Khamis, Januari 31, 2008

Bersatu kita bersatu......

Rakaman ini diambil pada 27.1.08 setelah disedari oleh petugas kite sekitar jam 4.30 subuh, tengok kome sampai tahap tu dia ndak bersatu. Deme ndak tengok reaksi kite, ini baru permulaan. Blum PRU12 lagi hebat....... nantikan.....!!!
Bersatu kita bersatu, dibawah pemimpin penipu......

Asyuro N49 Bukit Chawi





Alhamdulillah..... Muslimat berjaya mengedarkan 100 paket bubur asyuro ke seluruh UPU Bukit Chawi. Sedap wooi bukan nasi tapi tepung, kop manih aje yang pandai deme weh, seluruh penduduk Bukit Chawi mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Pasir Salak. InsyaAllah tahun depan anto le lagi.......

"Ngejap Romah N49" Tanjung sari.

Ust Mustafa & Zaujah menziarahi sebuah rumah di Sungai Durian, jelas sekali masyarakat menyambut dengan hati yang terbuka. InsyaAllah kami akan undi PAS untuk kemenangan Islam kali ini.


1 penggal dah berlalu, namun wakil rakyat kami (BN) tak pernah nampak batang hidung. Kita nak dia jenguk kita tapi sebaliknya pulak.

Jangan jadi rakyat takut kepada pemimpin, sepatutnya pemimpin takut kepada rakyat.

Kena ubah kali ni, dan kita mintak Wakil Rakyat kali ni jadi Hamba kepada Rakyat.... ahak ahak ahak..... itu lah ungkapan Tok Sidang.

Rabu, Januari 30, 2008

Fikir-fikirkanlah isu-isu ini....Anda Nafikan ianya terjadi?


Ahad, Januari 27, 2008

Undilah Calon Kita



"Ngejap Romah N49" Sg.Durian

Negara kebajikan itulah yang di laungkan oleh Tuan Guru Presiden.
" Ngejap Romah "N49 menyatakan kebenaran Islam sambil memperkenalkan calon.


Kami Bantahhhh....!!!!

Tu tandanye orang tengah marah, tapi kalau tak terase lagi ntah lerrr. Orang2 ni tak berape gemor dengan cara YB yang ade sekarang ni. Dulu kentut pun wangi, tapi la ni, Tuhan aje yang tahu....

Demam pilihan raya, 14 Adun di Perak tidak tidur lena!

Johari Jaafar

Empat belas Adun Barisan Nasional yang merupakan muka lama dalam senarai wakil rakyat di Negeri Perak kini mula tidak tidur lena apabila membilang hari-hari terakhir sebagai wakil rakyat.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali, dalam satu laporan akhbar tempatan sebelum ini sudah membayangkan bahawa Umno Perak mungkin akan membuat perubahan dengan calon-calon muka baru.

Selanjutnya, Pengerusi Umno Negeri itu turut membayangkan mereka yang tidak akan disenaraikan sebagai calon terdiri daripada mereka yang telah berkhidmat sebagai Adun melebihi dua penggal.

Menurut pemerhati politik dan juga kalangan pimpinan Umno tempatan, tiga daripada wakil rakyat yang lama itu hampir pasti tidak dicalonkan semula. Mereka terdiri daripada Adun Tualang Sekah, Dato' Radhi Manan; Adun Hulu Kinta, Dato' Dr. Mazidah Zakaria; Adun Changkat Jering, Mat Isa Ismail.

Mat Isa kini menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak setelah berlaku 'penyerahan' Parlimen Bukit Gantang kepada Gerakan. Bagi meredakan keadaan Menteri Besar Perak dikatakan telah melantik Mat Isa sebagai Speaker.

Mat Isa kini telah menjadi Adun Changkat Jering melebihi dua penggal dan pemerhati politik menjangkakan selepas ini Mat Isa tidak disenaraikan lagi sebagai calon. Jika tidak Mat Isa perlu ditukarkan ke Parlimen Bukit Gantang.

Selain itu, terdapat wakil rakyat lain yang telah berkhidmat lebih dua penggal, antaranya Adun Manong, Dato' Ramli Zahari, yang juga Exco Kerajaan Negeri yang paling kanan.

Kemungkinan nama beliau digugurkan bergantung kepada pucuk pimpinan Umno peringkat negeri dan pusat. Jika tidak,Zahari perlu ditukarkan ke Parlimen, tetapi di manakah beliau akan bertanding?

Tentunya tidak di Parlimen Kuala Kangsar kerana Dato' Seri Rafidah Aziz tidak akan akan memberi laluan kepada Zahari.

Seorang lagi muka lama dalam Umno adalah Adun Manjoi,Nadri Ismail yang kemungkinan juga antara yang bakal 'digugurkan'. Jika ini tidak berlaku, maka Tajuk Rosli perlu memikirkan cara lain untuk menyelamatrkan karier politik Nadri. - mks. .

petikan dari harakahdaily.net

Ahad, Januari 20, 2008


Khamis, Januari 17, 2008

Alahai Keluarga Tunggak Islam Hadhari

Pujaanku.... pemimpin yang bertaqwa dan beriman.... namun hakikatnya , inilah keadaan yang boleh dipertontonkan. Banggakah kita mencanangkan Prinsip Pertama Islam Hadhari , dalam masa yang sama dia mungkiri. Cuak kita dengarkannya tapi rakyat melayuku haprak mempertahankannya. Fikirkan kita ditipu dalam kita terjaga.

Jumaat, Januari 11, 2008

XPDC dakwah dr PAS Parit


XPDC Dakwah dr PAS Parit sempat bergambar sewaktu prgm "HIJAUKAN DUN" pada 1 muharram menghangatkan lg suasana di Kg.Gajah. Rombongan seramai 95 org diketuai oleh Ust Ismi DUN Blanja, Dr.Najihah Parlimen Parit dan juga Kapt(B) Usaili DUN Bota. YDP PAS Parit Ust.Hassan menyatakan xpdc dakwah akan berterusan setiap minggu dgn mengedarkan risalah sambil memperkenalkan calon. Muslimat PAS parit juga menjemput muslimin & muslimat ke pasar "NING" setiap sabtu di pekan bota kanan dgn berbaju kuning (Bersih) antara lain mengedarkan risalah, pemeriksaan kesihatan,khidmat kaunseling & produk2 Islam. Semoga berjaya PAS Parit dalam menegakkan Islam di bumi Allah. Takbiiirrr...............!!!!

" HIJAUKAN DUN" N49

Suasana di pagi 1 muharram sungguh meriah dengan semangat baru maal hijrah, Nasi lemak dan secawan kopi sebagai lapik perut sebelum memulakan tugas. Ahhh..lega rasanya

Ayuh sahabat2 semua kita HIJAUKAN Kg.Gajah, sahabat2 dr PKR tersenyum je, aii mana warna bendera kami, Tahaluf siasi kami cukup baik di peringkat DUN.

Haa..bendera yg tertinggi inilah yg menjadi prhatian masyarakat termasuk YB Tajuddin (six milion dolar man)yg melenting di pagi muharram memaki hamun petugas dikhalayak ramai, memang menjatuhkan maruah seorang Wakil Rakyat.
Alhamdulillah...pada keseluruannya prgm ini berjaya

Rabu, Januari 09, 2008

Apa tindakan Umno-BN Bila Jalur Gemilang Dibuat Coli?

Posted on Januari 7, 2008 oleh HermanSamsudeen
Artikel ni sengaja diterbitkan semula disini untuk mencabar Umno-BN yang kononnya ’sanggup jadi hero kampung dusun’ dalam soal bendera Jalur Gemilang ini.
MALAYSIA : Semua orang marah bila jalur gemilang dibakar. Semua orang kecam bila lirik lagu negaraku di permain-mainkan oleh budak Cina, Wee Meng Chee. Tetapi tiada siapa yang marah bila Islam dihina oleh pemimpin Umno/BN. Islam telah dipersendakan oleh mereka samada dari segi Akidah, Muaamalat ataupun Syariatnya. Sejak dulu hingga kini.
Siapa yang mengeluarkan kata-kata Hukum Hudud ketinggalan zaman kalau bukan pemimpin Umno/BN. Siapa yang mengatakan politik suku ugama suku kalau bukan pemimpin Umno/BN. Siapa yang persendakan arahan menutup aurat kalau bukan pemimpin Umno/BN. Siapa yang mempermain-mainkan Al-Qur’an kalau bukan mereka semua?.
Mana lebih penting dan wajib dipertahankan dahulu - Jalur gemilang atau Islam?
Kerajaan mengeluarkan garis panduan terhadap penggunaan jalur gemilang. Antaranya tidak boleh dibuat kek atau coklat. Dilarang dari dibuat pakaian dan dipakai.
Di sini saya perturunkan gambar-gambar menarik untuk kita berfikir sejenak dan menilainya.

Belum dapat dibuktikan lagi siapakah yang membakarnya…sila ambil tindakan.

Nasha Aziz berpakaian seperti ini bukan sahaja menghina bendera tetapi sudah menghina Islam… Apakah tindakan kerajaan Umno/BN? Mamak yang dok kat RTM tu macamana? Kalau orang lain buat katanya marah sangat. Ni anak buah kamu yang buat nii… nak sengeh-sengeh apa lagi.

Di Indonesia bukan sahaja jalur gemilang dibakar oleh pendemontrasi bahkan gambar Pak Lah Perdana Menteri Malaysiapun turut dibakar. Apakah tindakan kita? Di mana Pemuda Umno? Dah jadi pondan ke?
Kita mengharapkan, ketelusan dan ketulusan pihak kerajaan dalam menangani hal ini. Janganlah kerana Dr Awang Adek Hussien seorang Timbalan Menteri yang buat kerja hina memotong bendera, kita diamkan tetapi bila ada orang lain bakar maka kita buru sampai ke lubang cacing. Itupun belum sah lagi betul ke tidak gambar itu. Sila ke laman http://taraknamav2.wordpress.com untuk menelitinya.
Janganlah kerana Nasha Aziz seorang pelakun maka beliau boleh memakai dan menghina jalur gemilang sesuka hati akan tetapi bila ada yang mengubah lirik maka kita ugut macam-macam untuk ambil tindakan.
Antara bakar dengan potong dan pakai semuanya menghina jalur gemilang. Cuma mungkin memotong bendera dan memakainya dilihat “penghinaan secara terhormat” kerana melihat kepada siapa pelakunya. Apapun semuanya itu “membakar hati dan jiwa kita” kerana menghina panji-panji negara.
Dan semestinya kita lebih terbakar hati apabila Islam dihina dan persendakan oleh pemimpin BN sesuka hati. Ingatlah “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya”. Fikirkanlah…..

Selasa, Januari 08, 2008

Kubu umno ditawan

3hb Jan 08/khamis/3ptg > Kubu kuat Umno telah kami tembusi di Air kuning Kg.Gajah. Penduduk tempatan menyambut baik kedatangan kami ke tempat mereka.

Sebelum ini bila sebut aje PAS, mereka merasa ketakutan sebab takut balik ke zaman Jepun "makan ubi kayu" Hakikatnya zaman BN inilah orang melayu kini masih tak keluar dari kepompong kemiskinan.

Ahad, Januari 06, 2008

PEDULI mangsa banjir.



Hari ni 6.1.08/ahad/4.00ptg sekali lagi Dewan Pemuda PAS Pasir Salak memberi bantuan kepada mangsa Banjir di 4 buah kampong di sekitar Kg.Gajah yakni di Pulau Besar, Air Mati, Bandar dan Pasir Kubu. Ketika menyampaikan bantuan makanan kami telah dipertemukan dengan seorang penduduk Pasir kubu yang tidak pernah mendapat bantuan dari kerajaan selama 20 tahun. Sudah 50 tahun merdeka masih ada lagi yang tinggal sebegini..

Kami dapati rumahnya dibina sendiri didalam lot JPS tanpa bekalan letrik & air, orang asli dok atas bukit pun boleh dapat bekalan air & api, mempunyai 2 org anak, yang sulung telah berhijrah ke Kuala lumpur (kerja) seorang lagi masih tinggal di kampung membantu keluarga mencari nafkah dengan mengambil upah memotong buah sawit, ayah pula berumur lebih kurang 60 tahun dikenali sebagai Zainal (enal) bekerja mencari ikan di sungai, kalau banjir ada le sikit sebab banyak memerang.

Jalan darat terputus hanya boleh melalui jalan sungai, bagi sahabat2 yang merasa perihatin terhadap derita Bang Zainal kita ini, sila berhubung dengan saya Zamarul Aini ditalian:- 019 5968786 atau sumbangan anda boleh di salurkan ke Akaun Bank Pertanian Malaysia Al-Wadiah Ummah 2-546-000699-1 atau Akaun Mayban 15806047334.

Moga2 prihatin dan kerjasama anda mendapat keberkatan Allah.

Catatan dari Swansea, England

Tangkap! Tangkap! Tangkap!
Siri penangkapan rakyat Malaysia kembali bermula. Satu tangkapan demi tangkapan sudah, sedang dan akan dibuat. Setakat dua tiga hari kebelakangan ini - kira-kira 40 orang sudah ditangkap termasuklah kanak-kanak yang berumur 13 tahun (Abdul Muhaimin Roslan). Ahhhh kita senama. Ok.ok tak apa. Teruskan.Pada orang yang kena tangkap - ia tidak melemahkan. Tapi orang yang melihat orang lain kena tangkap mungkin ada yang semakin menjadi kecut dan menganut ajaran takusisme. Manakala yang satu lagi mungkin bertambah marah dan bersemangat - kerana tak kena tangkap!Tangkap!Tangkap!Tangkap!Biar atas nama apa pun. Jangan hitung lagi berapa lokap yang ada. Jangan hitung apa Akta dan Peruntukan mana yang hendak didakwa. Tangkap dulu. Soal lain, kemudian kira.Tangkap demi penangkapan menunjukkan kesabaran sang penguasa sudah berakhir. Nampak seolah-olah mereka gagah tapi mereka dalam payah yang amat. Nampak mereka kuat tapi sebenarnya sedang menuju nazak.Hanya kita yang bebas - perlu menangkap jalan-jalan ke arah perubahan yang membolehkan kita bebas dari penjajahan minda dan kerangka rasa takut yang panjang.
Teruskan perjuangan wahai sahabatku...!!!
Allahu..Akbar....!!!

http://muhaiminsulam.blogspot.com/

Sabtu, Januari 05, 2008

Hadiah Bantal Peluk kepada Pak Lah

Hadiah bantal dan bantal peluk untuk Perdana Menteri
Sabtu Jan 05, 08 1:52:44 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Jan - Menurut laporan Malaysiakini.com semalam, sekumpulan anak muda Malaysia yang tidak puas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah memberikan hadiah simbolik kepada pemimpin berkenaan sebagai satu 'memorandum'.

Hadiah tersebut berupa sebiji bantal dan bantal peluk - keduanya dihiasai dengan bendera Malaysia dan bangunan menara berkembar Petronas.
Bagaimanapun hadiah tersebut tidak dapat diserahkan ke tangan Perdana Menteri, malah sebaliknya kumpulan tersebut hanya berjaya meletakkannya di perkarangan pejabat beliau di Putrajaya pagi semalam.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau bersama lapan orang kawannya telah membuat kesimpulan bahawa tindakan kerajaan yang tidak berkesan selama ini adalah disebabkan oleh sikap Perdana Menteri yang 'suka tidur'.
Tambahnya, Abdullah telah beberapa kali 'ditangkap' tidur dalam beberapa majlis rasmi baik di dalam atau di luar negara. -


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO