sebab tak sabar nak tengok orang Umno protest.Sesampai disitu inilah yang kami lihat.Banyak kereta berlabuh disepanjang jalan dihadapan kediaman MB; tetapi orang tidak ramai.Adalah beberapa kumpulan manusia diluar.Kami pergi menghampiri mereka dan bertanyakan hal. Mereka pun mulalah bercerita.Saya lihat ada tertampal dibahagian pintu masuk utama beberapa poster yang menceritakan hal kenapa mereka mengadakan protest..Terdapat satu poter yang bertulis :
Ketua Bahagian = Dia
Ketua Wanita = Bini Dia
Ketua Puteri = anak saudara Dia
Ketua Cawangan = anak DiaMelalui cerita yang mereka sampaikan, mereka datang dari beberapa bahagian Umno.Ada yang cerita betapa mereka suka kepada ‘Ibrahim Bakob’ dan memprotes perlantikan Tajudin A.Rahman. Mereka kata Tajudin tak guna dan mereka lebih sukakan Ibrahim.“Hari tu pihak Majlis Bandaran tak bagi PAS mengadakan ceramah ,tapi Tajudin luluskan dengan syarat PAS kena buka dahulu bendera yang banyak mereka pasang….tak guna betul Tajudin ni!Itu cerita pasal di Teluk Intan , dari Kampar pula ceritanya ialah kononnya Tajol Rosli telah mengubah nama yang telah diluluskan lalu menggantikan dengan nama orang lain! Mereka suka ‘Cikgu Yusuf’ supaya dikekalkan.Saya meloloskan diri saya masuk kedalam perkarangan kediaman MB.Ramai manusi dimerata tempat.Ada pelbagai ragam cara tidur disitu.Apa tak kira bila mata dah mengantukAda yang tidur diatas padang , dalam kereta , atas kerusi , anjung hadapan dan juga anjung tepi.Terdapat juga sekumpulan wanita dibelakang pondok jaga.Mereka semua akan terus menunggu sehingga Tajol Rosli keluar menemui mereka.Dengar ceritanya mereka dberkampung diperkarangan kediaman MB sejak petang lagi.Tergamak Tajol Rosli membiarkan mereka tidur berbumbungkan langit, bertilamkan bitumen, rumput dan simen."Ada 4 bas lagi nak datang pagi nanti dari..." tegas salah seorang dari mereka.Saya tak berapa dengar nama tempat yang disebutkan tadi.Saya sendiripun dah mengantuk benar.Saya melihat jam di hanpon dah menunjukan jam 3.30...Saya akan update peristiwa ini nanti kalau saya larat selepas tidur sebentar nanti...

Jumaat, Februari 22, 2008

PAS Perak tampilkan profesional dan ulama


IPOH, 21 Feb - PAS Perak hari ini mengumumkan senarai calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum 8 Mac ini. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang mengumumkan nama-nama calon itu pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS negeri di sini.
Barisan calon Perak kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya Ulama dan Profesional selain menampilkan calon muslimat di Parlimen Parit (Parlimen yang pernah dimenangi PAS pada pilihan raya umum tahun 1999).

Bagi kerusi Parlimen P.054 Gerik PAS Meletakkan, Mohd Noor Abdul Rahman; P.055 Lenggong - Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria; P.056 Larut - Dr Mohd Dhari Othman; P.057 Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof ; P.059 Bukit Gantang - Roslan Shaharum; P.067 Kuala Kangsar - Dr Khairudin Abdul Malik; dan P.069 Parit - Dr Najihatussalehah Ahmad
Sementara kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pula PAS Perak membariskan :
N.03 Kenering - Mohd Shukri Ahmad N.05 Selama - Abu Husin Mohamad N.06 Kubu Gajah - Mohd Nazri Din N.08 Titi Serong - Dr Khalil Idham Lim Abdullah N.11 Gunung Semanggol - Ramli Tusin N.12 Selinsing - Husin Din N.15 Trong - Nor Azli Musa N.16 Kamunting - Muhamad Apardi Sharri N.19 Chenderoh - Mohammad Yassin Mohamed Yusof N.20 Lubok Merbau - Mohd Zainudin Mohd Yusof N.23 Manjoi - Zulkurnaini Ibrahim N.35 Manong - Mohamad Yazid Yeop Baharuddin N.36 Pengkalan Baru - Abu Bakar Hussain N.38 Belanja - Muhammad Ismi Mat Talib N.43 Sungai Rapat - Radzi Zainon N.47 Ayer Kuning - Dr Ahmad Razi Othman N.49 Kampung Gajah - Mustafa Shaari N.51 Pasir Panjang - Mohammad Nizar Jamaluddin N.53 Rungkup - Mohd Misbahul Munir Masduki N.56 Changkat Jong - Mohd Anuar Sudin N.58 Slim - Zulqarnain Hassan./wann

Rabu, Februari 20, 2008

Allah kata, orang tolak Islam itu BINATANG......


Saya cakap yang betul." Begitulah tingkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik panggilan "Orang Utan" yang dilemparkannya kepada Umno baru-baru ini.Mengukuhkan pendiriannya itu, Nik Aziz berkata: "Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan. Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan."
Menurutnya, sekurang-kurangnya beliau tidak menggunakan perkataan haiwan, ungkapan yang lebih kesat, terhadap orang Umno, hanya Orang Utan.
"Orang putih guna perkataan 'animal'. saya guna 'Orang Utan' tidak 'animal'. Saya minta saudara saya dalam Umno fikir. Jangan cepat melenting kerana sekali sekala kita nasihat, sekali sekala kita rotan," katanya dalam temubual khas di sini.
Katanya, sama seperti apabila berhadapan dengan anak sendiri yang kadang-kala di nasihat, dan kadang-kala dirotan pula, begitulah juga PAS apabila berhadapan dengan parti lawannya.
Apabila dianjurkan bahawa bahasa yang digunakan itu mungkin kasar, lantas penyandang Menteri Besar Kelantan itu menjawab:
"Tidak bahasa kasar. Sekali sekala kasar perlu digunakan. Allah Taala dalam Quran sebut, orang tolak Islam macam binatang. Itu Allah Taala guna."
Nik Aziz yang digelar ramai pihak sebagai Tok Guru berkata, beliau tidak terus melemparkan perkataaan binatang kepada orang Umno, tetapi menggunakan perkataan yang mengandungi ungkapan 'orang', makanya beliau mengatakan orang Umno seperti 'Orang Utan'.
Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf dan memberi penjelasan terhadap kenyataan itu seperti yang dituntut banyak pihak beliau berkata tidak ada sebab beliau perlu berbuat demikian kerana beliau bukannya tersilap.
"Nak minta maaf macam mana kerana sengaja saya kata begitu," ujarnya.

Sabtu, Februari 16, 2008

FIKIRKANLAH !!!!!!!!!

Khamis, Februari 14, 2008

Panduan untuk memilih pemimpin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika hubungi Harakah.

Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya

Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya

Rabu, Februari 13, 2008

Pak Lah PENIPU.....!!!!


Bubar Parlimen : Abdullah tidak layak dipercayai lagi
KUALA LUMPUR, 13 Feb -Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam respons awalnya terhadap pembubaran Parlimen hari ini menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak dipercayai lagi.
Ini berikutan tidak sampai 24 jam, Abdullah mengumumkan kepada media tiada pembubaran Parlimen, sebaliknya membubarkannya hari ini.
Abdullah juga dikatakan tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan setelah melihat kenyataan-kenyataannya semalam menafikan berlakunya pembubaran Parlimen hari ini.
Begitupun PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, katanya.
Laporan akhbar hari ini Abdullah secara berseloroh menyebut, "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,".
Abdullah juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.
Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.
"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.

Isnin, Februari 11, 2008

Inilah masanya memilih jalan yang lurus

Pilihan raya umum ke 12 kelihatannya dah semakin menghampiri masanya. Pak Lah dan seluruh rakyat Malaysia telah hampir menamatkan teka - teki ‘demokrasi pak nujum’ apabila masing - masing mengisyaratkan bahawa pilihan raya sudah semakin hampir. Hanya masa yang masih belum tunduk pada sesiapa termasuk Pak Lah. Masa tunduk pada ketentuan Tuan yang menciptanya, Allah.
Jika Pak Lah memiliki lebih kewarasan, sudah pasti beliau tidak akan berseronok dan berbodohan melihat rakyatnya bernujum - nujuman mencongak tarikh pilihan raya. Tapi nasib umat Islam yang tengah fana dalam dunia fatamorgana jahiliyah barat, mereka terpaksa akur barat jauh lebih waras dari pemimpin dunia Islam kita hari ini, khasnya Pak Lahlah.
Anda sedang menyaksikan Puan Hilarry Clinton dan Tuan Barrack Obama, juga saingan Rebublikannya sedang bertarung dalam dunia demokrasi yang cukup hebat dan menakjubkan.
Manusia sudah tua umurnya. Ia budak2 di zaman Nabi Adam, remaja di zaman Nabi Nuh, pemuda di zaman Nabi Ibrahim, dewasa di zaman Nabi Musa AS dan kini sudah cukup tua di zaman Nabi Muhammad SAW. Kerana itu, kerana manusia menghampiri ajal akhirnya, maka dunia kita adalah dunia yang tengah mendekati hari kehancurannya. Hari kiamat. Dunia ini buat kehidupan manusia. Bila manusia diajalkan, dunia pun diajalkan juga.
Kerana sifat tua umat ini yang mengumpul timbunan pengalaman gelojak remaja, kehangatan dan semangat masa muda di samping kematangan kedewasaan, Allah memilih untuk umat ini Al Quran sebagai mukjizat agung utusanNya itu, bukan sekadar keajaiban yang lahir daripada tubuh Baginda semasa hayatnya.
Ia adalah mukjizat ilmu dan kewarasan berfikir. Allah tahu umat Muhammad tersedia dengan akal yang matang dan sarat ilmu. Dia tahu kita akan menolak hidup dalam dunia khurafat tanpa akliah dan bukti yang pasti daripada segala ilmu yang digapai.
Justeru dunia hari ini menerima sistem syura anjuran Islam bahawa hujjah yang baik didengar dan diterima pakai melalui perantaraan mereka yang berilmu dan matang. Mereka menerapkannya dalam sistem demokrasi, sistem pemerintahan pilihan dunia hari ini, walaupun mereka melanggarnya pada asasnya bahawa syura itu mesti berteduh di bawah lingkaran kekuasaan dan kebenaran Tuhan Pencipta.
Amerika dan negara2 di Barat berusaha menjadikannya demokrasi bebas yang mengimpikan keadilan untuk sesama mereka ( bukan sejagat ), sedang kita di dunia Islam melaungkan keadilan sejagat, walhal diri sendiri masih bertompok dengan kebodohan dan kebengapan.
Ketika tarikh pilihan raya seharusnya menjadi hak rakyat ( hak manusia ) untuk mengetahuinya lebih awal demi persediaan rapi untuk mendengar dan menilai daripada semua pihak yang mencabar dan mendakwa, kerajaan kita kekal dalam dunia sempit yang memalukan dengan menjadikannya hak eksekutif dan ekslusif seseorang yang bergelar PM. Perdana Menteri menambah bodoh rakyatnya dengan ‘melantik’ mereka sebagai nujum - nujum Pak Belalang yang mengail -ngail dalam lautan ketentuan Tuhan masa.
Semacam PM berkata, “Sebelum pilihan raya berlangsung, pastikan rakyat membodoh diri dahulu.” Ia mahu memastikan betapa kepentingan ruang masa khas yang luas untuk persediaan rakyat mendengar dan menilai itu menjadi tidak penting dan tak perlu pun.
Inilah bentuk demokrasi Malaysia hari ini. Demokrasi tempang yang dipaksa kita melaluinya atau kita, jika enggan, usahlah bicara pasal politik dan pemerintahan! Atau jika degil, selamat datang ke Kem Kamunting!
Akhirnya selepas puas jenuh menabur dedak di halaman rakyat dan menanam onak dan dedalu di laluan pembangkang, Pak Lah nampaknya pasrah pada apa yang dibimbanginya sebelum menemukan apa yang dicarinya.
Perjalanan mencari asy Syafi’ie dan al Ghazali terus sirna, mengendur dan menghilang dipancar sinar-XX al Khairi an al Hadhari.
Pilihan raya kali ini kelihatan sukar. Dengan tempoh empat tahun Pak Lah mempersembahkan rentak tari politik yang penuh keliru dan tidak bersengat, rakyat kelihatan agar sukar memilih berbanding pilihan raya 2004.
Untuk memilih BN, rakyat tidak yakin dengan kestabilan ekonomi dan sosial yang dijanjikan. Keyakinan harga barang akan terus naik dan keadaan sosial yang bertambah parah tentunya menakutkan mereka untuk terus mengundi BN.
Mungkin rakyat, dek asyik dilalikan dengan umpan hiburan dan janji manis sudah tak cukup masa untuk menilai keadilan yang dialpakan untuk mereka dan kezaliman yang dikenakan terhadap pihak pembangkang hatta dengan isu - isu kekejaman akta ISA dan akta - akta lain yang membebankan, tetapi isu ekonomi dan jenayah sosial mungkin menyentuh isi batin mereka. Mereka tentunya sukar menerima BN boleh menyelesaikannya.
Mungkin rakyat, dek kejahilan berterusan dalam pengajaran ugama dan tuntutannya masih enggan memberi masa emas mereka untuk berfikir tentang masa depan mereka dan ugama mereka walaupun umat Islam terus parah dilanda kemurtadan, samada secara terbuka atau tanpa sedar. Tetapi isu ekonomi yang lembap dan penyakit sosial yang bertambah - tambah mungkin menyentuh hati nurani mereka. Mereka tentu tidak yakin lagi dengan BN untuk menyelesaikannya.
Pak Lah mengelirukan sekali. Ia mengelirukan Islam dengan Islam Hadharinya. Ia mengelirukan jiwa rakyat dengan kelembutannya. Ia mengelirukan pengundi dengan janji - janji manisnya. Ia mengelirukan masa depan Malaysia seluruhnya.
Rakyat sudah tidak yakin dengan Pak Lah, tetapi majoriti besar rakyat juga belum berfikir untuk mengundi pembangkang sebagai alternatif. Rakyat masih tidak mahu lagi memberi masa emasnya untuk menilai pembangkang dan mengenalinya. Memilih pembangkang bererti memilih PAS atau secara umumnya, memilih pakatan alternatif.
Pakatan pembangkang masih di peringkat awal kematangan. Di kalangan umat Islam, sesetengahnya enggan menerima PAS melakukan yang betul untuk membina barisan alternatif dengan semua pihak termasuk bukan Islam. Mereka mencela atas alasan PAS menggadai ugama dan maruah. Di kalangan bukan Islam, sesetengahnya masih melihat PAS dengan kaca mata hitam dan tidak bersedia membuangnya. Mereka fobia dengan negara Islam yang sering dikelirukan UMNO dan pakatannya.
Walaupun ketakutan terhadap pemerintah BN adalah benar, manakala ketakutan terhadap pembangkang hanyalah berkait persepsi dan tanggapan, tetapi itulah hakikat yang akan diterima pakai oleh rakyat hari ini yang telah dikenyangkan dengan dedak dan keseronokan berhibur dan ditakutkan dengan hukuman kemelaratan dan kemiskinan oleh pihak kerajaan.
PAS melalui usahanya masih gagal bertindak meyakinkan umat Islam dan rakyat secara umumnya bahawa mereka mampu memerintah dengan adil dan Islami.
Umat Islam perlu didahulukan dengan keyakinan terhadap kemampuan ugama sendiri untuk mentadbir sebelum meyakinkan mereka dengan PAS. Apabila mereka tidak memahami Islam dan kewajiban mereka terhadap ugama, bagaimanakah digambrkan mereka akan memberi perhatian serius terhadap tawaran PAS yang hanya dikenali sebagai pengganggu yang tak pernah serik untuk kalah.
Beratus tahun umat Melayu ditanam akidah sekularisme oleh penjajah barat sebelum UMNO datang memugar dan menyuburkannya selepas kemerdekaan. Mereka tak tahu pun sekular itu adalah isu akidah yang pasti akan membakar segala amalan baik dan soleh jika ianya menyalahi Islam. Bagaimanalah mereka akan tahu walhal begitulah sistem pendidikan negara yang diterapkan sedari kecil dan begitulah berjalannya sistem pemerintahan negara yang mengawal kehidupan mereka.
Kemudian, PAS berdepan pula dengan sesuatu yang lebih mencabar yang mesti diladeni sebaiknya. PAS berdepan dengan kumpulan - kumpulan Islam lain yang masih kabur atau menolak PAS untuk memerintah. Walaupun sebahagian menerima baik PAS sebagai rakan perjuangan, bahkan sebagai ketua yang mengetuai, tetapi masih kedapatan yang menolak dan membantah.
Ada yang menolak PAS kerana dilihat sanggup bertenggek di julai sistem demokrasi barat yang menyesatkan. Ada yang menolak mentah - mentah sistem pilihan raya kerana ianya bukan daripada sistem Islam. Ada yang menghukum PAS sebagai pengganas atau pemberontak ( bughah ) kepada kerajaan Islam yang ada. Ada yang menolak PAS kerana tegurannya kasar, tak berakhlak dan tak berhikmah terhadap kerajaan sedangkan itulah kewajiban dan car menasihati pemerintah.
Ada yang melihat mengundi hanyalah harus hukum agamanya dan sunat hukum sekularnya! Ada yang mengelak daripada dicemari politik dunia jahiliyah hari ini. Ada yang kerjanya menghimpun dail - dalil ugama yang boleh dieksploitasi untuk menolak dan menyerang PAS.
Kesukaran menyatukan kefahaman di antara kumpulan - kumpulan Islam pastinya menyusahkan jalan untuk menemukan rakyat dengan keyakinan terhadap parti PAS.
PAS dan pembangkang sukar memenangi Malaysia walupun tidak mustahil. Politik adalah usaha memenangi persepsi rakyat dan pemerintahlah yang lebih mudah memenanginya dengan kewujudan jentera propaganda yang cukup.
Rakyat yang jahil sukar untuk menolak kezaliman ke atas diri mereka kerana kejahilan dan ketakutan yang dipaksakan. Mereka tidak pula bersedia menuntut keadilan kerana alasan yang sama.
Hakikatnya PAS sebagai gerakan Islam sudah dikira berjaya dan menang jika mereka dapat memberi kesedaran ugama kepada rakyat. Kejahilan terhadap kewajiban ugama adalah musuh rakyat yang dipelihara UMNO.
Jika begitu, ketika kita melawan UMNO, hakikatnya kita sedang melawan kejahilan rakyat. Rakyat yang tahu tidak akan mengundi UMNO kerana UMNO sudah cukup jijik dalam dunia sekularnya.
Di akhirat nanti manusia dihumban ke neraka kerana diri sendiri yang menzalimi diri sendiri. Jika pun yang diikut ( pemimpin ) menjadi sebabnya, hakikatnya,tidakkah manusia masing - masing telah diberikan kekuatan akal untuk menentukan pilihan diri dengan bantuan cahaya Ilahi?

Himpunan Perdana Rakyat 08

Suatu kejayaan bagi PAS Pasir Salak apabila pimpinan PAS Pusat hadir ke Kampong Gajah pada tanggal 9hb Feb 2008 ,tercatat sejarah di Pasir Salak dan membuktikan kepada masyarakat gelombang kebangkitan Islam jangan disekat, memang pada asalnya permohonan menggunakan padang majlis daerah kg.gajah agak merumitkan, sehingga ada sahabat2 mengatakan PAS sudah menggadaikan maruah kepada BN untuk mendapatkan tapak kehadiran Pimpinan PAS Pusat. tapi tanggal 9hb Feb 2008 membuktikan kepada Ahli, penyokong & pendokong PAS kita adalah parti yang berdaftar bukan parti HARAM...!!!
Ramai dikalangan atas pagar memuji kita berjaya menawan Padang Majlis , ada yang tumbang seekor kerbau, ini baru permulaan. InsyaAllah dengan bantuan Allah kita akan daulatkan Islam di muka bumi Allah.... Takbirrr.....!!!!

Ramli Ngah Talib suka calon BN Pasir Salak kalah?


Pas Perak menggempur Pasir Salak kerana senario politik di kawasan itu dikatakan cukup berlainan sekali, sejak muktahir ini.
Semenjak Ramli Ngah Talib tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak, dan Allahyarham Megat Junid Megat Ayub dikalahkan dengan teruk di Parit dalam pilihanraya umum 1999, pola pengundi kini dikatakan cenderung kepada parti alternatif.
Jelajah Presiden PAS ke Perak semalam, 9 Februari, telah meningkatkan motivasi masyarakat di sana di samping menemukan pimpinan PAS Pusat, Negeri dan Kawasan di Padang Majlis Daerah Kampung Gajah.
Himpunan perdana rakyat diadakan di padang majlis berkenaan bermula jam 10.00 pagi. Ketibaan pimpinan PAS Pusat di kawasan tersebut disambut dengan iringan pukulan rebana.
PAS boleh guna Padang Majlis Daerah Kg. Gajah? Ini cukup mengkagumkan. Bukan senang nak dapat permit dan kelulusan penggunaan padang yang dikuasai oleh juak-juak Umno itu.
Bagi saya, ia adalah simptom perubahan yang sedang melanda.
Dalam pilihan raya umum 1999 di Parlimen Parit, ceramah-ceramah begitu mudah dianjurkan. Pihak polis memberi kerjasama yang cukup baik. Kadangkala, dua tiga hari ceramah mahu diadakan, permit yang dipohon tetap diluluskan.
Ceramah-ceramah kecil, mahupun yang mega-mega tidak pernah dihalang oleh polis seperti kempen-kempen 2004 dan sekarang. Malah, perarakan kereta dan motorsikal yang diadakan sebanyak dua kali di mengelilingi Parlimen Parit, tidak dibantah polis sekalipun ada protes dari Umno Bahagian.
Ketika itu, banyak pihak yang dikuasai Umno, membantu dengan cara masing-masing bagi menjayakan segala program PAS. Ini kunci yang menyebabkan PAS menang besar di Parit dalam pilihan raya 1999 itu.
Namun, ledakan perubahan ketika ini dikatakan menjulang BA di Pasir Salak, khususnya Dun Kg. Gajah yang bakal ditandingi PAS.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seingat saya, pernah turun menggempur Kg. Gajah sekitar tahun 1986 di Markaz PAS Kg. Gajah yang ketika itu terletak simpang tiga, pekan kecil tersebut; yang kini menjadi tapak gerai MDPT.
Ustaz Fadzil gempur
Dan menjelang pilihan raya umum 1999, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor juga turut menggempur kawasan ini. Hampir 50,000 membanjiri perkarangan PASTI, tidak jauh dari jambatan Kg. Gajah.
Kedatangan Presiden PAS kali ini, menyampaikan amanatnya kepada seluruh pimpinan PAS negeri dan rakyat yang hadir pada Program Jelajah Presiden ada kelainannya. Ia diadakan pada waktu siang bukan malam, seperti kebiasaanya.
Ini juga satu lagi simptom dan petanda BN akan tumbang dalam pilihan raya tidak lama lagi. Apatah, pada masa yang sama, khabarnya, Umno juga menganjurkan Perkampungan Islam Hadhari bersebelahan stesen bas Kg. Gajah, tidak jauh dari tapak Program Jelajah Presiden.
Khabarnya, Padang Majlis Daerah Kg. Gajah lebih meriah, lebih ceria dan lebih ramai pengunjungnya berbanding Perkampungan Islam Hadhari anjuran Umno itu.
Menurut sumber, penyokong-penyokong Speaker Dewan Rakyat, Ramli Ngah Talib sudah berkempen secara 'senyap' untuk menjatuhkan bakal calon BN parlimen itu, Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Salak.
Ramli sudah berada dalam zon selamat kerana kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat tidak memerlukan dirinya bertanding dalam pilihan raya.
Ini menyebabkan, para penyokong Ramli mahu 'membalas dendam' terhadap Tajuddin yang juga regu Allahyarham Megat Junid ketika bertempur dengan Ramli di Pasir Salak sebelum ini.
Ledakan perubahan para penyokong Umno di Pasir Salak ini, sudah dirasai oleh Umno Bahagian itu. Beberapa kali mesyuarat Umno kebelakangan ini, dikatakan masih membincangkan isu mengapa orang Melayu yang dulunya penyokong Umno sudah mula menentang arus.
Umno Pasir Salak kini cemas dengan sambutan luar biasa rakyat terhadap ceramah-ceramah PAS dan KeADILan. Ada yang berkata, selepas Presiden PAS menggempur, Anwar Ibrahim pula ziarah, lonjakkan luar biasa pasti akan berlaku tidak lama lagi.
Sambutan hangat rakyat terhadap beberapa program PAS dan PKR sebelum ini, membuktikan ledakan perubahan itu sedang berlaku.
Di sinilah Residen Inggeris yang pertama, JWW Birch mati dibunuh oleh Puntung, orang upahan Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor. Ini diperkukuhkan lagi kemungkinan sikap penduduk di sini yang berani, akan membantu mereka melakukan perubahan.
Keluhan
"Suasana di Kg. Gajah ni, macam di Parit dulu. Tahun 1999. Orang Umno sendiri yang mengeluh tak mahu undi BN," tegas seorang penjual suratkhabar yang meninjau dan mendengar sendiri keluhan-keluhan mereka setiap hari.
"Apa lagi yang kami nak. Semua dah dapat masa Ramli jadi MB dulu. Kami nak turunkan harga barang je. Takkan kami nak undi BN. Mesti undi PAS, baru BN kecut perut," ujar seorang anak muda di pasar basah Kg. Gajah.
Parlimen Pasir Salak dijangka akan ditandingi oleh KeADILan melalui calonnya yang disebut-sebut salah seorang Naib Presidennya, Mustapha Kamil Ayub yang juga Ketua KeADILan Bahagian Pasir Salak. Beliau adalah anak jati Kg. Gajah.
Ramai yang berpendapat, Tajuddin Abdul Rahman akan mengikut jejak Megat Junid Megat Ayub yang tumpas di tangan rakyat pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

Ahad, Februari 10, 2008

Islam Hadhari : Antara UNTA & Kerajaan ADIL & Amanah

Kampong Gajah, 9 Feb 08 - Kehadiran unta(hanya untuk pameran & bergambar sahaja) di Program Perkampungan Hadhari Parlimen Pasir Salak menjadi tarikan utama di sini. Penduduk Kampong Gajah seolah-olah terpukau dengan kehebatan binatang tersebut yang cukup sinonim dengan sejarah perkembangan Islam di tanah Arab. Namun banyak persoalan yang timbul lantaran kehadiran unta tersebut dengan Islam Had Hari...
Persoalan pertama....
Apakah hubungkait UNTA dengan Islam Had Hari???
Persoalan Kedua...
Adakah Islam Had Hari itu hanya menggunakan UNTA sebagai ikon & simbol???
Persoalan Ketiga...
Adakah Islam Had Hari ini hanya Sabtu & Ahad je???
Persoalan keempat...
Adakah penduduk Kampong Gajah akan terfikir bahawa Islam Had Hari itu tidak lebih daripada seekor UNTA sahaja???
Persoalan ke....cukup le setakat ini...kalau ikut hati banyak lagi....
Kenapa Program Perkampungan Had Hari ini menjadikan UNTA sebagai tarikan? Adakah sebagai simbol kepada Islamnya program tersebut ataupun seolah-olah hendak memundurkan kembali ketamadunan yang telah dicapai oleh masyarakat Kampong Gajah. Bukankah pemimpin-pemimpin UMNO pernah menyatakan bahawa jika kita melaksanakan Hukum Islam (HUDUD) kita akan kembali ke zaman UNTA ???
Nah...!!!sekarang kita saksikan sendiri siapa yang hendak memundurkan kembali masyarakat di negara kita. Adakah prinsip Islam Had Hari yang kedua (KERAJAAN ADIL & AMANAH) hanya digambarkan dengan seekor UNTA???Kita yakin dan percaya bahawa Islam tidak pernah menyuruh kembali kepada kemunduran tetapi Islamlah yang menyuruh kembali kepada ketamadunan yang diasaskan atas aqidah Islamiah.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO